title
stringlengths 14
109
| created_epoch
int64 1.73B
1.73B
| url
stringlengths 61
126
| author_name
stringlengths 5
53
| word_count
int64 59
1.45k
| created_utc_time
stringlengths 19
19
| created_local_time
timestamp[ns] | body
stringlengths 416
10.5k
|
---|---|---|---|---|---|---|---|
'Rakaman suara ayah mengaji al-Quran jadi pengubat rindu saya' | 1,728,108,375 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141146/rakaman-suara-ayah-mengaji-al-quran-jadi-pengubat-rindu-saya | Zuliaty Zulkiffli | 464 | 2024-10-05 06:06:15 | 2024-10-05T14:06:15 | Baling: "Setiap kali cuti sekolah panjang, saya akan pulang ke kampung untuk bersama ayah di rumah ini dan setiap kali memasak, saya akan rakam video masakan itu."Tapi bila ayah dah tak ada, saya mainkan semula video itu dan terdengar suara latar ayah mengaji al-Quran, memang sedih sangat sebab saya rindukan dia," kata Nur Aina Sofiya Sabari, 28, anak kepada mangsa bunuh, Sabari Baharom, 62.Nur Aina Sofiya berkata, dia bertugas sebagai guru di Sarawak bergegas pulang sebaik mengetahui berita berkaitan bapa mereka dicampak di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jalan Wang Tepus, di Jitra.Katanya, sebelum ini dia cuba berfikiran positif yang bapa mereka 'hilang' sekejap dan mungkin akan pulang semula ke rumah dan mereka boleh bertemu semula."Tetapi apabila saya dimaklumkan oleh kakak dan adik bahawa jasad ayah dibuang ke dalam sungai, memang saya tak tahu nak cakap apa. Memang sedih."Biasanya ayah akan minta saya masakkan untuknya masak lemak belimbing buluh atau masakan kampung yang keseluruhannya saya kutip sayur atau ulam di keliling rumah."Kali terakhir saya bercakap dengannya ketika saya berada di Sarawak iaitu pada 2 September lalu dan ayah beritahu dia baru selesai masak pajeri nanas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, di sini, hari ini.Menurutnya, memang menjadi rutin, setiap hari dia akan menghubungi bapanya dan berkongsi cerita.Katanya, bapanya akan beritahu berkaitan aktiviti dia ke masjid dan apa yang dia buat setiap hari seperti berkebun."Tapi bila dia dah tak ada, memang saya sunyi kerana bagi saya, sayalah anak yang paling manja dengan ayah kerana kakak dan adik sudah berkahwin."Saya berharap pelaku yang terbabit dalam kes ini dikenakan hukuman yang setimpal kerana ayah seorang yang baik dan pemergiannya tiada ganti," katanya.Sementara itu kakak sulungnya, Suraiya Izzati, 29, berkata, setiap kali pulang ke kampung, bapa mereka akan cepat-cepat buka pintu rumah kerana bimbang di luar banyak nyamuk.Katanya, kini selepas kejadian itu, apabila pulang ke rumah bapanya di sini, dia terasa kosong namun teringat seolah-olah bapanya masih ada."Lebih menyedihkan, pada hari pertama saya balik untuk mencari ayah, saya nampak al-Quran ayah masih atas meja belakang kerana biasanya ayah akan habiskan waktu membacanya di situ."Namun kami bersyukur kerana ayah sempat melihat dua cucu iaitu anak sulung saya dan anak adik (Muhammad Amir Hakimi) yang lahir Ogos lalu."Biasanya kalau berkumpul masa hari raya atau semua anak-anak pulang ke sini, ruang tamu dan halaman depan rumah menjadi tempat kami bersantai," katanya.Suraiya Izzati berkata, dengan izin Allah, mereka mungkin boleh berjumpa bapa mereka di lokasi sungai berkenaan jika air surut nanti.Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati kedudukan rumah Sabari dengan kediaman yang dalam pembinaan dan sebuah rumah penduduk dalam lingkungan 100 meter.Laluan ke kawasan itu juga agak sunyi terutama pada waktu malam dan kedudukan rumah Sabari terletak di sebelah kebun getah. |
Puas hati menang Axia, wang RM28,888 | 1,728,102,036 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141115/puas-hati-menang-axia-wang-rm28888 | Fairul Asmaini Mohd Pilus | 570 | 2024-10-05 04:20:36 | 2024-10-05T12:20:36 | Kuala Lumpur: "Hadiah paling mahal pernah saya menangi sepanjang menyertai peraduan adalah sebuah kereta Perodua Axia dan wang tunai RM28,888. "Selain itu, saya juga pernah memenangi hadiah pakej pelancongan VIP ke Tokyo, Jepun bernilai RM20,000," ujar Hidayat Masduki, 38. Bapa kepada tiga anak itu memberitahu mula berjinak menyertai peraduan ketika berumur 14 tahun. Menurut Hidayat, berbanding peraduan biasa, dia lebih menggemari penyertaan yang memerlukan peserta membuat slogan. Ini kerana dengan slogan, dia dapat bermain dengan kata-kata selain peluang untuk mencungkil kreativiti. "Biasanya tidak ramai yang menggemari peraduan berbentuk slogan kerana dianggap lebih rumit. "Bagi saya, peraduan berbentuk slogan lebih mencabar dan ada kepuasan tersendiri jika memenanginya. "Idea membuat slogan biasanya datang secara tiba-tiba. Pernah ketika menunggang motosikal, idea muncul dan datang dalam fikiran," katanya. Jelas Hidayat lagi, selepas menceburi bidang itu secara serius, dia meletakkan sasaran tersendiri untuk dicapai setiap bulan. Untuk itu, dia akan pastikan menyertai sekurang-kurangnya satu peraduan setiap hari. Usaha anak jati Gombak, Selangor itu nyata berbaloi kerana menerusi peraduan, Hidayat berpeluang merasai limpahan rezeki yang lumayan. Hidayat pernah memenangi pelbagai pakej percutian ke luar negara, barangan peralatan elektrik rumah bernilai puluhan ribu, gajet canggih termasuk telefon pintar iPhone edisi 11, 12, 13, 14, 15; Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM50,000 dan banyak lagi. Katanya, dia juga pernah mendapat hadiah enam mesin basuh dan ada yang diberikan kepada ahli keluarga yang memerlukan. "Saya anggap semua itu rezeki anak-anak kerana anak sulung saya diuji dengan masalah jantung berlubang. "Sebagai ayah, saya hanya menumpang rezeki mereka sahaja," katanya yang turut mendapat sokongan penuh daripada isterinya. Sementara itu, Hidayat berkata, dia percaya kepada konsep rezeki tidak akan salah alamat namun usaha juga pastinya akan membuahkan hasil. "Jika berminat untuk mencuba nasib dalam peraduan, pesan saya jangan sesekali berputus asa jika tidak menang," katanya.Menang dua motor dalam selang masa 3 bulan Meskipun menyertai peraduan hanya sebagai hobi mengisi masa terluang namun siapa sangka rezeki Atiqah Ismail, 39, hadir mencurah-curah. Peniaga ayam di sebuah pasar borong di Lembah Klang itu tidak menyangka memenangi pelbagai hadiah termasuk dua motosikal sejak mula menyertainya dua tahun lalu. Atiqah berkata, hadiah dimenanginya umpama rezeki terpijak berikutan dia hanya menghantar satu atau dua penyertaan bagi setiap peraduan disertai. Itupun katanya, modal yang dilaburkan tidak tinggi seperti peminat peraduan lain berikutan dia hanya memenuhi keperluan penyertaan sahaja. "Saya bukanlah orang yang akan mengeluarkan belanja besar semata-mata untuk memenangi hadiah sebaliknya akan membeli barangan yang memang digunakannya. "Misalnya, hasil pembelian minuman dan makanan bernilai RM15.90 di hentian rehat dan rawat menggunakan kad debit, saya berjaya membawa pulang telefon pintar Samsung S22 apabila memenangi peraduan diadakan. "Malah saya pernah memenangi jongkong emas 16 gram, hadiah wang tunai RM10,000 dan RM3,888 serta banyak lagi hadiah peraduan tidak dijangka," katanya. Anak jati Gombak, Selangor itu berkata, dia seronok dengan cara berkenaan berikutan tidak mahu terlalu kecewa jika tidak menang. "Dalam tempoh dua tahun ini, rezeki saya memang benar-benar murah kerana selain dua motosikal Modenas Kriss, jongkong emas dan wang tunai, saya juga memenangi pelbagai barangan elektrik seperti dua televisyen (30 dan 43 inci), kerusi urut, dua telefon pintar jenama Samsung Z Flip 5, baucer barangan elektrik, bekalan mandian untuk setahun dan banyak lagi. "Saya anggap semua itu adalah rezeki keluarga juga kerana banyak hadiah yang dimenangi, dikongsi dan diberikan kepada mereka untuk diguna bersama. "Dua motosikal dimenangi itu terpaksa dijual kerana saya tidak memiliki lesen motor," katanya. Sementara itu Afiqah berkata, peluang memenangi peraduan hari ini semakin sukar memandangkan sudah semakin ramai yang mula menceburinya. |
'Raja peraduan' kaut hadiah jutaan ringgit | 1,728,100,834 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141101/raja-peraduan-kaut-hadiah-jutaan-ringgit | Fairul Asmaini Mohd Pilus | 874 | 2024-10-05 04:00:34 | 2024-10-05T12:00:34 | Kuala Lumpur: Jika dihitung semua nilai hadiah-hadiah pernah dimenangi Faiz Aizuddin Azami, 38, sejak lebih sedekad lalu, jumlahnya sudah melebihi jutaan ringgit. Antara hadiah pernah dimenanginya termasuklah pakej percutian VIP ke empat taman tema di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk 10 orang termasuk duit poket yang bernilai lebih RM100,000. Ini tidak termasuk hadiah wang tunai RM24,000 serta pakej lawatan ke London, Turki, Paris, Jepun, Korea dan banyak lagi. Selain itu, Faiz juga pernah memenangi 10 televisyen 55 inci, 20 peti sejuk, 30 mesin basuh, ratusan barangan elektrik rumah pelbagai jenama dan hadiah pengubahsuaian rumah bernilai lebih RM10,000. Malah dia pernah memenangi berpuluh telefon pintar termasuk edisi terbaharu iPhone, Android, tab dan bermacam-macam hadiah barangan serta keperluan dapur hingga menjadikan stor rumahnya umpama kedai runcit. Tidak cukup dengan itu, Faiz yang dianggap antara 'Otai' dalam dunia peraduan di Malaysia juga pernah memenangi lapan motosikal dan dua kereta (Proton X50 dan Mini Cooper), hasil kerjasama bersama rakan-rakan peserta pertandingan lain. Kemenangan dalam banyak peraduan juga membolehkan Faiz bertemu dengan ramai selebriti dan tokoh sukan dunia termasuk Neymar, Jenifer Lopez, Kelly Clarkson serta Justin Bieber. Semua 'rezeki' itu diperolehi Faiz selepas tanpa jemu menyertai pelbagai peraduan sejak 21 tahun lalu. Bapa kepada tiga anak dari Gombak, Selangor itu berkata, minatnya untuk menyertai peraduan bermula selepas memenangi hadiah utama 10 bulan gaji, anjuran sebuah syarikat telekomunikasi ketika usia 18 tahun. Katanya, siapa sangka penyertaan secara suka-suka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) itu membolehkannya memenangi hadiah wang tunai RM24,000. "Memang terkejut kerana ketika itu saya masih bergelar pelajar dan tidak mempunyai gaji bulanan. "Tetapi mereka mengambil kira jumlah gaji minimum dan jumlah itu diberikan kepada saya," katanya kepada Harian Metro. Menurut Faiz, disebabkan sering memenangi pelbagai hadiah percutian ke luar negara, dia akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja dalam sektor perkhidmatan awam (guru) kerana tidak mahu menjejaskan kerjayanya. "Ini kerana hadiah yang dimenangi memerlukan dia 'terbang' pada masa-masa tertentu dan perlu mengambil cuti yang panjang. "Selain itu, keputusan berkenaan juga diambil kerana menyertai peraduan juga sebenarnya mampu memberi pulangan yang lumayan jika konsisten melakukannya. "Contohnya, dalam setahun saya sasarkan untuk mendapat lebih 1,000 kemenangan dari pelbagai peraduan dengan jangkaan nilai hadiah kemenangan RM100,000. "Jadi, saya akan usaha untuk mendapat sasaran berkenaan untuk memastikan usaha berbaloi," katanya yang kini sepenuh masa terbabit dalam bidang motivasi pendidikan dan menyertai peraduan. Dalam pada itu Faiz mengakui, untuk memenangi sesuatu peraduan, peserta perlu mengetahui petua dan memiliki strategi tersendiri. Misalnya untuk peraduan belian terbanyak yang menawarkan hadiah lumayan seperti kereta, ia memerlukan pelaburan yang tinggi. "Tetapi ada juga kemenangan disebabkan tuah dan rezeki kerana ramai yang pertama kali cuba terus 'sangkut' (menang) hadiah utama," katanya. Sementara itu Faiz mengakui, dia juga bukan sentiasa bertuah kerana pernah melabur berbelas ribu untuk menyertai satu pertandingan tetapi malangnya tidak berjaya mendapat pulangan dimahukan. Kata Faiz, dia juga pernah ditipu tidak mendapat hadiah kemenangan yang dijanjikan sehingga ke hari ini. "Memang perit jika pelaburan kita tidak mendapat hasil yang diinginkan tetapi kena reda kerana semua itu adalah asam garam lumrah menyertai peraduan. Semua rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. "Apapun jangan sesekali berputus asa jika mahu terbabit dalam bidang ini kerana percayalah, usaha tidak akan sesekali mengkhianati hasil," katanya yang percaya dia hanya menumpang rezeki anak-anaknya.Menang 1,000 peraduan dalam masa 5 tahunMemenangi lebih 1,000 kali peraduan disertainya sejak lebih lima tahun lalu. Suri rumah, Rusyati Masri, 48, bagaimanapun masih tidak menyangka dikurniakan rezeki oleh Allah SWT dalam cara sebegitu. Antara hadiah pernah dimenangi Rusyati adalah dua motosikal (Yamaha Y16 dan Honda eBike), lima telefon pintar termasuk Iphone 14 dan Samsung S23, dinar emas, hadiah percutian serta pakej menaiki kapal pelayaran. Selain itu Rusyati juga turut memenangi pelbagai hadiah barangan elektrik rumah seperti televisyen, mesin basuh, lima penyedut hampagas pelbagai jenama, 10 jenis air fryer, puluhan ribu hadiah wang tunai, ratusan baucar makanan, tajaan rumah terbuka dan banyak lagi. Menurutnya, dia sebelum ini hanya suka-suka menyertai pelbagai peraduan selepas percubaan kali pertama pada tahun 2019 membuahkan hasil. Katanya, hadiah wang tunai RM500 yang dimenangi mendorong dia dan suami menjadikan penyertaan peraduan sebagai hobi. "Saya hanya konsisten menyertai peraduan selepas berhenti kerja pada tahun 2022. "Walaupun sekadar hobi, ia sedikit sebanyak dapatlah menambah pendapatan keluarga," katanya. Rusyati berkata, jika hadiah yang dimenangi sudah ada dalam koleksi simpanan, ia akan jual untuk mendapatkan balik modal wang digunakan. "Setakat ini, modal yang dilaburkan memberikan pulangan lumayan kepadanya. "Hadiah yang paling mahal pernah saya menangi adalah pakej percutian ke Itali untuk dua orang serta duit poket RM10,000. Semua hadiah itu bernilai RM30,000 hasil penyertaan peraduan anjuran jenama kopi terkenal. "Saya membawa suami, Henrizal Sabai, 50, bersama dalam percutian itu kerana dialah tonggak penting di belakang tabir yang banyak membantu persediaan sesuatu peraduan selama ini. "Ia memang rezeki dan tuah kerana modal dilaburkan untuk menyertai peraduan itu agak minimum," katanya. Menurut Rusyati lagi, berbanding peserta tegar lain, dia juga sering memasuki peraduan atau kuiz dianjurkan oleh pasar raya tertentu. Kata ibu kepada seorang anak itu lagi, setiap peraduan ada cabaran dan keperluan tersendiri. Katanya, terdapat peraduan yang memerlukan banyak pembelian kerana kemenangan dikira berdasarkan belian tertinggi dan sememangnya memerlukan modal agak besar. "Ada juga peraduan yang hanya memerlukan satu resit sahaja untuk menang. Ia biasanya turut berkait dengan faktor rezeki dan tuah. "Peraduan yang memerlukan slogan pula agak mencabar kerana peserta perlu kreatif bermain dengan ayat dan tidak boleh ayat 'biasa-biasa'," katanya. |
Keluarga Sabari takkan maafkan suspek sampai bila-bila | 1,728,096,939 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141084/keluarga-sabari-takkan-maafkan-suspek-sampai-bila-bila | Zuliaty Zulkiffli | 341 | 2024-10-05 02:55:39 | 2024-10-05T10:55:39 | Baling: Perbuatan kejam yang dilakukan suspek terhadap Sabari Baharom, 62, sehingga sanggup mencampak mangsa ke dalam sungai, tidak akan dimaafkan keluarga mangsa sampai bila-bila. Anak bongsu Sabari, Muhammad Amir Hakimi, 25, berkata, dia sudah melihat wajah suspek dan pernah berjumpa sebelum ini, namun dia takkan memaafkan lelaki itu. Katanya, dia berharap keadilan akan berpihak kepada mereka sekeluarga, malah akan melantik peguam ketika perbicaraan di mahkamah nanti bagi memastikan suspek mendapat hukuman yang setimpal kerana memberi tekanan emosi kepada mereka sekeluarga. "Apalah salah ayah saya kerana dia sudah berusia dan tidak mampu melawan kudrat suspek yang jauh lebih muda daripadanya. "Saya tahu ayah tidak akan melawan jika diapa-apakan, jadi saya takkan maafkan dia sampai bila-bila sekalipun dia memohon maaf kerana ayah tiada gantinya, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang di sini hari ini. Muhammad Amir Hakimi berkata, mereka sekeluarga juga sudah melakukan solat hajat dan bacaan Yasin termasuk di masjid supaya keadilan akan memihak pada keluarganya. "Bukan kami saja hilang ayah, tetapi penduduk kampung juga terkejut dan sedih termasuk jemaah Masjid Al Mutmainnah, Kuala Pegang kerana ayah selalu pergi ke masjid menunaikan solat lima waktu di situ. "Sampai bila-bila pun saya serta dua kakak (Suraiya Izzati, 29, dan Nur Aina Sofiya, 28) akan ingat kejadian ini kerana kami hilang ayah, tempat kami menumpang kasih," katanya. Muhammad Amir Hakimi berkata, kalau boleh dia tidak mahu teringat langsung wajah suspek kerana ia hanya membuatkan dirinya berasa geram. "Ketika polis meminta saya buat pengecaman suspek sebelum ini, saya memang tidak mahu melihat lama-lama muka dia sebab trauma teringat orang yang bunuh ayah kami. "Kalau boleh saya nak lupakan wajah dia, walaupun dalam kepala masih ingat lagi muka dia, saya rasa dendam dengan dia, kalau boleh saya tak mahu ingat supaya tak ganggu masa depan kami," katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun pada 27 September lalu dan hasil siasatan itu mendapati Sabari dipercayai dicampak di Sungai Padang Terap, Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra selepas tangannya diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat. |
'Sayang semua anak sama rata' | 1,728,083,426 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141044/sayang-semua-anak-sama-rata | Redzuan Muharam | 533 | 2024-10-04 23:10:26 | 2024-10-05T07:10:26 | Johor Bahru: Mulianya hati Nurain Dona Dameria Abdullah atau dikenali Nurain Abdullah kerana bukan hanya membesarkan tiga zuriatnya tetapi juga dua anak tiri selepas berpisah dengan bekas suami kira-kira tujuh tahun lalu. Tiada istilah pilih kasih kerana Nurain, 42, yang memeluk Islam pada 2007 menyayangi kesemua anaknya sama rata malah sentiasa menganggap mereka sumber kekuatannya selepas kembali solo. Nurain mengakui tidak mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal dan pernah hampir berputus asa untuk meneruskan hidup selepas berpisah kerana sepanjang perkahwinan, dia bergantung sepenuhnya kepada insan bernama suami. Mengenangkan amanah dipikul, wanita itu berusaha bangkit dan kesungguhannya mencari rezeki dengan kudrat yang ada berhasil kerana kini bergelar usahawan produk kecantikan serta kesihatan di bawah jenamanya sendiri. Menerusi syarikat diusahakan, Nurain mengeluarkan produk jus jamu, pelindung matahari, serum dan pencuci wajah. Berkongsi kisahnya, Nurain berkata, dia mula menjalankan perniagaan sendiri sejak empat tahun lalu iaitu ketika tempoh pandemik Covid-19. Katanya, pandemik menjadi titik permulaannya selepas melihat peluang yang terbentang di depan mata walaupun tiada ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan ketika itu. "Permulaan saya dalam bidang perniagaan adalah selepas bergelar ibu tunggal tapi bukan terus ada syarikat sendiri seperti sekarang. "Ia kerana dua bulan pertama selepas berpisah, saya bekerja di satu tempat kemudian beralih ke sebuah syarikat dan ditugaskan mengendalikan khidmat cucian wajah rumah ke rumah. "Alhamdulillah, pulangannya memuaskan namun disebabkan Covid-19 tak dapat teruskan dan ketika itu (pandemik), TikTok tengah trend…saya pun tengok ramai orang berniaga di rumah dengannya. "Jadi, saya minta bantuan seorang rakan yang tahu masak jamu untuk hasilkan jus minuman (jamu) dan tak sangka sambutan amat baik bermula dengan terjual 10 botol kemudian 20 sehingga 100 (botol) dalam masa sehari. "Saya pula ambil kesempatan dengan menjual secara langsung di TikTok setiap hari hingga produk jenama saya semakin dikenali kemudian dapat dipasarkan di Sabah dan Sarawak sebelum menembusi pasaran di tujuh negara malah kini dikeluarkan dalam bentuk sacet," katanya. Menurut Nurain, kejayaannya memasarkan produk sampai ke luar negara bukan hasil usahanya sendiri tetapi juga dengan kerjasama sebuah kilang dalam menghasilkan formulasi serta bantuan dropship, ejen juga stokis. Di sebalik kejayaan itu, Nurain mengakui banyak cabaran dilalui terutama pada peringkat awal kerana kurangnya ilmu dalam bidang keusahawanan. "Cabarannya kerana saya tak pernah berniaga dari rumah jadi banyak yang saya tak tahu terutama bagaimana nak hantar bungkusan tapi belajar sendiri tanpa ada sesiapa ajar. "Mujurlah anak jadi tulang belakang kerana banyak bantu pada peringkat awal dalam proses bungkus, angkat barang dan balas mesej pelanggan. "Saya ambil masa juga nak sesuaikan diri namun semakin lama, saya jadi lali dengan rutin hingga sedar turun naik dalam perniagaan juga perkara biasa. "Persaingan dalam perniagaan sentiasa ada malah normal ada orang suka dan tidak jadi kena siapkan mental kerana pernah satu masa, ada individu terdekat cuba jatuhkan saya. "Apa yang berlaku buat saya belajar dan ambil sebagai pengajaran supaya tak terlalu percayakan orang. Tapi dalam kepahitan, banyak juga kemanisan saya kecapi sepanjang bergelar usahawan antaranya rezeki tidak dijangka misalnya tempahan dalam jumlah banyak mencecah ratusan ribu pada satu-satu masa," katanya.Nurain berkata, kerja keras dilakukan selama ini bukan hanya untuk kesenangan dirinya tetapi lima anaknya. Menurut Nurain, dia mahu kejayaan dikecapi menjadi contoh kepada anak selain inspirasi buat semua wanita di luar sana. |
Idam berlakon di KLCC | 1,728,079,277 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1141012/idam-berlakon-di-klcc | Georgie Joseph | 531 | 2024-10-04 22:01:17 | 2024-10-05T06:01:17 | TIADA yang lebih menggembirakan pelakon Korea Selatan, Lee Je Hoon, 40, selain impiannya menyantuni peminat di Malaysia akhirnya tercapai menerusi acara JeeHoon's Favorite 2024 Asia Tour, baru-baru ini. Je Hoon dapat merasai pengalaman sulungnya berjumpa peminat di sini meninggalkan makna cukup besar. Dia rupa-rupanya begitu disayangi dan penampilannya di sini sudah dinanti sejak lama. Malah, pelakon drama bersiri, Taxi Driver itu tidak berasa janggal pun sebaik menjejakkan kaki ke sini. Padahal ini adalah kunjungan sulungnya namun sudah rasa dekat dengan negara ini."Biasanya apabila menjejakkan kaki pertama kali ke tempat baharu, kita rasa janggal. Tapi saya tidak rasa begitu pun sebaik tiba di lapangan terbang di sini."Melihat peminat yang hadir menyambut saya, terus rasa teruja. Keramahan mereka sangat mengagumkan dan membuatkan saya ingin meneroka lebih banyak mengenai negara ini," katanya. Je Hoon juga enggan melepaskan peluang manfaatkan kunjungan singkat itu dan mencuba makanan tempatan. Dia sempat 'pekena' nasi lemak dan teh tarik selain teringin mencuba nasi goreng dan sate.Bagaimanapun, paling membuatkan dia kagum dengan kemegahan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas. Katanya, dia sudah dapat membayangkan babak dramanya berlatar belakangkan menara itu. "Antara perkara yang terus menangkap mata saya ketika sampai di sini adalah menara berkembar itu. Saya sangat terpesona dengan rekaannya yang begitu mengagumkan."Saya berharap suatu hari nanti dapat jayakan drama dengan pemandangan bangunan itu. Misalnya, cerita di mana saya melawat dan jatuh cinta dengan seseorang yang bekerja di sini," katanya. Dianjurkan Lapisan Tenaga Sdn Bhd, acara bertemu peminatnya yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur penuh senda tawa dan jeritan peminat fanatiknya. Lebih istimewa, peminat yang hadir pun datang dari demografik berbeza. Sekali gus membuktikan betapa namanya meninggalkan impak dalam kalangan penonton pelbagai lapisan usia. Gelagatnya atas pentas pun cukup bersahaja dan begitu merendah diri. Terlihat jelas betapa dia sangat terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi diterimanya daripada peminat Malaysia. Walaupun pelakon, Je Hoon tetap menyahut cabaran untuk menyumbang suaranya menyanyi dua lagu sebagai menghiburkan yang hadir. Dia akui memang bukan penyanyi yang bagus, tapi peminat tetap terpegun. Sepanjang acara itu, dia banyak berkongsi hal kegemaran peribadinya yang jarang dikongsi di media sosial. Ia termasuk foto koleksi sendiri ditunjukkan secara eksklusif kepada semua yang hadir. Seperti biasa, segmen cabaran permainan bersama peminat pun wajib ada. Antara cabaran dibuat termasuk pertandingan menari dan Je Hoon juga begitu 'sporting' menunjukkan goyang tarinya. Dalam pada itu, dia berkongsi mengenai projek akan datangnya. Yang pasti, dia tidak sabar untuk penonton melihat drama lakonan seterusnya itu selepas kejayaan-kejayaan terdahulu. Terkenal dengan naskhah yang sentiasa menusuk mengenai kehidupan, Je Hoon berkata, drama akan datang itu pun berkonsep sama."Saya teruja untuk drama itu ditonton ramai. Saya sendiri sangat sukakannya dan semoga semoga penontonmenikmatinya kelak," katanya. Kian sibuk saban waktu, Je Hoon banyak menghabiskan masa rehatnya dengan bersantai di rumah. Katanya, menonton wayang sendirian di rumah cara terbaiknya mendapatkan ketenangan."Sekarang saya jarang dapat peluang ke pawagam menonton filem. Jadi, saya berbuat demikian apabila ada masa terluang di rumah ataupun dalam kapal terbang," katanya. Selain Taxi Driver, Je Hoon meraih perhatian luar biasa menerusi drama hebat lain termasuk Signal, Move to Heaven, Chief Detective 1958, serta filem terbaik termasuk I Can Speak, Time to Hunt, dan Escape. |
Dakwa ada roh rasul dalam diri, Ajaran Cahaya disekat | 1,728,045,129 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140954/dakwa-ada-roh-rasul-dalam-diri-ajaran-cahaya-disekat | Ahmad Hasbi | 342 | 2024-10-04 12:32:09 | 2024-10-04T20:32:09 | Seremban: Mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat. Ajaran yang dikenali sebagai Ajaran Cahaya didalangi seorang lelaki ini lebih banyak disebar menerusi media sosial, yang mana ahlinya di aplikasi Telegram mencecah 5,000 orang. Lebih menggerunkan, ahli atau pengikut ajaran dikatakan suci dengan penyatuan cahaya dan tidak bernafsu, menyebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, hasil risikan mendapati ajaran berkenaan bertapak di Kuala Pilah sejak setahun lalu. Bagaimanapun katanya, kegiatan kumpulan berkenaan sedikit terencat apabila guru mereka iaitu lelaki warga Singapura dan orang kanannya seorang wanita tempatan ditahan, hari ini. "Hasil risikan dan siasatan yang kami lakukan, dua suspek ini ditahan di Muadzam Shah, Pahang kira-kira 9.30 pagi tadi dalam operasi bersama polis. Mereka dalam perjalanan ke Terengganu. "Kedua-dua suspek masing-masing berusia 42 dan 60 tahun itu dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk tindakan lanjut," katanya ketika sidang media, hari ini. Tambah beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 52 dan 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengajar ajaran salah dan mengajar agama tanpa tauliah. "Daripada maklumat yang kami terima, kebanyakan pengikut terpedaya dengan 'guru' berkenaan kerana pada mulanya mengajar agama yang betul, namun lama-kelamaan mula menyeleweng. "Ada pengikut yang sedar dan keluar daripada ajaran berkenaan dan kami difahamkan, jumlah pengikut kini berkurangan, namun terdapat seorang wanita yang berperanan menarik ahli baharu," katanya. Jelas beliau lagi, lelaki berkenaan turut mengaku kali terakhir solat fardu lima waktu pada 2021, yang mana dia menganggap dirinya tidak perlu melakukan apa-apa ibadah. "Dia mengaku urat dan darahnya sudah berzikir dan dia tidak perlu lagi beribadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Pengikut juga diajar untuk mencapai darjat tertinggi itu. "Disebabkan itu, mereka berpelukan antara lelaki dan wanita kerana menganggap diri sudah suci daripada dosa dan tidak mempunyai nafsu serta bercahaya," katanya. Tambahnya lagi, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang jelas menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan hukum syarak itu dan berkemungkinan ada suspek lain yang bakal ditahan. |
