Dataset Viewer
Auto-converted to Parquet
title
stringlengths
12
109
created_epoch
int64
1.73B
1.73B
url
stringlengths
58
126
author_name
stringlengths
5
53
word_count
int64
59
1.45k
created_utc_time
stringlengths
19
19
created_local_time
timestamp[ns]
body
stringlengths
416
10.5k
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
1,729,138,953
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145250/kontraktor-anak-saudara-didakwa-bunuh-sabari
M Hifzuddin Ikhsan
158
2024-10-17 04:22:33
2024-10-17T12:22:33
Jitra: Seorang kontraktor dan anak saudaranya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, pada 4 September lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Huda Idris.Mengikut kertas pertuduhan, Mazuan dan Muhd Asyraf secara bersama melakukan bunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas Sabari pada jam 5.30 pagi pada 4 September lalu.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap di dalam Daerah Kubang Pasu.Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minumum 12 kali sebatan.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Noridien dan Mohamad Rizal Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Januari tahun depan.
Bicara kes khalwat Aliff, Ruhainies, Februari tahun depan
1,729,134,900
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145212/bicara-kes-khalwat-aliff-ruhainies-februari-tahun-depan
Georgie Joseph
394
2024-10-17 03:15:00
2024-10-17T11:15:00
Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan tarikh 20 dan 27 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes khalwat penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium, di sini, Mac lalu.Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan."Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 Februari dan 27 Februari 2025 bagi tarikh perbicaraan," katanya.Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie, Masroha Duki dan Mohd Nahar Mohamad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen kes antaranya senarai saksi-saksi.Peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A Ghani yang masing-masing mewakili Aliff dan Ruhainies mengesahkan dokumen terbabit.Pada 3 Julai lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa berada bersama Ruhainies yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang, di sini, jam 12.35 pagi, 9 Mac lalu.Ruhainies pula didakwa bersama seorang lelaki beragama Islam Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.Justeru pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.Sebelum ini kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.Ruhainies, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.Katanya, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat itu berlaku.Pada masa sama, Ruhainies turut mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekali gus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.Pada 13 Jun lalu, Aliff dan isterinya Bella Astillah sah bercerai talak satu kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah di sini.Aliff melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bila KJ jadi DJ
1,729,119,634
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145140/bila-kj-jadi-dj
Najiy Jefri
585
2024-10-16 23:00:34
2024-10-17T07:00:34
Nama Khairy Jamaluddin cukup sinonim dengan dunia politik, namun beliau kini berjaya mencipta nama sebagai penyampai radio di Hot FM.Selepas lebih setahun berkecimpung sebagai penyampai radio, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ membuktikan beliau mampu menakluki industri penyiaran dengan penuh bergaya.Buktinya, KJ mencatatkan sejarah manis apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), baru-baru ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan.Kejayaan yang dikecapi juga jelas membuktikan ke mana saja kakinya melangkah, KJ mampu 'menggegarkan' dan memberi impak baharu. Dari dunia politik yang pernah menjadi pentas utamanya hingga ke industri penyiaran, KJ menunjukkan kebolehan luar biasanya untuk menyesuaikan diri dan cemerlang.Namun, setiap apa yang diceburi tentunya bukan satu perkara yang mudah. Dalam tempoh lebih setahun, KJ bekerja keras untuk mengadaptasi dirinya dalam dunia radio yang berbeza dengan arena politik yang pernah diceburinya sebelum ini."Saya kena belajar benda yang saya tak tahu. Dia macam hari pertama di sekolah, kita tak tahu apa-apa dari A sampai Z. Cara pembawakan atau penyampaian di radio sangat berbeza jika dibandingkan dengan dunia lama saya," katanya mengenai cabaran yang dihadapi ketika mula-mula menjadi penyampai radio.Bagi KJ, peralihan kerjaya ini memerlukan pembelajaran yang cepat. Namun, beliau tidak bersendirian kerana rakan-rakan penyampai di Hot FM banyak membantu dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar. "Saya terpaksa belajar dengan cepat sebab itu saya tujukan kemenangan ini terutama kepada rakan-rakan penyampai saya kerana mereka menjadi guru saya. Kemenangan ini adalah disebabkan guru yang baik dan sedikit sebanyak memberi kemahiran kepada saya," katanya.Ditanya mengenai perkara-perkara lucu yang sering menghiasi tugas hariannya sebagai penyampai radio, KJ mengakui persekitaran kerja yang santai di Hot FM menjadikan kerjayanya lebih menyeronokkan."Momen lucu banyak sangat sampai orang cakap saya dah dirosakkan, terutamanya oleh Johan. Tetapi itu adalah sesuatu yang akan menjadi kenangan indah kepada saya."Jika saya kembali ke dunia lama satu hari nanti, ini akan menjadi pengalaman yang sangat berharga," katanya sambil ketawa mengimbau kenangan.Menurut KJ, walaupun beralih ke dunia hiburan, beliau tetap memandang serius pengaruh dan tanggungjawabnya sebagai penyampai radio.Baginya, pengalaman ini memberikan satu sudut pandang baru dalam memahami masyarakat. "Saya percaya kalau saya kembali ke dunia asal (politik), saya akan menjadi seorang yang lebih baik selepas ini dari segi pemahaman orang ramai," katanya.Mengulas mengenai ucapannya yang mengajak orang ramai untuk mempercayai perancangan Allah sekiranya satu pintu rezeki ditutup, KJ berkata, kehadirannya sebagai penyampai membuktikan rezeki Tuhan itu cukup luas untuk setiap hamba-Nya."Ketika itu, saya sekadar nak sampaikan mesej kepada orang ramai yang kita kena percaya kepada perancangan Allah. Macam saya, pintu rezeki ditutup, saya dikeluarkan daripada kumpulan dan dunia asal saya, tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa."Apa yang penting dalam hidup ini kita buat apa yang terbaik, Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya," katanya.Rezeki baru sebagai penyampai radio di Hot FM disambut dengan rasa syukur. Walaupun sering dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang menyindir mengenai peralihannya dari bekas Menteri kepada deejay, beliau kekal positif."Alhamdulillah, Dia membuka pintu rezeki baharu buat saya dan saya tak rasa kekok atau pelik apabila orang ejek kata dulu saya Menteri sekarang jadi DJ."Saya tak pernah rasa begitu, sebaliknya saya bersyukur kerana dapat peluang baharu ini," katanya.Kejayaan KJ di ABPBH36 bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi juga menjadi bukti beliau mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan kerjaya.Suara KJ buat kali pertama berkumandang di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada 15 Februari tahun lalu.
Rancak ekonomi Pulau Tuba
1,729,119,560
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145136/rancak-ekonomi-pulau-tuba
Noor Hidayah Tanzizi
718
2024-10-16 22:59:20
2024-10-17T06:59:20
Terletak kira-kira lima kilometer di barat daya Jeti Kuah, Pulau Langkawi, Kedah, Pulau Tuba yang kaya dengan keindahan alam semula jadi terus memacu imej positif sebagai destinasi ekopelancongan apabila kemudahan dan fasiliti dinaik taraf menerusi program Kampung Angkat Madani. Pulau Tuba dan Selat dipilih sebagai Kampung Angkat Madani di bawah Kementerian Kewangan dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menjadi agensi pelaksana yang mana ia menerima peruntukan RM2.5 juta bagi pembangunan kawasan berkenaan sebagai tarikan pelancongan, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk. Melalui inisiatif itu, sebanyak 12 projek sudah selesai dilakukan dan sedang dalam pelaksanaan dengan antaranya ialah program gotong-royong, program komuniti dan peralatan bantuan, pembinaan telaga tiub, pemasangan lampu solar, menaik taraf masjid dan surau, membaik pulih tandas dan landskap. Selain itu, ia turut meliputi kerja menaik taraf papan tanda dan pintu gerbang, membina gerai atau ruang niaga, menaik taraf dewan, balai raya, tandas, gelanggang, padang bola dan trek riadah serta pembaikan jalan kampung. Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MKK) Kampung Selat Bagan Nyior, Hasmadi Mat Hashim, 48, berkata, program itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk serta pelancong, malah turut menjana ekonomi penduduk setempat. Menurutnya, selain itu jaringan pekerjaan dan pendapatan juga lebih meluas apabila penduduk tempatan tidak lagi hanya bergantung kepada pendapatan nelayan semata-mata apabila mereka juga boleh berniaga dengan suri rumah juga mengambil peluang itu untuk menjana ekonomi keluarga. "Banyak manfaat diperoleh melalui program Kampung Angkat Madani yang terus merancakkan lagi industri pelancongan di sini, malah banyak juga kemudahan dinaik taraf yang memberi manfaat kepada penduduk dan pelancong yang datang ke sini. "Kami bersyukur apabila masalah bekalan air dan jalan gelap dapat diselesaikan dengan pembinaan tiga telaga tiub serta pemasangan lampu solar. Lampu jalan memang ada cuma kurang dan pemasangan lampu solar ini menambahkan bilangannya, sekali gus menjadikan kawasan lebih terang pada waktu malam. "Sebelum ini ada laluan kampung agak gelap dan pelancong juga bimbang mahu keluar mencari makan sekitar kampung, tetapi kini masalah itu dapat diatasi dan laluan yang lebih terang menjadikan kami semua selesa," katanya. Katanya, pembinaan tiga telaga tiub mengatasi keluhan penduduk ketika krisis air berlaku apabila musim kemarau yang membawa keceriaan kepada 5,000 penduduk pulau itu yang berdepan masalah bekalan air sejak beberapa tahun lalu. "Setiap kali musim kemarau kami berdepan masalah bekalan air dan walaupun ada bantuan bekalan tetapi ia tetap tidak dapat menampung keperluan kami, malah penduduk terpaksa menggali telaga sendiri untuk mendapatkan sumber air sebelum ini. "Tetapi, kini kami sudah boleh menarik nafas lega apabila tiga telaga tiub itu sudah siap dibina dan boleh menampung keperluan penduduk bagi mendapatkan air untuk urusan harian," katanya. Sementara itu, anak jati Pulau Tuba yang juga pengusaha keropok lekor sejak 2018, Rosnani Che Ghazali, 49, berkata, dia menerima bantuan peralatan untuk mengembangkan perniagaannya, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga. Menurutnya, melalui program Kampung Angkat Madani dia menerima bantuan mesin pengadun berkapasiti besar dan pembungkusan vakum yang memudahkan operasi perniagaannya terutama untuk pembungkusan keropok lekor. "Saya menerima mesin pengadun berkapasiti 30 kilogram (kg) dan pembungkusan vakum bagi mengembangkan usaha saya untuk memenuhi permintaan pasaran sekitar Langkawi. Sebelum ini saya boleh menghasilkan 40 bungkus keropok lekor sehari, tetapi sekarang dengan penambahan mesin ini lebih 100 bungkus boleh dihasilkan. "Malah, sekarang pembungkusan juga lebih mudah kerana sebelum ini mesin pembungkusan vakum saya rosak. Dengan adanya bantuan ini ia memang melegakan saya kerana pembungkusan lebih pratikal dan sesuai untuk pelancong bawa pulang keropok lekor kerana ia tidak mudah rosak," katanya. Bagi Ismail Masa, 53, sebagai anak jati Kampung Pulau Tuba dia bersyukur dan gembira melihat kemudahan serta projek pembangunan di pulau berkenaan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat, sekali gus menarik lebih kehadiran pelancong ke Pulau Tuba. Menurutnya, Pulau Tuba juga kaya dengan keindahan alam semula jadinya dan kian mendapat tumpuan dengan tarikan seperti hidangan mi udang, hasil laut segar, lokasi aktiviti mendaki bukit dan beberapa lokasi lain seperti Gua Wang Buluh dan Gua Kelawar. "Banyak manfaat yang penduduk peroleh daripada program ini seperti jalan kampung dibaiki, pemasangan 100 lampu solar yang sudah selesai dilakukan juga menggembirakan kami, malah kini kanak-kanak dan belia mempunyai lokasi beriadah apabila gelanggan futsal yang sebelum ini rosak sudah dibaik pulih. "Program ini juga menaik taraf masjid dan dewan orang ramai yang mana dengan kemudahan yang baik serta landskap menarik ia bukan saja memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong, sekali gus boleh menarik lebih ramai kehadiran pegunjung serta merancakkan aktiviti pelancongan di Pulau Tuba," katanya.
Injap jantung Rizki semakin sempit
1,729,117,823
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145127/injap-jantung-rizki-semakin-sempit
Zuhainy Zulkiffli
338
2024-10-16 22:30:23
2024-10-17T06:30:23
Teluk Bahang: Ketabahan seorang ibu menguruskan anaknya yang menderita penyakit Mucolipidosis tahap dua sejak dilahirkan terus teruji apabila dimaklumkan doktor hayat zuriatnya, Muhammad Izz Ar Rizki Mohd Zaki hanya berbaki tiga tahun. Kanak-kanak malang berusia empat tahun itu disahkan doktor mengalami gejala injap jantung sempit. Ibunya, Noridayu Azih, 42, berkata, terdahulu penyakit Mucolipidosis dihidapi anaknya dikesan doktor ketika dalam kandungan selepas mendapati tulang janin tidak membesar. Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu kini tidak mampu bercakap, namun boleh memahami pertuturan orang di sekeliling. "Penyakitnya itu menyebabkan dia kerap diserang sawan sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari dan perlukan pengawasan. "Lebih tiga tahun lalu, paru-parunya disahkan rosak selepas dijangkiti Covid-19 dan sehingga kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan (mesin BiPAP). "Bagaimanapun, pada bulan lalu, doktor mengesahkan hayat Muhammad Izz Ar Rizki mungkin tidak lama berikutan injap jantungnya yang semakin sempit dan nafas boleh berhenti pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui, di sini. Mengulas lanjut, Noridayu berkata, dia sudah kering air mata mengenangkan nasib yang menimpa anak istimewanya itu. Katanya, Muhammad Izz Ar Rizki perlu berada dalam keadaan hawa yang dingin bagi mengelak sawan dan berikutan itu, kos perbelanjaan bagi bil elektrik di rumahnya melebihi RM400 sebulan berikutan penggunaan penyaman udara. "Selain mesin BiPaP, Muhammad Izz Ar Rizki turut menggunakan dua lagi peralatan iaitu mesin penyedut kahak dan tangki oksigen yang semua berjumlah RM46,000. "Muhammad Izz Ar Rizki juga masih pakai lampin pakai buang selain minum susu khas dan suplimen pengenyang berjumlah RM100 sekali belian," kata suri rumah itu lagi. Noridayu berkata, anaknya juga adalah penerima sumbangan daripada Pusat Urus Zakat sebanyak RM1,000 bagi pembelian peralatan di farmasi. "Bukan mahu meminta-minta, tetapi kos bagi memenuhi keperluan Muhammad Izz Ar Rizki setiap bulan juga tinggi dan hanya bergantung harap kepada pendapatan suami yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Dia anak yang istimewa dan kami reda dengan keadaannya. Selama mana hayatnya, saya akan pastikan Muhammad Izz Ar Rizki sentiasa dalam keadaan sihat," katanya. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat Noridayu Azih bernombor 2239656552.
Jawi milik kita semua - Lorenica Frenila
1,729,085,301
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145083/jawi-milik-kita-semua-lorenica-frenila
Mahaizura Abd Malik
394
2024-10-16 13:28:21
2024-10-16T21:28:21
Kuala Lumpur: Gaya guru berketurunan Rungus, Sabah ini bersahaja menulis jawi, mencuri tumpuan sehingga mengimbau kembali ke zaman 70-an ketika tulisan itu pernah menjadi lambang perpaduan kaum di negara ini kerana digunakan kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam satu video tular di Facebook (FB), Lorenica Frenila Masundim dilihat menulis peribahasa Bagai Aur Dengan Tebing dalam tulisan jawi dengan kemas. Menurut Lorenica, 34, dia mengambil inisiatif itu sebagai sebahagian daripada tugasnya mengajar topik jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran. Katanya, dia berpeluang mempelajari jawi ketika menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, pada 2009. "Mungkin ramai tidak tahu, sejak 2020 tulisan jawi dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat sebelum diteruskan hingga ke Tahun Enam bertujuan memperkaya murid dari aspek seni, warisan dan sejarah Melayu. "Disebabkan peribahasa yang ditulis menggunakan tulisan jawi sangat sedikit dalam buku teks Bahasa Melayu, saya merakam satu video sebagai kenangan pada 10 Oktober lalu. "Selepas murid selesai menyiapkan tugasan, saya merakam beberapa video hasil kerja mereka seperti kebiasaan rutin saya sebelum berkongsikannya di laman FB," katanya kepada Harian Metro. Lorenica berkata, dia tidak menyangka perkongsian di FB miliknya, Loren Fren, Khamis lalu meraih perhatian ramai dan reaksi positif termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. "Ramai mengimbau masa lalu zaman 70-an dan 80-an ketika tulisan jawi masih dikenali dan digunakan kebanyakan rakyat Malaysia yang mana paling mereka rindukan adalah persefahaman kaum dan kesatuan pada waktu itu. "Ramai juga yang rindu belajar tulisan jawi dan mereka juga berharap pembelajaran tulisan jawi diperluaskan lagi dan tidak kurang juga melontarkan komen negatif," katanya. Katanya, dia berharap persepsi mengenai jawi adalah tulisan umat Islam sahaja perlu diperbetulkan berikutan ia tulisan klasik yang digunakan untuk menulis Bahasa Melayu sama seperti tulisan lain di dunia termasuk tulisan rumi, China, India, Korea dan Thailand. "Mengajar dan belajar jawi sama sekali tiada kaitan dengan pengislaman mahupun mencemarkan kesucian agama Islam. Ingat Jawi bukan tulisan agama, jawi milik kita semua. "Jadi apabila tulisan ini diselitkan dalam sistem pendidikan sebagai pengenalan asas sahaja, janganlah kita melulu berfikiran negatif. "Pandanglah dari aspek positif iaitu ke arah melestarikan warisan seni, budaya dan sejarah tulisan khas Bahasa Melayu yang susah payah diwujudkan nenek moyang kita dan pernah menjadi tulisan yang menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum. "Jika kita ingin melihat masa depan negara yang lebih aman, bukalah sedikit ruang untuk menerima budaya sesama rakyat Malaysia," katanya.
'Saya tidak berhasrat ke mahkamah lihat suspek, bimbang emosi saya terganggu'
1,729,079,508
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145063/saya-tidak-berhasrat-ke-mahkamah-lihat-suspek-bimbang-emosi-saya-terganggu
Noorazura Abdul Rahman
393
2024-10-16 11:51:48
2024-10-16T19:51:48
Alor Setar: "Saya tidak berhasrat pergi ke mahkamah esok melihat suspek bunuh ayah, saya bimbang emosi saya akan lebih terganggu apabila melihat mereka berdua," kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25. Anak bongsu Sabari Baharom, 62, ini berkata dia dimaklumkan perkara itu oleh pegawai penyiasat pagi tadi bahawa dua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kubang Pasu, esok. Bagaimanapun katanya, kakak sulungnya Suraiya Izzati, 29, akan pergi ke mahkamah esok bagi melihat sendiri pendakwaan terhadap dua suspek terbabit. "Saya harap kes ini akan berjalan lancar di mahkamah dan suspek akan mengaku di mahkamah, selepas ini saya harap mereka akan dikenakan hukuman paling maksimum supaya dia tidak akan ada peluang lagi buat perkara sama kepada orang lain. "Sekiranya dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati pun dia perlu terima, sebab dia pun ambil nyawa orang, apa yang dia buat dia akan dapat balik," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Amir berkata, dia tidak dapat menerima perbuatan suspek yang dianggap terlalu kejam untuk insan sebaik ayah yang selalu melayan suspek dengan baik. Katanya, kejadian seperti ini perlu menjadi iktibar kepada masyarakat kerana ketagihan judi juga boleh menyebabkan manusia bertindak di luar batas sehingga sanggup membunuh. "Selalu kita dengar orang ketagih dadah akan boleh buat tindakan kejam seperti bunuh ahli keluarga tapi kali ini agak luar biasa kerana ketagihan judi orang sanggup bunuh orang. "Suspek buat kepada ayah tanpa rasa bersalah, selepas campak ayah ke sungai dia boleh pergi berseronok berjudi di Batam, Indonesia, seperti tiada apa yang berlaku, jika manusia ada hati perut, dia akan rasa takut dan gelisah selepas bunuh orang," katanya. Amir berkata, sebagai anak dia tetap mahu keadilan untuk ayahnya dan dia yakin apa saja keputusan yang diambil mahkamah kelak akan menjadi contoh kepada masyarakat. Katanya, dia tidak mahu mengganggu perjalanan kes mahkamah malah apabila siasatan mula dilakukan secara terperinci dia menyerahkan segalanya kepada polis. "Kita tidak tahu apa yang suspek cakap mungkin dia hanya campak ayah ke sungai, atau mungkin dia pukul ayah dulu atau sebagainya, mayat ayah tidak ditemui. "Cara pembunuhan ayah pun akan jadi contoh, namun saya yakin dengan polis undang-undang negara, kes ini perlu jadi pengajaran kepada semua orang," katanya. Sebelum ini, dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 38 tahun ditahan 27 September bagi membantu siasatan. Hasil siasatan, suspek terbabit membuat pengakuan mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Derang, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
Tiada jeritan minta tolong, hanya bunyi aneh
1,729,076,377
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145055/tiada-jeritan-minta-tolong-hanya-bunyi-aneh
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
320
2024-10-16 10:59:37
2024-10-16T18:59:37
Taiping: Hanya bunyi aneh dan benda jatuh yang kedengaran, tetapi tiada langsung jeritan minta tolong, kata isteri kedua mangsa serangan harimau di hutan dekat Bersia di Gerik, semalam. Saina Binsa-i, 54, yang juga warga Thailand berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan dia ketika itu sedang bersiap untuk menunaikan solat sunat, kira-kira 5 pagi. Katanya, dia menyedarinya suaminya, Adnan Ismail, 54, tiba-tiba keluar dari rumah kongsi dihuni mereka sejak sebulan lalu, yang berkemungkinan untuk ke tandas. "Saya kemudian dengar bunyi macam 'kiuk' disusuli benda jatuh. Saya terus batalkan solat dan ketika itu saya yakin abang (Adnan) belum sampai ke tandas dan saya jenguk ke luar tetapi dia tidak kelihatan. "Beberapa kali saya panggil 'abang' tetapi tiada sahutan... memang tidak kedengaran bunyi lain pun selepas itu dan kemudian pekerja lain yang mendiami rumah kongsi sama beritahu suami dibaham harimau. "Disebabkan ketika itu masih gelap, kesan harimau yang baham abang tidak nampak. Apabila hari sudah cerah baru nampak kesan tapak kaki haiwan itu dan kesan seretan di tanah. Kesan darah pula dijumpai jauh sedikit dari rumah kongsi kami," katanya. Dia ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Taiping, di sini hari ini. Wanita itu yang mengambil upah sebagai tukang masak di tapak projek itu di hutan itu memberitahu, mereka sudah menduduki rumah kongsi berkenaan yang berdekatan laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sejak sebulan lalu dengan Adnan sebagai pemandu jentera. Katanya, arwah ada menyatakan keinginan untuk pulang ke Kampung Kenor di Kuala Krai, Kelantan bagi bertemu anak-anaknya pada hari kejadian, bagi membeli barang keperluan. "Saya tak perasan tingkah laku (pelik) abang, cuma sehari sebelum, kejadian dia kata hendak balik berseorangan, menjenguk isteri pertama dan 10 anak mereka sebab ada duit lebih sedikit (beli barang keperluan). "Saya menyuruhnya balik pada Isnin, namun arwah mahu tunggu hingga esoknya (semalam)... tunggu hujan baru boleh keluar. Jika tidak hujan, dia perlu bekerja," katanya. Jenazah Adnan akan dikebumikan di Kampung Kenor, Kuala Krai selepas selesai proses bedah siasat.