Wanita Palestin tular buat kecoh akan dihantar pulang | 1,728,044,404 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140951/wanita-palestin-tular-buat-kecoh-akan-dihantar-pulang | Kalbana Perimbanayagam | 431 | 2024-10-04 12:20:04 | 2024-10-04T20:20:04 | Kuala Lumpur: Dua wanita warga Palestin yang videonya tular membuat kecoh dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit Kuala Lumpur akan dihantar pulang ke Gaza dalam masa terdekat.Kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza tahun lalu.Klip video tular itu, menunjukkan wanita terbabit hilang kawalan di Wisma Transit itu yang menempatkan rakyat Palestin yang cedera dan keluarga mereka sepanjang tempoh rawatan perubatan.Malah dalam salah satu klip video itu menunjukkan seorang wanita memecahkan pasu dan menendang meja.Difahamkan mereka tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan tinggal di luar Wisma Transit.Sementara itu, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, memberitahu New Straits Times bahawa wanita dalam video itu akan dihantar pulang ke Gaza.Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas pertemuannya dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan hari ini untuk membincangkan insiden itu."Kami bersetuju bahawa ini adalah insiden terpencil. Ia tidak mewakili rakyat Palestin."Ia memalukan dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.Walid juga mengeluarkan amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia untuk menjaga kelakuan mereka."Bagi mereka di sini, jika mereka tidak gembira, mereka boleh kembali ke tempat asal. Menghantar wanita ini pulang harus menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.Beliau berkata, kerajaan Palestin menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka oleh Malaysia dan rakyatnya."Rakyat Palestin yang cedera dan saudara-mara mereka di sini harus menghargai apa yang kerajaan Malaysia lakukan untuk membantu mereka. Semasa berada di sini, mereka mesti menghormati undang-undang negara tuan rumah."Mereka juga harus menghargai peluang yang diberikan ini, berbanding ribuan orang yang masih menderita di Gaza. Mereka yang pulang ke negara asal tidak akan mempunyai bantuan sedemikian," katanya.Walid mengutuk insiden itu dan memohon maaf bagi pihak masyarakat Palestin.Beliau juga meminta rakyat Malaysia memahami perjuangan emosi dan tekanan yang dialami rakyat Palestin."Kami meminta rakyat Malaysia memahami bahawa mereka ini sudah melalui perjuangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik dari segi emosi mahupun fizikal akibat tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel."Saya tidak akan membenarkan sesiapa menjejaskan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Palestin. Kami akan sentiasa menghargai apa sahaja usaha yang dilakukan Malaysia untuk rakyat Palestin," katanya.Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan bahawa Malaysia merancang untuk menerima orang awam Palestin yang cedera bagi membolehkan mereka menerima rawatan di Malaysia.Pada 16 Ogos, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM. |
Faisal gembira dapat bermain paling lama selepas disimbah asid | 1,728,044,174 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140945/faisal-gembira-dapat-bermain-paling-lama-selepas-disimbah-asid | BERNAMA | 367 | 2024-10-04 12:16:14 | 2024-10-04T20:16:14 | Kuala Lumpur: Pemain sayap sensasi Selangor FC, Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25, malam tadi.Pada aksi kedua Kumpulan H di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Selangor menewaskan Dynamic Herb Cebu FC dari Filipina 1-0 dan Faisal dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-62.Faisal berkata, dalam perlawanan itu, beliau mendapat minit perlawanan paling lama sejak kembali beraksi pada Ogos lalu selepas insiden serangan asid pada 5 Mei, yang hampir memusnahkan kariernya."Alhamdulillah tiga mata untuk pasukan di laman sendiri dalam saingan ACL2, ia bukan satu perlawanan mudah. "Apa-apa pun saya dapat minit perlawanan paling lama, ini adalah perlawanan pertama saya dapat minit yang lama."Sekarang hampir lima bulan (sejak serangan asid), saya akan terus maju langkah demi langkah untuk dapatkan prestasi (terbaik). "Bagi saya (prestasi sekarang) belum cukup lagi, belum sampai masa untuk saya berpuas hati. Saya masih di tahap untuk cari kembali prestasi," katanya.Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu mengakui puas dapat membuat penampilan di pentas kejohanan Asia setelah terlepas peluang bersama kelabnya sebelum ini, Terengganu FC (TFC) pada musim lalu setelah berhijrah ke Selangor."Alhamdulillah kami bekerja keras untuk datang ke Asia, hari ini mimpi itu jadi kenyataan dapat bersama Selangor dan dapat merasai (saingan Asia). "Tetapi ada banyak perlawanan lagi, kami perlu perbaiki apa yang kurang dan saya pun kena kerja keras," katanya yang tidak diturunkan pada aksi pertama.Dalam pada itu, Faisal berkata, saingan di ACL2 mampu mempercepat proses untuk beliau kembali mencapai prestasi terbaik."Intensiti tinggi, persaingan hebat, bukan satu perlawanan yang mudah, saya rasa bagus untuk saya sebenarnya. "Kita bermain di tahap tinggi, saya mencari rentak dan mencari minit permainan dan akan maju langkah demi langkah," katanya.Selepas dua perlawanan, Selangor kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata, dua mata di belakang pendahulu, Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan sementara wakil Thailand, Muangthong United ketiga (satu mata) dan Dynamic Herb Cebu tercorot tanpa sebarang mata.Seterusnya, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu akan membuat perhitungan dengan Jeonbuk Hyundai Motors pada perlawanan ketiga kumpulan di Stadium MBPJ, 23 Oktober depan.– BERNAMA TAG: bola sepak, mohamad faisal abdul halim, selangor, ACL2 |
Khairul Nizam baru tiga bulan kerja di ENS | 1,728,033,367 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140873/khairul-nizam-baru-tiga-bulan-kerja-di-ens | Zuliaty Zulkiffli | 249 | 2024-10-04 09:16:07 | 2024-10-04T17:16:07 | Alor Setar: "Arwah adik pernah beritahu yang dia hendak beralih angin selepas hampir 20 tahun bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. "Tak sangka baru saja tiga bulan bekerja di situ, dia pergi buat selama-lamanya dan mengejutkan kami semua," kata Khairul Ajhar Jaffar, 47. Dia adalah abang sulung kepada Khairul Nizam, 41, yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan Eagle's Nest Skywalk (ENS) di Gunung Machinchang, Langkawi, semalam. Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu daripada ibu, Kasyah Hashim, 72, yang memaklumkan anak ketiga daripada empat beradik itu jatuh ketika sedang bekerja. Katanya, pada mulanya, dia menyangka adiknya hanya jatuh biasa tetapi terkejut apabila dimaklumkan Khairul Nizam jatuh dari ketinggian 40 meter. "Arwah seorang adik yang ringan tulang dan dia antara yang ramah dalam keluarga kami," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini. Khairil Ajhar yang juga jurugambar bebas berkata, kali terakhir Khairul Nizam berbual bersama ahli keluarga menerusi kumpulan WhatsApp keluarga ketika mereka meraikan hari lahir ahli keluarga, minggu lalu. "Arwah adik peminat setia pasukan bola sepak Kedah dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa Hijau Kuning meskipun sibuk bekerja di Langkawi. Dia akan ke Stadium Darul Aman jika pulang ke Alor Setar. "Disebabkan rapat dengan kumpulan penyokong bola sepak Kedah, arwah juga mengenali pemain, bekas pemain termasuk bekas jurulatih Kedah, Allahyarham Azraai Khor Abdullah," katanya. Khairul Nizam meninggalkan isteri, Zunirah Othman, 36, dan tiga orang anak berusia 10, 16 dan 17 tahun. Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Rafeah Taman Uda, dekat sini selepas selesai bedah siasat. |
Pemain KDA FC boikot latihan sekali lagi? | 1,728,032,965 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140872/pemain-kda-fc-boikot-latihan-sekali-lagi | Wartawan HM | 240 | 2024-10-04 09:09:25 | 2024-10-04T17:09:25 | Alor Setar: Isu dalaman melanda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nampaknya belum berakhir apabila pemainnya belum menjalani latihan persiapan bagi menghadapi perlawanan Liga Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) pada 19 Oktober ini.Tinjauan dilakukan sekitar 5 petang semalam mendapati tiada kelibat pemain atau barisan kejurulatihan memulakan sesi latihan kebiasaannya dilakukan di beberapa padang latihan sekitar Alor Setar dan Jitra.Menurut pemerhatian, skuad kendalian Nafuzi Zain itu belum memulakan latihan yang dijangkakan sejak pada awal minggu ini sebagai persiapan untuk menyambung saingan Liga Super selepas kali terakhir seri 2-2 dengan Sri Pahang pada 22 September lalu.Jadi timbul tanda tanya mengenai status semasa pasukan yang sepatutnya memulakan semula persiapan dan perancangan terbaik untuk aksi liga seterusnya menentang TFC di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober ini.Bagaimanapun usaha mendapatkan kenyataan rasmi berkaitan isu semasa itu termasuk tarikh memulakan latihan padang dari pihak pengurusan dan barisan jurulatih pasukan masih gagal diperoleh, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat bola sepak Sang Kenari.Berikutan itu, tular di media sosial mengenai berita pemain KDA FC yang dikatakan kembali memboikot sesi latihan menjelang perlawanan menentang TFC itu.Berita berkenaan adalah menerusi perkongsian wartawan sukan tempatan yang menjangkakan pemain KDA FC kembali memboikot latihan selepas tiada langkah proaktif diambil pihak pengurusan pasukan bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji.Sebelum ini, berikutan ketiadaan pemain utama, KDA FC terpaksa menggunakan tenaga pemain skuad Bawah 23 Tahun (KDA FC B) sebelum dibelasah 0-5 oleh Kuala Lumpur (KL) City di Cheras. |
Bangunan dobi, tempat kerja antara kawasan baharu larangan merokok | 1,728,024,816 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140817/bangunan-dobi-tempat-kerja-antara-kawasan-baharu-larangan-merokok | Mohd Iskandar Ibrahim | 298 | 2024-10-04 06:53:36 | 2024-10-04T14:53:36 | Putrajaya: Bangunan dobi antara 28 kawasan yang diwartakan sebagai larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).Selain dobi, bangunan tempat kerja kerajaan dan swasta turut tersenarai sebagai kawasan baharu larangan merokok dengan kedua-duanya berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bangunan dobi antara yang diperjuangkannya sejak 2019 ketika pertama kali menjawat jawatan berkenaan."Pastinya saya berasa bersyukur, akhirnya dobi menjadi tempat awam (larangan merokok)."(Bangunan dobi sering) didatangi pastinya ibu-ibu, isteri-isteri bawa anak-anak dan sebagainya, (kadang-kadang) tempat itu menjadi kawasan untuk berehat," katanya pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852 di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.Selain bangunan dobi dan tempat kerja, antara kawasan larangan merokok yang diwartakan adalah pusat hiburan atau teater kecuali kasino, hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berhawa dingin serta mana-mana kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan. Sementara itu itu, Dr Norhayati berkata, tindakan penguatkuasaan yang bermula tahun depan adalah bagi memberi masa secukupnya kepada pemilik premis untuk menampal tanda amaran larangan merokok."Kita nak beri peluang (kepada pemilik) dobi untuk mendapatkan segera tanda amaran larangan merokok (dan menampanya di premis masing-masing)," katanya. Akta 852 dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu dengan mengenakan syarat lebih ketat terhadap peniaga rokok dan vape termasuk larangan mempamerkan produk terbabit secara terbuka di premis perniagaan.Akta itu juga menggariskan larangan penjualan rokok dan vape melalui dalam talian ke atas semua platform bagi mengelakkan ia dibeli oleh Orang Belum Dewasa (OBD) iaitu individu berusia di bawah 18 tahun.Selain itu, produk rokok dan vape juga dilarang dijual melalui mesin vending dan tidak boleh dijual di kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi (IPT).Produk rokok dan vape juga dilarang dijual di pasar jualan atau mana-mana pasar jualan bersifat sementara. |
Akhirnya tertangkap | 1,728,014,430 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140737/akhirnya-tertangkap | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi | 338 | 2024-10-04 04:00:30 | 2024-10-04T12:00:30 | Kuala Lumpur: Tidak ubah seperti watak kisah benar dilakonkan Leonardo DiCaprio dalam filem 'Catch Me If You Can' yang licik menyamar sebagai juruterbang, doktor dan peguam. Penipuan itu ternyata benar-benar wujud apabila ditiru oleh seorang penjenayah tempatan yang dikesan menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, juruterbang Airbus, jurutera Petronas, jurulatih sukan ragbi dan pelbagai kerjaya tidak wujud. Sumber berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun itu dikesan aktif menipu orang ramai membabitkan kerugian berjuta ringgit sejak tahun 2001. "Suspek bijak melakonkan pelbagai watak dan kerjaya bagi memperdaya ramai mangsa. Dia yang licik berpindah-randah menjadi buruan polis sejak tahun 2018. "Berdasarkan maklumat, suspek petah berbicara dan mampu meyakinkan mangsa untuk berurusan dengannya. Rata-rata mangsa mudah diperdaya berikutan suspek petah bercakap menggunakan fakta selain memiliki pengetahuan berhubung topik atau kerjaya dilakonkan," katanya. Menurutnya, berdasarkan maklumat, suspek sebelum ini pernah menyamar sebagai juruterbang dan melakukan penipuan kononnya mampu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan dan lesen penerbangan. "Dia seolah-olah tahu semua perkara, isu semasa dan boleh menjadi sesiapa. Akibatnya mangsa diperdaya untuk menyerahkan wang termasuk membabitkan pelbagai urus niaga tidak wujud. "Berdasarkan siasatan, suspek pernah ditahan polis sebelum ini di Kampung Rapat, Ipoh, Gelang Patah, Johor, Maran dan Kuantan, Pahang. "Suspek disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (Menyamar sebagai penjawat awam). Seksyen 381 Kanun Keseksaan (mencuri) dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan harta)," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 44 tahun ditahan jam 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor. Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM20,400. "Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut dan direman tiga hari sehingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes lain seperti penipuan urusan jual beli barangan elektrik, tipu urusan jual beli traktor dan tipu urusan pembekalan barangan helikopter," katanya kepada Harian Metro. |
Penjenayah licik akhirnya diberkas selepas 6 tahun diburu polis | 1,728,000,670 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140694/penjenayah-licik-akhirnya-diberkas-selepas-6-tahun-diburu-polis | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi | 443 | 2024-10-04 00:11:10 | 2024-10-04T08:11:10 | Kuala Lumpur: Tak ubah seperti watak dalam filem, seorang penjenayah licik yang pernah menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya, juruterbang, jurutera Petronas dan pelbagai profesion lain akhirnya diberkas selepas enam tahun diburu polis. Lelaki berusia 44 tahun ini didakwa menipu mangsa dengan kerugian mencecah jutaan ringgit sejak 2001 hanya dengan menggunakan kepetahan berbicara dan kepakaran dalam melakonkan pelbagai peranan untuk memperdaya orang ramai. Sumber berkata, suspek yang bijak 'melakonkan' pelbagai watak bagi memperdaya ramai mangsa serta sering berpindah-randah itu menjadi buruan polis sejak 2018. Menurutnya, berdasarkan maklumat, suspek sebelum ini pernah menyamar sebagai juruterbang dan melakukan penipuan kononnya mampu membantu mangsa mendapatkan pekerjaan dan lesen penerbangan. "Dia seolah-olah tahu semua perkara, isu semasa dan boleh menjadi sesiapa. Akibatnya mangsa diperdaya untuk menyerahkan wang termasuk membabitkan pelbagai urus niaga tidak wujud. "Berdasarkan siasatan, suspek pernah ditahan polis sebelum ini di Kampung Rapat, Ipoh, Gelang Patah, Johor, Maran dan Kuantan, Pahang. "Suspek disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan (Menyamar sebagai penjawat awam), Seksyen 381 Kanun Keseksaan (mencuri) dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan harta)," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia 44 tahun ditahan 11.45 malam Selasa lalu di sekitar Ampang, Selangor. Menurutnya, lelaki itu ditahan bersabit siasatan kes penipuan untuk mendapatkan pengesahan lesen juruterbang tidak wujud yang dilaporkan oleh seorang pengadu di Ipoh, Perak, membabitkan kerugian RM20,400. "Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut dan direman tiga hari sehingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes lain seperti penipuan urusan jual beli barangan elektrik, tipu urusan jual beli traktor dan tipu urusan pembekalan barangan helikopter," katanya kepada Harian Metro. Sementara itu ketika diminta mengulas, penganalisis jenayah terkenal Kamal Affandi Hashim berkata, walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerap dipandang secara sinis malah ditohmah, ia ternyata tidak mematahkan semangat sebahagian besar pasukan polis yang benar-benar tekun menjalankan kewajipannya. "Tangkapan fugitif yang dibuat oleh Polis Perak ini adalah bukti jelas bahawa pihak polis tidak pernah bersikap lepas tangan dengan laporan-laporan kes lama yang pernah dibuat awam. "Acap kali orang awam menyangka bahawa polis hanya 'berminat' dengan kes-kes segar. Hakikatnya mereka juga membahagikan masa bagi meneruskan siasatan terhadap kes-kes lama," katanya. Katanya, kejayaan Polis Kontinjen Perak pimpinan Datuk Azizi Mat Aris dan barisan pegawai khususnya Senior Asisten Komisioner Luqman Abd Rahman selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak wajar dijadikan pembakar semangat kepada kontinjen lain, pengubat hati kepada pengadu dan amaran kepada penjenayah bahawa selama mana pun cuba bersembunyi, mereka tetap akan kecundang.Penyamar licik ala filem 'Catch Me If You Can' nafi menipu |
Sabari disamun lebih RM10k | 1,727,997,324 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140683/sabari-disamun-lebih-rm10k | Muhaamad Hafis Nawawi | 388 | 2024-10-03 23:15:24 | 2024-10-04T07:15:24 | Kuala Lumpur: Hanya kerana RM11,000, pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang, Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat, manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat.Ini berikutan suspek dipercayai mahu menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah individu yang menyamunnya.Itu motif kejadian menimpa Sabari yang hilang sejak 4 September lalu selepas soal siasat dilakukan ke atas dua lelaki yang ditahan pada Jumaat lalu.Kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun berkenaan mendedahkan niat mereka ingin menyamun Sabari, namun wajah suspek dicam oleh mangsa ketika kejadian itu.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas dua suspek mendapati motif kejadian kerana samun membabitkan nilai kerugian RM11,000.Menurutnya, mangsa mengenali suspek menyebabkan mereka mengikat tangan dan menutup mulutnya dengan pita pelekat sebelum mencampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa."Perbuatan itu dilakukan selepas mangsa mengecam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh)," katanya kepada Harian Metro.Fisol berkata, hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap."Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai," katanya.Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Sabari terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.Susulan itu, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang kini dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - IsteriSabari dibunuh kerana cam wajah suspekIsteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukanOperasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkanPenduduk terkejut dapat tahu Sabari dicampak di sungai belakang rumahJiran tak nampak kelibat suspek selepas kehilangan SabariIsteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segeraKering betul hati suspek ini - Isteri SabariSabari seronok dapat dua cucu - Abang'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai'Kami masih berharap ayah masih hidup''Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak SabariWanita ditahan berhubung kehilangan SabariSabari mungkin dilarikan ke hutan, anak sedang kesan rakan bernama Ramli'Di mana ayah kami? Kereta ditemukan terbakar, wang dipindahkan ke akaun lain' |
Bayar RM20k boleh masuk Malaysia | 1,727,996,490 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140673/bayar-rm20k-boleh-masuk-malaysia | Izz Laily Hussein | 346 | 2024-10-03 23:01:30 | 2024-10-04T07:01:30 | Johor Bahru: Tambak Johor bocor dan terbaharu, 21 migran warga Bangladesh terlepas masuk. Bagaimanapun, kecekapan polis membolehkan kumpulan migran terbabit yang sebelum itu mendarat di Lapangan terbang Changi, Singapura, ditahan di sebuah rumah penampungan atau transit, di Taman Daya, di sini.Ketua Polis Johor Datuk M Kumar ketika mendedahkan perkara itu berkata, dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran warga Bangladesh yang transit di Singapura, dibawa masuk ke Johor dengan berjalan melalui laluan terpencil dari republik itu ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, sebelum ditempatkan di rumah transit. Kata beliau, taktik itu digunakan sindiket penyeludupan migran didalangi warga tempatan dan Bangladesh. Terdahulu, kata beliau, polis menyerbu rumah penampungan terbabit, 9 September lalu. Hasilnya, pada serbuan jam 5.30 pagi itu, 21 migran warga Bangladesh berusia 19 tahun hingga 44 tahun ditahan. "Serbuan dijalankan hasil risikan dijalankan polis berkaitan aktiviti penyeludupan migran sekitar Tambak Johor yang aktif sejak Ogos lalu. "Rumah transit itu menempatkan pendatang asing tanpa izin (Pati) sebelum dibawa ke destinasi tertentu. "Pada serbuan itu, turut ditahan ialah seorang wanita tempatan dan tiga lelaki warga asing yang berperanan sebagai pengurus atau transporter selain penjaga rumah transit terbabit," katanya pada kenyataan, semalam.Kumar berkata, siasatan awal mendapati, migran itu diurus ejen di Bangladesh dengan kadar bayaran Taka 550,000 atau kira-kira RM20,000 setiap seorang sebelum transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura. "Migran ini kemudian diuruskan oleh ejen sindiket untuk masuk ke Malaysia dengan berjalan melalui laluan terpencil menuju ke BSI. "Seterusnya, migran akan diambil oleh transporter untuk dihantar ke rumah transit," jelasnya.Menurut beliau, pada serbuan itu, turut dirampas antaranya 25 telefon bimbit, 22 pasport Bangladesh selain wang RM1,200. Turut dirampas satu surat perjanjian peminjam kereta, serangkai anak kunci premis serta Perodua Axia dan Perodua Myvi. Katanya, kes membabitkan 21 migran itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Manakala, empat pengurus atau transporter atau penjaga rumah transit itu dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. "Semua 21 migran sudah dituduh pada 23 September lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru, dan kes akan disebut semula 13 Oktober ini. "Manakala pertuduhan terhadap empat pengurus atau transporter dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi ini (semalam)," katanya. |
Ringkas, comel | 1,727,994,635 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140655/ringkas-comel | Norhayati Nordin | 650 | 2024-10-03 22:30:35 | 2024-10-04T06:30:35 | KALAU sebelum ini dia dikenali sebagai Alvin Chong, kini nama pentas komersial itu disifatkan sudah tidak sesuai, sekali gus mahu dipanggil Alvn saja kerana ia lebih ringkas.Pelakon, komposer dan penyanyi berusia 33 tahun ini berkata, panggilan Alvn juga sedap didengar dan bunyinya tidaklah begitu kasar berbanding apabila orang memanggil dengan nama sebenarnya itu."Nama Alvn yang sekarang dengan Alvin Chong yang dulu sama saja. Cuma, ketika ini dah tak ada Chong itu. Tapi, dululah bila ada orang sebut nama saya, Alvin Chong, saya akan rasa dia kasar."Sebab biasanya kalau kita sebut nama penuh, rasa macam nak memaki pada individu berkenaan, itulah yang saya rasa. Namun, kalau panggil Alvn saja, saya rasa macam sedap dan comel sikit," katanya.Terdahulu, Alvn ditemui hadir pada pelancaran album terbaharunya, Between The Lines: Revelaed dan 'showcase' solo istimewa, baru-baru ini.Berbicara penerimaan peminatnya terhadap nama pentas komersial baharu itu, Alvn berkata, memang masih ada pun yang bertanya kepadanya, kenapa dah tak guna nama 'Alvin Chong' lagi?"Apapun, saya tetap berasa benda ini (nama Alvin Chong) akan berlalu juga. Ia macam kalau orang dah biasa panggil saya, Alvn nanti, mereka (peminat) akan terus jadi biasalah."Benda macam ini, saya tahu memang akan ambil masa untuk dibiasakan, begitu juga pada kalangan wakil media yang masih menulis nama Alvin Chong itu dan saya tak boleh nak buat apa, sebab ia kena ambil masa," katanya.Ujar Alvn lagi, pertukaran nama pentas komersial baharu itu sudah digunakannya sejak lebih setahun lalu sebagai 'penjenamaan semula' untuk karier seni yang diceburi kira-kira 10 tahun lalu, bermula 2014.Ditanya juga mengenai bidang nyanyian, Alvn berkata, dia suka menyanyi kerana lebih menenangkan jiwa terutama ketika menghasilkan lagu sendiri menerusi ilham yang datang."Saya sangat suka mendengar lagu dan pada masa sama juga berkongsi ilham dengan rakan-rakan untuk kita berbincang buat lagu itu bersama. Jadi, ia berlaku secara santai saja."Kita dengar melodi, buat juga lirik bersama dan kemudian rakam lagu itu. Ia mudah dan pada masa sama, kita tak perlu banyak fikir apakah lagu-lagu ini menjadi atau tidak? Apa yang kita buat itu hanya kerana minat. "Memang santai dan sebab itu, saya akui banyak dapat idea atau ilham mencipta lagu ketika saya berada di luar negara. Sama ada saya ke sana (luar negara) untuk bercuti atau terbabit dengan urusan kerja," katanya.Aktif menyanyi dalam tiga bahasa, sehingga kini Alvn sudah mempunyai rangkaian lagu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin yang dihasilkannya sejak 2015 iaitu kira-kira sembilan tahun lalu selepas setahun terbabit dalam lakonan.Antara judul lagu nyanyian Alvn seperti Sama Sama Kita, One & Only, Sepenuh Jiwa, Sayangku Salmah, Girl Went Gone, Tak Terganti, Tajam, We Got This, Aku Kamu, Don't Ask Me Why dan banyak lagi.Puas hati dapat buat 'showcase'Menyimpan impian yang sudah lama untuk menghiburkan peminat dan rakan-rakan rapat untuk sebuah 'showcase' istimewa, Alvn mengakui dia sangat lega dan gembira dapat menyanyi secara 'live'.Walaupun kali pertama dapat menjayakan 'showcase' itu, Alvn berkata, dia merancang sudah lama tetapi sering saja tertangguh kerana terikat dengan jadual kerja yang tidak disangka dan cukup padat."Jadi, untuk 'showcase' istimewa ini sebenarnya tidak begitu dirancang. Saya memaklumkan pada syarikat rakaman agar dapat mengadakan persembahan nyanyian 'live' ini sebab nak tengok kawan-kawan saya yang datang terhibur."Itu saja yang saya nak sebenarnya, untuk berkongsi rasa 'happy' (gembira) dan seronok dengan mereka (rakan-rakan) yang sanggup hadir menyaksikan persembahan ini. Apapun, saya dah puas hati."Bagi saya, percubaan pertama saya menjayakan 'showcase' sebegini berjaya walaupun ada sedikit masalah teknikal yang berlaku. Tapi, tak mengapalah sebab kita boleh perbaiki pada masa akan datang," katanya.Berterima kasih dengan sokongan diberikan rakan dan peminatnya, Alvn berkata, dia juga sebenarnya ingin tampil menyanyikan banyak lagu, namun mengambil kira lokasi 'showcase' itu yang kurang sesuai untuk persembahan terlalu lama.Antara lagu dinyanyikan dalam 'showcase' itu seperti Need Me Now, Onemorenight, Holdin' On, Sacrifice, Over Again, Birds Of A Feather (lagu cover), We Don't Have To Talk About It dan Rescue Me. |
Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya? | 1,727,956,249 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140557/cukuplah-menipu-apa-dosa-salah-anak-saya | Redzuan Muharam | 342 | 2024-10-03 11:50:49 | 2024-10-03T19:50:49 | Kulim: "Cukuplah menipu, anak saya pun sudah tiada. Apa dosa dan salah anak saya sampai jadi mangsa?". Itu reaksi Mohammad Azhar Arzemi, 31, yang kecewa selepas imej dan rakaman video siaran langsungnya anaknya, Mohammad Bilal Yusra atau nama manjanya Bilal digunakan oleh individu dipercayai sindiket penipuan (scammer) yang melakukannya bagi mengumpul dana untuk kepentingan peribadi. Menurut Mohammad Azhar, apa yang berlaku amat menyedihkan kerana Bilal sudah sembilan bulan meninggal dunia namun masih ada cuba mengambil kesempatan. Mohammad Azhar juga kesal kerana ia berlarutan sejak sekian lama iaitu sewaktu Bilal masih ada lagi. "Saya sudah lama sedar kewujudan individu menggunakan gambar dan video Bilal, seingat saya sejak mula berkongsi kisahnya di media sosial. "Semua yang buat begitu menggunakan akaun palsu dan dapat maklumat selepas ada bertanya untuk dapatkan kepastian. "Baru-baru ini, saya sendiri nampak video menggunakan gambar anak saya di TikTok dan sangat sedih mengenangkan mengapa mereka tergamak buat begitu ketika saya dengan isteri masih bersedih dengan ketiadaan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Mohammad Azhar berkata, dia juga bercadang membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas individu terbabit. Pada masa sama, Mohammad Azhar berharap orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar atau video lama anaknya itu. "Saya memang dalam kesempitan dan perlukan dana untuk anak sulung, istimewanya, Nur Khaulah Al Azwar Mohammad Azhar, 5, menjalani rawatan susulan akibat masalah tulang belakang bengkok. "Tapi bila tersiarnya video dan gambar lama Bilal buat ramai salah sangka sedangkan Bilal sudah tiada. "Jadi, mereka yang nak bantu boleh menghubungi saya di talian 010-219 5301 untuk kepastian atau menghulurkan sumbangan melalui akaun CIMB bernombor 7047468689 atas nama Mohammad Azhar Arzemi kerana hanya itu akaun yang sah," katanya. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penyakit Bilal yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly. Berikutan itu, kepalanya membesar hingga pernah mencapai berat 28 kilogram (kg). Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang. Pada 15 Disember tahun lalu, Bilal dilaporkan meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, dekat sini. |
Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam | 1,727,954,106 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140546/suspek-kes-bunuh-sabari-berjudi-rm16000-di-batam | Mohd Hifzuddin Ikhsan | 419 | 2024-10-03 11:15:06 | 2024-10-03T19:15:06 | Alor Setar: Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, disyaki membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.Menurut sumber, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan."Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi. "Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian."Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - IsteriSabari dibunuh kerana cam wajah suspekIsteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukanOperasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkanPenduduk terkejut dapat tahu Sabari dicampak di sungai belakang rumahJiran tak nampak kelibat suspek selepas kehilangan SabariIsteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segeraKering betul hati suspek ini - Isteri SabariSabari seronok dapat dua cucu - Abang'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai'Kami masih berharap ayah masih hidup''Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak SabariWanita ditahan berhubung kehilangan SabariSabari mungkin dilarikan ke hutan, anak sedang kesan rakan bernama Ramli'Di mana ayah kami? Kereta ditemukan terbakar, wang dipindahkan ke akaun lain' |
'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - Isteri | 1,727,938,308 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140403/di-sinilah-pusara-tanpa-nisan-sabari-isteri | Zuliaty Zulkiffli | 470 | 2024-10-03 06:51:48 | 2024-10-03T14:51:48 | Jitra: "Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya datang ke sini Sungai Padang Terap, Kampung Empa, ini buat kali terakhir kerana di sini jasad suami bersemadi."Untuk sementara waktu ini, di sinilah pusara tanpa nisan Sabari Baharom, 62, namun saya reda dengan apa yang berlaku, " kata Shubiah Roslina Shahibi, 57.Menurutnya, dia akan datang semula ke sini jika berkelapangan atau jika dimaklumkan ada penemuan jasad Sabari di sini nanti.Katanya, dia perlu pulang segera ke Kuala Lumpur hari ini untuk mengurus dan menyelesaikan pelbagai hal selepas tiga hari berada di Kedah untuk mengikuti perkembangan terkini operasi pencarian suaminya di Sungai Padang Terap itu."Walaupun sedih kerana harapan untuk menemui jasad suami amat tipis, namun saya terima dugaan ini seadanya."Kini, di sinilah tanah kubur tempat dia bersemadi. Biro Agama Felcra tempat arwah bekerja dulu juga akan melakukan solat ghaib dan tahlil untuk arwah"Saya beritahu buat lah mana yang baik, walaupun pencarian sudah diberhentikan maknanya kita harus terus terima apa yang berlaku tetapi jika ada keajaiban (jumpa jasad) tu lain cerita lah kita buat apa yang patut nanti," katanya ketika ditemui di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jalan Wang Tepus, di sini bersama sanak saudaranya hari ini.Dia juga datang untuk mengucapkan 'selamat tinggal' buat suaminya yang dipercayai terkubur di sungai itu selepas dicampak hidup-hidup pada hari kejadian.Dalam pada itu Subhiah berkata, dia berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam menguruskan kes kehilangan suaminya.Katanya, dia memahami kemampuan pihak berkuasa dalam usaha mencari suaminya memandangkan kejadian yang sudah lama berlaku."Saya dimaklumkan dasar sungai itu ada pusaran jadi kalau diteruskan juga, ia merbahaya kepada pasukan penyelamat dan mereka kemudian menghentikan operasi ini."Namun mereka akan cuba sedaya upaya untuk melakukan siasatan dari segi lain untuk mendakwa suspek," katanya.Subhiah berkata, dia dan keluarganya sudah terima dan reda dengan ketentuan Ilahi meskipun kerinduan terhadap suaminya itu amat kuat.Katanya, anak perempuannya yang berusia 30-an juga sangat menyenangi arwah walaupun Sabari hanyalah bapa tiri kerana layanan yang diberikan sangat baik sehinggakan anaknya sudah menyayangi arwah."Tapi tergamaklah mereka buat macam tu kepada suami saya sebab duit," katanya.Sementara itu, operasi pencarian Sabari Baharom, 62, yang juga pesara pegawai kewangan Felcra yang bermula Isnin lalu ditamatkan semalam.Operasi itu disertai Unit Selam, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu itu tertumpu di lokasi Sungai Padang Terap di Kampung Empa sehingga Sungai Kepala Batas kira-kira 13 kilometer.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.Operasi pencarian dijalankan susulan penahanan suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun Jumaat lalu.Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudiannya ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik. |
'Di sinilah pusara tanpa nisan Sabari' - Isteri | 1,727,938,308 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140403/di-sinilah-pusara-tanpa-nisan-sabari-isteri | Zuliaty Zulkiffli | 470 | 2024-10-03 06:51:48 | 2024-10-03T14:51:48 | Jitra: "Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya datang ke sini Sungai Padang Terap, Kampung Empa, ini buat kali terakhir kerana di sini jasad suami bersemadi."Untuk sementara waktu ini, di sinilah pusara tanpa nisan Sabari Baharom, 62, namun saya reda dengan apa yang berlaku, " kata Shubiah Roslina Shahibi, 57.Menurutnya, dia akan datang semula ke sini jika berkelapangan atau jika dimaklumkan ada penemuan jasad Sabari di sini nanti.Katanya, dia perlu pulang segera ke Kuala Lumpur hari ini untuk mengurus dan menyelesaikan pelbagai hal selepas tiga hari berada di Kedah untuk mengikuti perkembangan terkini operasi pencarian suaminya di Sungai Padang Terap itu."Walaupun sedih kerana harapan untuk menemui jasad suami amat tipis, namun saya terima dugaan ini seadanya."Kini, di sinilah tanah kubur tempat dia bersemadi. Biro Agama Felcra tempat arwah bekerja dulu juga akan melakukan solat ghaib dan tahlil untuk arwah"Saya beritahu buat lah mana yang baik, walaupun pencarian sudah diberhentikan maknanya kita harus terus terima apa yang berlaku tetapi jika ada keajaiban (jumpa jasad) tu lain cerita lah kita buat apa yang patut nanti," katanya ketika ditemui di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jalan Wang Tepus, di sini bersama sanak saudaranya hari ini.Dia juga datang untuk mengucapkan 'selamat tinggal' buat suaminya yang dipercayai terkubur di sungai itu selepas dicampak hidup-hidup pada hari kejadian.Dalam pada itu Subhiah berkata, dia berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam menguruskan kes kehilangan suaminya.Katanya, dia memahami kemampuan pihak berkuasa dalam usaha mencari suaminya memandangkan kejadian yang sudah lama berlaku."Saya dimaklumkan dasar sungai itu ada pusaran jadi kalau diteruskan juga, ia merbahaya kepada pasukan penyelamat dan mereka kemudian menghentikan operasi ini."Namun mereka akan cuba sedaya upaya untuk melakukan siasatan dari segi lain untuk mendakwa suspek," katanya.Subhiah berkata, dia dan keluarganya sudah terima dan reda dengan ketentuan Ilahi meskipun kerinduan terhadap suaminya itu amat kuat.Katanya, anak perempuannya yang berusia 30-an juga sangat menyenangi arwah walaupun Sabari hanyalah bapa tiri kerana layanan yang diberikan sangat baik sehinggakan anaknya sudah menyayangi arwah."Tapi tergamaklah mereka buat macam tu kepada suami saya sebab duit," katanya.Sementara itu, operasi pencarian Sabari Baharom, 62, yang juga pesara pegawai kewangan Felcra yang bermula Isnin lalu ditamatkan semalam.Operasi itu disertai Unit Selam, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu itu tertumpu di lokasi Sungai Padang Terap di Kampung Empa sehingga Sungai Kepala Batas kira-kira 13 kilometer.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.Operasi pencarian dijalankan susulan penahanan suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun Jumaat lalu.Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudiannya ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik. |
Choii didenda RM3,000 memandu secara gopoh buat aksi 'drift' | 1,727,933,609 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140367/choii-didenda-rm3000-memandu-secara-gopoh-buat-aksi-drift | Zuhainy Zulkiffli | 183 | 2024-10-03 05:33:29 | 2024-10-03T13:33:29 | Balik Pulau: Pempengaruh TikTok yang lebih dikenali sebagai Choii didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara gopoh dengan melakukan aksi seretan tayar (drift). Tertuduh Muhammad Faris Azri Md Hanif, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting. Lelaki itu turut berdepan hukuman penjara selama sebulan jika gagal bayar denda. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, 3.45 pagi, 28 September lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf kesilapan dilakukan. Ahad lalu, Muhammad Faris direman dua hari selepas ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas di sini. Dia ditahan semasa melakukan aksi 'drift' ketika memandu kereta jenis Mazda Roadster. |
Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek | 1,727,930,388 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140339/sabari-dibunuh-kerana-cam-wajah-suspek | Muhaamad Hafis Nawawi | 491 | 2024-10-03 04:39:48 | 2024-10-03T12:39:48 | Kuala Lumpur: Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.Itu motif pembunuhan Sabari Baharom, 62, pesara pegawai kewangan Felcra di Baling yang hilang sejak 4 September lalu selepas soal siasat ke atas dua lelaki yang ditahan, Jumaat lalu mendedahkan niat mereka ingin menyamun namun wajah suspek dicam mangsa ketika kejadian itu.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, soal siasat ke atas dua suspek berusia 26 dan 38 tahun, motif pembunuhan kerana samun.Menurutnya, bagaimanapun ketika kejadian samun itu, mangsa mengenali suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum mencampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu."Perbuatan mereka itu selepas mangsa cam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh)," katanya kepada Harian Metro.Harian Metro sebelum ini melaporkan kehilangan Sabari akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.Fisol berkata, hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap."Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari masih dilakukan," katanya.Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Beliau berkata, polis juga memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa. Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.Kehilangan mangsa menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.Isteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukanOperasi pencarian Sabari di Sungai Padang Terap ditamatkanPenduduk terkejut dapat tahu Sabari dicampak di sungai belakang rumahJiran tak nampak kelibat suspek selepas kehilangan SabariIsteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segeraKering betul hati suspek ini - Isteri SabariSabari seronok dapat dua cucu - Abang'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai'Kami masih berharap ayah masih hidup''Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak SabariWanita ditahan berhubung kehilangan SabariSabari mungkin dilarikan ke hutan, anak sedang kesan rakan bernama Ramli'Di mana ayah kami? Kereta ditemukan terbakar, wang dipindahkan ke akaun lain' |
'Tak kenal vip terbabit' | 1,727,929,876 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140331/tak-kenal-vip-terbabit | Skuad Khas Harian Metro | 446 | 2024-10-03 04:31:16 | 2024-10-03T12:31:16 | Kuala Lumpur: "Saya tidak pernah melindungi sebarang aktiviti sindiket termasuk penyeludupan karkas babi," tegas Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.Beliau berkata, tindakan mengaitkan namanya dengan sindiket penyeludupan karkas babi di sempadan negara di Kelantan adalah satu fitnah."Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya berhubung dakwaan yang dikeluarkan di aplikasi Telegram mendakwa saya terbabit melindungi sindiket berkenaan."Hantaran berkenaan adalah fitnah yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta menjatuhkan reputasi saya," katanya kepada Harian Metro.Anis Rizana berkata, beliau tidak pernah terbabit dalam siasatan atau mengenali mahupun bersemuka dengan individu kenamaan (VIP) seperti digembar-gemburkan di dalam hantaran Telegram berkenaan."Saya juga tidak pernah campur tangan di dalam hal-hal berkaitan dengan serbuan, siasatan atau apa-apa aktiviti penguatkuasaan atau berkaitan dengan prosedur pengimportan daging khinzir."Laporan polis dibuat bagi melindungi nama baik JKDM dan Ketua Pengarah Kastam dan mohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh akaun Telegram itu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan menerima laporan polis berkenaan."Siasatan lanjut berhubung laporan itu sedang dijalankan," katanya.Harian Metro sebelum ini secara eksklusif membongkar kegiatan sindiket memindah karkas (bahagian badan) babi menggunakan perahu melintasi Sungai Golok dekat Kelantan ketika pihak berkuasa bertukar syif kawalan.Taktik berkenaan menjadi modus operandi sindiket yang aktif melakukan kegiatan penyeludupan karkas babi ke negara ini melalui Tak Bai, Sungai Golok dan Bukit Bunga, Thailand.JKDM rampas daging babi RM9 juta - KP KastamJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas daging babi dianggarkan bernilai RM9 juta dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini setakat Januari hingga September lalu.Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, jumlah rampasan itu membabitkan nilai cukai berjumlah RM323,527 membabitkan 22 kes."Data ini menunjukkan JKDM komited dalam membanteras aktiviti-aktiviti penyeludupan termasuk penyeludupan daging khinzir."JKDM percaya dengan tambahan 66 unit mesin pengimbas yang ditempatkan di seluruh negara serta perolehan 20 ekor Anjing Pengesan Dadah (APD), kita sentiasa komited mempertingkatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi membanteras penyeludupan terutama di sempadan negara," katanya.Anis Rizana berkata, berhubung penyeludupan karkas babi melalui pengkalan haram, JKDM menyatakan terdapat pelbagai agensi penguatkuasaan lain turut sama bertugas mengawal pintu sempadan negara."Setiap kementerian diberi tanggungjawab di bawah pelbagai undang-undang bertulis bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjaga."JKDM sentiasa komited dan bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam mengawal pintu keluar masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.Menurutnya, orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri."JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya. |
Suntikan Zolgensma henti perkembangan penyakit | 1,727,929,005 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140323/suntikan-zolgensma-henti-perkembangan-penyakit | Noor Hidayah Tanzizi | 881 | 2024-10-03 04:16:45 | 2024-10-03T12:16:45 | Kuala Lumpur: Satu dos Onasemnogene abeparvovec atau Zolgensma dapat menghentikan perkembangan penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA), tetapi ia bukan penawar dan tidak boleh membaiki kerosakan disebabkan oleh gen SMA sebelum rawatan. Ketua Unit Neurologi Jabatan Perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Prof Madya Dr Shalini Bhaskar berkata, Zolgensma juga tidak berubah atau menjadi sebahagian daripada asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak yang mengambil ubat berkenaan. Menurutnya, Zolgensma ialah suntikan sekali saja yang menggantikan gen Survival Motor Neuron 1 (SMN1) yang rosak dengan gen normal SMN1 yang mana ia adalah vektor virus berkaitan adeno rekombinan yang mengandungi pengekodan DNA pelengkap normal protein SMN 1."Zolgensma ialah terapi gen untuk kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun yang mempunyai penyakit SMA Type 1."Rawatan ini untuk meningkatkan pergerakan otot, fungsi dan kelangsungan hidup," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, SMA adalah sekumpulan penyakit keturunan yang menjejaskan sel motor neuron iaitu sel saraf khusus dalam otak dan saraf tunjang yang mengawal pergerakan."Pesakit SMA mengalami degenerasi sel motor neuron yang mengakibatkan kelemahan otot berterusan sehingga menjadi atrofi (kecut). "Kebanyakan kes SMA berlaku apabila gen yang rosak diwarisi daripada ibu bapa. "Ia adalah gangguan resesif autosomal, bermakna seseorang memerlukan dua gen bermutasi, satu daripada setiap ibu bapa untuk mempunyai SMA. Orang yang hanya mempunyai satu gen yang rosak adalah pembawa dan tidak menunjukkan sebarang gejala," katanya. Katanya, pesakit akan menjalani ujian genetik untuk mengesan mutasi dalam gen SMN1 dan pesakit SMA juga mempunyai protein SMN1 rendah yang menyebabkan otot menjadi lemah dan berlaku penyusutan otot. "Ujian ini mengenal pasti sekurang-kurangnya 95 peratus SMA Type 1, 2 dan 3 serta mungkin mendedahkan sama ada seseorang adalah pembawa untuk penyakit berkenaan," katanya. Dr Shalini berkata, lima jenis penyakit SMA adalah dikelaskan berdasarkan usia dan gejala (keadaan) pesakit iaitu SMA Type 0 pada usia sebelum lahir (dalam kandungan) yang mengurangkan janin, kelemahan teruk dan kesukaran bernafas serta makan dengan jangka hayat kurang daripada lima bulan. Bagi SMA Type 1, usianya sebelum enam bulan dengan gejala kelemahan otot, ketidakupayaan untuk memegang kepala dan duduk tegak, kesukaran menghisap, menelan dan bernafas dengan jangka hayat dianggarkan kurang daripada setahun. "SMA Type 2 (usia enam hingga 18 bulan) memerlukan bantuan untuk duduk tetapi boleh duduk tegak kelemahan otot yang progresif dengan menggegar tangan, tidak boleh berdiri atau berjalan, mempunyai scoliosis tulang belakang dan masalah pernafasan. "Jangka hayat untuk jenis ini pula, majoriti pesakit iaitu 70 peratus masih hidup pada usia 25 tahun. Untuk SMA Type 3 ia berlaku antara zaman kanak-kanak dan remaja di mana gejalanya progresif kesukaran berjalan dan aktiviti fizikal, perlu menggunakan kerusi roda ketika dewasa dan fungsi pernafasan normal. "SMA Type 4 (berlaku) pada usia dewasa dengan kelemahan dan keletihan ringan hingga sederhana serta fungsi pernafasan normal. Jangka hayat untuk jenis 3 dan 4 adalah normal," katanya. Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan Zolgensma untuk rawatan penyakit SMA sejak Januari 2021 yang mana anggaran kos untuk satu dos ubat itu adalah AS $2,125,000 (RM9.3 juta). "Dengan saiz pasaran yang terhad dan potensinya untuk menyelamatkan nyawa menyumbang kepada harga Zolgensma yang tinggi."Zolgensma dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Novartis dari Switzerland dan boleh diimport dari Amerika Syarikat mengikut cadangan doktor dan kelulusan kerajaan," katanya. Sumbangan masyarakat sangat diperlukanKeprihatinan masyarakat mengenai penyakit jarang ditemui, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) yang memerlukan dana perubatan mencecah jutaan ringgit dapat memberi sinar baharu kepada pesakit yang terdiri dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.Presiden SMA Malaysia, Shakira Jamil Fisal berkata, pesakit amat memerlukan bantuan mendapatkan rawatan dan ubat dengan segera bagi mengelakkan kesihatan semakin merosot yang turut berisiko mengancam nyawa.Menurutnya, pihaknya sangat menggalakkan semua pihak terutama kerajaan membantu pesakit SMA mendapat peruntukan rawatan."Kami juga merayu keprihatinan orang ramai mengenai penyakit SMA bagi bekerjasama membantu daripada aspek kewangan kerana ia memerlukan bantuan dana yang sangat mahal selain kesedaran mengenai penyakit berkenaan," katanya Ketika dihubungi, baru-baru ini.Katanya, Malaysia belum mempunyai data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan membabitkan bilangan pesakit SMA di negara ini dan penyakit berkenaan mempunyai lima jenis iaitu Type 0, 1, 2, 3 dan 4."Kami belum ada data rasmi jumlah sebenar pesakit SMA, namun jika mengikut nisbah kebarangkalian berlakunya kes SMA adalah satu dalam 20,000 kelahiran."Kami di SMAM sedang dalam usaha menyiapkan pangkalan data rasmi pesakit SMA di Malaysia. Setakat ini dianggarkan 39.1 peratus dari jumlah pesakit SMA yang telah direkodkan adalah SMA Type 1 dan ada di antaranya sudah meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan," katanya.Menurut Shakira, justeru bantuan masyarakat sangat diperlukan kerana jangka hayat pesakit SMA Type 1 adalah kurang dua tahun jika tidak menerima rawatan dengan segera."Memang sukar untuk mendapatkan rawatan berharga RM8 juta (harga ubat Zolgensma ketika ini) walaupun hanya untuk sekali suntikan saja."Ada dua rawatan lain bagi penyakit SMA di mana kosnya juga tinggi tetapi ia perlu diambil seumur hidup oleh pesakit."Setakat ini hanya beberapa pesakit saja sudah berjaya mendapatkan rawatan (suntikan ubat Zolgensma) melalui sumbangan orang ramai dan hasilnya sangat bagus dengan disusuli rawatan fisioterapi dan perkembangannya positif."Biarpun rawatan itu bukan sebagai 'penawar' tetapi ia membantu menghentikan proses kemerosotan fungsi otot. Ada seorang pesakit yang sebelum ini tidak boleh mengangkat kepala tetapi sekarang sudah boleh melakukannya," katanya.Katanya, selain pesakit SMA Type 1 yang sangat kritikal, pesakit SMA Type 2 dan 3 juga memerlukan rawatan seawal mungkin untuk menghentikan kemerosotan otot dan menjamin kelangsungan hidup.Untuk rekod, selain ubat Zolgensma, dua lagi ubat untuk penyakit SMA adalah Spinraza dan risdiplam yang memerlukan dana mencecah ratusan ribu ringgit dan perlu diambil seumur hidup bagi mengurangkan kemerosotan otot. |
Suntikan RM9.8 juta 'sambung' nyawa Naail | 1,727,928,081 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140311/suntikan-rm98-juta-sambung-nyawa-naail | Noor Hidayah Tanzizi | 661 | 2024-10-03 04:01:21 | 2024-10-03T12:01:21 | Kuala Lumpur: "Melihat senyuman dan 'keriuhan' mulut Naail membuatkan kami gembira, malah bersyukur kerana bantuan dan keprihatinan rakyat negara ini memberi peluang kepada anak untuk meneruskan kehidupan," kata Wan Aslam Zakaria.Wan Aslam, 31, adalah bapa kepada pesakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail, 2, yang kini sudah menerima suntikan ubat Zolgensma yang berharga RM9.8 juta pada Jun tahun lalu.Kini selepas lebih setahun menerima suntikan ubat itu, keadaan Wan Muhammad Naail yang mesra disapa Naail semakin baik meskipun masih memerlukan bantuan mesin pernafasan sehingga kini.Terdahulu Harian Metro melaporkan kisah Wan Muhammad Naail menerima suntikan ubat genetik itu hasil bantuan dana daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu.Berkongsi perkembangan terkini anaknya, Wan Aslam berkata, keadaan Wan Muhammad Naail menunjukkan tahap perubahan baik biarpun ubat itu bukan untuk menyembuhkan penyakit berkenaan.Menurutnya, sebaliknya ubat Zolgensma membantu menghentikan kemerosotan otot sekali gus mengelakkan keadaan Wan Muhammad Naail menjadi semakin teruk dan berisiko kepada nyawanya."Sekarang otot anak sudah tidak merosot cuma kita masih menjalankan beberapa rawatan terapi termasuk fisioterapi untuk menguatkan semula otot anak. Alhamdulillah, nampak perubahan positif apabila pergerakan anak mula aktif walaupun belum kuat sepenuhnya."Anak sudah boleh menarik dan memegang serta menggaru muka dengan tangannya sendiri. Selain itu, kepala Naail juga sudah semakin kuat dan boleh digerakkan ke kiri dan kanan serta sudah boleh didudukkan lebih lama dengan bantuan berbanding sebelum ini," katanya ketika dihubungi sambil memaklumkan dana juga dikutip melalui bantuan badan bukan kerajaan (NGO).Katanya, suara Wan Muhammad Naail juga semakin kuat cuma kanak-kanak itu masih belum boleh bertutur dan dia masih terlantar serta menggunakan mesin bantuan pernafasan."Sekarang anak sudah boleh buka topeng pernafasan kira-kira sejam dan ketika mandi anak akan senyum serta bersuara walaupun butirnya tidak jelas. Anak sedang menjalani terapi pertuturan dan ketika ini kemampuannya menelan air liur masih belum baik kerana masih memakai tiub pada hidung," katanya.Dia yang menetap di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, berkata, melihat perkembangan Wan Muhammad Naail yang semakin baik walaupun agak perlahan membuatnya dan isteri, Siti Norraihan Mohd Amin sudah sangat gembira dan berpuas hati."Walaupun kami teringin mendengar Naail memanggil 'abi' dan 'mummy' tetapi kami faham kemampuan dia dan percaya satu hari nanti kami dapat mendengarnya juga dengan izin Allah SWT. Saya sangat berterima kasih kepada semua rakyat negara ini yang menyumbang dana untuk Naail."Harga ubat yang terlalu mahal memang membuatkan kami tidak mampu dan mustahil untuk mengumpulkan dana tetapi dengan keprihatinan rakyat memberi peluang kepada Naail untuk meneruskan kehidupan bersama kami."Anak kami kuat semangat yang menjadi penguat kepada kami juga untuk tidak berputus asa," katanya memberitahu anak juga mempunyai masalah penghadaman.Bagaimanapun katanya, kesihatan anak agak sensitif dan mudah dijangkiti jika ada dalam kalangan keluarga tidak sihat seperti demam namun setakat ini keadaannya baik. Nur Adra Sofea tunjuk perubahan positif "Alhamdulillah perkembangan anak semakin positif. Kalau diikutkan untuk (penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1 hanya dapat bertahan hidup sehingga dua tahun saja (tanpa rawatan)," kata Juwairiyah Mdrejab.Juwairiyah, 35, adalah ibu kepada pesakit SMA Type 1 sejak lahir, Nur Adra Sofea Mohd Firdaus, 5, yang mempunyai sinar baharu apabila menerima rawatan suntikan Zolgensma hasil bantuan sebuah syarikat swasta pada Jun 2020.Dia berkata, penyakit anaknya belum sembuh namun dengan bantuan rawatan itu anaknya mempunyai perubahan baik selepas mendapat rawatan Zolgensma bernilai RM9 juta."Anak aktif, tetapi masih memerlukan fisioterapi yang kerap dan masih menggunakan kerusi roda."Ketika masih bayi, Adra perlukan bantuan mesin pernafasan 24 jam dan sekarang sudah boleh dibuka dan guna (mesin itu) waktu tidur saja."Otot juga semakin bagus, sudah boleh menelan air liur sendiri serta suara juga semakin jelas dan kuat," katanya ketika dihubungi, di sini.Katanya, dia dan suami, Mohd Firdaus Mohd Ghani, 38, terharu dengan perkembangan positif anak mereka dan bersyukur dengan peluang Nur Adra Sofea mendapat rawatan Zolgensma."Kami sebagai ibu ayah terharu (dengan bantuan diberikan) dan kami juga berharap kawan-kawan yang senasib dengan anak dapat peluang sama untuk mendapatkan rawatan itu," katanya menetap di Shah Alam, Selangor. |
Isteri Sabari pasrah jasad suami belum ditemukan | 1,727,922,588 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140295/isteri-sabari-pasrah-jasad-suami-belum-ditemukan | Zuliaty Zulkiffli | 217 | 2024-10-03 02:29:48 | 2024-10-03T10:29:48 | Jitra: Isteri Sabari Baharom, Shubiah Roslina Shahibi, 57, reda dengan ketentuan Allah SWT bahawa suaminya sudah tiada selepas operasi pencarian pada hari ketiga, semalam, menemui jalan buntu.Namun katanya, dia dan keluarga berpuas hati dengan usaha pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan sungai, tempat suaminya dipercayai dicampak dalam kejadian itu."Saya berpuas hati la dengan usaha mereka (pasukan penyelamat) atas kemampuan mereka dalam operasi mencari suami saya."Pihak polis pun cakap, mereka tahu perkara ini dah lewat sebab kejadian berlaku pada 4 September lalu dan terus buat operasi ini selepas menahan dua suspek," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Wang Tepus, di sini, hari ini.Shubiah Roslina berkata, keluarga dapat menerima bahawa Sabari sudah tiada. "Jika jasadnya ditemukan, Alhamdulillah, tetapi jika tidak, tidak mengapa, itu semua ketentuan Allah."Saya mengucapkan terima kasih atas usaha pihak berkuasa dalam usaha mengesan jasad suami," katanya.Sabari, 62, seorang pesara pegawai kewangan Felcra dipercayai diikat dan dilekat pita pada mulutnya, sebelum mangsa dicampak 'hidup-hidup' ke Sungai Padang Terap di sini, hampir sebulan lalu.Shubiah Roslina berkata, pihak berkuasa sudah menjelaskan bahawa kemungkinan jasad suaminya ditemukan, adalah sesuatu adalah tipis."Sebelum ini, banjir besar berlaku di kawasan itu selama kira-kira seminggu, diikuti banjir lain selama empat hari."Arus deras boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan," katanya. |
Kelisa pun boleh! | 1,727,910,054 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140265/kelisa-pun-boleh | Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid | 323 | 2024-10-02 23:00:54 | 2024-10-03T07:00:54 | Kuala Lumpur: "Saya rasa hampir tiga kali macam nak hilang nyawa," kata pengembara, Nursulhi Rahim, 47, yang menjelajah hampir 25 negara dengan Perodua Kelisa yang dibeli sejak 2004. Nursulhi yang memulakan pengembaraan sejak 4 Januari 2019 berkata, ketiga-tiga kejadian akibat ribut salji menyebabkan kereta terbabas. Kontraktor yang tinggal Tampin, Negeri Sembilan itu berkata, kejadian berkenaan masing-masing berlaku di Sweden, Turkiye dan Switzerland. "Selain itu, ketika di India, pada Aidilfitri pertama hingga ketiga, saya berada di dalam hutan tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. "Saya pernah melalui jalan paling bahaya di dunia. Saya dapat keluar daripada kawasan itu dan sangat bersyukur," katanya yang mengembara sejauh 53,391 kilometer (km) sepanjang tempoh berkenaan. Antara negara dikunjunginya dengan Perodua Kelisa itu adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Sri Lanka, China, Bulgaria, Romania, Hungary, Croatia, Austria, Jerman, Sweden, Norway, Denmark, Sepanyol, Greece, Switzerland, Sweden dan Itali. Katanya, dia mengumpul wang hampir enam tahun sebelum mengembara bersama anak sulung, Muhammad Aidil, 18. "Saya buat kerja kontrak seperti membaik pulih rumah atau bangunan, cuci longkang, cuci tandas, di sekitar Bangi, Kuala Lumpur dan Damansara," katanya. Sepanjang tempoh itu, dia membelanjakan hampir RM200,000 untuk kemudahan Internet, membaiki kereta dan sebagainya. Menurutnya, daripada segi pemilihan kenderaan, dia tiada kereta lain selain Perodua Kelisa. "Kereta itu juga untuk kegunaan harian dan kerja kontrak seperti membawa simen, pasir dan sebagainya. "Cerita ini bukan mahu raih simpati, tetapi cuma mahu terapkan dalam minda bahawa kita boleh pakai apa saja jenis kenderaan untuk mengembara. "Pada masa sama, tidak semestinya kita ada duit atau kaya baru boleh buat. Bukan setakat wang dan masa semata-mata, tetapi yang penting Allah SWT izinkan. Jika Dia izin, kita sampai dan sebaliknya," katanya. Menurutnya, apa dibuatnya bukan untuk mengejar populariti sebaliknya demi minat. "Saya bukan nak glamour, cuma saya mahu orang tahu yang kita mampu melakukannya jika benar-benar berusaha. "Tidak kira apa sahaja jenis kenderaan, jika kita mahu sesuatu seperti mengembara, buat dengan sepenuh hati," kata bapa lima anak itu. |
'Buat apa saja saya mahu' | 1,727,906,436 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140230/buat-apa-saja-saya-mahu | Ridzuan Abdul Rahman | 534 | 2024-10-02 22:00:36 | 2024-10-03T06:00:36 | PEMBABITAN dalam bidang seni sudah menjangkau 18 tahun. Dalam tempoh itu, pelbagai pengalaman suka duka ditempuhi Alif Satar, namun tidak ada sekelumit pun perasaan kesal di hatinya. Alif atau pemilik nama penuh Muhammad Alif Mohd Satar, 34, yang kini tampil dengan filem terbaharu Reeza GTR berkata, apa yang menjadikan dia kekal bertahan ialah melakukan apa yang dimahukan. "Saya tak pernah rasa, oh aku kena pilih pengarah, tak boleh kalau kerja dengan orang ini atau pilih skrip. Saya tak begitu. Orang lain ada hak sendiri dan saya buat apa yang saya nak. "Saya nak menyanyi lagu apa ke, saya menyanyi lagu 'please please please' ke, lagu 'oh baby baby' ke, lepas 18 tahun saya buat majlis makan malam, orang nak dengar lagu itu juga. "Begitu juga berlakon filem ini kerana saya sukakannya dan gembira bawa watak. Kalau orang suka saya berlakon, datanglah menonton," katanya. Reeza GTR bergenre aksi, romantik, komedi mengisahkan Alif membawa watak Reeza bertemu gadis cantik bernama Myra (Sophia Albarakbah) yang bersembunyi dalam bonet keretanya. Sejak itu, hidupnya huru-hara apabila Reeza dan Myra menjadi buruan individu misteri seterusnya mencetuskan pelbagai konflik. "Saya rasa kalau anak-anak saya datang menonton pun akan seronok. Orang mungkin bercakap, tapi saya buat apa yang saya nak. Selebihnya saya serahkan kepada Allah, jika ada rezeki meletup atau tidak. "Saya buat yang terbaik. Saya rasa kalau orang datang tengok, mereka terhibur dengan filem ini. Ia ada komedinya, ada nilainya. "Filem ini juga memaparkan kisah pengakap dan kita ada 800,000 pengakap di seluruh negara. Saya ambil projek ini sebagai projek yang menghiburkan," katanya. Alif yang sudah matang dan berpengalaman dalam dunia lakon menjelaskan, dia tidak menganggap dirinya terlalu bagus sehingga tidak boleh menerima tawaran seperti ini. "Apa definisi bagus sebenarnya? Orang tak akan bercakap pun mengenainya. Akhirnya orang kata 'best' lah filem ini kemudian 'move on' dan selepas itu beralih kepada filem seterusnya. "Kalau orang lain kata ini kerja dia dan kena buat yang terbaik, saya sangat bersetuju. Tapi, inilah saya, menyanyi, mengacara dan berlakon filem. "Berlakon pun tak pernah memilih. Saya pergi bekerja dan buat yang terbaik. Selebihnya saya serahkan semuanya kepada Allah," katanya. Begitupun Alif berkata, dia pernah menolak tawaran, tetapi bukan kerana tidak menyukai watak, sebaliknya kerana masalah jadual padat. "Tak dinafikan kadang ada watak yang kurang sesuai, tapi saya tak tolak dan minta pengarah ubah watak itu. Mungkin filem itu saya nak kena buka baju, tapi saya tolak. Saya cuba ubah apa yang boleh saya kawal. "Kalau ada yang kata saya bagus dalam semua aspek kerja sama ada menyanyi, berlakon dan mengacara, Alhamdulillah... kalau mereka rasa begitu saya bersyukur. "Macam saya kata, saya seorang yang profesional. Kalau kena pada masa dan rezeki saya akan buat. Contohnya untuk filem ini, Ahmad Idham beritahu saya nak 'shooting' filem, saya tanya dia bila? "Saya tanya berkenaan apa dan dia kata kisah budak pengakap. Saya terima tanpa banyak soal dan bawakan tanggungjawab sebaiknya," katanya. Alif menyimpulkan perjalanan kariernya sangat indah. Dia juga tidak pernah memikirkan untuk menang anugerah dalam bidang lakonan sebagaimana dikecapinya dalam nyanyian. "Fokus saya lain, hanya nak menghiburkan. Walaupun saya menyanyi atas pentas untuk anugerah besar, saya tak pernah terfikir pun nak menang. "Saya tahu orang hanya nak berhibur. Saya pun tak fikir atau nak bersaing dengan sesiapa," katanya. |
Ibu rayu bantu cari anak hilang, dakwa sudah tinggalkan Thailand | 1,727,877,691 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140204/ibu-rayu-bantu-cari-anak-hilang-dakwa-sudah-tinggalkan-thailand | BERNAMA | 328 | 2024-10-02 14:01:31 | 2024-10-02T22:01:31 | Bangkok: Misteri kehilangan warga Malaysia, Goh Beng Shong bersama teman wanitanya, Ng Yin Yin di Bangkok membawa kepada penemuan yang tidak dijangka apabila pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa Goh telah meninggalkan negara itu pada 7 Sept lalu. Ibu Goh, Tan Lee Lie, 60, yang melakukan perjalanan dari Pulau Pinang ke Bangkok untuk mencari anak lelakinya yang berusia 21 tahun berkata, beliau menghubungi kedutaan Malaysia di Thailand untuk mendapatkan bantuan. Tan yang kali terakhir bercakap dengan anaknya pada 5 Sept memaklumkan anaknya telah menghubunginya dan meminta bantuan. "Dia berkata dia berada di Bangkok dan bertanya kepada saya bagaimana untuk memesan telur dadar dalam bahasa Thai. Itu kali terakhir kami bercakap," katanya kepada Bernama pada Rabu. Menurut Tan, Goh mempunyai empat tempahan penerbangan berasingan di bawah namanya - Pulau Pinang ke Bangkok pada 4 Sept, Bangkok ke Frankfurt (7 Sept), Frankfurt ke Doha (12 Sept) dan Doha ke Kuala Lumpur (13 Sept). Diiringi oleh pegawai konsular dari kedutaan Malaysia iaitu Marwan Mustafa Kamal, Tan yang bekerja sebagai pembantu dapur, dibawa ke pejabat Thai Airways dan Jabatan Imigresen Thailand untuk mengesan keberadaan anaknya. "Saya berjaya mendapatkan maklumat penerbangan di bawah namanya. Hari ini, kami pergi ke pejabat Thai Airways dan Imigresen, dan dimaklumkan anak saya berlepas dalam penerbangan ke Frankfurt pada 7 Sept," katanya. Sebelum terputus hubungan, Goh memberitahu ibunya bahawa dia bekerja sebagai pemandu dan majikannya merancang untuk membawanya dalam lawatan kerja ke United Kingdom pada September. "Saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah keluarga teman wanitanya membuat laporan orang hilang, dan saya dihubungi oleh polis," katanya sambil menambah bahawa dia membuat laporan polis pada 14 Sept.Tan berkata, anaknya adalah seorang yang perahsia. "Saya tidak tahu dia mempunyai teman wanita dan saya tidak tahu tentang kawan-kawan sosialnya," katanya Tan berharap mendapat bantuan daripada kedutaan Malaysia di Jerman dan Wisma Putra untuk membantu mencari anaknya. "Saya merayu kepada pihak berkuasa untuk membantu mencari anak saya. Sudah hampir sebulan sejak kali terakhir saya bercakap dengannya," katanya. Dilaporkan bahawa Goh dan Ng, 23, hilang selepas pergi ke Bangkok dan kedua-dua keluarga tidak dapat menghubungi mereka. |
Dari Melaka ke UUM, abang tunggang motosikal hampir 600km demi temani adik | 1,727,853,036 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140071/dari-melaka-ke-uum-abang-tunggang-motosikal-hampir-600km-demi-temani-adik | Samadi Ahmad | 238 | 2024-10-02 07:10:36 | 2024-10-02T15:10:36 | Putrajaya: Demi adik, seorang lelaki sanggup meredah hampir 600 kilometer dengan menaiki motosikal bagi menemaninya adiknya mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.Penjual buah-buahan, Ee Tai Qing, 27, dari Sungai Udang, Melaka sanggup menunggang motosikal ke UUM bagi menemani adiknya, Ee Tai Zhi, 21, mendaftar sebagai pelajar baharu di universiti itu.Kegigihan Tai Qing dikongsi di Facebook rasmi UUM serta mendapat perhatian pihak media. Pengorbanan Tai Qing itu turut mendapat perhatian Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang menyantuni dia dan adiknya.Menerusi gambar yang tular, Tai Qing menunggang motosikal jenis Honda Wave DX110 berwarna kuning. Tai Qing berkata, dia memulakan perjalanan sejak Ahad lalu manakala adiknya menaiki bas dari Melaka selepas menerima tawaran mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti di UUM.Katanya, dia mengambil masa dua hari untuk sampai di UUM dan berhenti rehat pada sebelah malam untuk berehat. Sementara itu, Tai Zhi berkata, dia berjanji akan memberikan fokus kepada pelajaran sebaik mungkin selepas kuliah bermula.Katanya, dia tidak menduga mendapat pilihan program yang diminati dan ingin menimba pengalaman baharu di Lembah Sintok."Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah," katanya yang dipetik melalui Facebook rasmi UUM.Tai Zhi adalah antara 4,195 pelajar baharu UUM yang mendaftar semalam di UUM Sintok terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025. |
Majlis nikah tanpa bakal pengantin, Adam buka kisah sebenar | 1,727,846,366 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140023/majlis-nikah-tanpa-bakal-pengantin-adam-buka-kisah-sebenar | Noor Hidayah Tanzizi | 349 | 2024-10-02 05:19:26 | 2024-10-02T13:19:26 | Kuala Lumpur: Pemuda yang mendapat perhatian di TikTok susulan video perkongsian mengenai pernikahannya dibatalkan saat akhir tampil menjelaskan perkara itu yang didakwa berpunca kerana pihak ketiga. Difahamkan, keputusan untuk 'menarik diri' daripada pihak berkenaan dimaklumkan kepada pihak lelaki itu kira-kira sebulan sebelum majlis pernikahan yang berlangsung pada 27 September lalu. Dalam perkongsiannya lelaki dikenali sebagai Adam di penstriman langsung di TikTok mendakwa perkara itu juga sudah diketahui, namun dia memilih untuk menerima (memaafkan) dan meneruskan majlis itu. Bagaimanapun Adam enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menganggap mereka sudah tiada jodoh serta memaklumkan tujuannya membuat penstriman langsung itu untuk menjelaskan perkara berkenaan. Katanya, ia juga bagi menjawab persoalan ramai yang bertanya mengenai majlis yang berlangsung tiada bakal pengantin perempuan, namun mengakui ia bukan untuk tujuan sebarang pemasaran. "Video pertama dimuat naik hanya untuk berkongsi sebab ada kawan yang tidak dapat datang, (mahu) kongsi vibe, suasana. Tiada yang lain, tiada niat nak buat 'drama' ke cerita ke. "Ini bukan marketing (pemasaran) lagu baru, bukan marketing apa-apa pun," katanya dalam penstriman langsung yang turut disertai ibunya, malam tadi. Bagaimanapun, Adam berkata, dia tidak akan mendedahkan sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan termasuk akaun media sosial dan namanya serta meminta semua netizen memahaminya. Sementara itu, ibunya berkata, keputusan untuk tetap meneruskan majlis itu adalah untuk dia berdepan dengan situasi berkenaan selain jemputannya seramai lebih 900 juga sudah dihantar sebelum majlis berlangsung. Bagaimanapun katanya, untuk tindakan selanjutnya (berkaitan undang-undang) biarlah perkara itu dibincangkan antara keluarganya sahaja. "Dalam live (bersiaran langsung) ini tak apalah, tak perlulah kita tanya kenapa terjadi macam ini kerana live ini bukan bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa. "Anak saya pun ada buat salah, begitu juga di sana. Kita ini tak sempurna jadi benda (perkara) itu sudah lepas, kita sudah lepas dah fasa yang sakit," katanya. Terdahulu, tular di media sosial mengenai majlis pernikahan yang bertukar menjadi doa selamat kerana bakal pengantin perempuan didakwa membatalkan pernikahan di saat akhir. Beberapa video berkaitan perkara itu yang dikongsikan di akaun TikTok lelaki itu meraih jutaan tontonan dan pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati selain memberi sokongan kepada pihak lelaki serta keluarganya. |
Tujuh pengganas Lahad Datu kekal digantung sampai mati | 1,727,835,410 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139948/tujuh-pengganas-lahad-datu-kekal-digantung-sampai-mati | Suraya Roslan | 312 | 2024-10-02 02:16:50 | 2024-10-02T10:16:50 | Putrajaya: Tujuh pengganas warga Filipina kekal dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam serangan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, 11 tahun lalu.Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan hukuman mati dikekalkan kepada semua pemohon."Permohonan semua pemohon ditolak dan hukuman mati dikekalkan," katanya. Semua pemohon itu adalah Panglima Tentera Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60, yang juga anak saudara Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu dan enam individu lain iaitu Atik Hussin Abu Bakar, 52; Basad H Manuel, 49; Virgilio Nemar Patulada, 59; Al Wazir Osman, 68; Tani Lahad Dahi, 70; dan Julham Rashid, 75.Mereka memohon hukuman mati itu diganti dengan hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 4 Julai 2023. Di bawah undang-undang baharu itu, Hakim mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali bagi pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun.Pada 26 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap kesemua lelaki itu selepas didapati bersalah melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya menyatakan tiada keterangan menunjukkan kesemua tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.Bagaimanapun, pada 8 Jun 2017, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk menggantikan hukuman penjara sepanjang hayat kepada hukuman mati.Hukuman mati itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 15 Januari 2018 diketuai Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif memutuskan bahawa hukuman mati adalah wajar diberikan kepada semua perayu.Dalam insiden percerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 12 Februari hingga 10 April 2013, sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan terbabit. |
Untung berbaloi walau berisiko | 1,727,823,655 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139906/untung-berbaloi-walau-berisiko | Skuad Khas Harian Metro | 388 | 2024-10-01 23:00:55 | 2024-10-02T07:00:55 | Kuala Lumpur: Permintaan tinggi dan kos lebih murah jika membawa daging babi dari Thailand dengan penyeludupan melalui jalan tidak diwartakan menyebabkan sindiket penyeludupan berani mengambil risiko melakukan kegiatan itu. Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kegiatan penyeludupan itu bergiat aktif terutama pada waktu malam demi mengelak daripada kawalan oleh anggota keselamatan yang bertugas di sempadan. Menurutnya, taktik mereka sentiasa dikesan oleh petugas di sempadan apabila hampir keseluruhan kes tangkapan direkodkan pada waktu malam. "Hal ini berlaku kerana permintaan tinggi pengguna di dalam negara terhadap daging babi ditambah kos murah membawanya dari Thailand apabila diseludup melalui jalan tidak diwartakan."Faktor ini memberi keuntungan besar kepada sindiket menyebabkan mereka berani mengambil risiko walaupun kerap di tahan pihak berkuasa," katanya. Katanya, faktor sempadan terbuka atau tiada pagar serta hanya dipisahkan Sungai Golok yang lebar antara 20 ke 30 meter juga memberi cabaran kepada petugas di sempadan. "Selain itu, keadaan ini memberi kelebihan kepada sindiket untuk terus menjalankan aktiviti penyeludupan. "Jabatan KDNKA melalui elemen Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) menjalankan penguatkuasaan kawalan sempadan melalui rondaan, sekatan jalan raya dan pemeriksaan di stor tepi sungai serta pangkalan haram, rondaan berkala bot di sepanjang Sungai Golok dan pemantauan melalui penggunaan dron," katanya. Katanya, statistik rampasan babi bagi 1 Januari 2024 hingga 26 September 2024 di Op Taring Wawasan Kelantan, pihak PGA terutama mencatatkan 12 kes membabitkan rampasan hampir 47 tan karkas babi bernilai RM1.842 juta dan tangkap 13 lelaki. "Bagi September, lima kes tangkapan dibuat pihak PGA membabitkan rampasan 24.5 tan karkas babi bernilai RM969,600 dan penahanan empat lelaki. "Jika dilihat kepada statistik dan kes direkodkan, kegiatan penyeludupan khinzir berterusan walaupun siri tangkapan dan rampasan dalam jumlah besar dilaksanakan Jabatan KDNKA," katanya. Katanya, Jabatan KDNKA sentiasa melaksanakan penguatkuasaan kawalan sempadan bagi menghalang semua bentuk penyeludupan termasuk karkas babi memandangkan risiko bawaan penyakit selain kerugian cukai. Harian Metro sebelum ini secara eksklusif melaporkan aktiviti pindah karkas (bahagian badan) babi menggunakan perahu melintasi Sungai Golok ketika pihak berkuasa bertukar syif kawalan. Itu modus operandi sindiket yang aktif melakukan kegiatan penyeludupan karkas babi ke negara ini melalui Tak Bai, Sungai Golok dan Bukit Bunga, Thailand. Tinjauan wartawan selama dua hari di kawasan terbabit bermula dari Bukit Bunga sehingga ke Kampung Pulau Ular di sini, mendapati kegiatan penyeludupan bermula dari jam 7.30 malam hingga 10 malam. |
Bagai pesta cinta | 1,727,821,840 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139897/bagai-pesta-cinta | Syafil Syazwan Jefri | 620 | 2024-10-01 22:30:40 | 2024-10-02T06:30:40 | SUASANA di Mega Star Arena, Kuala Lumpur berubah menjadi pesta cinta dan emosi yang akan sentiasa diingati apabila dua bintang besar dari Indonesia, Afgan dan Lyodra bergabung untuk memberikan persembahan yang menggetarkan jiwa.Dengan tema yang disulami kasih sayang dan penghayatan mendalam, Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur menjadi saksi kepada betapa muzik mampu menyentuh hati ramai peminat dari seluruh negara.Afgan dan Lyodra membawa aura tersendiri yang melangkaui sempadan. Peminat yang hadir bukan saja berpeluang menyaksikan persembahan bertenaga daripada dua penyanyi ini, malah merasai setiap emosi yang tersirat di sebalik setiap lagu yang dilantunkan.Saat lampu pentas mula dinyalakan memberi tanda bahawa persembahan yang dinantikan sudah hampir tiba, kedengaran sorakan ribuan peminat dari segenap ruang.Konsert dimulakan dengan persembahan duet lagu Kamu Yang Ku Tunggu yang pernah dipopularkan Afgan bersama Datuk Rossa. Namun, duet gandingan bersama Lyodra ini juga tidak mengecewakan.Afgan terus memukau dengan rangkaian lagu cintanya yang malar hijau seperti Panah Asmara dan Bawalah Cintaku di samping lagu 'berhantu' yang memperkenalkan namanya, Terima Kasih Cinta.Setiap kali dia menyanyikan bait-bait lagu, terasa seperti dia berbicara secara langsung dengan setiap penonton dalam dewan.Emosi yang disampaikan bukan hanya melalui suaranya, tetapi juga melalui ekspresi wajah dan gerak tubuhnya yang menyiratkan keikhlasan dalam setiap persembahan. Tidak ketinggalan, Afgan juga mempersembahkan beberapa lagu terbaharunya berbahasa Inggeris menunjukkan betapa 'versatile' dia sebagai penyanyi yang mampu merangkul pelbagai genre.Baginya, Malaysia sentiasa menjadi tempat yang istimewa kerana peminat di sini begitu setia menyokong karier muziknya dari awal sehingga kini. Kata-katanya itu jelas menyentuh hati ramai yang hadir dan tepukan gemuruh yang diberi adalah tanda cinta balas mereka kepada artis kesayangan ini."Malaysia umpama rumah kedua saya dan kali ini, saya kembali lagi ke sini bagi menjayakan konsert ini," katanya.Pentas seterusnya diambil alih oleh Lyodra yang tampil dengan penuh pesona dan elegan. Sebagai pemenang program realiti Indonesian Idol, Lyodra membawa kekuatan vokalnya yang mampu membuatkan siapa saja terdiam mendengarnya.Persembahannya solonya dimulakan dengan lagu Kalau Bosan yang menyuntik semangat baharu kepada penonton. Suaranya yang lantang, penuh tenaga dan mampu menjangkau nota-nota tinggi yang sukar, benar-benar menunjukkan kemampuannya sebagai penyanyi berbakat besar.Seterusnya, Lyodra meneruskan dengan Tak Dianggap, sebuah lagu yang dipenuhi mesej mengenai kekuatan diri dan keberanian untuk terus melangkah walaupun sering diabaikan. Sang Dewi menjadi antara kemuncak persembahan solo Lyodra. Dengan pancaran lampu pentas yang memancarkan aura mistikal, suara Lyodra bergema di seluruh dewan, memukau setiap jiwa yang mendengar.Vokalnya yang luar biasa menjadikan setiap persembahan seakan-akan sebuah kisah magis yang penuh misteri dan keindahan. Setiap nota tinggi yang dilantunkan membuatkan penonton terpaku, kagum dengan bakat dan keupayaan luar biasa penyanyi muda ini.Namun, malam itu tidak hanya milik Afgan dan Lyodra secara solo. Kedua-dua penyanyi ini kemudian bersatu kembali atas pentas mempersembahkan beberapa lagu duet yang berjaya menyatukan vokal mereka dengan begitu sempurna.Salah satu detik yang paling ditunggu-tunggu peminat adalah apabila mereka membawakan 'mashup' Jodoh Pasti Bertemu dan Pesan Terakhir. Harmoni antara suara Afgan yang lembut dan Lyodra yang lantang mencipta satu kombinasi yang begitu indah, membuatkan setiap penonton tenggelam dalam lantunan suara mereka.Tidak berhenti di situ, lagu seperti Percayalah dan Jika turut mencuri tumpuan penonton.Konsert ini bukan saja memberikan hiburan, tetapi juga meninggalkan kenangan begitu indah. Afgan dan Lyodra berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sekadar penyanyi, tetapi penghibur sejati yang mampu menyentuh hati dengan bakat dan keikhlasan mereka. Visual memukau, audio mantap dan keintiman yang terjalin antara artis dan penonton menjadikan konsert ini sebagai satu malam yang tidak akan dilupakan.Bagi mereka yang hadir, Konsert Ada Afgan & Lyodra pastinya akan terpahat sebagai salah satu malam paling indah dalam hidup mereka. Sebuah malam di mana muzik tidak hanya didengar, tetapi dirasai dalam setiap denyutan hati. |
Isteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segera | 1,727,784,815 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139819/isteri-sabari-rindukan-masakan-suami-harap-jasad-ditemukan-segera | Zuliaty Zulkiffli | 440 | 2024-10-01 12:13:35 | 2024-10-01T20:13:35 | Jitra: "Suami saya memang suka memasak... paling dia suka masak kari sebab memang orang utara kot. Lepas ini saya akan merindui masakannya," kata Subhiah Roslina Shahibi, 57.Shubiah Roslina adalah isteri kepada pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa, di sini selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.Katanya, dia dan suaminya adalah pasangan jarak jauh (PJJ) kerana dia bekerja di Ibu Pejabat Felcra di Kuala Lumpur dan hanya bertemu jika suaminya berkelapangan."Yang paling saya rindu adalah ketika dia datang ke Kuala Lumpur, dia memang rajin mengemas rumah dan bila dia tak ada ni, saya mula teringatkan dia, rasa rindu."Namun saya berharap sangatlah, jasadnya ditemui secepat mungkin supaya ada pusaranya."Saya akan sentiasa di berada di sini iaitu di lokasi pencarian untuk mengikuti perkembangan operasi pencarian suami kerana saya sudah mengambil cuti," katanya ketika ditemui di lokasi kedua pencarian Sabari di Sungai Padang Terap, di Kampung Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, di sini hari ini.Dalam pada itu, Shubiah berkata, suaminya disifatkan sebagai seorang individu yang sangat baik dan dikenali sebagai 'ahli surau'.Katanya, suaminya seorang yang tidak kasar malah sentiasa berlemah lembut dan insiden menimpa lelaki itu disifatkan sangat kejam."Bagi saya kejam, orang yang masih bernyawa dicampak ke dalam sungai... Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya, kenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka yang sangat kejam," katanya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.Terdahulu, Subhiah yang tiba bersama beberapa ahli keluarga Sabari yang lain turut mendengar penerangan pegawai polis di lokasi pencarian suaminya."Hujung tahun ini iaitu pada 5 Disember depan, genaplah enam tahun kami berkahwin sejak 2018."Suami pernah bertugas di beberapa negeri sebelum bersara, namun tidak pernah dengar mana-mana pihak memburukkannya, sebaliknya sentiasa memuji kebaikan Sabari."Suami saya sentiasa bercakap yang baik-baik saja dan dia ada juga berpesan jangan pergi ke kawasan tanah jerlus sebab saya duduk di Kuala Lumpur, katanya kalau awak hilang susahlah, tapi dia pula yang hilang," katanya.Menurut Shubiah, dia menerima ketentuan Ilahi dan mereka sekeluarga akan terus usahakan solat hajat.Katanya, yang pasti sekarang mereka menunggu hasil penyudahnya kerana sepanjang menunggu tempoh 26 hari dia dilaporkan, akhirnya sudah mendapat jawapan."Cumanya saya berharap kalau dia meninggal biarlah ada kuburnya," katanya.Sementara itu, operasi pencarian Sabari ditangguhkan pada jam 6 petang hari ini oleh pasukan penyelamat termasuk Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) dari Batu Uban, Pulau Pinang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu.Operasi dijangka akan diteruskan semula pagi esok.Semalam, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat. |