Atuk 'power'
1,729,072,310
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1145019/atuk-power
Redzuan Muharam
440
2024-10-16 09:51:50
2024-10-16T17:51:50
Johor Bahru: "Saya tak suka jatuh sakit kerana nanti kena jumpa doktor jadi sebab itu cuba jaga kesihatan dengan aktif bersukan walaupun dalam usia begini. "Satu lagi, sejak kecil saya suka tengok watak adiwira seperti Superman dan Incredible Hulk jadi karakter itu juga mendorong dapatkan badan seperti sekarang." Itu kata Tajudin Mustaffa ketika ditanya apa dorongannya mendapatkan badan sihat dan cergas walaupun dalam usia yang sudah mencecah 61 tahun. Kisah bapa dua anak dan datuk seorang cucu itu perhatian selepas salah seorang anaknya memuat naik video di TikTok. Video itu menunjukkan rangkuman perjalanan Tajudin ketika menyertai kejohanan Ironman hingga rata-rata netizen kagum dengan semangat dan tahap kecergasannya yang seperti orang muda. Bercerita lanjut, Tajudin yang sudah bersara sebagai pegawai bank pada tahun lalu berkata, dia aktif dalam sukan endurance (ketahanan) sejak 1984 dengan penyertaan sulungnya adalah dalam kejohanan KL Maraton. "Pada 1988, saya berhenti dalam sukan itu dan beralih ke bina badan selama dua tahun malah sempat menyertai Mr Johor 1990 serta mendapat tempat keempat. "Dalam tahun 1997 dan 1998, saya belajar berenang namun hanya yakin menyertai acara Ironman Triathlon pada 2009 dengan jumlah (jarak) 226 kilometer (km) iaiu jarak yang sukar disempurnakan," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurut Tajudin, dia sudah menganggap rutin senaman dan kecergasan seperti satu ketagihan buatnya. "Saya ibaratkan senaman macam orang merokok kerana perokok resah kalau tak dapat hisap. "Begitu juga saya yang gelisah kalau tak bersenam sehingga pergi bercuti ke mana-mana pun, saya akan bawa kasut dan gogal renang'," katanya. Ditanya soal penjagaan makanan, Tajudin berkata, dia tidak mengamalkan rutin diet dalam mengekalkan berat badan. "Saya tak diet kerana suka makan nasi campur, nasi padang malah Laksa Johor pun. "Cuma kalau orang tanya macam mana dapat badan begini, cara saya adalah gandakan latihan jika makan terlalu banyak. "Contoh kalau pergi kenduri makan nasi minyak, saya makan bertambah tapi esoknya lari tiga jam tapi ada tekniknya," katanya yang sudah lima kali menyertai kejohanan Ironman dengan penyertaan paling jauhnya di Thailand. Menurut Tajudin, dia belum terfikir untuk berhenti daripada terus aktif kerana seronok dan menganggap aktiviti itu sudah sebati dengan dirinya. "Dalam usia begini, saya masih bersemangat malah konsisten berlatih enam hari dalam seminggu dengan purata lapan jam ketika tiada pertandingan atau 15 jam jika perlu buat persediaan untuk kejohanan. "Tapi dalam seminggu pasti ada satu hari rehat kerana pemulihan penting namun buat masa ini tiada ada jurulatih dan hanya berpandukan buku berkaitan kecergasan serta bahan bacaan di Internet. "Bagi saya, tiada istilah terlambat untuk orang di luar sana yang ingin aktif dalam sukan baik muda mahupun berusia dengan syarat kesihatan dalam keadaan baik serta dapatkan nasihat doktor rutin senaman apa sesuai dilakukan jika ada penyakit," katanya.
Datuk Seri bekas pemilik kelab ditahan akibat ingkar bayar tunggakan gaji
1,729,067,791
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144991/datuk-seri-bekas-pemilik-kelab-ditahan-akibat-ingkar-bayar-tunggakan-gaji
Amirul Fazli Zulkafli
349
2024-10-16 08:36:31
2024-10-16T16:36:31
Kuala Lumpur: Liga Malaysia (Liga Malaysia), hari ini, gempar apabila seorang pemilik kelab bola sepak bergelar Datuk Seri ditahan sekali lagi selepas didapati melanggar perintah mahkamah untuk membayar baki tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta membabitkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab berpangkalan di pantai timur itu pada 2018.Difahamkan, bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United itu ditahan secara kebetulan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan dengan dakwaan penipuan projek lebuh raya di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dekat sini.Menurut peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, lelaki berusia 50-an itu ditahan mengikut peraturan sedia ada iaitu perintah komital yang sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal tahun ini.Beliau berkata, pada 13 Februari lalu, mahkamah sama membuat keputusan bahawa individu itu harus dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan."Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir melunaskan tunggakan gaji berkenaan. "Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023 dan semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta sehingga kini," katanya.Katanya, bekas pemilik kelab itu akan dibawa ke Penjara Kajang dan pihaknya akan memulakan tindakan jenayah di bawah kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kelak.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu terbabit dapat membayar ikat jamin atau tidak.Ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya dua kelab di Liga Super yang cukup kronik dalam isu tunggakan gaji iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City).Namun, kelab dari utara itu paling mencuri tumpuan apabila sehingga kini masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji sehingga pemain utama memilih untuk memboikot latihan dan perlawanan ketika menentang KL City pada 14 September lalu.Bagaimanapun, mereka sudah menjalani latihan sebagai persiapan bertemu Terengganu FC (TFC) pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.Terdahulu, Arena Metro secara eksklusif melaporkan pemilik bergelar Datuk Seri itu sering mengelak untuk membayar tunggakan gaji kepada bekas pemain sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, penghantar makanan, pemandu e-hailing selain menjual semua koleksi bola sepak demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bekas jurulatih Penang FA, Tiago peluk Islam
1,729,067,474
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144987/bekas-jurulatih-penang-fa-tiago-peluk-islam
Siti Aminah Mohd Yusof
243
2024-10-16 08:31:14
2024-10-16T16:31:14
Georgetown: Bekas ketua jurulatih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (Penang FA), Jacksen Ferreira Tiago kini menggunakan nama Samir Jacksen Ferreira Tiago selepas memeluk Islam di Indonesia, Isnin lalu.Jurulatih kelahiran Rio De Janeiro, Brazil berusia 56 tahun itu mengucap dua kalimah syahadah dibimbing Ustaz H Nasikhin di Pondok Pesantren Nabil Husein, Samarinda, Indonesia.Khabar gembira itu dikongsi anak lelakinya, Samir Hugo, 19, yang juga pemain bola sepak profesional di negara seberang itu menerusi laman Instagram miliknya, @hugosamir28, semalam."Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya sekarang ayah. Saya saya menyayangi anda Mr Samir Ferreira Tiago," tulisnya."Cintaku padamu dan keluarga kita abadi, anak muda," balas Tiago di ruangan komen.Sebagai rekod, Tiago mendirikan rumah tangga bersama isterinya warga Indonesia beragama Islam, Nadira Bajamal yang juga berdarah keturunan Arab sejak 2004.Pasangan itu memiliki dua orang anak lelaki yang juga beragama Islam dan Tiago sebelum ini pernah dilaporkan berkata, keluarganya hidup dalam keadaan harmoni meskipun berbeza pegangan agama.Bekas pemain bola sepak Brazil yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Teknik PSSI Kaltim itu pernah mengendalikan Penang FA pada 2015 hingga 2016.Tiago sebelum itu mengambil alih tugas K Devan selaku ketua jurulatih pada 2015 dan membawa Penang FA melangkah ke suku akhir Piala FA selepas 13 tahun sebelum akhirnya tewas kepada Pahang.Pada ketika itu, Skuad Harimau Kumbang dinobat sebagai Naib Juara Liga Premier 2015 selepas mengharungi musim 2015 yang sungguh dramatik sehingga ke perlawanan terakhir liga.Pada 2 Disember 2020, Penang FA bertukar teraju pengurusan dan dikenali sebagai Penang FC sehingga kini.
'Terima kasih Mara, semua yang bantu... saya janji belajar bersungguh-sungguh' - Nur Nasuha
1,729,066,627
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144978/terima-kasih-mara-semua-yang-bantu-saya-janji-belajar-bersungguh-sungguh-nur
Nor Amalina Alias
264
2024-10-16 08:17:07
2024-10-16T16:17:07
Bachok:"Terima kasih pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan semua yang membantu saya dan keluarga, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh," kata pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi, 12. Nur Nasuha meluahkan rasa gembira selepas menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM), 10 pagi tadi di MRSM Kuala Krai.Dia yang ditemani ibu, Nurul Izzati Nor, 31, menduduki peperiksaan khas itu yang berlangsung selama dua jam membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi kelayakan ke Tingkatan Satu di MRSM. Mereka dibawa pergi dan pulang oleh guru maktab berkenaan sebagaimana yang dijanjikan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Nur Nasuha berkata, dia lega kerana akhirnya tertunai sebahagian impian untuk ke MRSM dan hanya menunggu keputusan, Januari depan. "Alhamdulillah setakat ini, saya boleh jawab peperiksaan pagi tadi, rasa suka sangat lepas dah habis periksa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol, di sini, hari ini. Bapanya, Mohd Nusi Mamat, 38 berkata, keluarganya bersyukur dengan bantuan yang diterima sebaik kisah mereka sekeluarga tular sejak petang semalam. Katanya, mereka akan memanfaatkan bantuan termasuk tunai dan bantuan bulanan secara berhemat untuk keperluan keluarga terutamanya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak dan persiapan bersalin isterinya, Nurul Izzati yang mengandung tujuh bulan. "Kami terkejut dengan bantuan yang diterima, hanya Allah SWT mampu membalas jasa semua," katanya. Dia berkata, kesusahan keluarga tidak diketahui ramai memandangkan sebelum ini dia bekerja dan keadaan keluarga melarat selepas dia mendapat penyakit gastrik teruk sehingga tidak dapat bekerja seperti biasa.Kisah Nur Nasuha terus dapat perhatian ramai Nur Nasuha akan duduki ujian khas MRSMPelajar cemerlang tercicir MRSM kerana miskin, harap dapat ubah nasib keluarga
Rumah sudah tiada, nak duduk mana? - Saemah
1,729,055,230
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144859/rumah-sudah-tiada-nak-duduk-mana-saemah
Alias Abd Rani
336
2024-10-16 05:07:10
2024-10-16T13:07:10
Muar: Hati mana tidak sedih mengenangkan 'syurga' yang menjadi tempat berteduh serta membesar sembilan anak sejak hampir sedekad lalu, lenyap dibadai ribut dan ombak susulan air pasang besar di pantai Parit Kedondong Laut, di sini, Ahad lalu.Saemah Marwan, 71, yang hanya mampu beristighfar sebaik melihat sebahagian dinding rumah diperbuat daripada batu tumbang manakala bumbung berterbangan akibat dibawa arus dan angin.Namun, Saemah bernasib baik kerana suaminya, Tumira Mukrin, 72, yang terlantar akibat diserang strok tujuh tahun lalu, tiada di rumah kerana menumpang rumah anak lelakinya, kira-kira 100 meter dari lokasi terbabit."Pada hari kejadian, saya ditemani anak lelaki ke Johor Bahru untuk rawatan kemoterapi akibat kanser pangkal rahim sejak tahun lalu. Apabila tiba di rumah pada petang, saya lihat bahagian hadapan sudah roboh."Malam itu jugalah rumah kami menyembah bumi, saya bernasib baik kerana beberapa hari sebelum kejadian, suami tinggal bersama anak buat sementara waktu."Bila tengok rumah sudah tiada, saya teringat waktu dulu masa anak masih kecil, rumah itulah jadi tempat mereka membesar," katanya ketika ditemui.Menurut Saemah, kejadian itu menyebabkan banyak barangan berharga tidak dapat diselamatkan selepas dibawa arus ke laut."Anak (Mohd Shafie, 37) hanya sempat menyelamatkan pinggan dan beberapa lagi barangan. Saya reda mana barang yang hilang biarlah nak buat macam mana," katanya. Saemah berkata mereka membina rumah terbabit di atas tanah miliki Jabatan Pengairan Saliran (JPS).Sebelum ini, pasangan itu menetap di ladang sawit di Segamat sebelum berhijrah ke Muar dengan suaminya ketika itu bekerja sebagai nelayan."Kami pun tak tahu hendak cakap apa, rumah sudah tiada. Habis nak duduk mana lagi, kami tidak ada tanah untuk bina rumah baru."Waktu mula-mula menetap di sini, ombak masih jauh lagi sekarang sudah makin dekat, selalu sangat berlaku hakisan. Kalau ribut tak usahlah cakaplah, kami terpaksa melaluinya," katanya.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Selamat Takim turut mengadakan lawatan ke rumah Saemah yang roboh akibat bencana itu."Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) akan membantu keluarga ini untuk permohonan bantuan sara hidup dan perawatan sakit dihidapi," katanya.
Ketepi bersosial demimu Muaz
1,729,033,301
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144736/ketepi-bersosial-demimu-muaz
Redzuan Muharam
413
2024-10-15 23:01:41
2024-10-16T07:01:41
Cyberjaya: Biarpun tinggal berjauhan, kasih sayang Muhammad Ammar Mohamad Yusup terhadap adiknya, Muaz yang menghidap Cerebral Palsy (CP) tidak pernah berkurangan. Ini kerana hubungan mereka sangat rapat berikutan Muhammad Ammar, 22, yang selalu membantu keluarga menjaga adiknya sebelum ini. Namun, sejak menyambung pengajian dalam Diploma Pengurusan Umrah dan Haji di sebuah kolej, di sini, Muhammad Ammar tiada kesempatan untuk bersama Muaz, 14, tetapi akan 'mencuri masa' ketika pulang ke kampung pada hujung minggu atau cuti semester. Muhammad Ammar berkata, kepuasan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana dia sudah menjaga Muaz sejak kecil. "Saya ada 14 adik-beradik, tetapi sembilan daripadanya sudah berkahwin dan saya paling rapat dengan adik (Muaz). "Ia kerana sejak dulu saya yang bantu dan ambil alih tugas menjaganya kerana adik lumpuh, jadi tak boleh berjalan dan perlu bergantung dengan orang untuk bergerak. "Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, saya sudah sambung belajar, tapi ketika itu pembelajaran di rumah, jadi dapat bantu jaga adik. "Kini, saya hanya dapat pulang dua kali dalam sebulan dan ketika cuti semester, jadi waktu itu akan ambil alih tugas menjaga adik macam biasa," katanya. Bercerita lanjut, Muhammad Ammar berkata, cabaran awal ketika menjaga Muaz adalah membiasakan diri untuk mengetepikan masa luang bersama rakan. "Kadangkala, kita perlukan masa kita, tapi bila rumah tak ada orang, saya perlu tolak ajakan kawan untuk lepak untuk jaga adik. Mahu atau tidak, kena bantu dan itu antara pengorbanan perlu dilakukan. "Tapi, bila jaga adik, saya dapat rezeki yang tak dijangka kerana orang akan bagi duit untuk adik dan syukur kerana urusan mudah, malah sangat senang menjaganya," katanya. Menurut Muhammad Ammar, Muaz kini mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda di Parit Raja, Muar, Johor. "Dia (Muaz) boleh bercakap, cuma pelat, jadi orang yang tak biasa susah nak faham. "Sebagai abang, saya memang rindukannya bila sudah lama tak jumpa dan apabila nampak anak istimewa, saya secara automatik akan teringat adik. "Adik pun sama kerana bila saya hubunginya, dia akan tanya bila nak balik," katanya. Selagi ada kudrat, Muhammad Ammar akan terus membantu keluarga menjaga Muaz setakat yang termampu. "Cuma saya sudah mula fikir bagaimana masa depannya nanti. Siapa yang nak jaga adik jika saya tiada atau bila usianya semakin meningkat. "Moga yang baik-baik saja untuknya di kemudian hari dan syukur kerana ramai beri kata semangat selepas saya kongsi mengenai adik di TikTok. "Malah tak sangka akan tular kerana saja kongsi video untuk suka-suka," katanya yang bakal menamatkan pengajian setahun lagi dan menyimpan hasrat bergelar mutawif.
Ketepi malu cari rezeki nyanyi 'busking'
1,729,033,264
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144732/ketepi-malu-cari-rezeki-nyanyi-busking
Redzuan Muharam
368
2024-10-15 23:01:04
2024-10-16T07:01:04
Kuantan: "Malu itu memang ada kerana kena menyanyi depan orang ramai dalam keadaan diri ada kekurangan. "Tapi, saya teruskan juga kerana menyanyi di jalanan (busking) punca rezeki saya buat masa ini." Itu kata Nik Muhammad Noor Ameerul Khushairie, 29, mengenai kisahnya yang dilahirkan sumbing, namun berusaha mencari pendapatan dengan menjadi penyanyi jalanan di sekitar bandar ini. Bapa tiga anak menetap di Tanjung Lumpur, dekat sini, berkata, pekerjaan itu dilakukan sepenuh masa sejak akhir 2021. Katanya, dia dilakukan kerana minat menyanyi dan waktu kerja fleksibel yang membolehkannya menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga berbanding bekerja tetap. "Sebelum ini, bermacam pekerjaan pernah saya lakukan termaduk kerja sebagai tukang cuci di Singapura. "Lebih dua tahun juga saya bekerja di sana dan berhenti disebabkan pandemik Covid-19. "Pulang ke tanah air, saya bersama rakan tubuhkan kumpulan busker dan idea itu datang spontan saja kerana saya pun minat menyanyi. "Alhamdulillah, kami berjaya dapatkan undangan nyanyian dan kumpulan itu masih ada sampai sekarang walaupun ada yang sudah keluar cuma bukan selalu kami bersama kerana jika di pasar malam misalnya saya akan bergerak solo," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Nik Muhammad Noor berkata, rutin kerjanya bergantung kepada tawaran menyanyi di sesuatu tempat, namun lazimnya empat hari dalam seminggu. Berkongsi pengalaman membuat persembahan pula, Nik Muhammad Noor berkata, sejak sekolah dia memang suka menyanyi dan pernah menyertai pertandingan nasyid, jadi pengalaman itu banyak membantu. "Tapi, jujurnya saya ambil masa dua hingga tiga tahun juga nak sesuaikan diri dengan dunia pemuzik jalanan kerana ada cabarannya termasuk cuaca kerana ada masanya panas, kadangkala hujan. "Itu belum lagi nak hadap segelintir orang yang pertikaikan dan kecam, bukan waktu buat persembahan, tetapi di media sosial. "Orang itu tahu saya boleh menyanyi, tapi cuma menidakkan fakta dengan kata saya nyanyi sengau, tak betul dan sentuh bab fizikal kerana saya sumbing. "Tipu kalau kata tak tersinggung langsung dengan kata-kata mereka kerana sedar itu kekurangan saya, tapi lama-kelamaan sudah lali sampai tak ampil peduli dengan hinaan dilemparkan. "Apa yang penting, saya bersyukur kerana masih boleh bertahan selama tiga sebagai penyanyi jalanan dan boleh meraih paling tinggi RM400 dalam semalam serta anggaran RM8,000 sebulan," katanya.Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nik Muhammad Noor mengakui awalnya tidak berani berkongsi videonya menyanyi di platform berkenaan.
Gergasi sudah kembali!