Jodoh Tommy sebagai pengendali TFC berakhir | 1,727,780,561 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139790/jodoh-tommy-sebagai-pengendali-tfc-berakhir | Malik Muhamad | 253 | 2024-10-01 11:02:41 | 2024-10-01T19:02:41 | Kuala Terengganu: Jodoh jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner atau Tommy bersama Terengganu FC (TFC) akhirnya terlerai selepas beliau melepaskan jawatan itu, hari ini.Menerusi kenyataan media rasmi kelab itu pada hari ini, penamatan kontrak jurulatih berusia 58 tahun itu adalah atas persetujuan bersama dengan majikannya.Turut mengikut jejak bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd musim 2022 itu ialah penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic."Pihak pengurusan TFC telah mengadakan perbincangan bersama dengan Steinbruckner dan hasil perbincangan itu, keputusan dicapai atas persetujuan bersama mengenai penamatan kontrak beliau sebagai pengendali TFC pada musim 2024/2025."Turut ditamatkan kontrak dua staf kejurulatihan kelahiran Croatia, Vranjes dan Bradasic yang bersama Steinbruckner sebelum ini."Langkah berkenaan terpaksa diambil dan diputuskan bersama berdasarkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab untuk memelihara keadaan dan perhubungan antara pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya."Bagaimanapun perbincangan akhir berkenaan terma penamatan kontrak itu masih lagi dalam perbincangan antara kedua-dua belah pihak," demikian menurut kenyataan rasmi kelab itu, hari ini.Mengulas lanjut, pihak pengurusan TFC menjelaskan tugas ketua jurulatih akan diambil alih oleh penolong jurulatih kelahiran Terengganu, Badrul Afzan Razali."Bermula pada hari ini, tugas untuk mengendalikan pasukan utama ini akan digalas penolong ketua jurulatih, Badrul Afzan dan dibantu ketua jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Hairuddin Omar buat sementara waktu," menurut kenyataan itu.Terdahulu peminat setia skuad Penyu itu mendesak pihak pengurusan TFC merehatkan atau menamatkan kontrak Steinbruckner selepas prestasi pasukan merudum termasuk terbaharu tewas 0-1 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super, Sabtu lalu. |
Kering betul hati suspek ini - Isteri Sabari | 1,727,771,565 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139715/kering-betul-hati-suspek-ini-isteri-sabari | Noorazura Abdul Rahman | 287 | 2024-10-01 08:32:45 | 2024-10-01T16:32:45 | Baling: "Tergamak mereka (suspek) lakukan kekejaman terhadap suami saya, kering betul hati mereka ini," kata Subhiah Roslina Shahibi, 57, isteri kepada Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu. Semalam, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra, dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat. Maklumat itu diperoleh polis hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu. Bagi Subhiah Roslina, tindakan suspek mencampak suaminya ke dalam sungai tidak masuk akal, namun yakin apa saja kejahatan yang mereka lakukan itu akan terbongkar. "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, kita sebijak macam mana pun ada kebodohan, kita kalau jahat tidak boleh nak sorok," katanya ketika dihubungi, hari ini. Bercerita lanjut, Subhiah berkata, dia mengetahui laporan mengenai suaminya itu dicampak ke sungai berkenaan kira-kira 2 petang semalam melalui kumpulan WhatsApp keluarga. "Pada mulanya, anak saudara suami maklumkan dalam kumpulan (WhatsApp) itu, kemudian anak suami pula beritahu mereka berada di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah) berjumpa dengan Ketua Polis Negeri. "Dari situ saya dapat tahu suami dibuang ke dalam sungai. Walaupun berat, saya lega kerana selepas 26 hari menunggu, akhirnya ada jawapan. Sekarang, kami hanya menunggu jasad suami ditemukan," katanya yang kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian di Jitra dari Kuala Lumpur. Subhiah Roslina juga berharap operasi pencarian dipermudahkan dan polis dapat menemukan jasad suaminya atau pun apa-apa sahaja barangan milik suaminya itu. "Saya berharap apa saja mengenai (pencarian) suami seperti pakaian akan dijumpai meskipun harapannya tipis sebab kawasan itu terjejas dengan banjir yang teruk (sebelum ini)," katanya. Harian Metro semalam melaporkan, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh mengesahkan kes orang hilang berkenaan berjaya diselesaikan dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membunuh. |
Pertalian darah menerusi moyang, Deijl tak layak sertai Harimau Malaya | 1,727,771,209 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139711/pertalian-darah-menerusi-moyang-deijl-tak-layak-sertai-harimau-malaya | Firdaus Hashim | 459 | 2024-10-01 08:26:49 | 2024-10-01T16:26:49 | Kuala Lumpur: Impian calon pemain warisan baharu, Mats Deijl untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya dan mewakili Malaysia musnah selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) mengesahkan permohonan tonggak pertahanan itu tidak berjaya.Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, dokumen dilampirkan pemain kelab Go Ahead Eagles di Liga Belanda itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyangnya.Sebaliknya, Fifa menetapkan syarat permohonan itu perlulah melalui datuk atau nenek dan bukannya moyang."Terdahulu, pemain ini menunjukkan minatnya untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan FAM sudah dimaklumkan pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia."Justeru FAM sejak 27 Jun 2024 sudah dapat menghubungi secara rasmi kelab, ejen dan pemain itu sendiri bagi membincangkan mengenai kelayakannya untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia."Hasil perbincangan, pemain ini memberikan dokumen berkaitan susur galur keluarganya yang menunjukkan mempunyai hubung kait dengan negara Malaysia termasuk sijil lahir beliau, ayahnya, datuknya (sebelah ayah) serta pengesahan kelahiran moyangnya (sebelah ayah) iaitu ibu kepada datuk pemain itu."Berdasarkan semakan, pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk pemain) yang lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, apabila Singapura sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu."Dengan merujuk kepada Artikel 8 Peraturan-Peraturan Yang Mengawal Permohonan Statut Fifa berkaitan kelayakan mewakili pasukan kebangsaan, (Regulations Governing The Application Of The Statutes), mana-mana pemain boleh mewakili sesebuah negara jika pemain itu memenuhi syarat seperti berikut."Pertama, pemain itu lahir di negara itu; atau kedua, ibu pemain dan ayah pemain lahir di negara itu; atau ketiga, datuk dan nenek pemain lahir di negara itu; atau keempat, pemain itu menetap di negara itu melebihi tempoh lima tahun," kata kenyataan itu.Bagi mendapatkan pengesahan secara rasmi berkenaan kelayakan pemain ini, FAM pada 23 September 2024 sudah menghantar surat kepada Fifa bagi mendapatkan pandangan Fifa mengenai status pemain itu yang ingin mewakili Malaysia melalui darah keturunan moyangnya."Fifa melalui surat bertarikh 25 September 2024 menghantar maklum balas mengenai perkara ini dan memaklumkan bahawa: "Unfortunately, the player's ascendants' nationalities beyond his grandparents (i.e., the player's great grandparents or ulterior ascendants) do not grant the Player the possibility to be eligible to represent your association's representative team(s), as the list set forth in art. 8 par. 1 lit. c) of the RGAS is exhaustive.""Berdasarkan jawapan Fifa itu, FAM mengesahkan pemain itu tidak dapat mewakili pasukan kebangsaan Malaysia disebabkan darah keturunan Malaysia adalah daripada moyangnya dan bukan di peringkat datuk atau nenek pemain seperti syarat ditetapkan Fifa," katanya.Bagaimanapun, FAM tetap berterima kasih kepada pemain itu atas minat dan kesungguhan ditunjukkannya untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia, namun ia tidak dapat direalisasikan.Untuk makluman, FAM sudah berhubung dengan beberapa pemain lain seperti dicadangkan atau dihebahkan di platform media sosial, namun setakat ini tiada yang positif terutama dari segi dokumen kesahihan pemain berkenaan memiliki darah keturunan Malaysia yang melepasi syarat ditetapkan Fifa. |
'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya' | 1,727,757,998 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139616/saya-berharap-jasad-ayah-dapat-dikebumikan-ada-pusaranya | Zuliaty Zulkiffli | 285 | 2024-10-01 04:46:38 | 2024-10-01T12:46:38 | Jitra: "Saya berharap jasad ayah ditemukan segera supaya dapat dikebumikan dan ada pusaranya," kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25. Muhammad Amir Hakimi adalah anak bongsu kepada Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu. Dia berkata, walaupun sudah 28 hari bapanya yang juga pesara pegawai kewangan Felcra itu hilang, keluarganya berharap operasi pencarian dipermudahkan. "Saya mengharap ayah ada kuburnya macam orang lain, mungkin nanti kita boleh ziarah. "Kalau boleh minta tolonglah pasukan penyelamat dapat cari ayah sebab harapan keluarga nak bagi dia ada satu tempat yang elok (pusara) untuk dia," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian jasad bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, hari ini. Semalam, Harian Metro melaporkan polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat. Maklumat itu diperoleh polis hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu. Dalam pada itu, Muhammad Amir Hakimi memuji kecekapan polis dalam melakukan siasatan sebaik laporan kehilangan bapanya itu. Dia turut mendakwa mengenali seorang daripada suspek yang juga kontraktor dan terbabit dalam pembinaan rumah berhampiran rumah bapanya di Baling itu. Dia juga dimaklumkan pemilik rumah yang dalam pembinaan ada bertanya kepada isteri suspek mengenai keberadaan suaminya, tetapi wanita itu mengatakan dia tidak tahu. "Tetapi isteri suspek beritahu suaminya beri dia RM1,500 sebelum menghilangkan diri ketika ayah saya juga hilang. "Jadi saya serahkan pada polis untuk menyiasat perkara itu sebelum suspek akhirnya ditahan," katanya. Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dalam kenyataannya semalam dilaporkan berkata, pengakuan dibuat kedua-dua suspek bahawa mangsa iaitu orang hilang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap. Menurutnya, kes orang hilang berkenaan berjaya diselesaikan dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membunuh. |
'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya' | 1,727,757,998 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139616/saya-berharap-jasad-ayah-dapat-dikebumikan-ada-pusaranya | Zuliaty Zulkiffli | 285 | 2024-10-01 04:46:38 | 2024-10-01T12:46:38 | Jitra: "Saya berharap jasad ayah ditemukan segera supaya dapat dikebumikan dan ada pusaranya," kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25. Muhammad Amir Hakimi adalah anak bongsu kepada Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu. Dia berkata, walaupun sudah 28 hari bapanya yang juga pesara pegawai kewangan Felcra itu hilang, keluarganya berharap operasi pencarian dipermudahkan. "Saya mengharap ayah ada kuburnya macam orang lain, mungkin nanti kita boleh ziarah. "Kalau boleh minta tolonglah pasukan penyelamat dapat cari ayah sebab harapan keluarga nak bagi dia ada satu tempat yang elok (pusara) untuk dia," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian jasad bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, hari ini. Semalam, Harian Metro melaporkan polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat. Maklumat itu diperoleh polis hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu. Dalam pada itu, Muhammad Amir Hakimi memuji kecekapan polis dalam melakukan siasatan sebaik laporan kehilangan bapanya itu. Dia turut mendakwa mengenali seorang daripada suspek yang juga kontraktor dan terbabit dalam pembinaan rumah berhampiran rumah bapanya di Baling itu. Dia juga dimaklumkan pemilik rumah yang dalam pembinaan ada bertanya kepada isteri suspek mengenai keberadaan suaminya, tetapi wanita itu mengatakan dia tidak tahu. "Tetapi isteri suspek beritahu suaminya beri dia RM1,500 sebelum menghilangkan diri ketika ayah saya juga hilang. "Jadi saya serahkan pada polis untuk menyiasat perkara itu sebelum suspek akhirnya ditahan," katanya. Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dalam kenyataannya semalam dilaporkan berkata, pengakuan dibuat kedua-dua suspek bahawa mangsa iaitu orang hilang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap. Menurutnya, kes orang hilang berkenaan berjaya diselesaikan dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membunuh. |
Lelaki bergari dibawa ke sungai | 1,727,741,312 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139535/lelaki-bergari-dibawa-ke-sungai | Skuad Khas Harian Metro | 497 | 2024-10-01 00:08:32 | 2024-10-01T08:08:32 | Alor Setar: Kehilangan pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, sejak 3 September lalu semakin terungkai selepas polis dan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai di Kampung Empa, Jitra di sini, sejak kelmarin.Difahamkan, penduduk turut melihat kelibat seorang lelaki bergari dibawa anggota polis ke sungai itu kelmarin.Difahamkan polis sudah bertemu dengan anak Sabari bagi memaklumkan perkembangan siasatan.Pemerhatian di lokasi mendapati beberapa bot polis memantau kawasan sungai selain mendirikan khemah di situ.Sebelum ini, wanita berusia 62 tahun dilaporkan ditahan polis bagi membantu siasatan kes kehilangan itu.Anak sulung Sabari, Suraiya Izzati, 29, yang sempat dihubungi sebelum ke lokasi kejadian berkata, dia sekeluarga masih menunggu perkembangan kes berkaitan bapa mereka dan sangat merinduinya. Menurutnya, walaupun sudah 27 hari berlalu, dia masih masih menaruh harapan tinggi bapanya masih hidup dan menunggu maklumat terbaru."Kami sentiasa melakukan solat hajat membaca surah Yasin supaya ayah dipertemukan dengan segera walau apa keadaan sekali pun."Ramai kenalan ayah mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat di masjid berhampiran kawasan rumah malah kenalan ayah yang berada di Kluang, Johor pun memberitahu mereka turut mengadakan solat hajat," katanya .Menurutnya, rakan mereka ketika sekolah menengah pun turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin melalui Google Meet.Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, adik keduanya, Nur Aina Sofiya, 28, yang bertugas sebagai guru di Sarawak sering mengigau ketika tidur dan menyebut nama bapa mereka kerana rindu. "Kami pun tidak putus asa dengan membuat hebahan setiap hari di media sosial dengan harapan ada petunjuk baru untuk kami mengesan ayah."Kami sudah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membantu siasatan berhubung kehilangan ayah sejak 3 September lalu."Selain itu, kami kasihankan ayah kerana bimbangkan keadaannya. Kami semua amat merinduinya, rindukan wajahnya, suaranya dan tingkah lakunya yang penyayang dan ceria," katanya.Katanya, sekolah tempat adiknya mengajar di Simunjan, Sarawak, turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin terutamanya setiap pagi serta berdoa sebelum memulakan pengajaran di sekolah."Aina sudah lama mengajar di sana iaitu sejak tahun 2019 dan dia memberitahu hendak pulang ke sini tetapi kami tidak benarkan lagi sebab ayah belum ditemui, jika dia balik pun tiada apa yang boleh dilakukan, jadi kami minta Aina tunggu saja di sana dan mengikuti perkembangan ayah."Kali terakhir kami bertemu ketika dia pulang waktu cuti sekolah yang panjang serta Aidilfitri lalu," katanya.Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki Proton Waja pada 3 September lalu.Kehilangan Sabari itu disedari anggota keluarganya selepas telefon bimbit miliknya gagal dihubungi selain terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang dalam salah satu akaun bank miliknya dibuat dua hari selepas kehilangan Kenderaan dinaiki Sabari pula dilaporkan ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik, namun kelibatnya tidak kelihatan. Kering betul hati suspek ini - Isteri SabariAbang tak sangka Sabari dah hilang selepas WhatsApp tak dibalas'Suami tidak pernah cerita berkaitan individu disyaki' - Isteri kedua Sabari'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Tindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak SabariKehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai |
32 syarikat diambil tindakan | 1,727,737,262 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139504/32-syarikat-diambil-tindakan | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asrizal Aris | 366 | 2024-09-30 23:01:02 | 2024-10-01T07:01:02 | Putrajaya: Sebanyak 32 syarikat sudah diambil tindakan dan kuota syarikat ditarik di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) sejak tahun 2020 hingga Jun 2024. Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata, jumlah itu diyakini akan terus meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada hasil siasatan dijalankan. Menurutnya, KPDN menjalankan pengauditan rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi secara intensif bermula daripada pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit. "Melalui kaedah ini penyelewengan boleh dikesan di peringkat awal melalui pengisytiharan stok untuk mengesan aliran pergerakan minyak masak melalui rantaian pengedaran dari pengilang hingga peruncit. "Turut dilaksanakan adalah penggantungan atau pembatalan kuota COSS dan lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) dalam tempoh siasatan sebagai langkah tegas terhadap pihak berkenaan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961)," katanya. Menurutnya, KPDN mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pembekalan dan pengedaran minyak masak bersubsidi paket 1kg untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasar. "Selain pemborong dan peruncit, pihak syarikat pembungkus (repackers) juga tidak boleh lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan."Syarikat pembungkus (repackers) turut disiasat sekiranya sesuatu jenama yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan atau minyak masak dirampas dalam operasi penguatkuasaan. "Individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.Menurutnya, syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya. "Selain itu, syarikat berkenaan akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak masak. "Kerjasama umum amat dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang maklumat yang lengkap dan tepat berhubung perkara berkaitan melalui saluran aduan melalui WhatsApp 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN di http://eaduan.kpdn.gov.my atau pusat panggilan 1-800-886-800; dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN," katanya. |
Jiwa pada seni suara | 1,727,733,680 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1139476/jiwa-pada-seni-suara | Najiy Jefri | 382 | 2024-09-30 22:01:20 | 2024-10-01T06:01:20 | Nama Nabila Razali terus meniti di puncak dengan langkah yang semakin matang dan penuh keyakinan. Tidak hanya bergema dalam dunia muzik, malah kini bakat lakonannya turut berjaya mencuri tumpuan ramai. Penampilan Nabila dalam drama Bawah Payung Awan mengundang pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata memuji perkembangan lakonannya yang dilihat lebih beremosi dan mendalam. Nabila berkata, dia bersyukur atas sambutan baik yang diterima dan pujian diberikan penonton menerusi drama itu. "Pada awalnya, saya sendiri risau mengenai penerimaan penonton kerana saya boleh dianggap baru dalam dunia lakonan. "Tapi, melihat maklum balas positif ini, ia membuatkan saya lebih bersemangat dan mahu mencuba watak lebih mencabar," katanya. Menurutnya, segala kritikan dan komen penonton diambil sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang dibintangi. Namun, di sebalik kesungguhannya dalam dunia lakonan, Nabila mengakui bahawa lakonan bukan fokus utamanya.Walaupun lakonannya memikat hati penonton, dia tetap melihat nyanyian sebagai cinta pertamanya. "Saya masih anggap nyanyian sebagai keutamaan saya. Lakonan hanya sebagai cabang tambahan untuk mengembangkan bakat dan mengisi masa lapang saya. Keutamaan saya tetap pada bidang muzik," katanya. Menurut Nabila, seni suara adalah tempat di mana jiwanya bernafas dan mencipta magis. Melalui muzik, dia dapat mengekspresikan emosi dan cerita yang ingin disampaikan kepada peminat. Dalam pada itu, single terbaharu Nabila berjudul Tangis juga tidak kurang hebatnya. Lagu itu bukan saja mendapat maklum balas positif daripada peminat, malah meraih lebih 170,000 tontonan di YouTube dalam masa singkat. Bagi Nabila, pencapaian ini cukup bermakna dan menjadi pendorong untuk terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti. "Saya teruja melihat sambutan terhadap Tangis. Ini satu lagi bukti bahawa peminat sentiasa menyokong perjalanan muzik saya. "Tontonan di YouTube yang semakin meningkat membuatkan saya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik," katanya. Walaupun sibuk dengan kerjaya seni yang semakin berkembang, Nabila tetap memastikan keseimbangan dalam kehidupannya. Bagi Nabila, perjalanan hidup dan kariernya kini lebih bermakna dengan sokongan suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sentiasa berada di sisinya. Dia yakin bahawa setiap rezeki datang pada waktu yang tepat, sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi. "Saya bersyukur kerana dikelilingi keluarga, suami dan peminat yang sentiasa menyokong. Mereka adalah kekuatan saya dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan," katanya. Lagu Tangis ini adalah kerjasama diantara Nabila Razali Entertainment, Universal Music Malaysia dan Global Keynote. |
Kehilangan Sabari dilanjut kepada kes bunuh, mangsa dicampak ke sungai | 1,727,692,964 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139390/kehilangan-sabari-dilanjut-kepada-kes-bunuh-mangsa-dicampak-ke-sungai | Zuliaty Zulkiffli | 320 | 2024-09-30 10:42:44 | 2024-09-30T18:42:44 | Jitra: Kehilangan Sabari Baharom, 62, pesara pegawai kewangan Felcra di Baling sejak 4 September lalu, akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan Jumaat lalu.Beliau berkata, susulan perkembangan kes orang hilang, pihaknya berjaya mengesan dan menahan dua suspek lelaki yang disyaki dapat membantu siasatan kes berkenaan."Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap."Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari masih dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.Beliau berkata, polis juga memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa."Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa."Namun, orang ramai diminta membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis," katanya.Harian Metro sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.Kehilangan mangsa menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya. Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.'Saya berharap jasad ayah dapat dikebumikan, ada pusaranya'Lelaki bergari dibawa ke sungaiTindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata - Anak Sabari |
Ciuman terakhir bapa | 1,727,691,482 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139386/ciuman-terakhir-bapa | Juwan Riduan | 210 | 2024-09-30 10:18:02 | 2024-09-30T18:18:02 | Kota Kinabalu: Bapa mangsa rentung dalam kebakaran di Jalan Lembaga Padi, Likas, tengah hari tadi terkilan tidak sempat memberi duit belanja kepada kedua-dua anaknya yang terkorban dalam kejadian itu. Wahid Maulan, 44, berkata, kali terakhir bercakap dengan dua anaknya, Almidah, 14, dan adiknya, Siti Faridah Wahid, 3, semalam, dia berjanji memberikan lebih duit belanja selepas balik kerja di Kota Belud. Ketika itu, dia sempat mencium kedua-dua anaknya sebelum bertolak ke Kota Belud untuk bekerja dalam bidang pembinaan di daerah itu. "Saya sempat meminta kepada mereka berdua supaya mendoakan kerja saya lancar supaya dapat bagi lebih duit belanja. "Namun saya tidak menyangka kedua-dua mereka meninggalkan kami sekeluarga hari ini," katanya ditemui di lokasi kejadian, hari ini. Dalam kejadian pada 12.30 tengah hari tadi, Almidah, 14, dan Siti Faridah, 3, ditemukan rentung bersama tiga lagi beradik Raisa, 4, Raida, 3, dan bayi Raina Adrian, 1. Difahamkan, ketika kejadian Almidah dan Siti Faridah di rumah jiran, salah satu daripada empat kediaman yang musnah dalam kebakaran itu. Bercerita lanjut, Wahid berkata, ketika kejadian, dia berada di Kota Belud sebelum bergegas pulang apabila mendapat berita mengenai nasib menimpa anaknya. "Saya segera ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-dua anak saya terkorban dalam kebakaran itu. "Walaupun ujian ini amat berat tapi sudah ditakdirkan Allah SWT mengambil arwah pada usia muda, saya reda," katanya. |
LTdL 2024: Pelumba negara dikejarkan ke hospital selepas kemalangan | 1,727,688,008 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139362/ltdl-2024-pelumba-negara-dikejarkan-ke-hospital-selepas-kemalangan | Ferzalfie Fauzi | 186 | 2024-09-30 09:20:08 | 2024-09-30T17:20:08 | Butterworth: Skuad berbasikal kebangsaan berdepan detik cemas apabila pelumbanya, Elmi Jumari terbabit dalam kemalangan beramai-ramai ketika 100 meter (m) menuju garisan penamat Peringkat Kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Arau ke Butterworth, hari ini.Ketua jurulatih, Yusof Nasir berkata, keadaan anak buahnya itu sangat membimbangkan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Kami mungkin kehilangan satu-satunya pakar pecut dalam pasukan," kata Yusof selepas tamat perlumbaan sejauh 154.4 kilometer (km) itu.Walaupun situasi itu mengganggu perancangan, Yusof optimis pasukannya masih mampu meraih keputusan baik dalam perlumbaan seterusnya. Kejadian berlaku ketika setiap pasukan mula membuat percaturan melepaskan pakar pecut masing-masing bagi memburu kejuaraan, namun juara menjadi milik pelumba JCL Team UKYO, Matteo Malucelli."Staf pasukan beritahu keadaannya membimbangkan dan kami berkemungkinan akan kehilangannya untuk peringkat perlumbaan seterusnya."Saya akan ke hospital untuk mendapatkan sendiri perkembangan keadaannya. Sedikit sebanyak akan mengganggu perancangan pasukan, tapi masih boleh diperbaiki dan pasukan Malaysia masih boleh hasilkan keputusan yang baik."Cuma kami perlu berusaha lagi untuk peringkat seterusnya," kata Yusof yang juga bekas pelumba kebangsaan. TERKINI: Elmi tak putus jari, tetapi didenda RM978.50 kerana penyebab kemalangan |
Lima termasuk bayi rentung, kebakaran rumah setinggan | 1,727,687,149 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139360/lima-termasuk-bayi-rentung-kebakaran-rumah-setinggan | Juwan Riduan | 251 | 2024-09-30 09:05:49 | 2024-09-30T17:05:49 | Kota Kinabalu: Seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja rentung dalam kebakaran di kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, di sini, tengah hari tadi.Berdasarkan maklumat awal, lima mangsa berusia antara setahun hingga 14 tahun adalah anak daripada dua keluarga yang berjiran.Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Raina Adrian berusia setahun, Raida, 3; dan Raisa, 4, ketiga-tiganya adik beradik, manakala dua lagi anak keluarga jiran yang juga adik beradik dikenali sebagai Siti Faridah Wahid, 3, dan kakaknya Almidah, 14.Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kebakaran dilaporkan bermula kira-kira jam 12.40 tengah hari membabitkan empat rumah dan sebuah gerai.Katanya, mangsa ditemui rentung dalam bilik mandi salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian itu."Setakat ini, pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat mangsa yang rentung."Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah hari.Katanya, sepasukan 35 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian."Operasi pemadaman dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan dibantu BBP Kota Kinabalu, BBP Tuaran dan BBP Putatan."Operasi terkawal jam 1.29 petang dan pasukan bomba masih lagi memadam bara api dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan mangsa yang terbabit," katanya.Farhan berkata, semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik JBPM," katanya. |
Margin tinggi RM2.70 sepaket | 1,727,670,031 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139220/margin-tinggi-rm270-sepaket | Wartawan Harian Metro | 371 | 2024-09-30 04:20:31 | 2024-09-30T12:20:31 | Kuala Lumpur: Margin keuntungan tinggi diperoleh penyeludup tempatan menjadi punca sindiket sanggup menjadi 'pengkhianat negara' apabila menjual paket minyak masak bersubsidi ke negara jiran. Berdasarkan harga semasa barangan ini di Thailand, sindiket mampu memperoleh untung 'atas angin' antara RM2.30 hingga RM2.70 bagi setiap paket minyak masak bersubsidi yang diseludup ke Thailand. Penganalisis ekonomi, Profesor Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerakusan sindiket penyeludup ini menyebabkan rakyat negara ini menghadapi kesukaran memperolehi paket minyak masak bersubsidi 1 kilogram (kg) selain pembelian dihadkan di pasaran. "Penyeludupan masih berlaku susulan margin keuntungan tinggi diperolehi, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan penjualan paket minyak masak ini dalam kuantiti yang banyak. "Subsidi bagi minyak masak paket (1 kg) dibelanjakan kerajaan setiap tahun dianggar RM1.8 billion dan ia bergantung kepada harga minyak sawit semasa. "Apabila berlaku penyeludupan, ini bermakna perbelanjaan subsidi tidak dapat memanfaatkan rakyat. Apa yang berlaku adalah minyak masak paket ini kerap kehabisan di pasaran," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Ahmed Razman yang juga tenaga pengajar dari Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, tidak dinafikan ada pegawai agensi penguat kuasa yang menjaga sempadan bersekongkol dengan aktiviti penyeludupan barangan subsidi ke negara jiran. Katanya, hal itu disebabkan jumlah barangan atau produk diseludup bukan sedikit, malah membabitkan jutaan ringgit. "Setiap kali rampasan dilakukan di sempadan, nilai barangan rampasan minyak masak paket berjumlah jutaan ringgit. Ketirisan berlaku berikutan sempadan negara kita dengan Thailand amat panjang dan dipenuhi hutan. "Anggota penguat kuasa seperti Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan polis tidak cukup dan ini menyukarkan kawalan sempadan. Lebih parah apabila ada anggota penguat kuasa bersekongkol dengan penyeludup," katanya. Beliau memberi reaksi itu susulan pendedahan wartawan Metro Ahad yang mendapati paket minyak masak subsidi 1 kg Malaysia dijual berleluasa tanpa had di kedai runcit serta pasar basah di hampir 60 premis dikunjungi. Ditanya berkenaan cadangan dan langkah membendung penyeludupan minyak masak paket, beliau yang juga pakar ekonomi berkata, pemantauan sempadan dan rondaan perlu dipertingkat. Menurutnya, pada masa sama, penjualan borong atau pukal minyak masak paket dilakukan melalui MyKad atau e-Wallet supaya pihak berkaitan boleh mengesan siapa yang membeli daripada pengilang atau peruncit.Sorok minyak RM15 juta!Rampas minyak paket RM2.66 juta sejak Januari laluSindiket minyak paket 'kenyang', marhaen meranaDin si penyeludup buka rahsia!Penyeludup ada 'cara' lepasi sempadanDuit subsidi rakyat dirompak |
Sorok minyak RM15 juta! | 1,727,668,896 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139210/sorok-minyak-rm15-juta | Wartawan Harian Metro | 707 | 2024-09-30 04:01:36 | 2024-09-30T12:01:36 | Kajang: Pendedahan akhbar Harian Metro berhubung kegiatan berterusan penyelewengan paket minyak masak subsidi 1 kilogram (kg) terbukti apabila Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membongkar dan merampas hampir 6 tan minyak berkenaan.Kejayaan rampas minyak masak bersubsidi bernilai hampir RM15 juta itu hasil risikan terhadap kegiatan sindiket skala besar berpangkalan di Taman Reko di sini, kelmarin. Sumber KPDN berkata, dalam operasi bersepadu bersama KPDN Selangor, pihaknya menyerbu stor haram di sini, jam 2.58 petang. "Operasi membabitkan anggota Seksyen Perisikan KPDN Putrajaya dan KPDN Selangor terhadap stor yang disyaki tidak berlesen. "Pihak KPDN terpaksa memotong kunci stor selepas individu di dalamnya enggan memberi kerjasama. "Hasilnya seorang lelaki tempatan di dalam stor ditahan. Dia mendakwa berperanan sebagai pemandu lori yang memindahkan paket minyak masak subsidi," katanya. Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui 300 kotak berisi 5,100 paket minyak masak subsidi seberat 5.1 tan. "Selain itu ada tangki besar berisi 850 liter minyak masak di dalam stor sama. "Berdasarkan penemuan itu, pihak KPDN tidak menolak kemungkinan semua minyak masak bersubsidi bernilai hampir RM15 juta mengikut harga pasaran," katanya. Menurutnya, siasatan akan dijalankan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. "Jika disabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. "Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda hingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. "Bagi pertubuhan atau perbadanan pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya. "Siasatan lanjut juga akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu/syarikat terbabit dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak masak paket termasuk sumber minyak masak paket diperoleh dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab," katanya. Pada 9 Ogos lalu, KPDN merampas 4 tan minyak masak subsidi hasil kejayaan membongkar sindiket menyeleweng di Jeram, Selangor. Sindiket dikesan membungkus semula minyak masak untuk dijual sebagai minyak masak tidak bersubsidi. Sindiket disyaki membeli minyak masak paket satu kilogram (kg) bersubsidi dan dikumpul di stor haram yang beroperasi tanpa lesen sah untuk menyimpan barang kawalan. Pada 28 Julai lalu, KPDN Johor menyita 1.6 tan metrik pelbagai jenis minyak masak di sebuah syarikat membungkus minyak masak di Kulai, Johor. Ia susulan syarikat pembungkusan minyak masak itu disyaki menyeleweng serta memanipulasi barang kawalan itu hasil pengauditan dokumen serta stok minyak masak di premis berkenaan. Pemeriksaan mendapati kuantiti minyak masak di premis itu melebihi had kuantiti simpanan minyak masak diluluskan di bawah Lesen Barang Kawalan Berjadual (CSA) Borong. Kumpul sebelum jual pada sindiket di KelantanBeli dan kumpul minyak masak paket subsidi dalam kuantiti besar sebelum dijual kepada sindiket tertentu di Kelantan. Minyak masak paket 1 kilogram (kg ) subsidi diseleweng ini kemudian akan diseludup pula ke Thailand untuk dijual di pasaran terbuka negara berkenaan. Taktik ini dibongkar hasil risikan operasi Op Tiris 3.0 (Minyak Masak) dilakukan Seksyen Perisikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya sebelum operasi bersepadu diadakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) jam 10 malam kelmarin. Sumber berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan yang disyaki melakukan kesalahan kerana menyimpan barang kawalan di premis tidak dilesenkan. "Tiga lelaki antaranya warga Bangladesh dan Indonesia ditahan ketika berada di dalam premis itu. "Pemeriksaan lanjut menemui minyak masak paket 1kg subsidi pelbagai jenama di dalam 2,000 kotak. Semua minyak masak dianggarkan seberat 34 tan. "Turut dirampas 330 kotak lagi minyak masak paket 1 kg dianggarkan seberat lebih 5.5 tan," katanya. Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui tujuh jenama minyak masak berbeza dikumpul di stor haram berkenaan. Menurutnya, suspek didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawasan, selain premis dilesenkan KPDN. "Suspek turut melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki atau ada dalam milikan apa-apa barang kawalan dengan niat munasabah untuk melakukan kesalahan," katanya. Sementara itu, satu lagi serbuan turut dilakukan di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan pada waktu dan hari sama."Hasil pemeriksaan mendapati premis menyimpan minyak masak paket 1kg seberat lebih 40 tan. Susulan itu semua minyak masak disita. Secara keseluruhan, serbuan membabitkan 2 stor haram dan 1 stor berlesen. "Semua minyak masak bersubsidi yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM700,000," katanya.Margin tinggi RM2.70 sepaketRampas minyak paket RM2.66 juta sejak Januari laluSindiket minyak paket 'kenyang', marhaen meranaDin si penyeludup buka rahsia!Penyeludup ada 'cara' lepasi sempadanDuit subsidi rakyat dirompak |
3 maut, kemalangan 7 kenderaan di LPT | 1,727,655,833 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139152/3-maut-kemalangan-7-kenderaan-di-lpt | Amir Hamzah Nordin | 113 | 2024-09-30 00:23:53 | 2024-09-30T08:23:53 | Bentong : Tiga lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 42, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, dekat sini, 4.13 pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kemalangan itu membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan, dan dua treler dengan sebuah daripadanya terbakar sepenuhnya.Katanya, kemalangan itu membabitkan 13 mangsa."Tiga lelaki yang meninggal dunia dan disahkan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah Mohd Ridzuan Zulkafly, 40; Muhamad Zaimi Shariff, 39; dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi , 23."Tiga lelaki parah, dua perempuan cedera, manakala tiga lelaki dan dua wanita lain, terselamat," katanya. Katanya, mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. |
Bila nak naik taraf? | 1,727,651,127 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139137/bila-nak-naik-taraf | Abnor Hamizam Abd Manap | 455 | 2024-09-29 23:05:27 | 2024-09-30T07:05:27 | Jempol: Jalan Bahau-Keratong atau ada yang mengenalinya sebagai Lebuhraya Bahau-Keratong antara laluan utama penduduk negeri untuk ke pantai timur. Laluan itu siap dibina pada 1974, menghubungkan Bandar Seri Jempol ke sempadan Bera, Pahang sebelum berakhir di Simpang Keratong dengan laluan Persekutuan FT011 sepanjang 27 kilometer (km) berada di daerah ini manakala 36km lagi di Pahang. Bagaimanapun, kemalangan yang kerap berlaku di laluan berkenaan hingga meragut nyawa menghantui penduduk di sini. Tragedi paling memilukan yang masih dikenang kematian lapan individu termasuk enam sekeluarga rentung dalam kemalangan empat kenderaan pada 2017. Sejak itu, pihak berkuasa khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kajian menaik taraf sebahagian laluan dalam menjadikannya sebagai jalan raya selamat kepada pengguna. Harapan itu masih ditagih pengguna jalan termasuk Zaidi Jusoh, 59, memaklumkan dia akan melalui Jalan Bahau-Keratong untuk pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian, Kelantan. "Apabila memandu terutama waktu tengah hari di jalan berkenaan, boleh sebabkan pemandu cepat mengantuk dan berisiko sebabkan kemalangan. "Biarpun lurus jalan berkenaan, ia boleh dikategori sempit terutama apabila berselisih dengan kenderaan berat. Kerana itu pemandu tidak boleh leka ketika memandu," katanya. Zaidi berpendapat, jalan berkenaan perlu dinaik taraf kerana selain sibuk, banyak kenderaan berat menggunakan laluan terbabit sama ada siang mahupun malam. Penduduk Mohd Nasir Abd Rahman, 64, berkata, dia difahamkan isu jalan berkenaan pernah disuarakan dalam persidangan Dewan Rakyat namun hingga kini tiada tindakan yang proaktif. Katanya, selain sempit, lampu jalan juga tidak dipasang di kawasan berkenaan yang meningkatkan risiko kemalangan pada waktu malam disebabkan kurang pencahayaan. "Laluan itu boleh dianggap jalan maut kerana sentiasa ada kemalangan maut membabitkan pelbagai jenis kenderaan, bukan sahaja pada waktu siang tetapi juga malam. "Saya dimaklumkan sudah ada kajian dibuat tetapi takkan kajian semata, perlulah ada tindakan susulan. Sudah wajar ia dinaik taraf kerana turut digunakan pengguna dari Lembah Klang... ia laluan yang sibuk," katanya yang menyarankan penggunaan lampu jalan tenaga solar. Pendapat serupa turut dikongsi Tauw Fek Maslam, 37, yang kerap menggunakan laluan berkenaan untuk ke Bandar Seri Jempol atau Muadzam Shah. Katanya, jalan berkenaan amat gelap pada waktu malam dengan 98 peratus laluan merentasi ladang kelapa sawit. "Sekiranya berlaku kemalangan seperti kenderaan terbabas ke dalam gaung, sudah pasti tiada siapa yang perasaan. Pencahayaan perlu ditambah, tidak hanya terhad di simpang jalan sahaja," katanya. Katanya, masalah lain sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan ialah hospital dan balai bomba berhampiran terletak di Bandar Seri Jempol. "Jadi perlu diwujudkan satu pusat operasi keselamatan di Palong 16 membabitkan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis," katanya. Sementara itu, Ana Mohd Shukor, 39, berharap kerajaan menjalankan kerja naik taraf segera di jalan berkenaan yang menjadi jalan utama kepada lebih 25,000 penduduk di gugusan Felda Palong. Katanya, peningkatan jumlah kenderaan berat sangat merunsingkan pengguna jalan raya berikutan jalan sempit. Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok. |
Kecapi bintang asia terbaik | 1,727,650,850 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139111/kecapi-bintang-asia-terbaik | Georgie Joseph | 673 | 2024-09-29 23:00:50 | 2024-09-30T07:00:50 | Drama original Tonton berjudul SeOfis merealisasikan impian pelakon Siti Saleha meraih trofi Bintang Asia Terbaik-Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 34, akui pencapaian itu menjadi bukti bahawa kerja keras akan terbayar jua pada akhirnya. Dia bangga sebagai wakil Malaysia dan secara peribadi.Besar impiannya untuk terus melihat anak-anak seni tempatan meraih pengiktirafan luar pada masa mendatang."Bukan setakat mewakili Malaysia, tapi maknanya terlalu besar untuk karier seni saya selepas berlakon sekian lama. Ini buktikan kepada orang bahawa apa juga laluan kita pilih, terus ke depan."Memang berkaitan sedikit sebanyak juga dengan watak saya sebagai Sam dalam SeOfis. Penuh semangat kewanitaan, memperkasa wanita dan kejar cita-cita. Pencapaian ini semestinya cukup manis buat saya."Saya pernah terima sebuah anugerah antarabangsa sebelum ini, tapi yang satu ini sesuatu lebih berbeza dan istimewa. Semoga rezeki berpihak kepada ramai lagi rakan artis kita lain untuk anugerah begini," katanya.Saleha berharap pencapaiannya itu bakal membuka mata orang luar supaya mengikuti naskhah terbaik dari negara ini. Baginya SeOfis arahan Faizul Jais itu pilihan cukup tepat untuk ditonton. "Platform pencapaian terbaharu saya ini adalah langkah terbaik untuk beritahu apa jenis cerita kita boleh tawarkan dari Malaysia. Dari segi budaya kita dan banyak lagi. "Semoga dengan platform drama SeOfis serta watak Sam itu, harapnya ramai akan menontonnya. Bukan saja rakyat kita, tapi dari sekitar Asia atau seluruh dunia harapnya dapat akses untuk tengok pula," katanya.Kategori dimenanginya itu adalah kategori istimewa jemputan pelakon dari sekitar Asia.Pemenang lain termasuk Wooseok Byeon dan Hyeyoon Kim dari Korea Selatan, Desmond Tan (Singapura), Ochi Rosdiana (Indonesia), Metawin Opas-lamkajorn (Thailand) dan Kim Chiu (Filipina).Cukup merendah diri, Saleha anggap rezeki kemenangan itu juga hasil sokongan padu peminatnya. Tanpa mereka, Saleha tidak rasa dirinya akan terus melangkah megah dalam dunia seni.Sokongan tidak berbelah bahagi mereka cukup terasa jika membabitkan undian. Bahkan untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun ini pun namanya terus digerak gempur peminat setianya."Dorongan peminat juga menjadikan pencapaian ini lebih bermakna. Mereka sejak hari pertama terus menyokong saya. Tak tahu apa saya lakukan untuk layak dihujani kasih sayang mereka. "Setiap projek membabitkan saya, peminat sentiasa ada. Sampai untuk ABPBH tahun ini, mereka berjuang habis-habisan sehingga saya sendiri rayu suruh sokong bakat baharu. Alhamdulillah mereka sangat setia," katanya.Dalam pada itu, Saleha tidak pernah berputus harap mengintai peluang berlakon di pentas antarabangsa. Itu antara impian tertingginya selepas berdekad menakluk radar seni tempatan.Bukan makin malap, sebaliknya kobar diri mahu memberikan yang terbaik sebagai anak seni semakin meninggi. Saleha bersyukur lakonan menjadi sebahagian besar agenda terpenting dalam hidupnya."Saya teringin sangat lebar sayap di pentas antarabangsa. Umur pun sudah 34, tapi takkan cakap itu penamat buat saya. Tak semestinya lebih 30, sudah ragu-ragu ke mana arah tuju karier selepas ini."Sebaliknya, terbukti bahawa semakin lama dalam bidang ini, kesungguhan saya semakin menebal. Walaupun ramai menyampah tengok muka saya merata tempat."Namun, ini kerjaya yang saya sangat cintai. Alhamdulillah, itu rezeki untuk saya jadikan periuk nasi. Saya takkan berhenti walaupun tidak tahu fasa apa lagi mendatang," katanya.Saleha juga terbuka dan seronok jika berpeluang dapat berhijrah ke luar negara demi kembangkan kariernya. Dia lebih melihat pengorbanan begitu sebahagian daripada proses untuk menuai kemanisan akan datang.Buat masa ini, dia selesa berada di Malaysia. Tetapi tidak pernah hadkan pun dirinya untuk meneroka ke produksi luar yang mampu bawanya terbang lebih jauh."Bukan berhijrah selama-lama. Saya akan pulang juga akhirnya kerana Malaysia sentiasa menjadi kampung halaman saya. Sebab saya pun suka mengembara juga."Jadi, tiada masalah buat saya kalau ada rezeki. Semua terpulang sejauh mana kita mahu maju. Ia bergantung kepada diri sendiri di mana mahu bertapak. Untuk saya sendiri, memang lebih selesa di sini."Tapi, kalau ada peluang bekerja di peringkat antarabangsa, saya sambar. Semua itu ikut nasib siapa yang kita kenal. Insya-Allah dengan anugerah ini, ada pintu yang akan terbuka."Saya tidak akan lepaskan jika ada peluang. Cukup membazir kalau saya tidak ambil. Apa saja untuk tujuan lebarkan sayap, peluang begini sebuah mimpi jadi kenyataan," katanya. |
Kanak-kanak 12 tahun jadi penuntut termuda UM | 1,727,614,671 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139064/kanak-kanak-12-tahun-jadi-penuntut-termuda-um | Raja Noraina Raja Rahim | 147 | 2024-09-29 12:57:51 | 2024-09-29T20:57:51 | Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki, Izz Imil Shahrom berusia 12 tahun menjadi penuntut termuda yang mendaftar masuk di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini. Kanak-kanak terbabit menyambung pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Fakulti Sains UM. Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, Izz Imil melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas universiti sebelum mendapat kelulusan Senat Universiti untuk menyambung pengajian itu. "Memandangkan usia Izz yang begitu muda, universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada penuntut terbabit melalui proses pembelajaran serta penyesuaian diri di universiti. "Perkara ini penting bagi membolehkan kanak-kanak itu dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu, kejayaan Izz mendaftar masuk di UM yang dikongsi seorang pemilik akaun laman sosial Facebook, tular dan menerima pelbagai reaksi orang ramai yang kagum dengan kehebatan kanak-kanak terbabit. |
Khabib pelawa Jojo berguru dengannya | 1,727,600,686 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1139013/khabib-pelawa-jojo-berguru-dengannya | Aida Adilah Mat | 203 | 2024-09-29 09:04:46 | 2024-09-29T17:04:46 | Kuala Lumpur: Legenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov tidak meragui kemampuan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk mengukir nama dalam arena seni bela diri campuran (MMA). Malah Khabib mengalu-alukan kedatangan Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo ke Dagestan, Rusia sekiranya ingin berlatih bersamanya mendalami ilmu MMA.Khabib pada sidang media selepas acara 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Jojo dalam karier muay thainya. "Saya baru saja bertemu dengannya di belakang pentas. Saya tahu dia masih muda dan seorang lawan yang baik. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. "Dia (Jojo) ada memberitahu saya pada masa hadapan ingin terbabit dalam MMA."Saya sentiasa mengalu-alukan kehadirannya jika dia ingin belajar bersama saya di Dagestan di pusat latihan kami," katanya yang kini sedang melatih Islam Makhachev, juara baharu lightweight.Dalam masa yang sama, Khabib turut tidak menolak kemungkinan membuka pusat latihan di Malaysia dan pernah memikirkan mengenai rancangan itu dengan membawa jurulatih terbaik dalam membangunkan sukan MMA di sini.Memegang rekod sebagai juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0, Khabib selepas ini akan berkunjung ke Indonesia untuk rancangan temu bual ''The Path of a Champion'. |
Penoreh getah jadi 'guru' di rumah, 8 anak berjaya ke menara gading | 1,727,595,729 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138967/penoreh-getah-jadi-guru-di-rumah-8-anak-berjaya-ke-menara-gading | Zaid Salim | 278 | 2024-09-29 07:42:09 | 2024-09-29T15:42:09 | Kuala Berang: "Saya tidak belajar tinggi, hanya peringkat SPM sahaja. Tetapi dengan pendidikan yang tidak seberapa itu, saya ajar sendiri anak-anak saya," kata Mat Jusoh Hassan, 62, dari Kampung Kepah, di sini.Mat Jusoh yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, semua anaknya tidak mengikuti kelas tuisyen kerana dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan, dia tidak mampu untuk membayar yuran kelas."Jadi saya ambil keputusan menjadi 'guru' mereka di rumah. Selain menitikberatkan hal pelajaran, saya didik anak agar dengan didikan agama dan ingatkan mereka agar jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa."Alhamdulillah, kini lapan daripada sembilan anak saya berjaya ke menara gading dan kini hanya bongsu, Muhammad Anas, 16, masih belajar di Pondok Darul Iman," katanya kepada NSTP, hari ini.Menurut Mat Jusoh, dia bangga dan terharu dengan kejayaan semua anaknya dan kini masing-masing sudah berkerjaya dan ada yang sudah memiliki keluarga sendiri.Katanya, dia akan melakukan apa sahaja pekerjaan untuk keperluan pendidikan anak-anak kerana tidak mahu anak-anak mengalami nasib sama sepertinya."Saya tidak mahu anak jadi seperti saya, tidak bersungguh dalam pelajaran," katanya, bangga dengan kejayaan anak ketujuh, Munirah, 22, yang menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, hari ini.Sementara itu, Munirah berkata, dia tidak akan mengabaikan peluang masuk ke universiti dan belajar bersungguh sebagai membalas jasa dan pengorbanan ayah dan ibu."Sejak diperingkat kanak-kanak lagi saya bercita-cita untuk menjadi pendidik dan akan belajar bersungguh-sungguh demi menggapai impian itu," katanya.Bekas pelajar Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Berang dan Institut al-Quran Bukit Payung, Marang Terengganu itu berkata, selain motivasi dan didikan bapanya, dia turut menjadikan kejayaan abang dan kakaknya sebagai pendorong semangat untuk dia berjata dalam pelajaran. |
Din si penyeludup buka rahsia! | 1,727,583,027 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138857/din-si-penyeludup-buka-rahsia | Wartawan Harian Metro | 270 | 2024-09-29 04:10:27 | 2024-09-29T12:10:27 | Rantau Panjang: Minyak masak yang diseludup ke Thailand tetap mendapat permintaan tinggi penduduk negara jiran walaupun dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga di Malaysia. Seorang penyeludup mahu dikenali sebagai Din, 42, berkata, sekotak minyak masak seberat 17 kilogram (kg) dijual borong pada harga RM42.50 sekotak di pasaran tempatan. "Namun harganya bertukar antara RM75 sehingga RM50 di negara seberang. "Harga minyak masak paket satu kilogram tempatan adalah RM2.50 manakala harga pasaran di kebanyakan kedai di pekan Golok adalah RM5.50 sepeket. "Susulan harga yang mahal, ramai yang sanggup mengambil risiko menyeludup minyak masak terutama melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini. Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, ada antara penyeludup sanggup berulang alik membawa minyak masak dalam kuantiti yang sedikit," katanya. Namun, menurutnya, penyeludup akan menyeludup minyak masak dalam kuantiti besar membabitkan berpuluh kotak jika mendapati pihak berkuasa tidak memantau lokasi berhampiran sungai. "Biasanya penyeludup yang membawa minyak dalam kuantiti sedikit akan menjual terus minyak masak kepada peniaga di sana (negara jiran). "Manakala orang lama yang 'pro' (penyeludup berpengalaman) akan menyalurkan minyak masak seludup kepada sindiket di sana. Mereka sudah ada rantaian dan kerjasama dengan 'kaki' di sana," katanya. Din berkata, dia akan membawa masuk minyak masak paket 1 kilogram ke Thailand sebanyak tiga kali seminggu. "Namun biasanya saya melakukan beberapa perjalanan (penyeludupan) sehari terutama pada waktu malam. "Kalau pangkalan haram yang dipilih 'tidak selamat' disebabkan kawalan ketat, kami beralih ke pangkalan lain yang lokasinya agak jauh. Tambahan pula, ada sahaja mata-mata yang akan membantu orang seperti kami untuk memantau keberadaan pihak berkuasa," katanya.Sindiket minyak paket 'kenyang', marhaen meranaPenyeludup ada 'cara' lepasi sempadanDuit subsidi rakyat dirompak |
Sindiket minyak paket 'kenyang', marhaen merana | 1,727,582,483 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138851/sindiket-minyak-paket-kenyang-marhaen-merana | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asrizal Aris | 1,039 | 2024-09-29 04:01:23 | 2024-09-29T12:01:23 | Songkhla: Sampai bila isu merugikan rakyat ini akan berakhir? Persoalan ini gagal dinoktahkan berikutan kegiatan penyeludupan barangan kawalan paket minyak masak subsidi 1 kilogram (kg) masih berlarutan hingga kini. Biarpun rampasan kerap dilakukan pihak berkuasa namun minyak masak subsidi peket 1kg masih 'bolos' dan dijual meluas di negara jiran. Ketirisan ini menjadi punca rakyat marhaen Malaysia terutama golongan miskin dan B40 berdepan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak subsidi RM2.50 ini. Hak mereka masih 'disamun' sindiket serta pihak tamak yang mengaut keuntungan hasil aktiviti haram ini. Isu ketirisan ini yang pernah didedahkan secara bersiri wartawan akhbar Harian Metro pada tahun 2019 selain mendapat reaksi balas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika itu. Malangnya isu ini masih tiada kesudahannya. Terbaru wartawan Harian Metro sekali lagi berusaha membongkar kegiatan penyeludupan minyak masak paket 1kg ini melalui tinjauan empat hari ke negara jiran Thailand, baru-baru ini. Berbanding misi sebelum ini, tinjauan wartawan tidak hanya tertumpu di pekan kecil bersempadan dengan Malaysia seperti Padang Besar, Danok, Betong dan Golok. Namun kali ini wartawan pergi lebih jauh ke utara menjangkau pekan Sadoa, bandar Hat Yai, Songkhla, Pattani, Yala sebelum 'misi' berakhir di Betong. Tinjauan melalui kaedah penyamaran sebagai pembeli dilakukan di lebih 50 gerai, kedai runcit dan pasar raya di sepanjang laluan bermula dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Misi pada hari pertama di pasar awam pekan Danok mendapati tiga kedai runcit di dalamnya menjual minyak masak paket 1kg subsidi. Minyak masak asal Malaysia jenama A dan dikilangkan di Perlis itu dikenal pasti adalah barangan kawalan berikutan tertera tulisan 'minyak masak untuk kegunaan domestik dalam negara sahaja' dan nama syarikat pembungkusan di Kedah pada paket plastik itu. Selain itu, tertera tulisan 'barang subsidi Malaysia' berharga RM2.50 pada hadapan peket plastik sama. Wartawan yang singgah di dua lagi kedai runcit tidak jauh dari pasar besar itu turut menemui dua lagi jenama berlainan minyak masak paket 1kg yang dijual secara terbuka. Bagi pembuktian, wartawan turut melakukan pembelian tiga jenis minyak masak jenama A, B dan C asal Malaysia yang dijual pada harga antara Baht 37 (RM4.80) hingga Baht 40 (RM5.20) sepaket. Salah seorang peniaga wanita berusia 50-an yang curiga terhadap gerak-geri wartawan bertindak menghalau dan enggan menjual minyak masak itu sebaik gambar paket minyak masak itu dirakam. Malah, beberapa peniaga lain seolah-olah dapat menghidu objektif wartawan yang memfokuskan minyak masak 'haram' yang dijual. Ada antara mereka segera menyorokkan kotak berisi minyak masak Malaysia itu sebaik lensa kamera telefon pintar cuba merakamkannya. Perjalanan wartawan kemudian diteruskan di beberapa kedai runcit sepanjang perjalanan 13 kilometer menuju ke pekan Sadao di utara Danok sebelum wartawan melakukan uji beli sekali lagi. Kali ini wartawan menemui minyak masak subsidi jenama D dan E yang dijual meluas di empat gerai dan kedai runcit terletak di Khlong Ngae Market, Sadao. Minyak masak subsidi Malaysia ini dikesan dijual terbuka bersama pelbagai barangan kering lain. Peniaga turut meletakkan kadbod tanda harga Baht 37 (RM4.80) sepaket. Misi pembuktian wartawan kemudian diteruskan ke pasar besar di Kim Yong, bandar Hat Yai. Tinjauan wartawan sekali lagi mendapati wujud jenama dari kilang pengeluar berlainan paket minyak masak subsidi 1kg buatan Malaysia di sini. Rata-rata premis dikunjungi didapati menjual paket minyak masak jenama F dan G yang tertera simbol identiti Malaysia membuktikan ia barangan subsidi Malaysia. Paket minyak masak Malaysia itu dipamerkan di rak jualan bersama barangan lain di setiap premis selain ada yang turut disimpan di bawah rak. Ternyata penjualan minyak masak seludup di negara berkenaan bukanlah isu besar atau dianggap kesalahan berikutan peniaga bebas menjualnya secara terbuka. Wartawan sekali lagi membuat uji beli sebelum berjaya memperolehi dua jenama minyak masak subsidi Malaysia di lokasi tumpuan berkenaan. Salah seorang peniaga ditemui mengakui paket minyak masak subsidi Malaysia laris dan mendapat sambutan dalam kalangan penduduk tempatan berikutan harga lebih murah dan warnanya yang jernih. Memasuki hari ketiga, penulis meneruskan tinjauan ke kedai-kedai sekitar Chaimongkol, Songkhla dan lokasi peranginan pantai berhampiran tugu Golden Mermaid Statue. Kali ini wartawan mengesan penjualan paket minyak masak subsidi jenama H yang dibungkus dan dikilangkan di Kedah. Turut tertera tulisan 'minyak masak untuk kegunaan domestik dalam negara sahaja.' Tinjauan sama kemudian dilakukan di kawasan pasar Municipal Market Pattani sebelum perjalanan wartawan disambung ke Ban Ka Sot, Yala. Sebanyak lapan kedai runcit disinggahi sebelum penulis menemui bukti baharu kewujudan peket minyak masak subsidi jenama I dan J berasal dari kilang di Kelantan dan Terengganu. Uji beli turut mendapati minyak masak subsidi ini dijual pada harga hampir sama iaitu sekitar Baht 37. Harga ini menyamai harga ditawarkan di lokasi disinggahi sebelum ini. Malah, di Ban Ka Sot, wartawan turut mengesan penjualan petrol subsidi RON95 dari Malaysia yang dijual di bahu jalan pada harga 33 Baht seliter (RM4.15). Harga ditawarkan ini jauh lebih murah berbanding harga petrol tempatan dijual sekitar 42 Baht (RM5.36) di stesen minyak di negara berkenaan. Peniaga tepi jalan itu didapati mengisi petrol berkenaan di dalam botol minuman sebelum diletakkan di atas para kayu bagi menarik perhatian orang ramai yang melalui lokasi berkenaan. Penulis sekali lagi melakukan penyamaran uji beli sebelum wanita yang menjual petrol itu mengakui mendapatkan bekalan dari sindiket yang menyeludup bahan api itu dari Kelantan. Destinasi penulis kemudian berakhir di Pekan Betong yang terletak kira-kira 130 kilometer ke selatan berhampiran sempadan Pengkalan Hulu, Perak. Di pekan Betong, penulis menemui dua lagi jenama paket minyak masak subsidi jenama K dan L yang dijual berhampiran lokasi Tano Maero dan Pasar Betong District Municipality Fresh Market. Melalui tinjauan dan uji beli dilakukan, wartawan berjaya menemui dan mengumpul 12 jenama berbeza membabitkan paket minyak masak subsidi Malaysia yang berlegar di pasaran negara berkenaan. Rumusan mendapati rata-rata premis yang menjual paket minyak masak subsidi Malaysia ini membabitkan kedai runcit dan kedai menjual barangan dapur dan kiosk di dalam pasar basah. Penemuan ini membuktikan bahawa minyak masak subsidi Malaysia masih giat diseludup secara besar-besaran ke negara jiran walaupun pelbagai langkah pencegahan dilakukan KPDN. Persoalannya, adakah kilang pengeluar dan pembungkusan minyak masak subsidi ini berkomplot atau mendalangi jenayah penyeludupan ini susulan bukti penemuan wartawan terhadap 12 peket minyak masak subsidi milik 12 kilang berbeza dan lima negeri berlainan ? Penemuan ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan sejauh mana hak rakyat Malaysia untuk menikmati barangan subsidi ini diberikan keutamaan. Din si penyeludup buka rahsia!Penyeludup ada 'cara' lepasi sempadanDuit subsidi rakyat dirompak |