1,729,030,826
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144714/gergasi-sudah-kembali
Syafil Syazwan Jefri
721
2024-10-15 22:20:26
2024-10-16T06:20:26
"KE tepi! Ke tepi! Gergasi sudah kembali!".Lebih tiga dekad memperkasakan jenama KRU, kumpulan yang dianggotai trio adik beradik, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim hadir dengan deretan karya hebat dan menambat hati jutaan peminat. Sebut saja karya-karya hebat mereka antaranya Awas!, Ohh! La! La!, Apa Saja, Fanatik, Jangan Lafazkan dan banyak lagi, tentunya KRU yang pernah mencipta fenomena ini akan mengisi bayangan memori mereka yang membesar di era 1990-an hingga 2000-an. Kini, tiga beradik ini kembali bersatu selepas mengumumkan mengenai persaraan mereka beberapa tahun lalu dan bakal hadir dengan buah tangan terbaru, namun kekal dengan DNA asal mereka. "Ini satu hari yang bersejarah dan kami harap satu detik terbaik untuk peminat juga. Kami ada sebuah album yang akan dihasilkan berjudul Kaset, memuatkan 10 lagu yang akan turut diadakan konsert bersiri yang akan berlangsung pada tahun depan," kata Norman. Menurut Norman, kehadiran album baharu ini umpama jawapan buat persoalan yang sering diajukan peminat kepadanya di media sosial. "Setiap kali saya muat naik hantaran di media sosial, orang akan tanya bila KRU nak keluarkan lagu baharu. Kadang-kadang, saya tertanya-tanya, adakah mereka lupa yang kami dah umumkan persaraan kami. "Tapi, Alhamdulillah, atas harapan mereka juga kami rasa kena buat dan saya rasa bukan hanya kami nak buktikan apa-apa. Kalau dapat tarik sokongan peminat baharu, Alhamdulillah," katanya. Berkongsi mengenai penghasilan album Kaset itu, Norman berkata, kali ini, semuanya dilakukan secara kerjasama bertiga. "Dari sudut penulisan lagu, kami buat secara bersama mungkin pada lima hingga enam tahun pertama KRU saja. Selepas itu, Edry ada bahagian dia, saya ada bahagian saya dan Yusry ada bahagian dia. "Jadi, masing-masing buat bahagian sendiri dan kadang-kadang, kita tahu lagu muzik itu muzik siapa. Jadi, yang berbeza dalam album baharu ini, kami buat semuanya bersama. "Malah, bahagian rap saya pun, mereka betulkan. Kalau tak, mereka tak pernah nak ajar saya rap. Jadi, perkataan atau cara penyampaian rap itu, semuanya hasil kerjasama yang lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya. Bagi Yusry, keutamaan adalah untuk mereka sendiri menaruh kepercayaan dan jatuh cinta dengan karya yang dihasilkan sebelum diperdengarkan kepada peminat. "Pertama sekali, kami buat lagu untuk kami sendiri. Kami kena betul-betul percaya dengan karya itu dan tak boleh berpura-pura sukakan lagu itu sedangkan kami tak suka. "Kedua, untuk peminat KRU yang sedia ada, yang dah lama. Manakala, untuk peminat baharu, itu semua bonus buat kami. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Kami takkan keluarkan lagu untuk sesuaikan dengan zaman sekarang. Tak boleh. Ia takkan berhasil," katanya. Bagi Edry selaku penerbit, kerjasama ketiga-tiga mereka menjadi elemen penting dalam melengkapkan karya seni ini. "Kami memang bersetuju untuk saya terbitkan album ini, tetapi dari sudut lagi, saya sendiri juga sedar untuk kami kembalikan 'trademark' bunyi KRU itu, kami perlukan elemen Yusry dan Norman juga. Masing-masing ada identiti sendiri, tetapi, apa yang peminat gemari adalah bunyi bertiga itu. "KRU ini tiada formula. KRU punya lagu, kalau dimainkan tiga saat saja pun orang dah tahu itu lagu KRU. Dengan pengaruh hip hop Norman, Yusry dengan pop R&B dan saya lagu-lagu yang berat sikit, bunyi itu menjadi bunyi KRU. "Band lain tak boleh ambil bunyi itu sebab nanti orang akan cakap, mereka kedengaran seperti KRU. Jadi, cabaran dia adalah untuk bekerjasama dengan adik beradik yang dah sekian lama tak bekerjasama. Tapi, bagi saya secara peribadi, saya terbuka," katanya. Kompromi, tolak ansur dan ketepikan ego masing-masing menjadi tunjang utama buat ketiga-tiga mereka. "Apa pendapat mereka mengenai demo saya dan saya pun dengar pandangan mereka juga. Kelebihan kami selepas melalui pelbagai peringkat dan pengalaman, kami lebih terbuka sekarang. Mungkin dulu, darah muda, kamu mahu ikut cara kamu, kan? "Tapi, apa yang kami sedar dan bina bersama jenama KRU itu, dulu kami mencari arah untuk bawa karier ini ke mana. Tapi, apabila kami dah rehatkan sebentar jenama itu, kembali bersama dan kami kena buat semua seni bunyi itu. "Saya tak boleh lakukannya secara individu, kami kena buat bersama. Jadi, kompromi itu agak terbuka sekarang. "Dulu, kami bermula begitu, duduk dalam satu bilik bertiga. Itu magis yang kami rindukan kerana dah tak perlu ego masing-masing dan cara sendiri. Apa yang saya dengar daripada demo yang dihasilkan, bunyi KRU itu bakal dikeluarkan bermula 20 November ini," katanya. Tidak mustahil sekiranya muzik yang dibawakan KRU akan dapat mencuri perhatian peminat generasi baharu memandangkan nama dan sentuhan muzik mereka masih relevan sehingga ke hari ini.
Nur Nasuha duduki ujian khas MRSM esok
1,728,988,958
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144634/nur-nasuha-duduki-ujian-khas-mrsm-esok
Nor Amalina Alias
344
2024-10-15 10:42:38
2024-10-15T18:42:38
Bachok: Kisah sedih murid cemerlang yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana kemiskinan keluarga mendapat perhatian segera daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).Kisah murid itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik hantaran mengenai Nur Nasuha Nusi, 12, di laman Facebook (FB) beliau kurang dua jam berita kanak-kanak itu dipaparkan media.Dalam hantaran itu, Asyraf Wajdi memaklumkan, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai untuk berhubung dengan ibu bapa murid itu dan menguruskan pengangkutan untuk Nur Nasuha menduduki Ujian Kecenderungan MRSM (UKKM). Beliau berkata, dia sering menyebutkan banyak kali supaya tidak menjadikan kemiskinan atau kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menyambung pengajian. "MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu supaya tiada murid cemerlang yang tercicir. "Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini," tulisnya. Asyraf Wajdi turut memaklumkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA akan memberi tarikh baru UKKM kepada calon yang memohon penukaran tarikh ujian atas pelbagai sebab yang akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini. Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38 ketika dihubungi mengucapkan berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf Wajdi dan pihak MARA berkenaan kisah anak keduanya itu. Katanya, dia sudah dihubungi pihak guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anaknya menduduki ujian UKKM, esok. Katanya, selain tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada keluarganya."Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar nak menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami," katanya.Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu. Keadaan kesihatan bapanya, menyebabkan dia dan empat adik beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31 yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai sebuah motosikal serta sering terputus bekalan makanan.
'Dah cerai tak semesti kena ada konflik' - Fazley 
1,728,981,013
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144574/dah-cerai-tak-semesti-kena-ada-konflik-fazley%C2%A0
Syafil Syazwan Jefri
290
2024-10-15 08:30:13
2024-10-15T16:30:13
Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob masih lagi melakukan aktiviti kebiasaan keluarganya seperti mana yang dilakukan sepanjang 18 tahun bersama bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz walaupun sudah bercerai. Fazley, 46, berkata, perceraian itu tidak bermakna mereka harus melalui fasa konflik kerana ia berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak. "Saya, Azrene dan anak-anak sangat okay. Tak ada masalah. Bahkan, kalau kalian tengok hantaran di Instagram saya semalam, kelmarin, seperti biasa saja kan. "Kami keluar makan, pergi melawat Azrene, kemudian kami keluar tengok wayang. Semua itu masih macam biasa. "Walaupun kami berpisah dalam akad, dan tak ada lagi perkataan yang melambangkan kami ini suami isteri, tapi, hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama," katanya kepada Harian Metro. Tambah Fazley, penceraian juga tidak bererti hubungan kekeluargaan akan musnah dan tidak mahu anak-anak menderita. "Anak-anak juga tidak ada rasa apa-apa kekangan dalam hubungan saya dan Azrene. "Hubungan kami anak beranak masih sama, 'group' WhatsApp kami masih sama, nak jumpa pun masih sama, pergi makan pun di tempat yang sama. "Yang membezakan kehidupan kami sekarang adalah perhubungan yang tidak lagi berlandaskan hubungan suami isteri. "Saya percaya, perceraian itu tak bermakna berakhir sebuah kasih sayang dan berakhir hubungan kekeluargaan dan tidak bermakna anak-anak perlu menderita," katanya. Fazley juga berpegang dengan kata-kata yang menjadi pembakar semangat buat mereka sekeluarga. "Pada saya, ungkapan yang boleh saya kongsikan, yang saya, Azrene dan anak-anak saya jadikan pegangan tidak semua yang pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu. "Kehidupan perlu diteruskan dan anak-anak semua memahami dan menghormati," katanya. Fazley bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan punca penceraian mereka. Rumah tangga Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.
'Kasut itu hadiah daripada syurga saya, janji gembira' - Muhammad Arman
1,728,976,336
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144536/kasut-itu-hadiah-daripada-syurga-saya-janji-gembira-muhammad-arman
Noor Hidayah Tanzizi
537
2024-10-15 07:12:16
2024-10-15T15:12:16
Bangi: "Itu hadiah daripada mak, syurga saya dan saya tahu kasut itu bukan asli tapi tak mengapalah. Saya tidak kisah sebab tahu harga kasut 'ori' (asli) mahal lalu minta mak belikan menyamai jenama itu," kata Muhammad Arman Mohd Khairi. Muhammad Arman, 11, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya berjoging sambil menunjukkan kasut 'baru' pemberian ibunya, Puspa Diyana Hussin, 40, yang meraih 3.3 juta tontonan. Kanak-kanak terbabit berkongsi kegembiraan menerima kasut berkenaan sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 8 Oktober lalu. Bagaimanapun, keterujaan Muhammad Arman mengayakan kasut itu tidak bertahan lama apabila netizen mengesan ia adalah kasut tiruan dan meminta kanak-kanak terbabit mendedahkan harga sebenar. Berkongsi kisahnya, Muhammad Arman berkata, dia sangat meminati model kasut jenama itu, namun menyedari harganya terlalu mahal lalu meminta hadiah seakan kasut sama kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya."Saya beritahu mak mahu kasut itu dan cakap cari yang seakan sama kerana harganya mahal sangat. Saya tak kisah kasut itu asli atau tidak, janji saya dapat model seperti itu. "Mak belikan kasut itu dalam talian dan harganya tidak sampai RM80. Saya rasa gembira sehingga melompat apabila dapat 'kasut' itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, dia bersyukur dengan hadiah diberikan ibu dan bapanya, Mohd Khairi Othman, 41, malah akan selalu menhargainya kerana sangat bermakna kepadanya. "Setiap kali hari jadi, mak selalu beri hadiah seperti baju, beg dan dompet atau belanja makan. Semua hadiah diberikan tidaklah mahal, tetapi saya tetap menghargainya kerana ia pemberian mak, syurga saya."Sebab itu saya buat video di TikTok untuk menghargai hadiah itu dengan mengikut trend (buat-buat barang jatuh, tunjuk kasut), tetapi tak sangka pula dapat perhatian, malah ada yang salah sangka cakap saya nak menunjuk kasut tiruan, ada suruh saya beritahu harga kasut itu. "Terasa juga hati baca komen, tetapi saya sabar sahaja dan tak sangka ada rezeki lain apabila ramai yang memberi sokongan serta mahu hadiahkan saya kasut, malah stesen radio belikan kasut untuk saya dan keluarga," katanya. Sementara itu, Puspa Diyana berkata, dia terkejut apabila perkongsian anak kedua daripada tiga beradik mendapat perhatian dan menerima kecaman, namun mengakui dia dan keluarga memaafkan individu terbabit.Menurutnya, perkongsian Muhammad Arman juga bukan untuk meraih simpati atau mengambil kesempatan, sebaliknya hanya kandungan video biasa untuk akaun sosial anaknya.Katanya, dia tetap berterima kasih kepada semua pihak kerana memberi sokongan dan menghadiahkan kasut kepada anaknya. "Apabila video Arman dikecam, dia rasa 'down' dan tunjuk kepada saya semua komen. Saya minta dia bersabar kerana perkara seperti itu adalah biasa jika di media sosial. Dia yang sedih kemudiannya terus tidur. "Saya juga ada tinggalkan komen untuk menerangkan isu itu dan sejujurnya memang komen agak menguris hati hingga buat saya sedih tetapi kami maafkan, malah ada yang kecam pun, mesej kami minta maaf," katanya. Katanya, Muhammad Arman disifatkan seorang anak sangat memahami, ringan tulang, suka membantu, disenangi ramai dan pandai menghargai pemberian orang. "Ini kali pertama Arman minta hadiah kerana dia sangat suka kasut itu dan saya belikan juga walaupun bukan asli kerana tidak mahu berasa ralat. "Kalau nak beli kasut asli boleh... cuma kena simpan wang kerana kalau beli terus ketika itu, macam mana dengan keperluan lain kerana harga kasut itu mahal," katanya yang juga suri rumah dan mengambil tempahan memasak, manakala suami adalah pekerja penyelenggaraan sebuah hotel.
Fazley dah cerai beberapa bulan lalu
1,728,974,920
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144527/fazley-dah-cerai-beberapa-bulan-lalu
Syafil Syazwan Jefri
141
2024-10-15 06:48:40
2024-10-15T14:48:40
Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu. Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu. "Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama.
Fazley dah cerai beberapa bulan lalu
1,728,974,920
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144527/fazley-dah-cerai-beberapa-bulan-lalu
Syafil Syazwan Jefri
141
2024-10-15 06:48:40
2024-10-15T14:48:40
Kuala Lumpur: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu. Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu. "Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya. Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu. Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama.
11 laluan utama di Kuala Lumpur dinaiki air
1,728,969,738
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144475/11-laluan-utama-di-kuala-lumpur-dinaiki-air
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
286
2024-10-15 05:22:18
2024-10-15T13:22:18
Kuala Lumpur: Taburan hujan lebat sehingga 114 milimeter (mm) sejam mengakibatkan 11 laluan di sekitar ibu negara, di sini dinaiki air hari ini.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, hujan lebat bermula 8.30 pagi mengakibatkan limpahan air terutama di Sungai Batu,Sungai Klang, dan Sungai Gombak."Kawasan yang terjejas adalah Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato' Onn), Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Travers, Jalan Damansara (Bawah jejambat Semantan), Jalan Ledang dan Jalan Segambut."Turut terjejas, Jalan Genting Klang (berhadapan Shell) Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street)," menurut kenyataan hari ini. Dalam kenyataan sama DBKL berkata, kejadian banjir itu berpunca berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 mm sejam.Katanya, bacaan taburan hujan di stesen pusat bandar mencatatkan bacaan melebihi 114 mm."Petugas DBKL turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal. "Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu melancarkan pergerakan aliran trafik. "Setakat 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat ditutup satu hala," katanya. Menurutnya, dua buah pam statik diaktifkan di Jalan Sultan Azlan Shah dan tiga buah pam mudah alih diatur gerak bagi mengepam air air bertakung. Katanya, keadaan kembali beroperasi seperti biasa tidak lama kemudian susulan tindakan proaktif pihak DBKL.Berdasarkan tindakan diambil DBKL, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung surut dalam tempoh 30 minit."Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya," katanya.Banjir kilat turut landa UMTaburan hujan tinggi lebih 60 mm punca Kuala Lumpur banjirAmaran ribut petir di 8 negeri, KL, Putrajaya hari iniMurid taska cemas, bilik darjah dilanda banjirTanah runtuh 30 meter cemaskan pendudukHujan lebat, banjir kilat, sidang Parlimen mula lewat
Pemandu wanita didakwa bunuh 3 penuntut UiTM Dungun
1,728,964,944
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144433/pemandu-wanita-didakwa-bunuh-3-penuntut-uitm-dungun
Zatul Iffah Zolkiply
232
2024-10-15 04:02:24
2024-10-15T12:02:24
Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 9 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.Tertuduh, Norizan Ismail ,49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan dih adapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM di sini, jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahanMahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah dan Nur AzhaniAzman manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.Media sebelum ini melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.Dalam kejadian itu, tiga penuntut itu meninggal dunia d ilokasi kejadian manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera pada anggota badan.
'Badan sakit cuci lumpur!'
1,728,964,825
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144431/badan-sakit-cuci-lumpur
Safuri Kamarudin
358
2024-10-15 04:00:25
2024-10-15T12:00:25
Baling: "Balik dari PPS (Pusat Pemindahan Sementara), saya cuci rumah bila tengok cuaca agak cerah tapi malang selepas bersih di ruang tamu tiba-tiba hujan. Tak sempat nak kering terpaksa berpindah semula ke PPS petang semalam (kelmarin)," kata Nuridah Setu, 48, dari Kampung Batu 8, Mukim Siong, dekat sini.Nuridah berkata, kediamannya sekali lagi dilanda banjir malam kelmarin menyebabkan dia sekeluarga berpindah semula ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari.Menurutnya, banjir kali ini paling buruk hanya selang sehari berlaku banjir dengan lumpur penuh di dalam serta becak keliling kawasan rumah."Saya tak daya lagi kalau sering dilanda banjir sehingga badan sakit dan demam. Baru cuci sekejap banjir melanda lagi," katanya.Nuridah dan suaminya, Mohd Zaimi Md Zaki, 47, berkata malam kelmarin air naik lebih tinggi berserta selut dan menyukarkan untuk membersihnya."Air naik sehingga satu meter dan banyak barangan tidak sempat untuk diselamatkan kerana terlalu letih," katanya.Seorang lagi mangsa banjir, Zaliza Salleh, 39, dari Kampung Pantai Lubuk Pedati, berkata air naik jam 5 pagi menyebabkan dia berpindah ke PPS Kompleks Rakan Muda, Batu 42 tengah hari kelmarin.Katanya, dia pertama kali berpindah ke PPS kerana sebelum ini air masuk ke rumah tidak seteruk kelmarin kerana air mencecah hampir satu meter."Kami keluar cepat-cepat takut terperangkap kerana arus Sungai Ketil semakin deras."Banyak barangan dan perabot tidak sempat di selamatkan kerana tidak menyangka banjir berlaku dengan teruk kali ini."Biasanya air naik paras lantai sahaja tetapi kali ini paling teruk pernah saya alami," katanya.Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata seramai 867 mangsa banjir daripada 309 keluarga masih berada di sembilan PPS setakat tengah hari semalam.Katanya, hujan lebat berterusan selama empat jam malam kelmarin menyebabkan pertambahan mangsa yang berpindah ke PPS "Hujan lebat selama empat jam sejak jam 7 malam menyebabkan air Sungai Ketil terus melimpah ke penempatan penduduk."Kebanyakan mangsa yang dipindahkan tinggal berdekatan tebing sungai," katanya.Beliau berkata, semua mangsa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Maktab Mahmud Bongor, Surau Kampung Lahar, Dewan Tun Abdul Razak Baling (lama), Dewan Tun Abdul Razak (baru), Kompleks Rakan Muda, Batu 42 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Seng York.
Pemandu wanita sebabkan 3 penuntut UiTM Dungun maut didakwa hari ini
1,728,960,822
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144409/pemandu-wanita-sebabkan-3-penuntut-uitm-dungun-maut-didakwa-hari-ini
Zatul Iffah Zolkiply
110
2024-10-15 02:53:42
2024-10-15T10:53:42
Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang lagi cedera pada 9 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Pemandu wanita berusia 49 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Dungun pada 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.Turut kelihatan, suami dan beberapa ahli keluarga wanita itu yang hadir bagi mengikuti prosiding pada hari ini.Sebelum ini, wanita itu direman selama empat hari sehingga Ahad lalu (kelmarin) namun, perintah reman terhadapnya disambung dua hari lagi hingga hari ini.Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut, manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
RM1.287 juta kos perkukuh benteng
1,728,946,857
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144368/rm1287-juta-kos-perkukuh-benteng
Amirul Aiman Hamsuddin
378
2024-10-14 23:00:57
2024-10-15T07:00:57
Sekinchan: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sudah melaksanakan projek kawalan hakisan dan memperkukuh benteng di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini, dengan kos RM1.287 juta.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Selangor, Izham Hashim berkata, projek itu sudah bermula pada 20 Jun lalu dan dijangka siap 20 Mei tahun depan."Projek itu adalah penambahbaikan membabitkan struktur pengukuhan benteng pantai (rock revetment) sepanjang 18 meter."Sebelum ini, JPS sudah membina tembok konkrit sepanjang 25 meter di tapak sedia ada sejak 2016 dengan kos sebanyak RM 20,000 dan projek kawalan hakisan ini adalah inisiatif tambahan diambil untuk mengatasi banjir kilat akibat air pasang besar," katanya kepada Harian Metro.Semalam Harian Metro melaporkan keluhan peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini yang terpaksa berdepan banjir kilat akibat fenomena air pasang besar saban tahun.Bukan sahaja terpaksa menutup premis, malah kawasan persekitaran juga turut dipenuhi lumpur dan sampah sarap apabila banjir surut.Difahamkan, kawasan pelancongan itu terdedah kepada risiko fenomena air pasang besar sehingga lima kali setahun.Izham turut mengingatkan peniaga dan penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada dan peka dengan fenomena air pasang besar, khususnya yang akan berlaku pada 17 hingga 20 Oktober ini."Pihak berwajib akan sentiasa memantau dan memberi makluman awal kepada anggota masyarakat," katanya.Dalam perkembangan sama, Izham memaklumkan Kerajaan Negeri sudah selesai melaksanakan Kajian Keberkesanan Benteng Pantai Selangor Ke Atas Perubahan Aras Laut pada tahun lalu."Kajian ini dibuat bagi menilai keutuhan benteng pantai sedia ada di sepanjang garis pantai yang dikenal pasti di Selangor dan merangka pelan induk yang komprehensif dan bersepadu bagi pengurusan fenomena banjir pantai."Berdasarkan kajian itu, Selangor mempunyai panjang pantai sepanjang 492.1 kilometer yang meliputi lima daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang."Daripada keseluruhan pantai tersebut, sepanjang 198.87 kilometer telah dilindungi dengan ban pantai dengan perincian Sabak Bernam (59.22 kilometer), Kuala Selangor (60.44 kilometer), Klang (58.82 kilometer), Kuala Langat (12.55 kilometer) dan Sepang (7.84 kilometer)," katanya.Bagaimanapun, katanya, terdapat jajaran pantai yang memerlukan kerja-kerja menaiktaraf dan pembinaan ban baru."Berdasarkan anggaran awal, kos yang diperlukan bagi menaiktaraf keseluruhan jajaran di Selangor adalah sebanyak RM292 juta yang mana terdapat jajaran yang memerlukan pembaikan segera dan terdapat jajaran yang perlu dinaiktaraf sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya.Sebarang masalah di kawasan anda boleh dikongsi ke e-mel ke Suara Anda, Kami Dengar di [email protected]
'Penyelamat' di bulan penting
1,728,946,838
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144366/penyelamat-di-bulan-penting
Noor Hidayah Tanzizi
709
2024-10-14 23:00:38
2024-10-15T07:00:38
Kuala Lumpur: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 diperuntukkan kerajaan bagi lima juta murid dan pelajar memberi peluang kepada ibu bapa menyediakan keperluan sekolah lebih baik dan serba lengkap kepada anak. Bantuan berkenaan, sekali gus melegakan ibu bapa apabila ia meringankan beban dalam menyediakan keperluan sesi baharu terutama ketika peningkatan kos sara hidup ketika ini. Malah, BAP juga disifatkan 'penyelamat' terutama ketika sambutan Ramadan dan Aidilfitri lalu hampir sama dengan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun ini. Kakitangan swasta, Norzilawati Md Said, 41, berkata, dia menghargai inisiatif kerajaan yang disifatkan adil dalam membantu semua golongan ibu bapa untuk menyediakan keperluan persekolahan anak bagi sesi persekolahan baharu. Menurutnya, dia mempunyai tiga anak berusia antara enam hingga 12 tahun dengan dua daripadanya sedang bersekolah dan mengakui dirinya memerlukan belanja yang agak besar untuk keperluan persekolahan. "Seorang anak memerlukan RM500 untuk barang kelengkapan termasuk yuran serta buku bagi sekolah pagi dan petang (sekolah agama), jadi bantuan ini dapat meringankan beban kami. "Bantuan ini memberi peluang kepada ibu bapa membeli barangan baharu seperti kasut sekolah yang biasanya memang perlu digantikan setiap tahun selain beg dan baju seragam," katanya. Katanya, biarpun jumlah bantuan disalurkan tidak dapat menampung keseluruhan kos perbelanjaan, namun ia tetap memberi kesan baik kepada perancangan perbelanjaan keluarga, malah memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama yang mempunya anak lebih ramai. "Wang bantuan diterima sangat membantu walaupun ia tidak dapat menampung semua tetapi boleh mengurangkan kos belanja membeli kelengkapan persekolahan baharu. "Mungkin RM150 dilihat jumlah agak sedikit, tetapi untuk anak yang ramai ia memberi impak yang besar, malah saya yang mempunyai dua anak bersekolah rasa BAP sangat meringankan beban kami," katanya. Menurut Norzilawati, bantuan berkenaan juga menunjukkan komitmen kerajaan membantu rakyat segenap lapisan apabila semua pelajar dan murid layak menerima bantuan itu. "Insiatif seperti ini bagus dan perlu diteruskan untuk memberi manfaat kepada rakyat kerana sebelum ini ada bantuan tertumpu kepada golongan B40 sahaja, tetapi BAP diberikan kepada setiap murid dan pelajar," katanya. Jurutera, Nur Ainni Ramli, 36, berkata, ini kali pertama dia menerima bantuan berkenaan dan mengakui menarik nafas lega apabila ia mengurangkan kos persediaan anak ke sekolah terutama apabila pembukaan sesi baharu lalu hampir dengan sambutan Aidilfitri. Katanya, bantuan itu juga dapat memastikan barangan keperluan untuk persediaan persekolahan anak mencukupi, malah ia turut membantu persediaan mental dan emosi anak untuk menghadapi sesi pembelajaran. "Pemberian bantuan ini bantu tampung kos perbelanjaan persediaan kemasukan sekolah kerana bulan itu juga (pembukaan sesi persekolahan) memerlukan perbelanjaan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri. "Justeru, ia membantu kami merancang perbelanjaan lebih baik menggunakan bantuan itu sebagai wang tambahan untuk fokus kepada persediaan kelengkapan persekolahan anak," katanya. Ibu tiga anak itu berkata, persediaan kelengkapan persekolahan yang lebih baik memberi keyakinan kepadanya untuk membolehkan anaknya belajar dengan selesa di sekolah. "Justeru, bantuan ini sangat baik dan wajar diteruskan bagi membantu ibu bapa setiap golongan dalam menghadapi kos perbelanjaan yang semakin meningkat. "Bantuan ini menunjukkan bukti keprihatinan kerajaan meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan persediaan pembelajaran anak," katanya. Bagi Nur Azrin Ramli, 36, bantuan itu digunakan untuk membeli alat tulis, kasut dan beg baharu bagi kegunaan dua anaknya menggantikan barangan lama yang sudah tidak boleh digunakan tahun ini. Menurutnya, ia mengurangkan peruntukan keperluan persekolahan anak di mana wang yang disediakan untuk keperluan itu sebelum ini boleh digunakan untuk keperluan lain seperti wang belanja anak ke sekolah setiap hari. "Dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini, ia membantu ibu bapa dan bantuan diterima itu dimanfaatkan sebaiknya untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi memudahkan mereka belajar dalam suasana lebih kondusif di sekolah. "Untuk dua anak saya dapat BAP RM300. Walaupun jumlah itu tidak cukup terutama dalam keadaan harga barang semakin meningkat, tetapi saya buat survei di beberapa kedai dan dengan bajet itu saya dapat barangan yang dijual pada harga paling berpatutan namun berkualiti. "Sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pembelian buku sekolah dibayar dengan wang yang kami sudah peruntukkan untuk anak kerana ia lebih penting dan menjadi keutamaan, jadi BAP RM150 ini memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk kelengkapan lain," katanya. Selain BAP, kerajaan juga komited untuk terus memberikan suasana lebih kondusif kepada murid dan pelajar di sekolah dengan sasaran 40 projek pembangunan semula bangunan daif sekolah yang diluluskan dapat disiapkan pada tahun ini. Peruntukan itu membabitkan RM582 juta dan sehingga kini RM257 juta sudah dibelanjakan untuk menaiktaraf 16 sekolah di seluruh negara setakat ini.