Jasad Salmah ditemukan 50 meter dari lokasi penemuan mayat anak | 1,727,574,695 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138812/jasad-salmah-ditemukan-50-meter-dari-lokasi-penemuan-mayat-anak | Zuliaty Zulkiffli | 189 | 2024-09-29 01:51:35 | 2024-09-29T09:51:35 | Padang Terap: Jasad Salmah Mat Zain, 46, yang dihanyutkan arus deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kanan, di sini semalam, akhirnya ditemukan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat mangsa ditemukan pada 7.45 pagi tersangkut di bawah timbunan pelepah sawit dan tunggul kayu. Beliau berkata, jarak penemuan mayat kedua ini adalah kira-kira 50 meter dari mayat anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, ditemukan semalam dan 200 meter dari lokasi dua beranak itu dihanyutkan arus deras, semalam. "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut. "Operasi pagi tadi iaitu hari kedua operasi mencari dan menyelamat yang ditangguh semalam disambung semula bermula 7.30 pagi hari ini dan alhamdulillah, mayat Salmah ditemukan kira-kira 15 minit kemudian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Mulkiaman turut menasihatkan penduduk di daerah ini supaya tidak mengharungi air jika kawasan kediaman mereka dinaiki air. Harian Metyro sebelum ini melaporkan, dua beranak itu dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai. Kedua-dua mangsa, Muhammad Rosman Rohadi, 19, dan ibunya, Salmah Mat Zain, 46, yang dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras. |
'Mereka yang lemah jadi sasaran mudah' | 1,727,571,679 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138804/mereka-yang-lemah-jadi-sasaran-mudah | Skuad khas Metro Ahad | 749 | 2024-09-29 01:01:19 | 2024-09-29T09:01:19 | Satu demi satu pendedahan pihak berwajib mengenai kegiatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sejak lebih dua minggu lalu menimbulkan kebimbangan banyak pihak.Tidak kurang juga ramai yang berterima kasih dengan tindakan tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang menggerakkan Op Global bagi menangani isu salah laku dan eksploitasi kanak-kanak.Terdapat juga kekhuatiran mengenai generasi muda serta mahasiswa yang turut terbabit dalam kegiatan syarikat berkenaan selain tidak ada pendidikan formal, mengundang tanda tanya mengenai masa depan mereka.SKUAD KHAS METRO AHAD mendapatkan Naib Presiden Siswa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) MUHAMMAD DANIAL ALIMIN untuk mengupas sejauh mana isu ini memberi kesan kepada mahasiswa Bagaimana saudara melihat isu GISBH ini memberi kesan kepada generasi muda di negara ini?Isu yang membabitkan GISBH, berkaitan dengan tuduhan ajaran sesat atau penyimpangan ideologi dan pemikiran dan pegangan agama. Perkara ini membimbangkan yang besar terhadap generasi muda di negara ini. Generasi muda yang masih dalam proses mendalami agama kemungkinan boleh terpengaruh dengan ajaran yang menyeleweng, terutama jika mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. Ini boleh menyebabkan kekeliruan terhadap prinsip agama yang betul dan boleh menggugat keimanan mereka.Generasi muda, khususnya mereka yang sedang mencari makna hidup dan identiti, lebih cenderung untuk terjebak dalam ajaran atau doktrin yang nampak menarik atau memberikan penyelesaian mudah kepada masalah hidup mereka. Ini boleh menjadikan mereka sasaran mudah bagi gerakan yang mempunyai agenda tersembunyi. Isu ini juga dilihat dapat mempengaruhi pemikiran generasi muda, terutama mereka yang mudah terpengaruh dengan ideologi yang menyimpang dari ajaran agama yang sebenar. Generasi muda, yang sering mencari identiti dan makna dalam hidup, mungkin terdedah kepada ajaran seperti ini jika tidak dibimbing dengan baik.Isu ini dikongsikan secara meluas di media sosial. Bagaimana mahasiswa boleh memainkan peranan untuk memastikan ia tidak berulang pada masa depan? Mahasiswa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan isu seperti GISBH tidak berulang pada masa depan. Perlu ada sikap kritis dalam menyemak maklumat yang mereka terima, terutamanya di media sosial. Mereka perlu berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa maklumat, memastikan sumbernya sahih dan betul. Pengetahuan mengenai cara membezakan berita benar dan palsu boleh membantu mengurangkan penyebaran maklumat yang salah. Mahasiswa boleh membabitkan diri dalam program pendidikan digital untuk mendidik rakan-rakan sebaya mengenai bahaya penyebaran ajaran sesat melalui platform media sosial.Mereka boleh menganjurkan seminar, bengkel, atau sesi diskusi untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya maklumat palsu dan manipulasi ideologi di dalam talian.Mahasiswa melalui kepimpinan di peringkat universiti boleh menjalankan program kesedaran kepada mahasiswa khususnya berkenaan dengan perkara ini. Mereka adalah golongan terpelajar, maka mereka boleh menjadi ejen perubahan dengan terbabit dalam kempen kesedaran dan dialog berkaitan perkara ini. Ini boleh membantu memberi pemahaman terhadap penyebaran ideologi ekstrem. Walaubagaimanapun mahasiswa juga boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti jabatan agama, polis, atau Kementerian Komunikasi untuk melaporkan sebarang aktiviti atau maklumat yang mencurigakan di media sosial dan kampus mereka. Ini boleh membantu dalam proses pemantauan dan tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan ajaran sesat. Secara umumnya, adakah mahasiswa terbabit dengan gerakan seumpama ini? Mahasiswa mungkin terbabit secara tidak langsung atau dengan sengaja dalam gerakan-gerakan dan ideologi seperti ini melalui rangkaian sosial atau kegiatan tertentu. Namun kebanyakan mahasiswa masih terarah kepada aktiviti akademik dan sosial yang lebih berfokus pada pembangunan diri serta sahsiah. Walaubagaimanapun mungkin terdapat sebilangan kecil mahasiswa yang mungkin terbabit, sama ada secara tidak sedar.Terbabitnya segelintir kecil mahasiswa dalam gerakan seperti ini lebih kepada faktor individu yang terdedah kepada pengaruh ideologi atau tekanan luar. GPMS sering memainkan peranan agar generasi muda tidak tergelincir dari arus pendidikan, bagaimana dengan unsur doktrin seperti ini? Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sentiasa sering memainkan peranan utama dalam memastikan generasi muda kekal fokus pada pendidikan namun cabaran dari unsur doktrin sesat memerlukan pendekatan yang lebih khusus. GPMS sentiasa menjalankan program-program jati diri melalui pendidikan, ceramah, atau seminar di sekolah dan universiti. Ini membantu memantapkan kefahaman agama dan jati diri dalam kalangan generasi muda.Apakah nasihat GPMS kepada mahasiswa dan golongan muda yang berdepan kemungkinan terpengaruh dengan doktrin palsu? GPMS mengharapkan agar mahasiswa dan golongan muda yang kemungkinan terpengaruh dengan doktrin ini agar terus berpegang teguh pada ajaran agama yang sebenar dengan memastikan setiap rujukan agama yang diambil adalah daripada sumber yang sahih dan diiktiraf. Sentiasa rujuk kepada pakar atau institusi agama yang berautoriti untuk mendapatkan maklumat yang betul. Mahasiswa jangan mudah terpengaruh dengan ajaran atau ideologi yang tidak jelas sumbernya, terutamanya yang tersebar di media sosial. Berhati-hati sebelum mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Mahasiswa perlu sentiasa memiliki pemikiran yang kritis dan bertanya soalan apabila berhadapan dengan ajaran atau ideologi yang kelihatan meragukan. |
'Mereka yang lemah jadi sasaran mudah' | 1,727,571,679 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138804/mereka-yang-lemah-jadi-sasaran-mudah | Skuad khas Metro Ahad | 749 | 2024-09-29 01:01:19 | 2024-09-29T09:01:19 | Satu demi satu pendedahan pihak berwajib mengenai kegiatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sejak lebih dua minggu lalu menimbulkan kebimbangan banyak pihak.Tidak kurang juga ramai yang berterima kasih dengan tindakan tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang menggerakkan Op Global bagi menangani isu salah laku dan eksploitasi kanak-kanak.Terdapat juga kekhuatiran mengenai generasi muda serta mahasiswa yang turut terbabit dalam kegiatan syarikat berkenaan selain tidak ada pendidikan formal, mengundang tanda tanya mengenai masa depan mereka.SKUAD KHAS METRO AHAD mendapatkan Naib Presiden Siswa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) MUHAMMAD DANIAL ALIMIN untuk mengupas sejauh mana isu ini memberi kesan kepada mahasiswa Bagaimana saudara melihat isu GISBH ini memberi kesan kepada generasi muda di negara ini?Isu yang membabitkan GISBH, berkaitan dengan tuduhan ajaran sesat atau penyimpangan ideologi dan pemikiran dan pegangan agama. Perkara ini membimbangkan yang besar terhadap generasi muda di negara ini. Generasi muda yang masih dalam proses mendalami agama kemungkinan boleh terpengaruh dengan ajaran yang menyeleweng, terutama jika mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. Ini boleh menyebabkan kekeliruan terhadap prinsip agama yang betul dan boleh menggugat keimanan mereka.Generasi muda, khususnya mereka yang sedang mencari makna hidup dan identiti, lebih cenderung untuk terjebak dalam ajaran atau doktrin yang nampak menarik atau memberikan penyelesaian mudah kepada masalah hidup mereka. Ini boleh menjadikan mereka sasaran mudah bagi gerakan yang mempunyai agenda tersembunyi. Isu ini juga dilihat dapat mempengaruhi pemikiran generasi muda, terutama mereka yang mudah terpengaruh dengan ideologi yang menyimpang dari ajaran agama yang sebenar. Generasi muda, yang sering mencari identiti dan makna dalam hidup, mungkin terdedah kepada ajaran seperti ini jika tidak dibimbing dengan baik.Isu ini dikongsikan secara meluas di media sosial. Bagaimana mahasiswa boleh memainkan peranan untuk memastikan ia tidak berulang pada masa depan? Mahasiswa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan isu seperti GISBH tidak berulang pada masa depan. Perlu ada sikap kritis dalam menyemak maklumat yang mereka terima, terutamanya di media sosial. Mereka perlu berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa maklumat, memastikan sumbernya sahih dan betul. Pengetahuan mengenai cara membezakan berita benar dan palsu boleh membantu mengurangkan penyebaran maklumat yang salah. Mahasiswa boleh membabitkan diri dalam program pendidikan digital untuk mendidik rakan-rakan sebaya mengenai bahaya penyebaran ajaran sesat melalui platform media sosial.Mereka boleh menganjurkan seminar, bengkel, atau sesi diskusi untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya maklumat palsu dan manipulasi ideologi di dalam talian.Mahasiswa melalui kepimpinan di peringkat universiti boleh menjalankan program kesedaran kepada mahasiswa khususnya berkenaan dengan perkara ini. Mereka adalah golongan terpelajar, maka mereka boleh menjadi ejen perubahan dengan terbabit dalam kempen kesedaran dan dialog berkaitan perkara ini. Ini boleh membantu memberi pemahaman terhadap penyebaran ideologi ekstrem. Walaubagaimanapun mahasiswa juga boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti jabatan agama, polis, atau Kementerian Komunikasi untuk melaporkan sebarang aktiviti atau maklumat yang mencurigakan di media sosial dan kampus mereka. Ini boleh membantu dalam proses pemantauan dan tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan ajaran sesat. Secara umumnya, adakah mahasiswa terbabit dengan gerakan seumpama ini? Mahasiswa mungkin terbabit secara tidak langsung atau dengan sengaja dalam gerakan-gerakan dan ideologi seperti ini melalui rangkaian sosial atau kegiatan tertentu. Namun kebanyakan mahasiswa masih terarah kepada aktiviti akademik dan sosial yang lebih berfokus pada pembangunan diri serta sahsiah. Walaubagaimanapun mungkin terdapat sebilangan kecil mahasiswa yang mungkin terbabit, sama ada secara tidak sedar.Terbabitnya segelintir kecil mahasiswa dalam gerakan seperti ini lebih kepada faktor individu yang terdedah kepada pengaruh ideologi atau tekanan luar. GPMS sering memainkan peranan agar generasi muda tidak tergelincir dari arus pendidikan, bagaimana dengan unsur doktrin seperti ini? Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sentiasa sering memainkan peranan utama dalam memastikan generasi muda kekal fokus pada pendidikan namun cabaran dari unsur doktrin sesat memerlukan pendekatan yang lebih khusus. GPMS sentiasa menjalankan program-program jati diri melalui pendidikan, ceramah, atau seminar di sekolah dan universiti. Ini membantu memantapkan kefahaman agama dan jati diri dalam kalangan generasi muda.Apakah nasihat GPMS kepada mahasiswa dan golongan muda yang berdepan kemungkinan terpengaruh dengan doktrin palsu? GPMS mengharapkan agar mahasiswa dan golongan muda yang kemungkinan terpengaruh dengan doktrin ini agar terus berpegang teguh pada ajaran agama yang sebenar dengan memastikan setiap rujukan agama yang diambil adalah daripada sumber yang sahih dan diiktiraf. Sentiasa rujuk kepada pakar atau institusi agama yang berautoriti untuk mendapatkan maklumat yang betul. Mahasiswa jangan mudah terpengaruh dengan ajaran atau ideologi yang tidak jelas sumbernya, terutamanya yang tersebar di media sosial. Berhati-hati sebelum mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Mahasiswa perlu sentiasa memiliki pemikiran yang kritis dan bertanya soalan apabila berhadapan dengan ajaran atau ideologi yang kelihatan meragukan. |
Dunia posmen Mohamad Farhan | 1,727,571,564 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138802/dunia-posmen-mohamad-farhan | Redzuan Muharam | 380 | 2024-09-29 00:59:24 | 2024-09-29T08:59:24 | Kuala Lumpur: "Ramai juga yang mempersoalkan saya kerana bekerja sebagai posmen sedangkan ada diploma. "Tapi saya tak hirau kata-kata negatif kerana apa lebih penting, kerja dibuat halal dan boleh bantu sara keluarga." Itu kata-kata Mohamad Farhan Fizani Ahmad, 28, ketika menceritakan pengalamannya sepanjang tujuh tahun mencari rezeki sebagai posmen di sebuah syarikat kurier. Terdahulu, kisah Mohamad Farhan Fizani yang menetap di Gombak, Selangor mendapat perhatian selepas berkongsi dua video menunggang motosikal melalui jalan sempit di belakang kawasan perumahan Persiaran Desa Rejang, dekat sini ketika menghantar surat ke rumah penerima. Salah satu video perkongsiannya itu meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan rata-rata memuji dan menghargai kerja dilakukannya. Menurut Mohamad Farhan, dia menyangka perkongsiannya di TikTok mendapat perhatian kerana sekadar berkongsi sebahagian rutin dilalui ketika bekerja. "Saya muat naik untuk suka-suka saja, tiada niat nak tular pun, malah lagu diletakkan pun pilih secara rawak kerana tak tahu apa yang sesuai. "Tak sangka pula selepas bangur tidur keesokannya, dapat banyak notifikasi di TikTok sampai kawan beritahu video saya sudah tular. "Syukur kerana ramai hantar kiriman mesej beri sokongan dan mendoakan saya. Apa yang lihat dalam video itu rutin harian saya dan mulanya takut juga nak tunggang motosikal di situ tapi lama kelamaan sudah biasa," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Bercerita lanjut, Mohamad Farhan yang memiliki Diploma Pengurusan Pertanian lulusan Universiti Nilai berkata, selain jalan sempit, ada beberapa lagi cabaran dilalui sebagai posmen. "Kena marah dan dikejar anjing itu biasa, malah pernah mintak tolong (akibat dikejar anjing) sampai lari nak masuk selamatkan diri dalam rumah orang. "Awal kerja dulu, setiap hari fikir nak berhenti kerana kerja ini bukan senang, kena cari alamat dan berdepan karenah orang. "Tapi lama kelamaan okey kerana di tempat kerja pun ramai lelaki jadi senang bergaul dan paling seronok apabila tengok reaksi penerima tertunggu barang dihantar dan hargai kerja saya lakukan selepas buat serahan kepada mereka," katanya yang juga anak bongsu daripada 10 beradik. Selagi ada kudrat, Mohamad Farhan Fizani akan terus bekerja sebagai posmen, namun tidak menolak kemungkinan menyambung pengajian atau mengubah haluan kerjaya jika ada rezeki lain pada masa akan datang. "Posmen pekerjaan pertama saya selepas tamat pengajian dan ikutkan, saya seorang saja dalam keluarga kerja dalam bidang kurier. "Adik beradik lain ada yang kerja jururawat dan jurutera, namun saya percaya, rezeki setiap orang berbeza," katanya. |
Amir turun, saya yang berdebar! | 1,727,564,642 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138777/amir-turun-saya-yang-berdebar | Raja Noraina Raja Rahim | 785 | 2024-09-28 23:04:02 | 2024-09-29T07:04:02 | Kuala Lumpur: Rayuan anak meminta mencari ibunya selain perkongsian maklumat daripada sepupu yang bekerja dalam bidang pembetungan menguatkan semangat dan keyakinan buat Pegawai Kanan Bomba II Muhammad Amirudin Mohd Hassan masuk ke dalam lurang kumbahan di lokasi tanah jerlus di Masjid India di sin, pada 23 Ogos lalu. Berbekalkan amanah, panduan daripada sepupunya dan perancangan pasukan, Penyelia Operasi Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu tidak berasa takut atau gentar memikul tugas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) terbabit walaupun berdepan risiko runtuhan serta gas berbahaya yang boleh membawa maut. Muhammad Amirudin yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah di sini, individu pertama yang melakukan selaman di dalam lurang kumbahan selepas usaha pencarian mangsa di kawasan sekitar tanah jerlus itu gagal. Dalam kejadian jam 8.22 pagi itu, seorang pelancong warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, jatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dan sehingga kini, mangsa tidak ditemui meskipun pelbagai usaha menyelamat sudah dilakukan pihak berkuasa. Mengimbas kembali operasi SAR itu, Muhammad Amirudin berkata, pasukannya antara pasukan penyelamat terawal tiba di lokasi selepas BBP Titiwangsa. Menurutnya, pada mulanya pasukan JBPM tidak menyangka air yang bertakung dan lubang yang berada kira-kira lapan meter di bawah tanah saluran kumbahan kerana tidak mengesan bau. Bagaimanapun, katanya, ia dikesan melalui pelan lokasi dan beberapa anggota bomba turun ke bawah untuk mencari mangsa berdasarkan petunjuk iaitu selipar yang ditemui dalam takungan air serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak menemuinya. "Selepas kita korek tanah menggunakan peralatan dan jentera pengorek memang tak jumpa mangsa, jadi kita beranggapan kemungkinan dalam saluran yang pecah. "Kemudian kita buat pemeriksaan kedalaman air untuk masuk ke dalam saluran itu bagi mencari sebarang petunjuk yang ada. "Saya turut menghubungi sepupu yang mahir mengenai pembetungan untuk mendapatkan maklumat. Dia beritahu lurang kumbahan di kawasan kejadian berdiameter 1.5 meter dan menunjukkan video mengenai keadaan lurang kumbahan, berkongsi tip dan beberapa pelan kecemasan. "Pada malam itu, saya bersama anggota PPDA lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan alat komunikasi memulakan pencarian awal tapi kita tetapkan masa kurang lima minit untuk berada di dalam bagi rendahkan risiko kerana kita tak tahu apa ada di dalam. "Hanya seorang anggota boleh masuk ke dalam lurang pada satu masa kerana ruang sempit dan arus air. "Anggota lain bersedia di luar dan memegang tali dipasang pada badan anggota supaya boleh tarik keluar sekiranya berlaku kecemasan," katanya pada program Podcast Apa-Apa Saja Harian Metro. Meskipun berdepan gas berbahaya dan pergerakan terbatas, Muhammad Amirudin dapat melakukan selaman sejauh 20 meter dan turut mengesan halangan sebelum bantuan teknologi lain termasuk kamera digunakan dalam operasi SAR berkenaan bagi mengenal pasti halangan terbabit. Ditanya kenapa masih mempertaruhkan nyawa walaupun tahu risiko bakal dihadapi, beliau berkata, amanah diberikan anak mangsa selain sokongan keluarga membuatkan dia tekad memikul tanggungjawab itu. Katanya, operasi itu akan menjadi kenangan sukar dilupakan kerana ia hari ulang tahun kelahiran isteri dan bersyukur wanita itu tetap memberikan sokongan serta menjadi sumber kekuatannya untuk meneruskan pencarian. Sementara itu, Pegawai Operasi BBP Titiwangsa Pegawai Bomba Kanan I Mohd Azam Alip yang turut terbabit SAR mangsa tanah jerlus selama sembilan hari mengakui ia antara operasi berisiko. Beliau yang sudah berkhidmat lebih 29 tahun bersama JBPM dan berpengalaman luas dalam operasi SAR membabitkan mangsa lemas sepanjang bertugas di Temerloh, Tasik Kenyir dan Kuala Lumpur. Mohd Azam yang menyelia operasi pada hari kejadian mengesan gas berbahaya di dalam lurang kumbahan berkenaan. "Pada hari pertama kejadian lagi kita dah buka 'manhole' untuk melakukan pencarian. Sebelum anggota turun ke bawah kita periksa tahap udara dan gas menggunakan alat pengesan untuk pastikan anggota turun dalam keadaan selamat. "Walaupun dah periksa, tapi anggota yang masuk ke dalam lurang kumbahan itu masih perlu menggunakan set lengkap PPE dengan silinder gas untuk kurangkan sedut udara dari luar. "Walaupun Amir (Muhammad Amirudin) dah lengkap dengan PPE dan alat komunikasi tapi saya tetap perlu pastikan keselamatannya. Sebagai penyelia, semasa Amir nak turun sudah tentu saya yang berdebar. "Saya pesan pada dia supaya utamakan keselamatan diri dan apa-apa berlaku di bawah beritahu supaya kita boleh tarik dia keluar," katanya. Mohd Azam berkata, beliau turut terbabit membuka enam lurang kumbahan lain dari Wisma Yakin sehingga ke Bulatan Kinabalu bagi mencari mangsa namun kesemua pencarian itu negatif (tidak menemui mangsa). Selain pencarian oleh anggota skuba dan penggunaan teknologi, beliau berkata, pelbagai kaedah lain turut digunakan termasuk melepaskan tong bagi mengkaji tempoh sesuatu objek bergerak di dalam lurang kumbahan untuk tiba di loji kumbahan di Pantai Dalam. Katanya, beliau mengalami kesan sampingan daripada operasi itu kerana terdedah kepada gas berbahaya yang menyebabkan kulitnya gatal sehingga kini. Malah, pelbagai cabaran sudah dilalui termasuk membabitkan elemen mistik sehingga jatuh sakit namun ia tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berkhidmat walaupun kini usianya sudah mencecah 51 tahun. |
Tetap 'anak mama' | 1,727,564,482 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138758/tetap-anak-mama | Norhayati Nordin | 624 | 2024-09-28 23:01:22 | 2024-09-29T07:01:22 | BERMULA pada usia 17 tahun dan kini sudah 24 tahun, perjalanan tujuh tahun Ismail Izzani dalam kerjaya seni untuk berada pada tahap sekarang agak 'hangat' dengan beberapa kisah sensasi dan kontroversi. Namun, apa saja cerita kurang baik dan negatif yang pernah menghimpit Ismail atau mesra disapa Mail, ibunya yang juga penyanyi popular era 1980-an, Suliza Salam, 59, akan tampil membantu anak bongsunya itu menangani sesuatu isu dengan berhemah. Justeru, Mail akhirnya terkait dengan gelaran 'anak mama' kerana ibunya selalu menjadi insan pertama di belakangnya yang sentiasa ada dan terus memberi sokongan walaupun kontroversi. Bersua Mail baru-baru ini yang muncul dengan lagu baharu, Iman selepas dua tahun menyepi daripada industri, anak lelaki tunggal dalam keluarga itu ternyata sudah matang dan bersikap mesra. "Kalau nak terus kata saya dengan gelaran 'anak mama' itu, ya memang saya tetap anak mama. Bagi saya, tak kisahlah jahat macam mana pun saya atau tanggapan orang di luar sana, tapi kalau mereka tetap nak gelar saya, 'anak mama', terpulanglah. "Sebab, bagi saya mama seorang wanita hebat. Saya membesar dengan dia (mama) dan tahu bagaimana 'struggle' dihadapi mama yang menjadikannya inspirasi dalam kehidupan saya. "Tak nak cerita panjang, tapi apa-apa pun pada kemudian hari nanti, saya tetap anak mama dan dia juga adalah mak saya selama-lamanya," katanya yang mempunyai dua kakak. Ketika ditanya mengenai perceraian ibu bapanya, Mail tidak mengelak dan berkongsi serba sedikit walaupun mengakui dugaan dilaluinya itu amat berat untuk diterima, namun menghormati keputusan diambil orang tuanya. "Banyak yang saya belajar dalam kehidupan ini, yang salah satunya boleh saya cakap ialah mama. Dalam pelbagai perkara yang saya lalui selama ini, memang agak berat dan susah untuk saya nak terima, tapi mujur ada mama. "Macam saya selalu cakap, mama memang sentiasa ada dengan Mail dan sebagainya. Tapi, tempoh dua tahun 'menyepi' itu saya 'happy' dan puas menghabiskan banyak masa dengan keluarga. "Ditambah, kehadiran anak saudara perempuan iaitu cahaya mata kakak saya membuatkan seronoknya kehidupan sebagai bapa saudara. Alhamdulillah, saya menjalani kehidupan sendiri yang sihat," katanya. Seiring peningkatan usia dan kemampuannya berdikari menyara kehidupan, Mail berkata, dia juga tidak lagi menetap bersama keluarga kerana lebih baik untuk memantapkan semula kerjaya seninya. "Sekarang saya tinggal di rumah sendiri, tapi masih dekat dengan mama. Saya terpaksa duduk sendiri, sebab saya akan ada studio di rumah. Jadi, kasihan juga mama kalau dia duduk sekali nanti. "Dengar lagu kuat ke apa, takut dia tak boleh tidur pula. Jadi, saya buat keputusan tinggal sendiri, tapi berdekatan rumah mama dan kakak, kira-kira enam minit perjalanan. Tak jauh pun," ujarnya. Mail berkata, dia juga menggalas tanggungjawab besar ketika ini terhadap ibu dan dua kakaknya untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan okey, gembira dan selamat.Lagu Iman hadiah Joe FlizzowKini muncul dengan lagu Iman hasil ciptaan dan lirik oleh Joe Flizzow, kebanyakan peminat Mail terutama dalam kalangan pengguna media sosial menyifatkan ia sebagai lagu dakwah. Namun, Mail berkata, lagu itu mengisahkan percintaan seorang lelaki kepada wanita idamannya bernama Iman. Lirik lagu Iman cukup 'catchy' dan mudah diingat. "Selepas dua tahun berehat, saya gembira mendapat lagu Iman daripada Joe untuk dirakamkan sebagai single terbaharu. Ini kerana, nuansa muziknya belum pernah saya bawakan. "Malah, saya juga anggap lagu ini (Iman) sebagai hadiah daripada Joe. Apatah lagi, saya kini bernaung di bawah syarikat rakaman, Def Jam Malaysia dan merancang merakamkan album. "Saya bercadang nak rakam 10 lagu dalam album baharu ini dan sekarang, saya pun sudah ada kira-kira 20 lagu yang siap ditulis. Apa-apa pun, semua perancangan untuk album akan dibuat sistematik," katanya. Menurut Mail, dia mahu hasilkan album terbaik dengan lagu dimuatkan nanti 'mesra pendengar' sekali gus menerima sambutan baik daripada peminat di semua rangkaian pelantar digital popular. Berterima kasih dengan penerimaan positif peminatnya terhadap lagu Iman, Mail berkata, dia akan melancarkan satu lagi single baharu yang dijangka pada Disember depan. |