Marsha tak fikir lama
1,728,943,224
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144345/marsha-tak-fikir-lama
Ridzuan Abdul Rahman
480
2024-10-14 22:00:24
2024-10-15T06:00:24
PEMBABITAN Marsha Milan Londoh bukan hanya bertumpu dalam nyanyian, malah kini semakin mengharum sebagai juri program nyanyian.Terbaru, Marsha, 38, ditampilkan sebagai juri rancangan realiti terbaru, A Million Voice (AMV) bergandingan dengan dua nama besar dalam bidang nyanyian iaitu Datuk Awie dan Datuk Hattan yang menawarkan hadiah RM1 juta."Program AMV diterbitkan untuk lapan episod dan boleh dikatakan ia sesuatu yang segar untuk penonton kita. Sebelum ini saya pernah jadi juri Suara Viral musim kedua dan ketiga."Tak dinafikan ada juga persoalan kenapa saya dipilih? Tapi penerbit tentu ada alasan sendiri dalam pemilihan. Saya pun ada pengetahuan dalam muzik, belajar muzik."Saya rasa matlamat saya dan dua juri lain adalah sama, mencari pelapis yang boleh mewarnakan lagi industri kita," katanya.Pada masa sama, Marsha juga meluahkan kesyukuran kerana pemilihannya selaku juri program nyanyian diterima baik peminat."Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi netizen yang mempertikaikan pemilihan saya sebagai juri program nyanyian. Syukur saya masih selamat di mata netizen."Menjawab persoalan berkenaan bayaran, ia bukanlah terlalu tinggi melampau tetapi dikira munasabah dengan nama, pengalaman dan ilmu yang saya ada."Tidak ada (bayaran lumayan). Bayaran tahap episod biasa saja. Siapalah saya mahu mengenakan kadar bayaran yang terlalu tinggi. Bayaran Marsha Milan masih munasabah," katanya.Program AMV akan dihoskan oleh Joey Daud. Hadiah bernilai RM1 juta itu merangkumi sebuah kereta elektrik, kontrak rakaman album dan membuat persembahan dalam konsert roadshow selama tiga tahun."Sebaik ditawarkan jadi juri, saya tak fikir lama terus setuju. Dah tentu selain cari pelapis baharu untuk mewarnai industri, saya sendiri nak juga ada platform besar untuk karier."Saya pasti ramai yang tanya bagaimana cara bekerja dengan Datuk Hattan. Dia kalau bekerja lain karakternya, agak mesra. Saya agak rapat dengan dia"Manakala dengan Datuk Awie pula saya segan sikit sebab ini kali pertama saya bekerja sebagai juri bersamanya. Tapi insya-Allah kami boleh capai keserasian bila bekerjasama," katanya.Marsha yang juga aktif dalam lakonan kini tampil menerusi filem aksi Danum yang ditayangkan di pawagam bermula 10 Oktober.Ia berkisarkan berkenaan misteri Lembah Danum yang terletak di Sabah."Saya melakonkan watak sebagai anggota polis. Penggambarannya dah lama dibuat tapi baru ditayangkan. Watak saya memerlukan saya memegang pistol. Untuk babak menembak saja kena buat 20 kali."Memang kekok. Ada anggota polis yang pantau macam mana caranya untuk pegang pistol dengan betul. Ini antara filem yang buka mata saya kerana saya tak pernah bawa watak seperti itu."Apapun saya tak pinggirkan nyanyian dan akan rakam lagu baharu selepas ini. Ikutkan saya dah lama menyanyi cuma orang tak nampak. Sekarang orang dah terima saya sebagai penyanyi yang serius," katanya.Menurutnya, dia tidak akan mengecewakan peminat dan akan menghiburkan mereka dengan hasil karya yang bermutu."Banyak perancangan saya antaranya hasilkan sebuah album kompilasi lagu-lagu yang pernah saya keluarkan dibawah label baru saya Alternate Records."Ia termasuk tiga lagu versi Anugerah Juara Lagu iaitu Darah, Cinta dan Kembali Terang. Selepas itu baru saya siapkan album solo," katanya.
Reda suami 'pergi' selepas kehilangan bapa mentua
1,728,913,779
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144308/reda-suami-pergi-selepas-kehilangan-bapa-mentua
Zuliaty Zulkiffli
328
2024-10-14 13:49:39
2024-10-14T21:49:39
Sik: "Kami baru bersedih selepas kematian ayah mentua Selasa lalu, kini dia (suami) pula menyusul apabila meninggal dunia dihempap pokok semalam," kata Nurshuhada Ramli, 38. Nurshuhada adalah isteri kepada Mohd Rizal Aziz, 47, yang maut selepas dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya. Menurutnya, suaminya dalam perjalanan pulang dari rumah ibu mentuanya di Kampung Tanjung Besar untuk ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan syif malam. "Suami ketika itu pulang selepas menjaga ibunya (Umi Kalsom Man, 67) yang terlantar sakit akibat kencing manis dan buah pinggang. "Suami bergilir dengan dua adiknya yang lain sejak ibu mentua sakit dan minggu ini dia bekerja syif malam," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Tanjung Besar, di sini hari ini. Nurshuhada berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan suaminya dihempap pokok tumbang di lokasi kejadian pada 5.45 petang. Katanya, dia bergegas ke lokasi dengan memandu kereta seorang diri dari rumahnya di Kampung Bandar Hilir dan terkejut apabila mendapati jasad suaminya ditutup payung. "Bila dah tutup dengan payung, saya faham keadaannya memang dia sudah tiada dan hampir pengsan melihat jasadnya yang terbujur kaku. "Arwah suami yang menjadi tunjang dalam keluarga menyara saya dan tiga anak berusia dua tahun hingga 12 tahun selain menjaga ibunya yang sakit," katanya. Nurshuhada berkata, bagaimanapun mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya. Dia berkata, suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, di sini 2.30 petang hari ini. Sementara itu, adik arwah, Mohd Syukri Aziz, 46, berkata, kali terakhir dia menghubungi abang sulungnya itu pada 9 pagi semalam. Katanya, ketika itu dia berada di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk menguruskan bantuan bapa mereka yang meninggal dunia pada Selasa lalu. "Abang seorang yang penyayang dan kami pernah hidup susah sama-sama sejak kecil. "Bila dia dah tak ada ni, memang kami terasa sangat sampaikan adik perempuan bongsu pengsan sebaik mendengar berita mengenai abang," katanya. Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir.
Jakim perkenal empat modul rehabilitasi ahli GISBH
1,728,909,683
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144294/jakim-perkenal-empat-modul-rehabilitasi-ahli-gisbh
Skuad Khas Harian Metro
376
2024-10-14 12:41:23
2024-10-14T20:41:23
Kuala Lumpur: Empat modul dirangka dalam program rehabilitasi secara sukarela kepada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang akan dijalankan di 20 pusat rehabilitasi seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, modul itu membabitkan pemulihan akidah, latihan dan kemahiran, kenegaraan serta pendidikan dan kaunseling. "Satu pasukan dibentuk bukan saja membabitkan pasukan di peringkat persekutuan tetapi juga peringkat negeri untuk melaksanakan program pemulihan ahli GISBH. "Mereka yang menyertai program ini akan diberi bimbingan mengikut modul disediakan oleh setiap agensi terbabit mengikut bidang masing-masing," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah MKN, Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin; Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik), Datuk Baharuddin Ahmad dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dr Sopian Brahim. Mengulas lanjut, Dr Sirajuddin berkata, pemulihan peserta GISBH dinilai bergantung kepada penerimaan terhadap pemulihan yang dilaksanakan itu. "Tempoh yang kita anggarkan selama tiga bulan atau 90 hari yang kita laksanakan itu sudah memadai. "Namun begitu, tahap kesannya ada perbezaan antara seseorang dengan seorang yang lain. Jika memerlukan bimbingan lebih terperinci akan ada proses bimbingan susulan terhadap mereka," katanya. Ditanya mengenai adakah ahli GISBH di negeri belum difatwakan sesat boleh menyertai program rehabilitasi itu, Sirajuddin berkata, program ini terbuka kepada semua ahli yang mahu mendapatkan bimbingan. Kata beliau, ini adalah peluang dan ruang yang dibuka oleh kerajaan kepada mangsa yang mungkin sedar apa diamalkan sebelum ini menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. "Alhamdulillah sehingga hari ini, sudah ada tiga negeri yang telah menfatwakan bahawa GISBH menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ada beberapa negeri lagi masih dalam proses. "Bagi kami ia tidak menjadi halangan atau masalah, walaupun negeri itu belum fatwa sesat mereka boleh tampil untuk dapatkan pemulihan," katanya. Dalam pada itu, beliau juga mengalu-alukan kepada mana-mana ahli yang mahu mendapatkan kebenaran mengenai pegangan diamalkan GISBH boleh tampil menyertai program. Katanya, ini bagi membolehkan mereka mendapat gambaran sebenar dan maklumat lanjut dalam meneruskan kehidupan. "Mereka yang berasa betul dan mahu mendapatkan kebenaran juga boleh hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut supaya mereka dapat meneruskan ajaran Islam sebenar," katanya. Program rehabilitasi yang dibangunkan oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Jakim itu bertujuan memberi bimbingan akidah dan kelangsungan hidup kepada ahli GISBH yang berdaftar.
Kerajaan wujudkan 20 pusat rehabilitasi untuk ahli GISBH
1,728,907,226
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144285/kerajaan-wujudkan-20-pusat-rehabilitasi-untuk-ahli-gisbh
Skuad Khas Harian Metro
454
2024-10-14 12:00:26
2024-10-14T20:00:26
Kuala Lumpur: Kerajaan mewujudkan 20 pusat rehabilitasi di seluruh negara bagi menempatkan ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dan sokongan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pusat yang akan dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu akan menyediakan program rehabilitasi selama 90 hari kepada ahli GISBH yang mendaftar secara sukarela. Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik) Datuk Baharuddin Ahmad berkata, pihaknya diberi tanggungjawab mengendalikan program terbabit bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan lain. "Kerajaan mengambil berat terhadap ahli GISBH yang memerlukan bimbingan akidah dan kelangsungan hidup selepas tindakan penguatkuasaan terhadap organisasi berkenaan. "Kumpulan ini yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak kecil tidak seharusnya disisihkan, tetapi mereka memerlukan bimbingan dan sokongan penuh kerajaan serta masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah MKN Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dr Sopian Brahim. Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, ahli GISBH terbabit akan menjalani program pemulihan daripada aspek akidah, syariah, pendidikan, kesihatan, kenegaraan dan latihan kemahiran secara komprehensif. Beliau berkata, peserta kemudian akan dinilai oleh pengarah di setiap pusat mengenai tahap pemulihan mereka sebelum menamatkan program. "Mereka yang terbabit program ini bukan dianggap sebagai pesalah, sebaliknya mereka adalah mangsa yang memerlukan bimbingan selaras prinsip ihsan Kerajaan Madani," katanya. Katanya, program rehabilitasi itu akan dilaksanakan secara berfasa di pusat latihan kerajaan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak, dengan peserta turut disediakan penginapan serta makan minum sepanjang program berlangsung. "Bagi ahli yang berkeluarga, kami tidak akan pisahkan dan akan berusaha menyediakan penginapan untuk mereka bersama," katanya. Dalam pada itu, Baharuddin berkata, pada peringkat awal, MKN menyasarkan ribuan ahli GISBH yang akan mendaftar program berkenaan. "Permulaan ini, kami (MKN) tumpu ahli GISBH yang berada dalam negara, namun bagi mereka yang berada di luar negara, kami akan fikir usaha seterusnya. Kami difahamkan GISBH mempunyai rangkaian perniagaan di 19 negara, antaranya Australia dan New York, Amerika Syarikat," katanya. Difahamkan, ketika ini terdapat 10,500 ahli GISBH di seluruh negara. Justeru, beliau merayu semua ahli GISBH di seluruh negara supaya mendaftar program itu bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih lestari. Beliau berkata, pendaftaran dibuka selama 30 hari bermula semalam, hingga 14 November depan dan ahli GISBH yang ingin mendaftar boleh melayari https://form.jotform.com/242760538389468. Mereka yang memerlukan bantuan pendaftaran pula boleh menghubungi pusat panggilan Jakim di 03-88707294/7295/7296 atau Bilik Situasi Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON) MKN di talian 03-88880733 atau mendaftar di Jabatan Agama Islam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Sekiranya ahli GISBH yang ingin menyertai program itu menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tidak bertanggungjawab, mereka boleh tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.
Perancang utama kumpulan samun pembekal emas maut ditembak
1,728,894,144
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144237/perancang-utama-kumpulan-samun-pembekal-emas-maut-ditembak
Zahratulhayat Mat Arif
285
2024-10-14 08:22:24
2024-10-14T16:22:24
Ipoh: Polis menembak mati lelaki dipercayai perancang utama kumpulan samun pembekal emas di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, awal pagi ini. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, Pusat Kawalan Daerah Muallim menerima maklumat mengenai kejadian tembak-menembak antara seorang penjenayah dengan polis pada jam 3.10 pagi."Semasa menjalankan rondaan, polis terserempak dengan sebuah Nissan Almera disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Slim. "Polis mengarahkan pemandu berusia 43 tahun menghentikan kereta namun dia memecut serta melepaskan beberapa tembakan ke arah kenderaan polis."Dalam usaha mempertahankan diri, polis membalas tembakan dan mengenai suspek menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian."Kematian disahkan pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Malim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.Azizi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang berasal dari Klang, Selangor, mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan rompakan berkumpulan, menyebabkan kecederaan, dan penipuan."Susulan pemeriksaan ke atas kereta suspek, polis merampas sepucuk pistol Sig Sauer, satu kelopak peluru, enam butir peluru, tiga botol mengandungi peluru dan dua parang. "Dalam insiden tembak-menembak itu, kereta peronda polis terkena peluru di pintu penumpang belakang kiri," katanya sambil menambah tiada anggota cedera dalam kejadian itu.Beliau berkata, pemeriksaan latar belakang menunjukkan suspek perancang kumpulan jenayah yang mensasarkan emas yang dalam proses transit."Siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dalam sekurang-kurangnya 25 kes rompakan emas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, dan Perak sejak 2018. "Jumlah kerugian dianggarkan daripada 25 kes ini adalah RM34.2 juta," katanya.Azizi berkata, dalam insiden terbaru, suspek terbabit dalam rompakan pembekal emas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada 27 Ogos tahun ini. "Insiden itu mengakibatkan kehilangan 4.5kg emas, yang dianggarkan bernilai RM1.485 juta," katanya.Menurutnya, polis sedang menjejaki saki-baki ahli kumpulan jenayah yang masih bebas.
New Zealand belasah Harimau Malaya di Auckland
1,728,893,537
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144233/new-zealand-belasah-harimau-malaya-di-auckland
Syazwan Msar
325
2024-10-14 08:12:17
2024-10-14T16:12:17
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu lebih banyak menuntut ilmu lagi apabila dibelasah New Zealand 0-4 pada perlawanan persahabatan Tier-1, sebentar tadi.Walaupun mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, ternyata skuad kendalian Pau Marti Vicente dilihat sukar untuk merencanakan serangan berbahaya ke kubu lawan.Malah, perlawanan yang berlangsung di stadium North Harbour, Auckland itu menyaksikan tuan rumah mengawal hampir keseluruhan tempoh perlawanan dengan melancarkan serangan berbahaya sebaik aksi bermula.Skuad kendalian Darren Bazeley hampir berada di depan seawal minit kelima, namun sepakan Ben Waine ditepis penjaga gol, Syihan Hazmi.New Zealand bagaikan beraksi separuh padang apabila sentiasa melancarkan serangan berbahaya sepanjang tempoh 30 minit tanpa ihsan sehingga memaksa skuad Harimau Malaya berkampung di kawasan sendiri.Kepantasan Liberato Cacace sentiasa membuatkan benteng Harimau Malaya yang diterajui Dominic Tan hampir putus nafas.Cacace hampir mencipta nama sebagai penjaring gol, namun sepakannya ditepis Syihan sekali gus memberi kelegaan kepada kem negara apabila terikat 0-0 ketika rehat.Babak kedua bersambung menyaksikan New Zealand tampil lebih garang dalam merencanakan serangan.Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila Elijah Just meletakkan New Zealand di hadapan pada minit ke-52 apabila mudah menolak masuk bola hasil hantaran Cacase.Kealpaan benteng skuad Harimau Malaya terus dihukum selang lapan minit kemudian kali ini menerusi Matthew Garbet sebelum Chris Wood menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-71 selepas Syihan gagal menepis bola ke luar.Melihat jentera serangan dan pertahanan skuad Harimau Malaya kurang menyengat menyebabkan Vicente membawa masuk Safawi Rasid, Paulo Josue, Feroz Baharudin dan Azam Azmi Murad.Ternyata keputusan itu menyaksikan Malaysia melakukan beberapa serangan berbahaya terutama menerusi gerakan Azam Azmi dan Safawi, namun gagal diterjemahkan kepada gol.Ketika Malaysia sibuk mengatur serangan, New Zealand secara tenang menyumbat gol keempat menerusi percubaan di luar kotak penalti Logan Rogerson ketika perlawanan berbaki dua minit sebelum tamat.Keputusan kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus memperlihatkan jurang ketara antara Malaysia yang menduduki ranking ke-132 dunia dengan New Zealand di ranking ke-95 dunia.
Rumah umpama 'ditelan' sampah, APM terpaksa dipanggil keluarkan warga emas
1,728,884,250
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144182/rumah-umpama-ditelan-sampah-apm-terpaksa-dipanggil-keluarkan-warga-emas
Zuhainy Zulkiffli
294
2024-10-14 05:37:30
2024-10-14T13:37:30
Georgetown: Bagaikan 'ditelan' sampah sarap, begitu keadaan rumah dua tingkat di Jalan Mano, di sini, yang dihuni seorang wanita warga emas berusia 86 tahun.Keadaan itu dikatakan berlaku susulan tabiat wanita berkenaan yang gemar mengumpul barangan lusuh dan kitar semula di rumahnya sejak beberapa tahun lalu.Semalam, pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang melakukan tugas khas mengeluarkan wanita itu dari rumahnya pada jam 4.40 petang.Tugas penyelamatan dilakukan selepas APM menerima panggilan daripada ahli keluarga yang mendakwa wanita yang dalam keadaan tidak sihat itu sukar dikeluarkan dari rumahnya berikutan terdapat timbunan sampah.Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA), Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, mangsa didakwa tidak dapat berjalan dan sukar bergerak keluar daripada kediaman dua tingkat itu berikutan dipenuhi dengan barangan lusuh dan kitar semula yang dikumpulnya. "Mangsa dikatakan mahu tinggal di pusat jagaan warga emas berhampiran namun berikutan keadaannya yang tidak sihat dan sukar keluar daripada timbunan sampah di dalam rumah, keluarga menghubungi APM bagi mendapatkan bantuan."Seramai empat anggota APM terbabit dalam tugas itu dengan menggunakan pengusung dan teknik 'berekor' bagi membawa mangsa keluar daripada rumah," katanya ketika dihubungi di sini.Muhammad Aizat berkata, mangsa yang berjaya dibawa dikeluarkan turut diberi rawatan awal.Katanya, wanita terbabit mempunyai sejarah penyakit kencing manis, hipertensi, gangguan pendengaran dan lemah badan."Mangsa tidak berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah itu serta dipercayai sudah lama mengumpul barangan terpakai dan lusuh."Keluarganya mendakwa mangsa yang kerap terjatuh sering menelefon mereka pada tengah malam bagi meminta bantuan."Berikutan itu, keluarganya mahu menghantar mangsa ke pusat jagaan dengan persetujuan wanita berkenaan," katanya.Difahamkan, wanita itu bukan saja menyimpan barangan di dalam rumah, tetapi juga di halaman kediamannya.Tinjauan di rumah itu mendapati longgokan sampah boleh dilihat daripada luar pagar kediaman yang turut menempatkan tiga kereta.
SPRM geledah dua lagi 'safehouse' ahli politik berpengaruh
1,728,883,771
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144175/sprm-geledah-dua-lagi-safehouse-ahli-politik-berpengaruh
Rafiqah Dahali
462
2024-10-14 05:29:31
2024-10-14T13:29:31
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah dua tempat lagi yang dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse' oleh seorang ahli politik berpengaruh, malam tadi.Penggeledahan dua tempat terbabit susulan operasi yang menemui sejumlah mata wang asing berjumlah sekitar RM5 juta di pangsapuri di Kuala Lumpur, semalam.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua tempat itu membabitkan sebuah pejabat dan satu lagi tempat yang tidak diperincikan "Pegawai saya kira, ada tambahan (penggeledahan) dua 'safehouse' lagi. Salah satu daripadanya, ada penemuan SG$74,000 lebih kurang duit kita RM243,000."Kemudian di satu tempat di pejabat, dijumpai wang lebih kurang RM78,000. Kita juga mendapat maklumat ada wang dibuat pelaburan di Singapura ... yang itu saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya, siapa pemiliknya."Rasanya akan ada lagi penemuan di 'safehouse' lain. Ini kita masih lagi menjalankan siasatan dan risikan terhadap penyimpanan wang ini. Mungkin ada dibuat penyimpanan di bank lain. Ini sedang kita siasat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.Program dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.Azam berkata, suspek yang ditahan adalah seramai empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.Menurutnya, sebelum ini pihaknya memberi maklumat terdapat dua suspek ditangkap seperti yang dilaporkan media semalam."Seorang ditangkap pada 10 Oktober dan direman sehingga 15 Oktober. Suspek ini berkaitan dengan pengarah syarikat ataupun seorang ahli perniagaan. "Ada seorang itu pernah bertugas di Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan dia berusia 45 tahun. Tetapi kita hanya dapat reman selama satu malam saja kerana dia mempunyai masalah kanser prostat."Ketiga, seorang berjawatan sebagai pemandu berumur 43 tahun. Dia direman selama tiga hari dan sudah dilepaskan. "Suspek wanita pula adalah bekas pegawai kewangan syarikat yang mana syarikat ini mendapat konsesi perlombongan pasir. Berumur 46 tahun dan sudah dilepaskan selepas direman lebih kurang tiga hari," katanya.Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM akan memanggil ahli politik yang terbabit untuk siasatan selanjutnya selepas mendapat bukti mencukupi."Ya, dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya. Seperti mana lazimnya, kami perlu mendapatkan segala bukti yang kita rasa wajar, kita perlukan dan disahkan, barulah orang berkenaan akan dipanggil."Saya memang tidak akan menolak atau menafikan beliau akan dipanggil tapi selepas kami ataupun pegawai penyiasat berpuas hati mengenai beberapa lagi penemuan dokumen dan wang berkaitan."Sekarang ini pun lebih kurang 15 saksi dipanggil. Saya jangka akan ramai lagi saksi yang akan dipanggil untuk penyiasatan."Selain daripada Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang di bawah Seksyen 16, kami juga akan membuka beberapa kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.Semalam, dilaporkan SPRM menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.
Kami terpaksa menutup kedai!
1,728,860,480
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144073/kami-terpaksa-menutup-kedai
Amirul Aiman Hamsuddin
275
2024-10-13 23:01:20
2024-10-14T07:01:20
Sekinchan: Bukan hanya terpaksa tutup kedai, kawasan persekitaran turut dipenuhi lumpur dan sampah-sarap akibat banjir kilat. Itu dihadapi peniaga di kawasan pelancongan Pantai Batu 23, Sungai Nibong di sini yang saban tahun berdepan fenomena air pasang besar.Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah menjejaskan keindahan pesisiran pantai itu juga apabila dicemari timbunan sampah.Pekerja kedai makan, Abu Hadi Poniman, 50, berkata, setiap kali air pasang berlaku ia membawa bersama lumpur dan sampah yang menyebabkan kawasan berkenaan kotor."Kami sudah biasa dengan air pasang besar. Setiap tahun mesti (paras) air terus naik."Dulu sebelum (pantai) ditambak, keadaan lagi teruk (barang kedai makan dihanyut), tetapi masalah lain timbul apabila banyak sampah hanyut kelihatan sebaik air surut," katanya. Peniaga minuman, Mohd Azharul Abu Bakar, 34, berkata, banjir kilat yang disebabkan fenomena air pasang besar boleh dielakkan sekiranya faktor kebersihan diutamakan.Dia berkata, setiap kali berlaku air pasang kawasan bersebelahan pesisiran pantai ditenggelami air."Pihak berwajib perlu turun padang memastikan saluran longkang di kawasan tumpuan pelancongan ini tidak tersumbat dan terhalang daripada objek."Saya minta kerjasama semua, tidak kira peniaga atau pengunjung untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan ini," katanya. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 60, berkata, fenomena air pasang besar kali ini tidak seteruk tahun lalu selepas pihak berkuasa menaik taraf benteng penahan di pesisiran pantai."Syukurlah keadaan sekarang terkawal apabila air laut yang melimpah ke kedai makan dan kawasan sekitar cepat surut dan tidak seperti dahulu."Biasanya, banjir kilat berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja dan keadaan itu bertambah baik jika sistem perparitan tidak tersumbat dan diselenggara sempurna," katanya.Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.
'Ini maruah anak saya'
1,728,860,448
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144064/ini-maruah-anak-saya
Nurul Hidayah Bahaudin
458
2024-10-13 23:00:48
2024-10-14T07:00:48
Petaling Jaya: "Ini bukan soal nilai barang kemas yang hilang itu, tetapi maruah anak saya apabila barang berharga itu diambil dari tubuhnya yang sudah tidak bernyawa," luah Syazwan Abddulah, 59, yang mendakwa barang kemas dipakai anak perempuannya yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di parkir sebuah kondominium di Setapak di sini pada 1 Oktober lalu, hilang.Syazwan berkata, dia dimaklumkan oleh pemilik rumah sewa anaknya yang berusia 26 tahun itu berhubung penemuan mayatnya pada awal pagi, 1 Oktober lalu."Difahamkan anak ditemukan anggota polis peronda yang membuat rondaan selepas menyedari kereta Proton Saga dinaikinya diparkir di kawasan terbabit dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup dan lampu menyala."Selepas dimaklumkan perkara itu, saya dan isteri menaiki penerbangan dari Lahad Datu, Sabah ke Kuala Lumpur sebelum dimaklumkan jenazah anak sudah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL)."Berdasarkan pemeriksaan awal, anak saya dipercayai terkena serangan jantung yang meragut nyawanya," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.Sebaik jenazah anaknya selamat dikebumikan di Banting, Selangor, dia terdetik untuk mencari rantai, loket serta gelang emas pemberian nenek serta kakaknya itu."Saya dimaklumkan pihak hospital serta polis anak tidak memakai barang kemas ketika dia ditemukan dalam kenderaan itu."Pencarian di seluruh rumah sewa berkenaan juga tidak menemui barang kemas itu menyebabkan saya merujuk perkara berkenaan kepada bomba yang memecahkan cermin kenderaan berkenaan yang berkunci."Pada hari kejadian, bomba ada mengambil gambar sebelum dan selepas mereka memecahkan cermin kereta itu memandangkan kenderaan berkenaan berkunci," katanya.Menurutnya, berdasarkan gambar daripada bomba, terdapat rantai serta gelang emas dipakai anaknya sebelum jenazah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut."Sangat jelas dalam gambar itu (daripada pihak bomba) anak saya masih memakai barang kemas berkenaan, tetapi dalam gambar diberikan polis pula sudah tiada rantai serta gelang emas terbabit."Ketika polis menemukan kereta itu, ia dalam keadaan berkunci dengan enjin masih hidup. Tiada siapa yang dapat mengambil barang kemas berkenaan ketika itu."Perkara itu menyebabkan saya syak barang kemas berkenaan diambil ketika jenazah anak saya masih di dalam kereta terbabit (sebelum dihantar ke HKL)," katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Setapak pada 8 Oktober lalu.Beliau yang juga bekas pegawai kanan polis berasa ralat apabila pegawai penyiasat kes seakan tidak mahu memberikan kerjasama berhubung kes itu."Saya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat, tetapi tiada maklum balas. Malah, saya juga sudah merujuk perkara ini kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman untuk siasatan lanjut."Apa yang saya kecewa adalah siasatan ini hanya dibuka kertas inkuiri (KEP) dan bukannya kertas siasatan," katanya.Katanya, dia serta ahli keluarga reda dengan pemergian anaknya yang meninggal dunia tanpa sebarang unsur jenayah, tetapi mahu keadilan ditegakkan atas kehilangan barang kemas berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang menyiasat berhubung dakwaan terbabit.
Balas jasa melalui karya
1,728,856,825
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144037/balas-jasa-melalui-karya
Georgie Joseph
631
2024-10-13 22:00:25
2024-10-14T06:00:25
SEDEKAD lamanya dia merangkak mencetak nama dalam industri seni. Kini, aturan rezeki buat Aina Abdul cukup indah menerusi kemenangan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-36 (ABPBH36), Jumaat lalu.Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, sebagaimana anak seni lain pasti mengimpikan dapat menggenggam trofi keramat itu. Kini, namanya sudah memasuki senarai elitis itu.Teruja dan sebak, semestinya dia terasa di awang-awangan dengan pencapaian cukup besar itu. Langsung tidak terjangkau dalam fikiran, namun katanya terlalu ramai menyumbang dalam merealisasikannya."Saya tak menjangka langsung kemenangan ini kerana perjalanan ini tidak mudah. Nak mendapat trofi ini menuntut terlalu banyak benda, pengorbanan, masa dan tenaga. 10 tahun dalam industri ini tidak sia-sialah."Rasanya agak pentingkan diri sendiri bila saya naikkan angka 10 tahun kerana ramai lagi selebriti di luar sana yang lebih lama berbanding saya. Tapi saya nak tujukan kemenangan ini untuk ibu, abang dan Ainations"Yang mengundi sampai berjuta-juta, saya harap karya-karya saya selepas ini dapat membayar jasa mereka. Saya tahu tiada wang ringgit dalam dunia dapat membalas mereka," katanya.Menerusi ucapannya, Aina tetap mendahulukan ibunya sebagai tonggak utama setiap kejayaan selain Ainations. Baginya, berada di tahap sekarang adalah sebab banyak doa ibunya termakbul."Di awal dulu, mungkin ini bukanlah karier yang diidamkan ibu untuk saya. Tapi sejak arwah abah meninggal dunia, ibu yang menggalas tanggungjawab itu dan sokong saya 100 peratus. Rasanya lebih daripada saya percaya diri sendiri."Sejak 2009 sampailah sekarang, betullah orang cakap doa ibu tak terhijab. Hal itu terbukti malam ini (Jumaat lalu)," katanya.Namun, Aina tidak pernah melihat pengiktirafan itu sebagai titik untuknya merasa selesa dalam industri muzik. Titik di mana dia sudah merasa popular dan pasti disanjungi ramai orang.Trofi itu sebaliknya datang dengan satu amanah yang cukup-cukup berat buatnya. Berbanding terlebih seronok, dia sebenarnya merasa 'gerun' dengan gelaran yang baharu dan sarat mata-mata memandang."Kemenangan ini sebenarnya adalah sebuah peringatan untuk saya berkerja keras. Kalau nak cakap gembira, saya lebih kepada takut sebenarnya kerana ini bermakna makin banyak perlu saya buktikan dalam industri."Namun pada usia 31 tahun ini, selagi saya jujur dengan karya saya, apa yang diketengahkan, Insya-Allah lagu itu akan melekat, cepat atau lambat," katanya.Jarang melihat Aina hadir sesebuah acara tanpa membuat persembahan. Namun pada ABPBH36, dia memang hadir sebagai calon dan jemputan yang sekadar duduk di kerusi penonton saja.Katanya, dia sebaiknya mahu menikmati keseronokan sebagai penonton saja pada malam itu. Untuk menerima sebarang trofi, paling-paling dia mengidam untuk memang kategori penyanyi semata-mata."Saya sebenarnya memang sasar untuk trofi Penyanyi Wanita Popular. Saya kan bekerja sebagai penyanyi. Tapi sebagai seorang bintang itu, saya berserah saja."Saya cakap dengan peminat, apa saja berlaku, saya tak mahu mereka berubah. Apa yang kami bersama rasa semalam, saya tak nak kemenangan ataupun kekalahan itu mengubah apa-apa," katanya.Bagi Aina, punca kejayaan sebenarnya malam itu tidak lain adalah Ainations. Dia tidak akan pernah lupakan betapa besarnya jasa mereka selain pihak-pihak lain dalam industri yang memberi kepercayaan kepadanya."Ini semua 100 peratus disebabkan peminat saya, juri-juri, TV3, Berita Harian. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Aina Abdul. Saya sempat sertai proses mengundi mereka. Saya tahu jasa mereka," katanya.Dalam pada itu, Aina turut menjadi perbualan kerana tampil ayu dan manis berkebaya ringkas pada acara itu. Dia tidak lagi mengenakan busana yang aneh dan kurang praktikal.Ternyata, dia sendiri memilih untuk tampil sebagai seorang yang minimalis tetapi dengan cara tersendiri. "Pilihan untuk tampil berkebaya ini adalah keputusan saya. Saya cakap dengan pasukan, saya nak kelihatan manis-manis. Saya datang boleh menikmati acara itu dan ada rezeki, senang saya bergerak."Mereka sambut baik idea itu dan ada 'signature' yang ingin saya tampilkan menerusi pakaian ini. Saya nak hadir sebagai Nurul Aina sebab di mata peminat, saya selamanya Nurul Aina mereka."Walau pelik macamana pun, apabila bertemu mereka, saya akan terus putuskan karakter itu. Saya tak boleh nak serius lama-lama," katanya.
Sze Fei-Izzuddin padu...!
1,728,824,353
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144003/sze-fei-izzuddin-padu
Aida Adilah Mat
175
2024-10-13 12:59:13
2024-10-13T20:59:13
Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila muncul juara Terbuka Artik sebentar tadi. Tewas di set pertama, Sze Fei-Izzuddin berjaya bangkit dan menang dua set berikutan dengan menundukkan pasangan di ranking kedua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19.Menyajikan perlawanan penuh mendebarkan di Energia Areena, Vantaa, Finland, Sze Fei-Izzuddin bangkit di set ketiga biarpun satu ketika ketinggalan 16-19.Tetap tenang biarpun ketinggalan, mereka yang menghuni ranking kelapan dunia mengejar mata demi mata sehingga berjaya mengikat kedudukan 19 sama dan akhirnya menang 21-19 di set ketiga dalam masa 72 minit. Gelaran juara Terbuka Artik itu adalah yang ketiga buat Sze Fei-Izzuddin selepas menjuarai kejohanan berstatus Super 1000 di Terbuka China awal bulan lalu selain menjuarai Terbuka Jepun pada Ogos.Ini adalah kemenangan kedua, Sze Fei-Izzudin ke atas Astrup-Rasmussen dari lapan pertemuan yang mana pertemuan terakhir mereka menyaksikan gandingan negara itu tewas 19-21, 17-21 di peringkat suku akhir di Malaysia Masters pada Mei lalu.Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah kemenangan RM142,282.
Khai Xing-Aaron tamatkan kemarau 13 tahun, beregu wanita raih perak
1,728,820,379
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143996/khai-xing-aaron-tamatkan-kemarau-13-tahun-beregu-wanita-raih-perak
Aida Adilah Mat
339
2024-10-13 11:52:59
2024-10-13T19:52:59
Kuala Lumpur: Beregu lelaki remaja negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai memberi khabar gembira buat kem badminton apabila berjaya menamatkan kemarau 13 tahun kejuaraan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nangchang, China. Turun selaku beregu pilihan, Khai Xing-Aaron menepati ramalan apabila menewaskan pilihan kedua kejohanan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 15-21, 21-18 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan selama 65 minit di Pusat Sukan Nanchang, China hari ini."Kemenangan ini cukup menggembirakan dan saya hanya nak balik Malaysia, nak makan sepuas-puasnya dan jumpa keluarga," kata Khai Xing, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Menurutnya, kejayaan itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan, terutamanya selepas gagal pada percubaan pertamanya pada edisi tahun lalu."Secara keseluruhan, kami tidak mempamerkan permainan terbaik, di set kedua kami tidak stabil, tetapi kami perlahan-lahan mengawal situasi."Walaupun mereka mengejar dan memberi tekanan, kami berjaya mengatasinya," kata Khai Xing.Dalam perlawanan akhir itu, Khai Xin-Aaron kelihatan sedikit goyah apabila ketinggalan 1-8 di set pertama sebelum mencipta kebangkitan menakjubkan untuk menang 21-18.Namun di set kedua pasangan China bangkit untuk membawa perlawanan ke set penentuan apabila berjaya mencatat kemenangan 21-15.Tidak mahu melepas peluang terbaik, Khai Xin-Aaron mula menyusun rentak di set ketiga untuk menang sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada Ke Yuan-Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Asia di Indonesia Julai lalu.Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bergelar juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah pada 2011 menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi.Sejak dipertandingkan pada 1992, skuad remaja negara berjaya meraih tujuh gelaran bermula dengan gandingan Jeremy Gan-Chan Chong Ming pada edisi 1996.Sementara itu, hasrat beregu wanita negara untuk melakar sejarah bergelar juara tidak kesampaian selepas tewas di pentas final.Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi tewas kepada pasangan Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki straight set 17-21, 17-21 dalam tempoh 43 minit."Kami minta maaf kepada peminat badminton tanah air kerana gagal bawa pulang pingat emas."Meskipun ada peluang untuk bangkit di set kedua, mereka (Jepun) tukar taktikal dan bermain lebih laju lalu kami tidak dapat mengikuti rentak mereka," kata Dania, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Khai Xing-Aaron tamatkan kemarau 13 tahun, beregu wanita raih perak
1,728,820,379
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143996/khai-xing-aaron-tamatkan-kemarau-13-tahun-beregu-wanita-raih-perak
Aida Adilah Mat
339
2024-10-13 11:52:59
2024-10-13T19:52:59
Kuala Lumpur: Beregu lelaki remaja negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai memberi khabar gembira buat kem badminton apabila berjaya menamatkan kemarau 13 tahun kejuaraan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nangchang, China. Turun selaku beregu pilihan, Khai Xing-Aaron menepati ramalan apabila menewaskan pilihan kedua kejohanan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 21-18, 15-21, 21-18 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan selama 65 minit di Pusat Sukan Nanchang, China hari ini."Kemenangan ini cukup menggembirakan dan saya hanya nak balik Malaysia, nak makan sepuas-puasnya dan jumpa keluarga," kata Khai Xing, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Menurutnya, kejayaan itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan, terutamanya selepas gagal pada percubaan pertamanya pada edisi tahun lalu."Secara keseluruhan, kami tidak mempamerkan permainan terbaik, di set kedua kami tidak stabil, tetapi kami perlahan-lahan mengawal situasi."Walaupun mereka mengejar dan memberi tekanan, kami berjaya mengatasinya," kata Khai Xing.Dalam perlawanan akhir itu, Khai Xin-Aaron kelihatan sedikit goyah apabila ketinggalan 1-8 di set pertama sebelum mencipta kebangkitan menakjubkan untuk menang 21-18.Namun di set kedua pasangan China bangkit untuk membawa perlawanan ke set penentuan apabila berjaya mencatat kemenangan 21-15.Tidak mahu melepas peluang terbaik, Khai Xin-Aaron mula menyusun rentak di set ketiga untuk menang sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan mereka kepada Ke Yuan-Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Asia di Indonesia Julai lalu.Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bergelar juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah pada 2011 menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi.Sejak dipertandingkan pada 1992, skuad remaja negara berjaya meraih tujuh gelaran bermula dengan gandingan Jeremy Gan-Chan Chong Ming pada edisi 1996.Sementara itu, hasrat beregu wanita negara untuk melakar sejarah bergelar juara tidak kesampaian selepas tewas di pentas final.Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi tewas kepada pasangan Jepun, Ririna Hiramoto-Aya Tamaki straight set 17-21, 17-21 dalam tempoh 43 minit."Kami minta maaf kepada peminat badminton tanah air kerana gagal bawa pulang pingat emas."Meskipun ada peluang untuk bangkit di set kedua, mereka (Jepun) tukar taktikal dan bermain lebih laju lalu kami tidak dapat mengikuti rentak mereka," kata Dania, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
'Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak'
1,728,810,660
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143965/dua-malam-ini-banyak-darah-keluar-dari-mata-anak
Noor Hidayah Tanzizi
324
2024-10-13 09:11:00
2024-10-13T17:11:00
Kuala Lumpur: Pesakit kanser retinoblastoma, Muhammad Faqqeh Adha Abu Soffian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah kerana kekurangan air dalam badan. Kanak-kanak berusia dua tahun yang mesra disapa Faqqeh itu dirawat di hospital sejak Rabu lalu dan kini keadaannya dilaporkan stabil. Bapanya, Abu Soffian Ghazali, 51, berkata, berat badan anaknya itu menyusut dan dilihat lemah selain tiada selera makan selama seminggu dan hanya minum susu saja. Menurutnya, isteri, Nor Ashma Abdullah, 43, yang menyedari perubahan Muhammad Faqqeh Adha memintanya membawa anak ke hospital sebelum kanak-kanak itu diberikan rawatan. "Anak juga mengalami sawan kira-kira 11 kali semalam dan pagi tadi juga dia diserang sawan, namun keadaannya stabil ketika ini. Dua malam ini banyak darah keluar dari mata anak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dia yang menetap di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, Padang Terap di Kedah berkata, anak kini dijaga isteri di hospital, manakala dia menguruskan anak lain di rumah. "Setakat ini belum pasti lagi bila Faqqeh dibenarkan pulang ke rumah. Saya akan ke hospital selepas selesai menguruskan anak untuk membantu isteri menjaga Faqqeh sementara dia mahu menguruskan diri dan solat. "Kami reda dengan ujian ini tetapi sebagai ibu bapa, kami sentiasa berdoa supaya Faqqeh sembuh dan ada keajaiban untuknya. Saya dan isteri tidak pernah putus harapan untuk melihat anak sembuh dan sihat," katanya. Menurutnya, dia juga berterima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang memberi sumbangan, sokongan dan doa untuk anak serta keluarganya sejak kisah Muhammad Faqqeh Adha disiarkan Harian Metro, baru-baru ini. "Kami dapat panggilan telefon yang memberi sumbangan dan sokongan. Sumbangan diterima itu digunakan untuk kos berulang alik ke hospital dan keperluan anak," katanya yang berharap orang ramai terus mendoakan kesembuhan anaknya. Sebelum ini Harian Metro menyiarkan kisah Muhammad Faqqeh Adha yang kehidupannya berubah sepenuhnya selepas dia disahkan menghidap kanser retinoblastoma, tahun lalu. Kanser itu menyerang saraf pada mata kanannya sehingga menyebabkan benjolan pada matanya itu semakin membesar malah besar sedikit daripada bola tenis.
Dipuji pelajar secara keterlaluan, Syeikh Muhd Zainul Asri akui perkara berlaku secara spontan - JHEAIK
1,728,809,547
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143957/dipuji-pelajar-secara-keterlaluan-syeikh-muhd-zainul-asri-akui-perkara-berlaku
Noorazura Abdul Rahman
303
2024-10-13 08:52:27
2024-10-13T16:52:27
Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sudah memanggil dan memberi nasihat kepada seorang pendakwah berkaitan video tular sekumpulan pelajar mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab memuji guru mereka secara keterlaluan dalam sebuah majlis meraikan hari lahir beliau. Pengarahnya, Datuk Dr Abd Ghani @Zulkifli Zainuddin berkata, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada pendakwah berkenaan iaitu Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli bagi mendapatkan penjelasan berkaitan video terbabit. Katanya, Muhd Zainul mengakui video itu dirakam pada tahun 2020 namun hanya tular baru-baru ini. "Menurut beliau, perkara itu berlaku secara spontan bukan atas kehendak beliau. Beliau turut tidak bersetuju dengan perkara itu dan sekadar meraikan hasrat pelajar beliau bertujuan meraikan sambutan hari lahirnya. "Pihak JHEAIK memberi teguran dan nasihat agar lebih berhati-hati dalam membesarkan mana-mana individu secara keterlaluan kerana dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan ketaksuban melampau sekiranya tidak dibendung. "Ia juga boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah," katanya dalam kenyataan hari ini. Abd Ghani berkata, JHEAIK turut mengarahkan Muhd Zainul agar menyampaikan teguran dan nasihat kepada pelajar dan pengikut beliau.Katanya, pendakwah itu akur dan mengakui kesilapan yang berlaku dan bersedia menerima teguran serta akur dengan tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak JHEAIK."JHEAIK berharap semua pihak di negeri ini berhati-hati dalam memberi penghormatan kepada mana-mana individu yang boleh membawa kepada pemujaan melampau agar perkara seumpama ini tidak berulang," katanya. Klip video berdurasi 54 saat terbabit dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mempersoalkan tindakan sekumpulan pelajar memuji Muhd Zainul secara keterlaluan sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Kedah bagi menyiasat isu berkenaan.Kata beliau, secara umumnya hukum memuji seseorang adalah harus dengan syarat ia perkara benar dan bukannya dusta.
SPRM geledah 'safehouse' temui RM5 juta didakwa milik ahli politik berpengaruh
1,728,799,819
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143904/sprm-geledah-safehouse-temui-rm5-juta-didakwa-milik-ahli-politik-berpengaruh
Muhaamad Hafis Nawawi
274
2024-10-13 06:10:19
2024-10-13T14:10:19
Kuala Lumpur: Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di sini, yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh semalam.Tindakan adalah susulan penahanan dua individu baru-baru termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait siasatan skandal rasuah jutaan ringgit berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu.Menurut sumber, kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor."Susulan penahanan itu, seorang suspek mendedahkan kewujudan 'safehouse' yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh. "Penggeledahan dilakukan pada sekitar jam 10 malam semalam di sebuah pangsapuri bertempat di Kuala Lumpur di mana ia disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperolehi," katanya.Sumber berkata, hasil penggeledahan menemui sejumlah wang mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta. "Wang disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya. Wang ini sudah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut. "Dipercayai wang ini diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan ini atas arahan ahli politik berpengaruh terbabit," katanya.Sumber juga berkata, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah."SPRM ketika juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009," katanya.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit "Saya sahkan ada dua orang ditangkap yang (didakwa) terbabit dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI," katanya.
Kanak-kanak hilang ketika ambil makanan di kereta ditemukan selamat, dipercayai diculik
1,728,795,672
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143878/kanak-kanak-hilang-ketika-ambil-makanan-di-kereta-ditemukan-selamat-dipercayai
Norzamira Che Noh
274
2024-10-13 05:01:12
2024-10-13T13:01:12
Shah Alam: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, pada 8 Oktober lalu ditemukan dalam keadaan selamat petang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa ditemukan jam 2.30 petang. Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan mendapati kanak-kanak itu berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi dipercayai diculik. Katanya, polis mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang. "Bertindak atas maklumat, pada jam 5 petang semalam, enam individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran oleh anggota Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan. "Hasil semakan terhadap kesemua suspek berusia 13 hingga 23 tahun itu mendapat seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengenali salah seorang daripada suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan. Katanya, polis turut merampas Perodua Myvi yang dipercayai digunakan ketika kejadian. "Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. Media pada Rabu lalu melaporkan kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang. Hoong Fong berkata, kanak-kanak itu ke tempat parkir selepas disuruh ibunya mengambil makanan dalam kereta pada Selasa. "Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari namun tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis," katanya.
Gajah dah tak takut manusia
1,728,792,918
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143855/gajah-dah-tak-takut-manusia
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
298
2024-10-13 04:15:18
2024-10-13T12:15:18
Kuala Lumpur: "Berderau darah setiap kali mengetahui gajah liar menceroboh 'masuk' kampung. Saya masih trauma berikutan datuk pernah menjadi korban kepada serangan gajah pada tahun 2008," kata Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung RPS Kemar, Kamel Alang. Dia tidak menyangka kehilangan datuk, Ateh Itam, 74 (ketika itu) yang berpengalaman luas dalam selok-belok hutan. "Memang terkejut kerana kebiasaannya gajah liar akan melarikan diri sebaik bertembung dengan manusia. "Namun mungkin jarak gajah itu terlalu dekat menyebabkan datuk menjadi mangsa serangan. "Ketika ditemui penduduk kampung, datuk saya ditemui terbaring dan mengalami pendarahan dalaman yang menjadi punca kematiannya," katanya. Menurut Kamel, jarak dengan kampung dan tempat datuknya ditemui kira-kira dua kilometer dan bukanlah terlalu jauh di dalam hutan. "Serangan gajah liar kebelakangan ini lebih kerap dan ketara. Malah, jaraknya semakin dekat dengan kampung dihuni penduduk. "Pada saya, ancaman keselamatan terhadap serangan gajah liar semakin serius dan serangan terbaru pada Jun lalu mengakibatkan kematian penduduk kampung Katong, Alang Aluej, 65, juga akibat dipijak gajah. "Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa masuk ke kebun mengutip sayur. Sehingga kini sudah lima kes kematian akibat serangan haiwan liar itu," katanya. Tambah Kamel, ancaman serangan gajah ini menyebabkan penduduk tertekan dan tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. "Penduduk kampung berada dalam ketakutan setiap hari berikutan gajah liar semakin kerap menceroboh kampung dan merosakkan rumah. "Ketika musim buah-buahan pada Jun hingga Ogos lalu, serangan gajah turut meningkat. "Seawal jam 10 pagi, kelibat gajah boleh ditemui dalam kawasan kampung. Walaupun dihalau, gajah liar tidak mahu beredar pergi. Pihaknya berharap mereka dapat mencari rezeki tanpa perlu berdepan ketakutan menjadi mangsa serangan gajah. "Ketegangan meruncing dalam konflik membabitkan gajah liar atau gajah dipindahkan dari kawasan lain ke sini perlu diatasi. "Seboleh-bolehnya pihak berkaitan termasuk Perhilitan boleh memantau dan mencari alternatif supaya gajah liar tidak boleh sampai ke kawasan dihuni penduduk," katanya.
Tidur tak lena diganggu gajah
1,728,792,620
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143851/tidur-tak-lena-diganggu-gajah
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
422
2024-10-13 04:10:20
2024-10-13T12:10:20
Gerik: "Saya tidak boleh tidur lena berikutan kerap diganggu dengan kehadiran gajah liar," kata seorang penduduk Pos Kemar, Roni Aset. Menurutnya, gajah liar yang muncul adalah gajah berlainan setiap hari dan ia membuatkan mereka sekeluarga ketakutan. "Gajah tidak aktif hanya pada malam, sebaliknya mamalia ini kerap merayau di kawasan kampung pada waktu siang. "Saya pernah terserempak gajah berkeliaran di sekitar kampung pada jam 10.30 pagi. Saya segera lari masuk ke dalam rumah sebaik terserempak 'abang besar'. "Gajah setinggi lebih 2.5 meter itu hanya berada kurang 50 meter dari kediaman saya. Haiwan itu 'tercogok' di depan rumah. "Saya terpaksa berkurung kerana bimbang amukan gajah liar jika dia sedar kehadiran saya," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, gajah liar 'versi' sekarang lebih agresif berdasarkan tingkah laku gemar merosakkan tanaman dan struktur yang ada sekitar kampung. "Kalau dahulu, gajah liar hanya singgah ke kampung untuk mengutip buah atau sayur. Namun sejak kebelakangan ini gajah sudah mula 'mengopek' kulit batang pokok tanaman. Kesannya pokok akan mati. "Dahulu haiwan ini sekadar mengambil dan memakan buah tanpa merosakkan pokok. "Selain itu, saya dapati gajah liar lebih berani dan tidak lagi takut kepada manusia. Jika dihalau dengan mercun, gajah liar terbabit akan lari sebelum muncul kembali tidak lama kemudian," katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk kampung 'mati akal' dalam usaha mencari cara menghalau gajah liar terbabit," katanya. Dia berharap Perhilitan boleh mencari solusi sebelum konflik gajah dan manusia memburuk. "Kalau boleh kami tidak mahu insiden meracun gajah terjadi di hutan Royal Belum kerana selama ini masyarakat Orang Asli menjaga hubungan dengan alam semula jadi," katanya.Gajah liar sudah berubah tabiatGerik: Ancaman gajah liar menjejaskan kehidupan 5,000 penduduk masyarakat Pos Kemar di sini. Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak, Hairulnizam Abdul Rahim berkata, isu konflik di antara gajah liar dan penduduk perlu diselesaikan segera berikutan kekerapan kes dilaporkan. "Tolong simpati dengan masyarakat Orang Asli yang terpaksa bersaing dengan gajah. Apatah lagi pendapatan mereka tidak seberapa. "10 tahun dahulu, penduduk masih boleh merasai hasil hutan dan tanaman.Namun kini tanaman mereka dimusnahkan gajah. "Dahulu gajah liar tidak memakan spesies pisang hutan menyebabkan penduduk menanam spesies pokok buah itu. "Namun kini tanaman itu menjadi sasaran gajah liar. Gajah liar sudah berubah dari segi tabiat dan tingkah laku," katanya.Tambah Hairulnizam, masyarakat Orang Asli amat bergantung dengan tanaman dan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. "Usaha meningkatkan sosio-ekonomi mereka berdepan tugas sukar akibat ancaman gajah. "Banyak projek pertanian yang dapat menjana pendapatan penduduk Orang Asli namun tidak dapat dilaksanakan. "Ini menyebabkan masyarakat Orang Asli sukar keluar dari garis kemiskinan apabila menerima kekangan seperti ini," katanya.
'Abang besar' semakin ganas
1,728,792,331
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143847/abang-besar-semakin-ganas
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
875
2024-10-13 04:05:31
2024-10-13T12:05:31
Kuala Lumpur: Kes bersiri amukan gajah liar hingga mengakibatkan kematian mangsa terus meningkat apabila tiga individu terkorban sejak Januari lalu. Malah, sejak Januari lalu, mamalia sama turut menyerang dan menyebabkan kecederaan tiga mangsa lain. Dalam kejadian baru-baru ini, Musa Ahmad, 65, ditemui meninggal dunia di bawah talian kabel di Kampung Basung, Terengganu, dipercayai dipijak gajah di bahagian dada, kepala dan tangan. Sementara itu pada 26 September lalu, seorang pemuda, Mohamad Syafik Yakob, 31, meninggal dunia akibat dipijak gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Felda Tenggaroh 5 di Mersing, Johor. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, berdasarkan kajian dilakukan, serangan gajah liar terhadap manusia tidak akan berlaku tanpa alasan munasabah. "Impak konflik manusia dan gajah adalah kesan kehilangan habitat haiwan berkenaan. Ia berkait rapat perubahan guna tanah untuk aktiviti-aktiviti pertanian, perladangan, penempatan, perbandaran serta pembangunan infrastruktur. "Serangan turut boleh berlaku apabila haiwan liar itu diganggu selain wujud tindakan provokasi terhadap haiwan berkenaan. "Orang awam dinasihati tidak mengambil tindakan sendiri terhadap gajah liar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sebarang tindakan yang diambil orang awam perlulah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Perhilitan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]," katanya. Kadir berkata, pihaknya menerima sebanyak 953 jumlah aduan berhubung kes kacau ganggu gajah liar di Semenanjung Malaysia sejak awal tahun ini. "Berdasarkan rekod dikemaskini Jabatan Perhilitan bagi tahun 2023, sebanyak 56 ekor gajah liar berjaya ditangkap dan dipindahkan. "Kaedah tangkapan pindah gajah adalah kaedah dipraktikkan Jabatan Perhilitan bagi membantu mengatasi masalah ancaman gajah liar di Semenanjung Malaysia," katanya. Menurutnya, kaedah yang dijalankan ini adalah salah satu kaedah pengurusan in-situ hidupan liar serampang dua mata yang berkesan di mana ia bukan hanya dapat mengurangkan konflik gajah dan manusia bahkan menjamin konservasi gajah bagi jangkamasa panjang. "Bagi kes membabitkan serangan hidupan liar dikategorikan Perhilitan sebagai binatang buas, mangsa atau waris boleh membuat tuntutan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Manakala bagi kes membabitkan kerugian atau kerosakan harta benda, satu bentuk bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada penduduk kampung, komuniti setempat, Orang Asli, petani, nelayan dan penternak yang terjejas. "Bantuan diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) boleh dimohon melalui Jabatan Perhilitan," katanya. Tambahnya, anggaran populasi gajah Asia atau nama saintifiknya Elephas maximus di Semenanjung Malaysia kini antara 1,220 dan 1,677 ekor ketika ini. "Manakala populasi gajah di Sabah dianggarkan antara 1,000 dan 1,680 ekor. Bagaimanapun, saiznya agak kecil berbanding gajah yang ada di Semenanjung Malaysia. "Bagaimanapun, populasi gajah tidak terdapat di Sarawak," katanya kepada Harian Metro. Ditanya sama ada populasi gajah di Malaysia berdepan isu kepupusan, beliau memaklumkan gajah tidak mengalami kepupusan di Malaysia berikutan ia sejenis hidupan liar yang mampu beradaptasi dengan perubahan alam sekelilingnya dan tidak mempunyai masalah dalam memilih sumber makanan. "Gajah boleh makan pelbagai jenis makanan sama ada yang tumbuh secara semula jadi atau jenis tanaman pertanian oleh manusia," katanya. Beliau berkata, berdasarkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (2023-2030) NECAP 2.0, gajah di Semenanjung Malaysia kebanyakannya bertaburan di tiga lokasi iaitu di Kompleks Hutan Belum-Temenggor, Kompleks Taman Negara dan Kompleks Hutan Endau-Rompin. "Ia merangkumi enam negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor," katanya. Tambahnya, gajah Asia adalah hidupan liar darat terbesar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai fungsi ekologinya tersendiri. "Keperluan kawasan keliaran atau habitat yang luas menjadikan gajah sebagai salah satu spesies hidupan liar utama yang perlu dilindungi. Melindungi gajah dan habitatnya secara tidak langsung akan melindungi spesies hidupan liar lain yang berada di dalam habitat yang sama. "Pelbagai langkah serta usaha konservasi sudah dan sedang dilaksanakan Jabatan Perhilitan bagi memulihara spesies Gajah di negara ini. Antaranya adalah menjalankan aktiviti pemantauan dan kawalan apabila menerima aduan daripada orang ramai. "Perhilitan turut menjalankan aktiviti tembak halau bagi menakutkan gajah liar dan menghalau haiwan itu kembali ke dalam hutan. Operasi tangkapan dan pemindahan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai turut dilakukan," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan program penguatkuasaan seperti rondaan kuatkuasa di kawasan hotspot berlakunya pemburuan haram. "Perhilitan turut menjalankan program pemantauan pergerakan kumpulan gajah liar secara pemasangan kolar satelit. Ia akan berfungsi sebagai Sistem Amaran Awal (Early Warning System) bagi mengesan pergerakan gajah liar ke kawasan pertanian atau penempatan manusia. "Kami turut membangunkan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) terutamanya di kawasan kampung atau pertanian tradisional yang berdekatan dengan habitat utama gajah liar. "Selain itu, Perhilitan menyediakan pelan menyelamat hidupan liar bagi mengurangkan impak pembangunan ke atas hidupan liar terutamanya gajah liar bagi projek pembangunan membabitkan pembukaan habitat gajah liar berskala besar," katanya. Sementara itu, bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya, banyak papan tanda amaran didirikan di kawasan hotspot lintasan gajah liar. "Menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11, Projek Pembinaan Santuari Gajah Johor sudah bermula dan akan berperanan mengurangkan kadar aduan gangguan gajah liar di negeri Johor dan memberi peluang pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat menerusi aktiviti eko pelancongan. "Selain itu, Projek Pengurusan dan Pembangunan Central Forest Spine (CFS) juga banyak membantu menyambungkan rangkaian habitat gajah liar yang terpisah menerusi projek pembinaan viaduct di rangkaian ekologi utama di negeri Terengganu (Taman Negara – HSK Tembat), Pahang (HSK Sg. Yu – HSK Tanum) dan Perak (Taman Negeri Royal Belum – HSK Temengor). Manakala projek terkini pembinaan viaduct sedang dijalankan di negeri Johor yang akan menyambungkan HSK Labis Timur - HSK Mersing dan HSK Lenggor," katanya.
Hanya bayar serendah RM100 setahun
1,728,792,027
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143838/hanya-bayar-serendah-rm100-setahun
Fairul Asmaini Mohd Pilus
976
2024-10-13 04:00:27
2024-10-13T12:00:27
ISU persijilan halal menjadi antara isu hangat yang sudah lama dibincangkan di negara ini. Sebagai negara dengan penduduknya majoriti beragama Islam, masih banyak premis makanan terutama rangkaian popular yang tidak mendapatkan sijil halal meskipun dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam. Isu berkenaan juga semakin panas sejak kebelakangan ini apabila ada pihak yang menganggap pensijilan halal perlu bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa. Wartawan, FAIRUL ASMAINI MOHD PILUS bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MUHYIDIN AZIZ @SAARI mengulas mengenai isu persijilan halal untuk Kafe Ahad minggu ini.Adakah benar tanggapan segelintir pihak bahawa proses memohon sijil Halal Malaysia rumit, memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa yang panjang?Sindrom LSM (lambat, susah dan mahal) adalah antara perkara yang sering dibangkitkan apabila berbicara mengenai pensijilan halal.Saya amat percaya bahawa, setiap perkara atau satu proses dilalui mana-mana pihak perlu kepada maklumat dan pengetahuan mencukupi terhadap aspek tersebut. Ia penting sebagai salah satu langkah melancarkan apa jua urusan yang sedang hadapi.Perkara ini, sama juga seperti memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Sekiranya mana-mana pemohon yang tidak bersedia dengan maksud lain, tidak pernah ketahui prosedur pensijilan halal Malaysia, syarat-syaratnya, keperluan umum dan khusus, maka mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk menjalani proses permohonan SPHM itu.Pada masa ini, Jakim sendiri melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia di mana semua permohonan SPHM boleh diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja.Walau bagaimanapun, tanggungjawab industri sebagai pemohon SPHM adalah penting bagi memastikan kecukupan dan kesediaan dari segala aspek termasuklah permohonan yang dikemukakan adalah lengkap, bahan mentah jelas dari sumber yang halal, premis sudah bersedia sepenuhnya dan pihak syarikat juga mematuhi apa jua perundangan atau peraturan-peraturan daripada pihak berkuasa.Dalam konteks kos permohonan SPHM, tanggapan bahawa ianya mahal adalah tidak benar.Jika ada pihak yang mengatakan kos untuk sijil halal ini tinggi, anda boleh rujuk pada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 pada Bahagian 3 berkaitan fi pensijilan.Dalam klausa itu jelas menyatakan bahawa, fi pensijilan yang ditetapkan adalah mengikut kepada kategori industri iaitu mikro, kecil, sederhana dan besar.Sebagai contoh, fi yang dikenakan bagi skim produk makanan dan minuman bagi industri mikro (nilai perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.00) hanyalah serendah RM100 setahun manakala untuk industri besar (nilai perolehan tahunan melebihi RM50 juta) pula hanyalah RM1,000 setahun.Jika dibuat perbandingan antara fi pensijilan yang dikenakan dengan nilai perolehan tahunan syarikat, ianya amatlah rendah.Pihak yang mengatakan sijil halal memerlukan kos yang tinggi adalah kerana mereka menggabungkan bersama kos-kos permohonan sijil halal yang mereka lantik untuk diuruskan melalui pihak ketiga. Apa faktor yang menyebabkan proses permohonan SPHM mengambil masa?Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Belanjawan 2024, tempoh memproses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dipendekkan daripada 51 hari kepada 30 hari.Untuk makluman, pada masa ini, Jakim melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia dan statistik Januari hingga Julai 2024 menunjukkan 96 peratus berjaya diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja.Selain itu, pihak Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri yang menguruskan pensijilan halal di negeri masing-masing juga sudah mula mengikuti jejak langkah Jakim untuk memperkasa pengurusan pensijilan halal Malaysia.Apakah wujud tanggapan tertentu yang menyebabkan masih ramai pengusaha restoran yang menyediakan makanan halal tidak memohon persijilan halal?Selain daripada tanggapan mahal dan lambat, ramai dari kalangan pengusaha dimomokkan dengan sijil halal itu susah. Sebenarnya sijil halal tak susah seperti yang dikatakan kerana sekiranya pengusaha menyediakan makanan yang halal dan semua bahan ramuan yang digunakan juga halal, ianya sudah memenuhi salah satu keperluan halal yang ditetapkan.Walau bagaimanapun, aspek keselamatan dan kebersihan juga perlu dititkberatkan oleh pemohon.Tanggapan susah wujud kerana mereka menganggap proses pensijilan yang dilakukan dengan terperinci ini sangat menyusahkan.Contohnya, dokumen pengesahan halal bagi setiap bahan ramuan yang digunakan perlu disertakan, maklumat berkaitan pekerja perlu lengkap, kawalan halal dalaman perlu dilaksanakan dan lain-lain. Jika dilihat kepada keseluruhan perkara ini, keperluan ditetapkan itu penting bagi memastikan keterjaminan halal satu-satu produk dihasilkan. Inilah asas dan tunjang utama kepada pensijilan halal Malaysia dan dilengkapkan dengan pematuhan standard dan piawaian halal ditetapkan.Walaupun pensijilan halal ini hanya bersifat sukarela, tetapi Alhamdulillah, Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri sentiasa berusaha keras untuk mempromosikan kepentingan pensijilan halal selain mengambil langkah pentadbiran dengan mempermudahkan birokrasi permohonan, tetapi pada masa sama tetap mengutamakan integriti pensijilan.Teras integriti adalah pasak kepada pensijilan halal Malaysia, ia tidak boleh dikompromi sama sekali kerana membabitkan amanah agama.Adakah cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil? Sehingga kini permohonan SPHM yang dilaksanakan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) bersifat sukarela.Ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.Melalui SPHM yang diperoleh itu, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal.Apakah tindakan kepada pihak ketiga yang mendakwa boleh membantu mendapatkan sijil halal dengan mengenakan kos tertentu?Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bil 1/2014, jelas menyatakan bahawa urusan pensijilan halal Malaysia hendaklah diuruskan terus oleh pemohon, tanpa melalui pihak ketiga.Ini bertujuan supaya pemohon sendiri memahami segala syarat, keperluan, peraturan dan prosedur pensijilan halal sebelum membuat permohonan dan seterusnya lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan sistem kawalan halal dalam syarikat pemohon.Walau bagaimanapun, Jakim dan MAIN/JAIN tidak pernah melarang pihak syarikat untuk melantik pihak-pihak tertentu bagi membantu dan membimbing industri dalam membangunkan sistem pengurusan dalaman halal syarikat ke arah mematuhi segala keperluan pensijilan halal Malaysia. Semuanya bergantung kepada pemohon sama ada ingin melalui pihak ketiga atau menguruskan secara sendiri.Setakat ini Jakim juga mendaftarkan 41 Rakan Strategik sebagai sistem sokongan untuk membantu pihak industri bersedia ke arah pensijilan halal Malaysia .Ia juga disediakan bagi melaksanakan latihan halal bersama untuk melaksanakan program Pembangunan Kapasiti Halal (PKH) secara Training & Coaching (T&C) sama ada dalam dan luar negara ke arah melahirkan lebih ramai profesional halal.
Kalau boleh, ambillah mata ayah
1,728,788,638
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143824/kalau-boleh-ambillah-mata-ayah
Redzuan Muharam
431
2024-10-13 03:03:58
2024-10-13T11:03:58
Labis: Ketika kanak-kanak seusia dengannya dapat melihat dunia, Alisa Umairah Nur Hisham yang berusia setahun 11 bulan melalui kehidupan dalam kegelapan selepas kedua belah matanya terpaksa dibuang akibat barah mata.Mata kirinya dibuang Mei lalu diikuti mata kanan pada Julai yang terpaksa dilakukan atas nasihat doktor kerana berisiko membawa maut.Bapanya, Nur Hisham Abd Hamid, 30, yang bekerja sebagai mekanik berkata, Alisa adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dilahirkan normal, bagaimanapun dia disahkan menghidap barah mata ketika berumur setahun dan penyakit itu kini berada pada tahap empat."Alisa dulu anak yang ceria dan aktif macam kanak-kanak lain. Tapi satu hari, Alisa menunjukkan simptom mata hitam memutih dan kerap menggosok mata."Melihat keadaannya, saya dan isteri bawa Alisa ke Hospital Segamat sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pemeriksaan lanjut."Di situ, Alisa menjalani pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) sebelum disahkan barah mata kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan sampai sekarang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Sebagai bapa, Nur Hisham berkata berat juga untuknya merelakan kedua mata Alisa dibuang namun terpaksa akur kerana enggan melihat anaknya bertambah menderita jika dibiarkan."Bila diberitahu mata Alisa perlu dibuang, saya sendiri menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya namun doktor kata tidak boleh."Jadi selepas berbincang dengan isteri, kami akur tetapi sedih kerana Alisa masih kecil dan belum mengerti apa yang berlaku," katanya.Nur Hisham berkata, buat masa ini dia dan isteri, Siti Salbiah Samsol, 30, perlu membawa Alisa untuk menjalani rawatan susulan di HTA, Kuala Lumpur mengikut tarikh temujanji ditetapkan.Bermula Ramadan lalu, Alisa sudah menjalani rawatan kemoterapi dan kesemua tujuh sesi sudah selesai."Akhir bulan lalu kami bawa Alisa ke HTA untuk pemeriksaan mata dan doktor memaklumkan Alisa boleh pakai mata palsu tapi ambil masa juga."Setakat ini, Alisa stabil cuma dia mempunyai tabiat kerana ada ketikanya nak duduk dalam peti sejuk pada waktu malam terutama apabila badannya panas."Jadi saya turutkan kerana bukan selalu Alisa buat permintaan itu," katanya.Di sebalik ujian itu, Nur Hisham bersyukur kerana ramai prihatin dan mendoakan Alisa terutama selepas dia berkongsi kisah anaknya di Tiktok."Niat aktifkan akaun TikTok dan muat naik video Alisa sebenarnya untuk simpan sebagai kenangan."Alhamdulillah, ramai beri kata semangat kepada saya malah berkongsi rezeki dengan menyumbang duit buat Alisa. "Terima kasih saya ucapkan, hanya Allah SWT saja dapat membalasnya dan saya berdoa semoga ada keajaiban untuk Alisa sembuh nanti," katanya yang sudah memohon bantuan daripada agensi kerajaan namun belum mendapat kelulusan.Orang ramai yang berhasrat membantu meringankan beban boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 151119244310 atas nama Nur Hisham Abd Hamid.
Enggan insan tersayang dikecam
1,728,770,423
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143733/enggan-insan-tersayang-dikecam
Norhayati Nordin
571
2024-10-12 22:00:23
2024-10-13T06:00:23
PADA masa kini, media sosial pastinya menjadi pilihan ramai apabila kebanyakan pengguna memilih berkongsi perihal peribadi dan rutin harian mereka di platform itu secara terbuka. Namun, agak menyedihkan dengan tindakan segelintir netizen yang sanggup mengecam dalam komen ditulis sehingga ada kala dilihat cukup melampau dan tiada rasa hormat. Tidak hanya mengkritik pedas pemilik akaun, malah kecaman netizen turut terkait dengan keluarga, ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik serta anak kecil. Mengambil kira hal itu, pelakon Datin Elvina Mohamad, 29, kini tidak terlalu berkongsi lagi kisah berkaitan suami dan anak-anaknya di media sosial kerana enggan insan tersayang dikecam."Komen netizen di media sosial sekarang agak menakutkan. Jadi, apabila terbaca komen kecaman ditulis itu memang boleh buat kita rasa 'down' dan sedih."Tipulah, kalau saya kata tak baca (komen) langsung. Sebagai manusia biasa, kita tetap ada keinginan nak baca komen juga walaupun tak kuat terima (kecaman)," katanya. Menurut Elvina, menyedari penjagaan kesihatan mental juga lebih penting membuatkan dia berasa mencegah dulu amat perlu diutamakan dengan tindakan segera yang diambil."Kalau saya seorang saja dikecam, memang boleh faham sebab kerjaya saya sebagai selebriti. Tetapi, apabila suami dan anak juga dikaitkan, itu benda tidak sihat. "Maka, peranan saya sebagai isteri dan ibu untuk lindungi keluarga saya. Syukur Alhamdulillah, sekarang lebih tenang apabila saya banyak berkongsi hal kerja di media sosial."Mengenai suami dan anak, biarlah ia menjadi 'privacy' saya daripada semuanya hendak dikongsikan di media sosial untuk jadi tatapan umum," katanya ditemui baru-baru ini. Elvina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Mohd Haniff Borhan, 38, pada Mac 2018 dan mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki, Karl Mateen, 6, dan Ean Maleeq, setahun. Muncul dengan drama terbaharu, Ternyata Sebuah Bahagia, Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad berkata, kesibukan kerja di set penggambaran membuatkan dia perlu meninggalkan anak dalam jagaan pembantu."Disebabkan saya dan suami bekerja, bagi penjagaan seketika anak di rumah memang kami perlukan khidmat pembantu. Walaupun sebelum ini saya pernah alami kes pembantu (rumah) lari, tapi khidmat itu tetap diperlukan."Saya pula selesa anak saya dijaga di rumah sendiri berbanding hantar mereka dengan pengasuh. Jadi, saya selalu jugalah hubungi pembantu."Anak sulung saya pun dah bersekolah dan kalau 'call' itu bercakap dan tanyalah apa saja dengan dia. Saya pun minta juga padanya untuk tengokkan adik. Alhamdulillah, dia pun dah faham," katanya. Elvina berkata, meskipun pembantu rumahnya sekarang ini boleh disifatkan bekerja dengan baik, tetapi dia perlu berhati-hati juga kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' sebagaimana kisah yang lalu. Teruja bawa watak antagonisMelakonkan watak Rhea iaitu seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi untuk hidup senang di ibu kota sehingga sanggup 'bermadu' dalam drama Ternyata Sebuah Bahagia, Elvina mengakui ia cabaran besar buatnya. Katanya, agak gementar juga melakonkan watak antagonis yang buat penonton benci memandangkan dalam situasi masa kini masalah keretakan rumah tangga semakin menjadi-jadi dan banyak pasangan berpisah."Apapun, watak Rhea bukan penyondol suami orang. Dia berkahwin dengan Datuk Zamani (lakonan Zamarul Hisham) kerana dilamar sendiri isteri pertama lelaki itu untuk menjadi 'madu'."Cuma, saya tak nafikan gementar bawa watak Rhea kerana faham penonton mesti tak suka dan marah. Tapi, saya sudah bersedia terima kecaman itu."Sebagai pelakon, saya hanya lakonkan watak Rhea sebaik mungkin dan kalau ada yang tak suka, maksudnya menjadilah lakonan saya," katanya. Selain Elvina dan Zamarul, barisan pelakon lain menjayakan drama 40 episod mengenai cabaran rumah tangga dan kecurangan dalam perkahwinan itu ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Azah Aziz, Kenji Sawahi, Lorenzo Irmann dan Myra Afrina.
'Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia'
1,728,713,712
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143577/sebagai-seorang-islam-saya-maafkan-dia
Rosli Ilham
315
2024-10-12 06:15:12
2024-10-12T14:15:12
Dungun: "Sebagai seorang Islam, saya maafkan dia." Demikian kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang maut dalam kemalangan di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung, di sini, Rabu lalu.Jamaludin berkata demikian susulan permohonan maaf daripada Azhar Ahmad, 53, iaitu suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan tiga penuntut universiti itu manakala seorang lagi cedera.Dia berkata, buat masa ini, dia dan keluarga masih bersedih dengan kehilangan anak bongsu, Allahyarham Khairil Anwar, 20, dan belum bersedia bertemu dengan suami wanita terbabit."Saya reda dan terima dengan dengan apa yang berlaku, saya maafkan dia, kalau tak maaf, dendam tidak akan habis sampai bila-bila."Bagaimanapun saya tetap akan mengambil tindakan undang-undang untuk keadilan arwah anak saya," katanya ketika dihubungi hari ini.Menurutnya, kehilangan Khairil Anwar mendatangkan kesan yang mendalam kepadanya kerana semua anak lelakinya pergi meninggalkan dia."Saya kehilangan anak sulung, Muhammad Khairul Izzudin tujuh tahun lalu dan kali ini anak bongsu pula. Kehilangan mereka sangat menyedihkan."Ibu mereka, Norma Mohamed Nor, 52, sangat terasa dengan kehilangan ini. Isteri sangat rapat dengan anak dan sepanjang masa memegang baju arwah untuk melepaskan rindu, " katanya.Jamaluddin berkata, mereka yang pernah merasai kehilangan orang tersayang saja akan faham betapa sedihnya berdepan dengan situasi sebegini."Kehilangan anak bongsu sangat perit, saya rasa lagi berat ujian ini namun saya tetap kuat dan reda dengan ketentuan ini," katanya.Harian Metro semalam melaporkan Azhar yang mewakili isterinya memohon maaf kepada semua keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan itu.Dia berharap agar ahli keluarga mangsa dapat memaafkan dan mahu bertemu dengan mereka sekiranya bersedia.Dalam kemalangan jam 7.20 malam, Rabu lalu, Honda CRV dipandu seorang wanita merempuh dua motosikal yang ditunggang empat penuntut dari arah belakang.Kemalangan mengorbankan Khairil Anwar, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, manakala Mohd Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, parah dan dirawat di Hospital Dungun.
3,068 sijil halal ditarik balik
1,728,705,630
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143513/3068-sijil-halal-ditarik-balik
NurNazwa Alya Azman
295
2024-10-12 04:00:30
2024-10-12T12:00:30
Kuala Lumpur: Sejumlah 3,068 Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sudah ditarik balik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat semalam, atas pelbagai faktor ketidakpatuhan terhadap keperluan dan piawaian pensijilan halal Malaysia. Antara sebab penarikan itu ialah, berlaku kesalahan serius dalam memenuhi piawaian syariah atau teknikal di premis yang dipersijilkan halal dan lain-lain seperti mana yang dinyatakan dalam Klausa 32 MPPHM 2020. Ia menunjukkan pemantauan berterusan terhadap SPHM giat digerakkan pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia iaitu Jakim serta pihak berkuasa di negeri-negeri. Ia dilihat satu langkah ini penting untuk mengekalkan keyakinan pengguna terhadap integriti perkhidmatan dan produk halal serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal global. Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Muhyidin Aziz@Saari berkata, pihaknya mahupun Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sentiasa mengadakan pemantauan berkala serta berjadual mahu pun pelaksanaan penguatkuasaan berterusan dipergiatkan bagi menangani sebarang isu salah guna logo halal dan penipuan terhadap perbahasan halal. Katanya, maklumat juga sering diperoleh daripada aduan serta proactive enforcement ketika menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengannya. "Terdapat tiga jenis ketidakakuran yang sering kali kita temui yang membolehkan sijil halal ditarik atau digantung semasa pemantauan dijalankan. "SPHM boleh digantung dan boleh dinaikkan kepada status ditarik balik jika pemegang gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh diarahkan, ini contoh ketidakakuran kecil dan keputusan penarikan sijil boleh dibuat bergantung kepada keputusan Panel Pengesahan Halal Malaysia kerana ini menunjukkan mereka tiada komitmen sebagai pemegang SPHM."Sekiranya pihak industri melakukan ketidakakuran besar, SPHM juga boleh ditarik balik dan bagi ketidakakuran serius, SPHM ditarik balik serta merta semasa pemantauan dijalankan," katanya. Walau bagaimanapun, pada masa ini, katanya, hasil pemantauan dan penguatkusaan berterusan membawa kepada pematuhan piawaian pensijilan halal semakin meningkat dan ia menunjukkan keseriusan pihak industri dan kesedaran mengenai isu halal di negara ini.Ada yang guna sijil halal palsu kaburi mata pelanggan
Zaidatul lebur rekod 31 tahun G Shanti
1,728,703,959
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143501/zaidatul-lebur-rekod-31-tahun-g-shanti
Aida Adilah Mat
152
2024-10-12 03:32:39
2024-10-12T11:32:39
Kuala Lumpur: Selepas 31 tahun, akhirnya rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) wanita milik G Shanti lebur di tangan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli. Zaidatul atau lebih mesra disapa dengan panggilan Adik, mencatatkan masa 11.49 saat (s) di Terbuka Perlis memadam rekod G Shanti, 11.50s yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.Pingat perak dimenangi oleh Nur Afrina Batrisyia Rizal dengan catatan 11.91s diikuti Azreen Nabila Alias ketiga, 12s. Kejayaan itu pastinya memberi petanda positif buat arena olahraga negara yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sea Thailand tahun depan. Bagi jurulatih Husniah, Mohd Poad Md Kassim berkata, tidak apa yang mampu diucapkan ketika ini selain daripada 'Alhamdulillah'.Usaha kerasnya selama ini untuk menghasilkan pelari terbaik Malaysia akhirnya terlaksana ketika laporan mengatakan bahawa kontrak Poad tidak akan disambung.Untuk rekod Husniah sebelum ini pernah mengatasi rekod G Shanti pada 2017 menerusi catatan 11.36s, namun atas alasan bantuan angin, catatan itu tidak diiktiraf.
'Cinta saya tiada tuah'
1,728,684,027
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143416/cinta-saya-tiada-tuah
Syafil Syazwan Jefri
536
2024-10-11 22:00:27
2024-10-12T06:00:27
"SAYA tahu saya sendirian. Sebenarnya saya lagi rela hidup sendiri daripada berpasangan, namun rasa sunyi".Itu luahan dan perkongsian rasa penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha ketika ditanya mengenai kehidupan dan hubungan cinta. Kisah cinta itu juga kini dituangkan ke dalam bentuk lagu dan kesemua 11 trek itu dimuatkan ke dalam album baharunya, Lovelorn. "Dalam Lovelorn ada 11 lagu. Yang paling lama saya simpan adalah lagu yang saya tulis pada 2019 sehinggalah kini. Semuanya adalah cerita saya. "Lagu paling terkesan, saya rasa semuanya. Mungkin ada tiga atau empat lagu yang saya tulis ketika pandemik. Jadi, waktu itu pun saya ada melalui fasa berkaitan hubungan cinta juga. "Tahun ini, lagu Lovelorn juga adalah trek terakhir saya tulis dan melengkapkan seluruh album ini," katanya. Berkongsi mengenai lagu Lovelorn, Daiyan berkongsi mengenai tuah yang tidak menyebelahinya dalam percintaan. "Sebenarnya, Lovelorn itu saya menceritakan mengenai betapa kurang bertuahnya saya dalam bercinta. Mungkin saya terlalu bercita-cita tinggi atau bekerja keras. Memang sasaran saya adalah untuk berjaya dalam karier dan sebagainya. "Saya tak menentang cinta. Saya suka sangat hubungan cinta dan perkahwinan, cuma saya rasa belum ada rezeki lagi. Saya rasa, saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya," katanya. Berkongsi mengenai luahan kisah percintaan ke dalam bentuk lagu dan puisi, Daiyan berkata, dia selesa mengungkapkannya dalam bentuk karya seni. "Ada satu ketika, saya rasa macam saya nak keluarkan semua kata-kata. Waktu itu adalah masa untuk saya keluarkan kesemua kesedihan saya ke dalam empat hingga lima lagu. "Kebanyakan lagu membuatkan saya menangis. Album ini garis waktu kehidupan saya juga. Sekarang pun, album ini menjadi sandaran buat saya untuk melihat semula permulaan saya. "Banyak kisah cinta yang tergabung dalam album ini sejak 2019. Adalah beberapa individu yang pernah hadir dalam hidup saya," katanya. Dikenali sebagai selebriti yang enggan terlalu terbuka mengenai kisah cinta dan siapa pasangannya, Daiyan merasakan langkah itu adalah pilihan terbaik. "Dari dulu saya memang tertutup mengenai hubungan cinta. Tapi, ia bukan rahsia. Kadang-kadang, bila saya ada pasangan, orang memang tahu mengenai hubungan cinta saya, tapi tak tahu siapa pasangan saya. "Saya rasa ia lebih baik untuk kesihatan mental saya dan baik juga untuk hubungan cinta itu. Sampai dia 'lock' saya, contohnya nak kahwin, barulah saya akan dedahkan. "Saya tak tahu apa akan berlaku dan karier saya pun berjalan pada masa sama. Saya tak tahu saya akan jadi isteri individu itu atau tidak. Jadi, saya berhati-hati di sudut itu. "Kalau individu-individu itu mendengar lagu-lagu dalam album ini, mereka akan tahu ia mengenai mereka. Saya seorang pencerita dan saya bercerita dalam lagu-lagu saya," katanya. Bukan seorang yang cerewet, Daiyan enggan bercinta hanya kerana dia perlu berpasangan semata-mata. "Bukanlah saya cerewet sebab saya rasa, bila tengok balik, ada macam-macam jenis. Saya rasa, kalau saya serasi dengan orang itu, saya okay. "Saya cari duit sendiri dan keluarga pun tak adalah memaksa atau apa. Saya sendiri pun secara peribadi sangat pentingkan kerja. Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta. "Ada orang tanya, rumah besar-besar tapi saya sendirian. Ya, saya sendirian. Tapi, saya lagi okay hidup sendiri, daripada hidup berpasangan, tapi rasa sendirian. Saya percaya, jodoh saya akan datang. Insya-Allah," katanya. Selain album Lovelorn, Daiyan juga bakal tampil dengan Showcase Daiyan Trisha Live di Aurum TRX Kuala Lumpur pada 1 dan 2 November ini.
Aina Abdul Bintang Paling Popular
1,728,663,320
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143404/aina-abdul-bintang-paling-popular
Georgie Joseph 
425
2024-10-11 16:15:20
2024-10-12T00:15:20
Shah Alam: Penyanyi dan komposer Aina Abdul, 31, dinobatkan Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 (ABPBH 36) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.Aina atau nama sebenarya Nurul Aina Abdul Ghani beterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mengangkatnya sampai ke tahap sekarang sehingga menggenggam trofi keramat itu."Terima kasih ibu saya. Dia selalu rakam rancangan. Ini untuk Aination, terima kasih atas usaha-usaha undi saya, Berita Harian dan TV3. TV3 khususnya sejak saya sertai Mentor Legend."Kepada pasukan Aina Abdul yang sentiasa tolak insan ini bekerja dan berkarya. Satu saja saya nak cakap, jangan mengalah, Allah di atas," katanya menerusi ucapan kemenangan itu.Penyanyi Terus Hidup itu unggul dengan undian 8,882,662.Sewaktu namanya diumumkan, seluruh dewan bergema dengan jeritan menandakan kemenangan itu memang direstui ramai.ABPBH 36 juga menjadi medan bersejarah buat nama-nama lama termasuk Senario yang menang trofi Artis Komedi Popular, Rita Rudaini menang trofi pertamanya menerusi Aktres Pembantu TV Popular, dan Raja Ema (Aktres Pembantu Filem Popular).Pemenang lain termasuk Shah Radhy menerusi ,Artis Baharu Lelaki Popular , Artis Baharu Wanita Popular - Erysha Emyra, Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular - Dolla, Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar, dan Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul.Aktor Filem Popular dimenangi Aedy Ashraf, Aktres Filem Popular - Fasha Sandha, Aktor Pembantu Filem Popular - Alif Hadi, Aktor TV Popular - Hun Haqeem, Aktres TV Popular - Anna Jobling, Aktor Pembantu TV Popular - Shah Iskandar, Penyampai Radio Popular - Khairy Jamaluddin, dan Pengacara TV Popular - Uyaina Arshad.Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi legenda, Datuk S Atan.Sementara lima kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular adalah Couple Drama Popular yang dimenangi Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah), Couple Filem Popular - Bront Palarae & Nadiya Nissa (Harum Malam), Watak Antagonis Drama Popular - Aleza Shadan, Lagu Paling Boom Popular - Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda), dan Artis Sensasi Popular - Siti Nordiana.ABPBH 36 dihoskan Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana. Acara itu dihangatkan dengan persembahan daripada Zamani, Spider, Hazama, Haqiem Rusli, Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakri, Marsha Milan, Shiha Zikir, De Fam, Usop, Ghidd, Tuju, Meerfly, dan Benzooloo.Penyampai trofi adalah Aniq Dhurar, Fitri Farouk, Kak Engku, Hanna Delisha, Adi Putra, Atu Zero, Syarif Zero, Azhar Sulaiman, Anna Jobling, Bella Astillah, Muaz Zabir, Datuk Seri Eizlan Yusof, Rita Rudaini, Adira Suhaimi, Puteri Sarah, dan Mawar Rashid. ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.
Kau sahabat yang baik Mal... selalu buat orang sekeliling senang...
1,728,649,822
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143356/kau-sahabat-yang-baik-mal-selalu-buat-orang-sekeliling-senang
Mahaizura Abd Malik
327
2024-10-11 12:30:22
2024-10-11T20:30:22
Kuala Lumpur: Dua sahabat ini pernah mengukir janji bersama mahu menamatkan pengajian dan membanggakan keluarga masing-masing dengan kejayaan dilakar mereka. Namun, takdir Allah SWT tertulis apabila salah seorang daripada mereka, Muhammad Akmal Md Tukirin, 20, terkorban dalam kemalangan tragis, di hadapan kampusnya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, malam kelmarin. Berkongsi kesedihan kehilangan mengejut sahabat baiknya itu, individu dikenali sebagai Zhafrannz berkata, dia dan Muhammad Akmal pernah berjanji mahu sama-sama meraikan konvokesyen mereka selepas tamat pengajian sarjana muda masing-masing. "Aku terkilan sebab kau tak dapat habiskan degree (ijazah sarjana muda) sama-sama. Kau janji nak amik (ambil) gambar degree pakai jubah konvo (konvokesyen) sama-sama. "Kau janji sama-sama nak banggakan parents (ibu bapa) tetapi Allah lebih sayang kau Akmal," katanya dalam perkongsian di TikTok, semalam. Perkongsian penuh menyentuh hati itu yang dilatari dengan lagu Pergi nyanyian Aizat Amdan itu turut dilampirkan dengan beberapa gambar kenangan ketika mereka menuntut di Politeknik Merlimau, Melaka dan meraikan konvokesyen bersama beberapa tahun lalu. Sepanjang mengenali insan itu, Zhafrannz berkata, Muhammad Akmal memiliki keperibadian mulia selain seorang periang dan menyenangkan individu sekeliling. "Kau sahabat yang baik Mal... Kau kawan yang periang dan selalu buat orang sekeliling senang dengan kau. "Aku reda dengan pemergian kau... semoga tenang di sana sahabat, Muhammad Akmal Md Tukirin," katanya. Muhammad Akmal yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan UiTM Dungun maut bersama dua lagi rakannya, Ku Adib Aizad Ku Azmi serta Khairil Anwar Jamaludin manakala seorang lagi rakan mereka, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang parah kini dilaporkan stabil di Hospital Dungun. Kejadian tragis itu berlaku apabila motosikal ditunggangi mereka yang dalam perjalanan pulang ke UiTM Dungun selepas keluar makan di kedai berhampiran, dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV di hadapan kampus mereka, kira-kira 7.20 malam, Rabu lalu. Wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh dua motosikal terbabit pula direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.#kw muhammad akmal, mahu banggakan, keluarga, tamat pengajian, bersama, janji dua sahabat, rakan baik, kemalangan, uitm, dungun,
Nobuyo Oyama, pelakon suara Doraemon meninggal dunia
1,728,638,843
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143308/nobuyo-oyama-pelakon-suara-doraemon-meninggal-dunia
Bernama-KYODO
96
2024-10-11 09:27:23
2024-10-11T17:27:23
Tokyo: Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.Berasal dari Tokyo, Oyama memulakan kerjaya cemerlang sebagai pelakon suara selepas menamatkan pengajian dari sekolah lakonan Haiyuza. Doraemon, yang disuarakannya selama lebih suku abad, menjadi karakter ikonik yang disayangi oleh kanak-kanak.Beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi pada 29 September di sebuah hospital di Tokyo, menurut agensinya.Selain berjuang melawan kanser kolorektal dan pernah mengalami strok, Oyama mendedahkan pada 2015 bahawa beliau juga berhadapan dengan masalah demensia.
'Saya mewakili isteri ingin mohon maaf, tiada siapa mahu kejadian ini berlaku'
1,728,633,543
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143278/saya-mewakili-isteri-ingin-mohon-maaf-tiada-siapa-mahu-kejadian-ini-berlaku
Rosli Ilham
415
2024-10-11 07:59:03
2024-10-11T15:59:03
Dungun: "Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit," kata Azhar Ahmad, 53. Dia adalah suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Kampung Sura Hujung, kelmarin yang mengorbankan tiga penuntut universiti itu dan seorang cedera. Azhar berkata, memang niatnya daripada awal kejadian berlaku, mahu berjumpa ahli keluarga mangsa dan meminta maaf namun, ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa. Menurutnya, isterinya yang berusia 49 tahun adalah seorang isteri yang baik dan penyayang, sebelum mengalami masalah kesihatan dan gangguan mental. "Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan itu. "Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian. "Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil," katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya. Azhar berkata, walaupun keadaan isterinya begitu, wanita berkenaan tetap bertanggung jawab, malah mengemas rumah, memasak dan tidak suka keadaan rumah yang bersepah. "Dia juga penyayang dengan anak cucu, sering membeli dan memasak makanan untuk mereka," katanya. Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menunaikan solat maghrib dan isyak bersama anak bongsu apabila isterinya keluar rumah sambil memandu kereta. Katanya, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu, bahkan pintu pagar rumah terbuka, dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya juga tidak ada. "Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus," katanya. Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama anak bongsu sebaik dihubungi rakan yang memaklumkan SUV saya terbabit kemalangan. "Terkejut saya melihat mayat pelajar di atas jalan raya. Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya cuba cari ahli keluarga mangsa di tempat kejadian ketika itu tetapi semua orang luar Dungun. "Kemudian saya diarah polis untuk ke balai bagi diambil keterangan," katanya yang memaklumkan cuba bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelak kekecohan. Katanya, dia sangat kesal dengan kejadian yang berlaku bahkan sudah menyorokkan kunci kenderaan sebelum kejadian. "Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya sudah sorok kunci kereta namun perkara tetap terjadi," katanya yang berharap pihak pengurusan UiTM membantunya bertemu keluarga penuntut terbabit untuk memohon maaf.
Bapa, tiga anak berentap siapa lebih hebat di Ironman Langkawi
1,728,632,831
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143274/bapa-tiga-anak-berentap-siapa-lebih-hebat-di-ironman-langkawi
BERNAMA
363
2024-10-11 07:47:11
2024-10-11T15:47:11
Langkawi: Walaupun perlu bersaing dengan tiga anak yang berusia 30-an, Ayob Yahaya, 62, tekad untuk mencatatkan masa terbaik pada Kejohanan Ironman 70.3 di Langkawi, esok.Ayob dari Shah Alam dan bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia bersama tiga anaknya, Arif Azraei, 30; Amira Alysa, 33, dan Arif Ashraf, 35, perlu menamatkan kejohanan itu yang melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal 90km dan larian 21.1km."Saya mula menyertai Ironman ini pada 2022 iaitu saya sertai Ironman 70.3 dan ketika itu anak saya, Amira Alysa yang datang beri sokongan. Pada 2023 pula, saya buat Ironman Malaysia dan pada masa itu ketiga-tiga anak saya juga sertai Ironman 70.3 tetapi mereka buat secara berkumpulan."Tahun ini, saya cabar mereka untuk sertai Ironman 70.3 secara individu dan saya belikan basikal untuk mereka...jadi, kita akan lihat esok macam mana, mungkin mereka lebih laju dari saya dalam disiplin berenang dan larian tetapi berbasikal mungkin saya lebih pantas," katanya ketika ditemui hari ini.Beliau yang berjaya menamatkan Ironman Malaysia tahun lepas dengan catatan masa 16 jam setengah berkata dia juga mula berjinak dengan dunia triathlon pada 2021 selepas berjaya mengatasi fobia berenang di laut terbuka. "Kalau ikut, saya mula pada usia yang agak lewat kerana saya takut untuk berenang di laut terbuka tetapi selepas beberapa cubaan, saya berjaya atasi perasaan takut itu...begitu juga anak-anak, mereka berjaya menguasai disiplin berbasikal dalam tempoh setahun sahaja," katanya.Sementara itu, anak sulung Ayob, Arif Ashraf yang juga bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia dan dua adiknya menyertai Ironman 70.3 secara individu tahun ini selepas dicabar ayahnya."Ayah sudah berusia tetapi dia dapat habiskan Ironman Malaysia tahun lepas, jadi kalau dia boleh, kenapa kami tidak boleh. Jadi, kami ambil ia sebagai cabaran...masing-masing yakin boleh tamatkan kejohanan dengan catatan masa yang baik."Kami adik-beradik memang aktif sukan tetapi dalam acara berlainan yang mana saya aktif berlari, Amira Alysa aktif angkat berat manakala Arif Ashraf pelbagai jenis sukan, jadi untuk Ironman ini kami memerlukan skil yang baharu sebab itu kami akan berlatih dan menyertai kejohanan yang lain bersama sebagai persediaan untuk esok," katanya.Seramai 1,800 atlet dari lebih 50 negara akan berentap membuktikan kekuatan dan kecergasan masing-masing pada Kejohanan Ironman 70.3 dan Ironman Malaysia 2024, di sini, esok.Ironman Malaysia melibatkan berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan larian 42.2km.
Bapa, tiga anak berentap siapa lebih hebat di Ironman Langkawi
1,728,632,831
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143274/bapa-tiga-anak-berentap-siapa-lebih-hebat-di-ironman-langkawi
BERNAMA
363
2024-10-11 07:47:11
2024-10-11T15:47:11
Langkawi: Walaupun perlu bersaing dengan tiga anak yang berusia 30-an, Ayob Yahaya, 62, tekad untuk mencatatkan masa terbaik pada Kejohanan Ironman 70.3 di Langkawi, esok.Ayob dari Shah Alam dan bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia bersama tiga anaknya, Arif Azraei, 30; Amira Alysa, 33, dan Arif Ashraf, 35, perlu menamatkan kejohanan itu yang melibatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 1.9 kilometer (km), berbasikal 90km dan larian 21.1km."Saya mula menyertai Ironman ini pada 2022 iaitu saya sertai Ironman 70.3 dan ketika itu anak saya, Amira Alysa yang datang beri sokongan. Pada 2023 pula, saya buat Ironman Malaysia dan pada masa itu ketiga-tiga anak saya juga sertai Ironman 70.3 tetapi mereka buat secara berkumpulan."Tahun ini, saya cabar mereka untuk sertai Ironman 70.3 secara individu dan saya belikan basikal untuk mereka...jadi, kita akan lihat esok macam mana, mungkin mereka lebih laju dari saya dalam disiplin berenang dan larian tetapi berbasikal mungkin saya lebih pantas," katanya ketika ditemui hari ini.Beliau yang berjaya menamatkan Ironman Malaysia tahun lepas dengan catatan masa 16 jam setengah berkata dia juga mula berjinak dengan dunia triathlon pada 2021 selepas berjaya mengatasi fobia berenang di laut terbuka. "Kalau ikut, saya mula pada usia yang agak lewat kerana saya takut untuk berenang di laut terbuka tetapi selepas beberapa cubaan, saya berjaya atasi perasaan takut itu...begitu juga anak-anak, mereka berjaya menguasai disiplin berbasikal dalam tempoh setahun sahaja," katanya.Sementara itu, anak sulung Ayob, Arif Ashraf yang juga bekerja sebagai jurutera minyak berkata dia dan dua adiknya menyertai Ironman 70.3 secara individu tahun ini selepas dicabar ayahnya."Ayah sudah berusia tetapi dia dapat habiskan Ironman Malaysia tahun lepas, jadi kalau dia boleh, kenapa kami tidak boleh. Jadi, kami ambil ia sebagai cabaran...masing-masing yakin boleh tamatkan kejohanan dengan catatan masa yang baik."Kami adik-beradik memang aktif sukan tetapi dalam acara berlainan yang mana saya aktif berlari, Amira Alysa aktif angkat berat manakala Arif Ashraf pelbagai jenis sukan, jadi untuk Ironman ini kami memerlukan skil yang baharu sebab itu kami akan berlatih dan menyertai kejohanan yang lain bersama sebagai persediaan untuk esok," katanya.Seramai 1,800 atlet dari lebih 50 negara akan berentap membuktikan kekuatan dan kecergasan masing-masing pada Kejohanan Ironman 70.3 dan Ironman Malaysia 2024, di sini, esok.Ironman Malaysia melibatkan berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan larian 42.2km.
Kurang 500 kakitangan TikTok Malaysia diberhentikan
1,728,615,764
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143187/kurang-500-kakitangan-tiktok-malaysia-diberhentikan
Reuters
327
2024-10-11 03:02:44
2024-10-11T11:02:44
Kuala Lumpur: Platform media sosial TikTok memberhentikan ratusan pekerja daripada tenaga kerja globalnya, termasuk sebilangan besar kakitangan di Malaysia, kata syarikat itu pada Jumaat. Langkah ini diambil bagi mengalihkan tumpuan ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang lebih meluas dalam penyederhanaan kandungan. Dua sumber yang mengetahui perkara itu sebelum ini memberitahu Reuters bahawa lebih 700 pekerjaan telah dikurangkan di Malaysia. TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance China, kemudian menjelaskan bahawa kurang daripada 500 pekerja di negara ini terjejas. Pekerja yang terjejas, yang kebanyakannya terbabit dalam operasi penyederhanaan kandungan firma, dimaklumkan mengenai pemecatan mereka melalui e-mel lewat Rabu, sumber itu berkata, meminta namanya dirahsiakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media. Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Reuters, TikTok mengesahkan pemberhentian itu dan mengatakan bahawa beberapa ratus pekerja dijangka terjejas di peringkat global sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menambah baik operasi penyederhanaannya. TikTok menggunakan gabungan pengesanan automatik dan moderator manusia untuk menyemak kandungan yang disiarkan di platform itu. ByteDance mempunyai lebih 110,000 pekerja di lebih 200 bandar di seluruh dunia, menurut laman web syarikat. Firma teknologi itu juga merancang lebih banyak pemberhentian bulan depan kerana ia kelihatan untuk menyatukan beberapa operasi serantaunya, kata salah satu sumber. "Kami membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan lagi model operasi global kami untuk penyederhanaan kandungan," kata jurucakap TikTok dalam satu kenyataan. Syarikat itu menjangka untuk melabur $2 bilion secara global dalam keselamatan tahun ini dan akan terus meningkatkan kecekapan, dengan 80 peratus kandungan yang melanggar garis panduan kini dialih keluar oleh teknologi automatik, kata jurucakap itu. Pemberhentian itu pertama kali dilaporkan oleh portal perniagaan The Malaysian Reserve pada Khamis. Pemotongan pekerjaan berlaku apabila firma teknologi global menghadapi tekanan kawal selia yang lebih besar di Malaysia, di mana kerajaan telah meminta pengendali media sosial memohon lesen operasi menjelang Januari sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi kesalahan siber. Malaysia melaporkan peningkatan mendadak dalam kandungan media sosial yang berbahaya awal tahun ini dan menggesa firma, termasuk TikTok, untuk meningkatkan pemantauan di platform mereka.
Bukan mudah kekal populariti
1,728,597,628
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143118/bukan-mudah-kekal-populariti
Najiy Jefri
452
2024-10-10 22:00:28
2024-10-11T06:00:28
NAMA Erysha Emyra semakin meniti di bibir peminat hiburan tanah air, meskipun baru setahun berkecimpung dalam dunia seni. Dengan rupa paras menawan dan bakat yang menyerlah, Erysha kini berjaya meraih populariti luar biasa dalam tempoh singkat. Bukan hanya dikenali kerana lakonannya yang bersahaja, tetapi juga kerana sikap rendah diri dan keazamannya untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang pelakon. Mengimbas kembali perjalanan setahun yang penuh warna, Erysha tidak menyangka sokongan yang diterima begitu besar, bukan saja daripada rakan-rakan industri dan keluarga, malah juga daripada peminat yang setia menonton hasil kerjanya."Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana menerima sokongan bukan saja daripada individu sekeliling tapi termasuk orang luar yang menonton setiap karya lakonan saya," katanya. Menurut, dia tidak pernah menyangka akan mencapai tahap populariti sebegini dalam masa yang singkat."Kalau diikutkan saya baru setahun dalam industri seni, tapi untuk menerima sokongan luar biasa ini saya sangat tak sangka. "Sepanjang setahun ini saya seronok dapat pasukan yang sentiasa mendorong saya untuk lakukan yang terbaik dan memperbaiki diri setiap masa," katanya. Enggan terlalu selesa dengan kejayaan yang diraihnya, Erysha berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk terus relevan dan berjaya dalam industri yang kompetitif ini."Saya nak cuba bawakan lebih banyak watak yang tidak pernah dibuat. Selebihnya, saya berserah ke mana jalan yang bakal saya tempuh selepas ini. "Sejujurnya saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi tetapi sudah pasti saya akan cuba buat yang terbaik pada masa akan datang," katanya.Bagi Erysha, mengekalkan populariti bukanlah perkara yang mudah. Namun, dia percaya bahawa setiap rezeki telah ditentukan dan tiada apa yang perlu dirisaukan."Betul, saya setuju untuk kekalkan populariti dan bertahan dalam industri seni ini memang susah. Bukan hanya kepada pendatang baharu saja, tetapi sesiapa saja yang sudah lama pun akan rasa perkara yang sama."Tapi saya rasa ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan sebab kita kena percaya dengan rezeki dan aturan Allah," katanya. Menyentuh mengenai penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 yang berlangsung malam ini, Erysha ditanya mengenai namanya yang disebut-sebut sebagai pemenang kategori Artis Baharu Wanita Popular.Walaupun ramai pihak meramalkan kemenangan itu memandangkan populariti yang diraih sejak kebelakangan ini, namun Erysha berkata, senarai Top 5 bukan calang-calang."Sudah tentu saya rasa sangat bersyukur apabila orang fikir begitu. Tapi saya bersaing dengan nama-nama yang sangat hebat. Senarai Top 5 dan Top 20 bukan calang-calang. Bakat mereka cukup luar biasa."Bagi saya, semua yang tersenarai adalah pemenang. Jadi siapa saja pemenang pada malam itu, percayalah semuanya sudah tertulis," katanya.Kata Erysha, sekiranya dinobatkan sebagai pemenang, Erysha tidak lupa untuk berterima kasih kepada orang-orang penting dalam hidupnya."Kalau menang, sudah tentu saya nak ucap terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, pasukan pengurusan, dan peminat yang mengundi setiap hari tanpa henti," katanya.
'Dari saat mengandungkan dia sampai hari ini, dialah anak sangat menyenangkan'
1,728,562,814
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1143053/dari-saat-mengandungkan-dia-sampai-hari-ini-dialah-anak-sangat-menyenangkan
Farah Marshita Abdul Patah
169
2024-10-10 12:20:14
2024-10-10T20:20:14
Sungai Buloh: "Saya namakan dia Adib yang bermaksud lembut dan mendengar kata, Alhamdulillah, saya dapat anak seperti yang didoakan." Itu luahan ibu Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, Hafizah Iszahanid, yang juga Penolong Pengarang Berita BH. Hafizah berkata, anaknya adalah penerima bantuan Yayasan Selangor untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun. Bagaimanapun katanya, Ku Adib tidak menggunakan duit bantuan berkenaan, sebaliknya memilih untuk bekerja setiap kali cuti semester. "Dari saat mengandungkan dia sampai hari ini, dia adalah anak yang sangat menyenangkan. "Saya dapat anak yang baik... sejak kahwin memang berdoa supaya dapat anak yang lembut, bijaksana, dengar kata. Saya dapatlah," katanya kepada BH ketika menceritakan perihal anak sulungnya. Terdahulu, jenazah Ku Adib yang maut dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar UiTM Terengganu Kampus Dungun, selamat dikebumikan, di sini, 6.19 petang tadi. Jenazah Allahyarham Ku Adib tiba di rumah keluarganya dari Dungun, jam 4.30 petang selepas disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Islam Raudhatul Aliyah di sini. Lebih 300 orang terdiri ahli keluarga dan rakan-rakan mengiringi jenazahnya.
End of preview. Expand in Data Studio

No dataset card yet

Downloads last month
2