Syed Hussien rasmi menang PRK Dun Mahkota | 1,727,530,062 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138686/syed-hussien-rasmi-menang-prk-dun-mahkota | Alias Abd Rani | 239 | 2024-09-28 13:27:42 | 2024-09-28T21:27:42 | Kluang: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar. Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang menang dengan majoriti 20,648 selepas meraih 27,995 undi, berbanding Mohamad Haizan atau Coach Haizan dengan 7,347 undi. Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Dun Mahkota, Azurawati Wahid selepas penjumlahan undi daripada 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran selesai di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini. BN juga menang bergaya apabila majoriti undi diperoleh pada PRK ini meningkat empat kali ganda berbanding majoriti yang diraih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 iaitu 5,166 undi. Berdasarkan keputusan itu, BN menang di kesemua 20 pusat daerah mengundi (PDM). Kiraan turut membabitkan undi awal yang berlangsung Selasa lalu membabitkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, serta polis. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengeluarkan 607 undi pos pada 15 September lalu dengan peratusan keluar mengundi bagi PRK ini adalah 53.84 peratus, berbanding 57.34 peratus pada PRN lalu. PRK Dun Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. Sharifah Azizah yang mewakili BN sebelum ini memenangi kerusi berkenaan menerusi saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan. Ini adalah PRK keempat tahun ini, selepas PRK Dun Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK Dun Sungai Bakap, Pulau Pinang dan PRK Dun Nenggiri di Kelantan. |
Remaja OKU dihanyutkan arus deras ditemukan lemas, ibu masih hilang | 1,727,519,790 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138663/remaja-oku-dihanyutkan-arus-deras-ditemukan-lemas-ibu-masih-hilang | Zuliaty Zulkiffli | 281 | 2024-09-28 10:36:30 | 2024-09-28T18:36:30 | Padang Terap: Remaja orang kurang upaya (OKU) pembelajaran yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung Kanan, di sini, ditemui lemas hari ini.Mayat Muhammad Rosman Rohadi, 19, ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang melakukan pencarian kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan arus deras, pagi tadi.Ketua Zon 1, JBPM Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mayat ditemui jam 5.35 petang ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan lebih 10 jam dilakukan di lokasi.Beliau berkata, mayat mangsa dipercayai tersangkut pada pelepah kelapa sawit di dasar kawasan banjir."Bagaimanapun setakat jam 6 petang hari ini, operasi SAR mencari ibu mangsa, Salmah Mat Zain, 46, masih diteruskan," katanya ketika ditemui media di lokasi pencarian.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, penemuan sepasang selipar wanita dan sebelah selipar lelaki dipercayai menjadi petunjuk baharu untuk membantu operasi diteruskan.Beliau berkata, penemuan selipar si ibu dan si anak itu ditemui pasukan penyelamat pada jam 3 petang."Keadaan air surut membolehkan operasi pencarian diteruskan sebelum mayat remaja itu ditemui tidak lama kemudian."Operasi akan diteruskan untuk mencari si ibu di lokasi pencarian sehingga jam 7 petang hari ini," katanya.Mulkiaman berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.Media sebelum ini melaporkan, dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini, hari ini.Kedua-dua mangsa, Muhammad Rosman Rohadi, 19, dan ibunya, Salmah Mat Zain, 46, yang dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras di kawasan kampung yang dilanda banjir itu.Kedua beranak itu dipercayai dihanyutkan arus deras selepas pulang dari membeli nasi lemak. |
Terkini: Keputusan PRK Mahkota | 1,727,518,961 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138661/terkini-keputusan-prk-mahkota | Mohamad Fahd Rahmat dan Alias Abd Rani | 646 | 2024-09-28 10:22:41 | 2024-09-28T18:22:41 | 9.00 malam: [RASMI] Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Dun Mahkota, Azurawati Wahid mengumumkan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 20,648 undi. Beliau yang meraih 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan atau Coach Haizan yang memperoleh 7,347 undi. Pengumuman keputusan rasmi itu dibuat selepas proses penjumlahan undi membabitkan 109 saluran selesai di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.8.00 malam: [Tidak Rasmi] Kluang: Semua 121 saluran selesai pengiraan dan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh 27,941 undi, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang berkongsi di Facebook turut memaklumkan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar memperoleh 7,332 undi, ketinggalan dengan majoriti 20,609 undi. Ia sekali gus menunjukkan BN menang bergaya dan berjaya mempertahankan kerusi Dun Mahkota. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN, menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.7.50 malam: [Tidak Rasmi] Syed Hussien Syed Abdullah (BN) - 27,647 undi.Mohamad Haizan Jaafar (PN) - 7,279 undi. 120 daripada 121 saluran selesai pengiraan undi.7.30 malam: Kluang: Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi menang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota selepas memperoleh majoriti 17,673 undi. Calon parti itu, Syed Hussien Syed Abdullah meraih 23,683 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 6,010 undi hasil kiraan undi 121 saluran. Timbalan Pengarah PRK Dun Mahkota BN, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan kemenangan itu sebagai suatu yang amat manis, hasil kerja keras dan kegigihan jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) "Majoriti setakat ini cukup besar dan menjadikan kita tawaduk dan semoga kemenangan ini menjadikan calon kita akan gigih membantu rakyat di kawasan Mahkota," katanya di Command Centre BN di sini, sebentar tadi. Ahmad turut berpantun, "Pergi Kluang cari berita, kisah minuman kopi muhibah, kita berjuang di Mahkota, agar pembangunan makin bertambah," katanya.7.21 malam: [Tidak Rasmi] Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi di Facebook bahawa BN berjaya melepasi garis minimum apabila mendapat 19,463 undi daripada 83 saluran, dengan majoriti 14,509.7.16 malam: [Tidak Rasmi] BN hampir mengekalkan penguasaan di Dun Mahkota apabila mendahului dengan 13,103 undi hasil kiraan 79 daripada 121 saluran pusat undi - BN (17,585 undi) / PN (4,482 undi)Kluang: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini sehingga 20 pusat pengundian ditutup pada 6 petang tadi. Rata-rata pengundi mengambil peluang untuk keluar mengundi awal bagi mengelak kesulitan, memandangkan cuaca tidak menentu dan kerap hujan di sebelah petang. Menepati ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), bandar Kluang mulai hujan pada 4.20 petang selepas cuaca baik pada sebelah pagi. Tinjauan mendapati, kebanyakan pengundi mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang menunaikan tanggungjawab, namun proses pengundian semakin perlahan menjelang dua jam sebelum pusat mengundi ditutup susulan hujan lebat. Ketika ini proses pengiraan undi berlangsung di pusat pengundian masing-masing, sebelum peti undi itu dibawa ke pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini. PRK Dun Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.6 petang: 20 Pusat Pengundian ditutup Kluang: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota berakhir selepas kesemua 20 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi, ditutup secara rasmi pada 6 petang tadi. Sejurus itu, proses pengiraan undi dilakukan di pusat mengundi masing-masing, diikuti penjumlahan undi daripada 109 saluran itu yang akan dilaksana di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini. Keputusan dijangka seawal 9 malam. Sebelum itu, 20 pusat mengundi dibuka serentak untuk memberi ruang kepada 61,274 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu kawasan itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi bagi PRK Dun Mahkota adalah 41.16 peratus sehingga 4 petang. PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar. Hari undi awal bagi PRK berkenaan berlangsung pada Selasa lalu, membabitkan 4,437 tentera dan pasangan serta polis. |
Siapa cabut papan tanda pasar Ikhwan di Putrajaya? | 1,727,510,609 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138627/siapa-cabut-papan-tanda-pasar-ikhwan-di-putrajaya | Ahmad Hasbi dan Samadi Ahmad | 369 | 2024-09-28 08:03:29 | 2024-09-28T16:03:29 | Seremban: Dua daripada enam premis milik GISB Holding (GISBH) membabitkan kedai runcit dan restoran di Garden Homes, Seremban 2, di sini, didapati menurunkan papan tanda perniagaan mereka. Malah, tinjauan mendapati restoran berkenaan menampal satu salinan laporan polis yang mendakwa perniagaan mereka tidak mempunyai kaitan dengan GISBH. Selain itu, kedua-dua papan tanda berkenaan dibiarkan di awning premis berkenaan selepas operasi sitaan dijalankan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada Selasa lalu. Beberapa peniaga di kawasan berkenaan mendakwa tidak ternampak sebarang kerja menurunkan papan tanda terbabit, namun ia disedari sudah tiada pada Rabu lalu. Dalam pada itu, laporan polis yang ditampal pada pintu premis dipercayai dibuat pemiliknya menyatakan laporan itu dibuat selepas pemilik akaun Facebook Pukas Malaysia menyatakan setiap premis menggunakan perkataan Ikhwan menggunakan air berkat untuk menarik pelanggan. Berdasarkan laporan itu, kedai Ikhwan mempunyai pemilik yang berbeza dan restoran mereka tidak mempunyai kaitan dengan syarikat yang didakwa. "Disebabkan kedai kami menggunakan perkataan Ikhwan, sedikit sebanyak mendatangkan kesan terhadap perniagaan kami. "Ini kerana masyarakat beranggapan semua kedai bernama Ikhwan adalah sama dan dengan ini saya ingin menafikan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap kedai kami," katanya. Antara aktiviti perniagaan lain dijalankan di kawasan berkenaan adalah kedai runcit, kedai cendol, bakeri dan warung menjual kuih yang sudah tidak beroperasi sejak 18 September. Sementara itu, wakil MBS memaklumkan pihaknya tidak pernah menurunkan mana-mana papan perniagaan milik syarikat berkenaan termasuk ketika operasi pada Selasa lalu. Media pada 24 September lalu melaporkan, MBS menyita peralatan berniaga di beberapa premis perniagaan milik GISB Holdings (GISBH) di Garden Homes. Tindakan susulan premis perniagaan berkenaan antara lain didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan dan membina struktur tambahan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT). Sementara itu di Putrajaya, sebuah premis perniagaan milik GISBH di Jalan Diplomatik, di sini, didapati sudah menanggalkan papan tanda di premis yang mempamerkan nama serta logo syarikat. Tinjauan ke kawasan itu mendapati tiga premis lain yang ditutup operasi adalah Ikhwan Bakery, Ikhwan Mart dan Ikhwan Delights masih menggunakan logo syarikat berkenaan. Sementara tinjauan di perkarangan luar Ikhwan Cafe mendapati perkakasan perniagaan seperti kerusi dan meja masih terdapat di situ. Sementara itu pihak berkuasa tempatan (PBT) Perbadanan Putrajaya (PPj) yang dihubungi bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung status premis yang digunakan samada mempunyai lesen yang sah tidak dapat memberikan sebarang respon. |
Warga Australia antara 4 isteri, tiga anak Ahli Lembaga Pengarah GISBH direman 7 hari | 1,727,503,151 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138579/warga-australia-antara-4-isteri-tiga-anak-ahli-lembaga-pengarah-gisbh-direman | Norzamira Che Noh | 329 | 2024-09-28 05:59:11 | 2024-09-28T13:59:11 | Shah Alam: Wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak.Perintah reman sehingga Jumaat depan itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.Peguam Rosli Kamaruddin berkata, individu itu terdiri daripada enam wanita termasuk warga asing dan seorang lelaki berusia 18 hingga 55 tahun."Kesemua mereka termasuk empat isteri ahli lembaga pengarah itu ditahan polis di sekitar Rawang malam tadi."Mereka dibenarkan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 Oktober depan," katanya ketika ditemui pemberita. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022. Terdahulu, kesemua individu itu tiba dengan menaiki van polis dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kira-kira jam 9.30 pagi.Mereka dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.Sementara itu, di mahkamah sama, 10 individu yang mempunyai kaitan dengan GISBH dilanjutkan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak.Perintah reman antara empat hingga tujuh hari itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid terhadap lapan lelaki dan dua wanita berusia 22 hingga 53 tahun. Peguam Shalehuddin Salam berkata kesemua 10 individu berkenaan direman selama seminggu sebelum ini dan tempohnya tamat hari ini."Tempoh reman mereka disambung lagi antaranya sehingga 5 Oktober depan bagi membantu siasatan," katanya. Katanya, siasatan antaranya dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022. Terdahulu, kesemua individu yang berpakaian lokap jingga itu tiba dengan menaiki trak polis dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kira-kira pukul 9.35 pagi.Mereka dibawa untuk tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.Media sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan terbaharu daripada individu yang didakwa menjadi mangsa buruh paksa GISBH.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor memaklumkan mereka yang berusia 14 tahun hingga 20-an itu membabitkan kes yang berlaku sejak 2013 di Selangor, Sarawak dan Kedah. |
Anak cuba tarik ibu yang berpaut di pokok getah sebelum keduanya hanyut | 1,727,496,868 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138499/anak-cuba-tarik-ibu-yang-berpaut-di-pokok-getah-sebelum-keduanya-hanyut | Zuliaty Zulkiffli | 377 | 2024-09-28 04:14:28 | 2024-09-28T12:14:28 | Padang Terap: "Penduduk kampung sudah panggil dua beranak itu supaya jangan redah banjir sebab arus sungai sangat deras tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan."Saya nampak si ibu sempat berpaut pada pokok getah sebelum anaknya berpatah balik untuk mengambil ibunya, tetapi kedua-duanya hanyut," kata Mohd Amir Mohd Sougelail, 28.Mohd Amir menyaksikan kejadian dua beranak, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dan ibunya, Salmah Mohd Zain, 46, yang dihanyutkan air ketika cuba meredah banjir.Katanya, orang kampung cuba memanggil mereka dan wanita itu ada menyahut beberapa kali sebelum senyap."Air sangat deras Sungai Padang Terap yang melimpah akibat hujan lebat malam tadi," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.Kejadian itu dipercayai berlaku ketika dua beranak itu dipercayai baru pulang membeli nasi lemak dan menaiki motosikal menggunakan jalan jauh iaitu sejauh lebih tiga kilometer (km) susulan jalan utama ke rumah mereka terputus kerana dinaiki air.Mereka kemudian meletakkan motosikal di rumah seorang penduduk dan meredah air di laluan mini tar yang ditenggelami air sehingga paras dada orang dewasa untuk pulang ke rumah.Laluan mini tar itu lebih dekat iaitu kira-kira satu km ke rumah mereka.Muhammad Rosman adalah orang kurang upaya (OKU) lembam dan dia tinggal berdua bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan, di sini.Dalam pada itu, seorang lagi saksi, Mohd Sofi Rhazalee, 39, berkata, ketika kejadian dia menyaksikan sendiri kejadian dua beranak itu dihanyutkan arus deras banjir Kampung Tanjung Kiri.Katanya, ketika itu dia baru baru pulang dari beli makan pagi, sebaik tiba ternampak mangsa sedang berpaut di pokok getah."Saya menjerit minta mereka berpatah balik bagaimanapun ibunya yang berpaut pada pokok getah terlepas dan anaknya pula cuba menarik ibunya."Selepas itu mereka terkapai-kapai kami cuba memanggil namun tak ada tindak balas dan terus dibawa arus," katanya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dilakukan di lokasi sehingga jam 11.45 pagi ini.Beliau berkata, operasi SAR ini membabitkan seramai 18 anggota dari BBP Kuala Nerang dan dibantu BBP Pokok Sena bersama agensi lain termasuk polis serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung."Operasi SAR ini menggunakan tiga buat bot aluminium dan pencarian dilakukan di sekitar kawasan mangsa dihanyutkan air deras."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan Jitra dalam perjalanan ke lokasi untuk membantu pencarian ini," katanya di lokasi kejadian. |
Telefon Kuala Pilah RM400! | 1,727,496,050 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138495/telefon-kuala-pilah-rm400 | Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hasbi Sidek | 509 | 2024-09-28 04:00:50 | 2024-09-28T12:00:50 | Kuala Pilah: Kaut keuntungan lumayan melalui aktiviti penipuan menjual telefon pintar 'cap ayam' mudah rosak di laman e-dagang. Itu antara kegiatan sindiket yang dikesan menyeludup telefon pintar lama atau rosak dari China sebelum dijual untuk pasaran tempatan. Sumber berkata, kegiatan itu dibongkar susulan serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama wakil pemilik cap dagang di sebuah premis di sini, semalam. "Hasil serbuan dan pemeriksaan dilakukan menemui lebih 400 unit telefon pintar yang diragui ketulenannya selain aksesori tambahan termasuk pengecas telefon pintar. "Siasatan mendapati sindiket menggunakan modus operandi membawa masuk telefon terpakai atau rosak dari China. Telefon pintar ini kemudian akan dibaik pulih hingga kelihatan seperti produk baharu. "Telefon pintar itu akan di format semula dan dikekalkan nombor identifikasi setiap telefon pintar atau IMEI. Telefon pintar ini kemudian akan dimasukkan ke dalam kotak berlabel menampakkan ia seolah-olah telefon pintar baharu," katanya. Menurutnya, suspek kemudian akan menawarkan telefon pintar ini melalui laman e-dagang pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. "Mangsa hanya menyedari ditipu apabila telefon pintar dibeli itu rosak hanya beberapa bulan selepas digunakan. Mangsa gagal mendapat ganti rugi berikutan ia tidak dilindungi jaminan dari pengedar sah. "Telefon bimbit ini dijual pada harga bawah RM400 berbanding harga asalnya sekitar RM1,000 seunit. "Kes disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019," jelasnya. Sementara itu, Ketua Cawangan KPDN Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, operasi dijalankan hasil aduan daripada pihak pemilik cap dagang sendiri selepas syarikat mengesyaki berlaku kesalahan berkaitan barang tiruan. "Malah, pemilik cap dagang juga melakukan pemantauan sendiri bagi memastikan penjual berkenaan memang melakukan urusan jual beli menggunakan jenama mereka. "Pihak kami mendapatkan waran dan melakukan serbuan. Sebenarnya KPDN Cawangan Kuala Pilah agak terkejut kerana kegiatan ini berlaku di daerah ini. Mungkin atas faktor mereka menjalankannya secara atas talian," katanya yang mengesahkan serbuan itu. Januari lalu, KPDN turut membongkar sindiket yang turut menyeludup masuk telefon pintar tiruan membabitkan pelbagai jenama terkemuka sebelum menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran penjualan. Rata-rata mangsa tidak menyedari ditipu sindiket yang menyasarkan mangsa dalam kalangan 'orang kampung' berikutan telefon pintar dijual disertakan kotak dan pelekat Sirim. Berdasarkan operasi KPDN di beberapa premis di Johor, KPDN merampas lebih 300 unit telefon pintar palsu ini membabitkan kebanyakannya model keluaran 2 tahun lalu. Selain itu, terdapat juga telefon pintar ini yang tidak mendapatkan kelulusan pensijilan Sirim terhadap produk masing-masing, sebelum dipasarkan kepada pengguna. Rata-rata mangsa yang diperdaya ini mengalami kerugian apabila telefon pintar dibeli sukar dibaik pulih selain mangsa gagal mendapat ganti rugi berikutan ia tidak dilindungi jaminan daripada pengedar sah. Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil berkata, banyak serbuan dan rampasan dilakukan pihaknya bersama pemegang cap dagang produk tulen terhadap jenayah penipuan itu. "Mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan produk tiruan yang memiliki cap dagangan berdaftar. Denda RM10,000 bagi setiap barangan tiruan dijual selain penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Itu hukuman berat menanti individu menjual atau mengedar barangan tiruan," katanya. |
Ibu dan anak dikhuatiri lemas, dihanyutkan arus deras akibat banjir | 1,727,491,763 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138467/ibu-dan-anak-dikhuatiri-lemas-dihanyutkan-arus-deras-akibat-banjir | Zuliaty Zulkiffli | 203 | 2024-09-28 02:49:23 | 2024-09-28T10:49:23 | Padang Terap: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini, hari ini.Mangsa, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dan ibunya, Salmah Md Zain, 48, yang dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Aminuddin Mad Khozari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 pagi.Beliau berkata, seramai 12 anggota dari BBP Kuala Nerang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Faizal Che Mie tiba di lokasi tidak lama kemudian."Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan dua mangsa dihanyutkan air deras akibat banjir kilat."Tindakan yang dilakukan adalah dengan melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan bot aluminium," katanya dalam kenyataan hari ini.Aminuddin berkata, maklumat berkaitan mangsa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Media sebelum ini melaporkan, beberapa lokasi di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam yang melanda, malam tadi.Berikutan itu, pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Daerah (APM) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang melakukan tinjauan di lokasi yang terjejas dinaiki air dan membantu memindahkan mangsa ke tempat selamat. |
Ratusan GRO ditahan, tip cecah enam angka | 1,727,483,528 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138441/ratusan-gro-ditahan-tip-cecah-enam-angka | Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil | 411 | 2024-09-28 00:32:08 | 2024-09-28T08:32:08 | Kuala Lumpur: Kelab malam tawar tip mencecah enam angka berdasarkan kalungan tip bernilai RM100,000 yang ditemui dalam serbuan Ops Gegar di premis hiburan yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, di sini semalam. Difahamkan, kalungan itu adalah jumlah tip yang diberikan kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) oleh pelanggan di pusat hiburan yang baru beroperasi selama dua bulan itu. Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi 11.45 malam itu mendapati terdapat kalungan dengan nilai tip bermula serendah RM100, RM300, RM500, RM1,000; RM5,000; RM10,000; dan paling tinggi RM100,000. Ketika serbuan dijalankan ratusan wanita warga asing dipercayai GRO sedang asyik melayan pelanggan cuba melarikan diri sehingga suasana bertukar kecoh namun cubaan mereka untuk meloloskan diri berjaya dipatahkan. Pelbagai helah digunakan wanita warga asing terbabit bagi mengelak daripada diberkas antaranya menyorok di bawah meja, almari, di dalam laluan-laluan sempit dan di bawah pentas. Malah kira-kira 10 wanita warga asing dipercayai GRO sanggup berasak-asak menyorok di dalam sebuah stor kecil yang berkunci selama hampir satu jam operasi berjalan bagi mengelak daripada ditahan. Serbuan itu dijalankan pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur susulan aduan awam berikutan kurang senang dengan aktiviti hiburan hingga awal pagi yang mengganggu masyarakat setempat. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata seramai 136 wanita warga asing ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan. Menurutnya, berdasarkan risikan selama dua minggu dan siasatan pihaknya mendapati premis yang baru beroperasi selama dua bulan berkenaan menyajikan gadis-gadis dari negara jiran terutama warga Thailand sebagai 'pelaris'. "Kelab ini baru sahaja dibuka, kita percaya mereka baru beroperasi dua bulan malah masih menjalani kerja ubahsuai berdasarkan beberapa bilik yang masih dalam proses pembinaan dipercayai untuk dijadikan KTV (karaoke). "Antara wanita yang ditahan ada menggunakan Pas Pasangan tetapi bila ditanya mana suami mereka tidak boleh jawab. "Di sini setiap kalungan itu ada harga (tip), kami juga tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti seksual yang ditawarkan," katanya pada sidang media di lokasi, di sini awal pagi hari ini. Menurutnya, keseluruhannya seramai 350 individu diperiksa dalam serbuan itu terdiri daripada pengunjung, penyelia, pekerja warga asing dan tempatan. Katanya, kesemua individu berusia lingkungan 21 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1969/63. "Warga asing ditahan terdiri daripada satu lelaki dan 113 wanita warga Thailand, wanita Vietnam (12), wanita Laos (1), wanita Filipina (1) dan lelaki Bangladesh (27). "Turut ditahan lima warga tempatan antaranya majikan, penyelia dan penjaga premis," katanya. Turut hadir sebagai pemerhati operasi adalah sekumpulan pegawai daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). |
Gundah Long 'Rambo' | 1,727,481,675 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138433/gundah-long-rambo | BERNAMA | 1,450 | 2024-09-28 00:01:15 | 2024-09-28T08:01:15 | Kuala Lumpur: Perasaan bimbang dan sedih jelas terpancar di wajah lelaki yang menjadi penunjuk jejak untuk saya meninjau kawasan bukit dan sungai berhampiran kampungnya. Dengan sebilah parang yang digelar 'isterinya' terselit di pinggang, dia melemparkan pandangan ke arah bukit berdekatan kampungnya, Kampung Orang Asli Sungai Tonggang yang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Kinta, Perak. Gambar yang dirakam satelit Google Earth pada 16 Februari 2024 menunjukkan kawasan itu penuh dengan pokok dan tumbuhan. Kini, bahagian atas bukit itu sudah gondol, ditarah menjadi lereng, mendedahkan tanah berwarna kuning. Di kaki bukit itulah terdapat Sungai Semat yang tampak lebih sebagai anak sungai. Lebarnya sekitar satu meter dan mengalir terus ke Sungai Kinta, salah satu sungai utama di Perak. Pada waktu tengah hari bulan Jun itu, jelas kelihatan kawasan tebingnya tiada tumbuhan, kecuali sedikit belukar. Penduduk kampung berkenaan terdiri daripada suku kaum Temiar dan sesama mereka berkata, kerajaan negeri membuka kawasan itu untuk petani bebas atau pekebun kecil untuk menanam pokok durian. Semua cakap-cakap itu tidaklah merungsingkan penunjuk jejak, Long 'Rambo' Kamaruddin, 64, berbanding kebimbangannya melihat bukit yang gondol dan keadaan tebing sungai. Dia memberitahu, dengan ketiadaan zon penampan sungai, sudah terdapat tanda-tanda sungai itu akan tercemar semula. "Hari itu ada sedikit hujan dan air sungai menjadi keruh. Hujan sekejap itu hari, air dah keruh dah. Macam air susu tak cukup teh. Tapi ini susu terus, takde teh. Itu belum hujan lebat lagi, tau, " katanya, tangannya memegang secawan teh susu. Meskipun Sungai Semat tidaklah mengancam teruk Sungai Seno'oi, sungai utama yang menjadi nadi utama masyarakat Orang Asli di Kampung Tonggang, Long tidak suka melihat kesan akibat kawasan hutan yang ditebang. Sungai yang seakan 'air susu' bermakna sekali lagi ikan dan serangga akan pupus, seperti apa yang berlaku lebih dua dekad lalu, apabila kegiatan pembalakan dijalankan di kawasan hulu sungai kampung itu. Long betah hidup di hutan daripada di dalam rumah dan dia langsung tidak mempunyai telefon bimbit. Apa yang berlaku seolah-olah kehidupannya terperangkap antara hutan dan sungai. "Kami tebang untuk ladang kan, jauh dari tepi sungai. Nak tanam ubi ke, nak tanam apa, kami tak tebang tepi sungai," katanya. Namun, dalam pertarungan antara mata pencarian dan alam sekitar, wang dan kuasanya, selalu akan menang. Ada juga Orang Asli yang terlibat dalam penebangan pokok di atas bukit. Buat kerja itu, mereka boleh dapat sekitar RM3,000 yang mungkin dua kali ganda lagi banyak daripada buat kerja di tempat lain. "Apa nak buat? Nak cari makan," katanya, sambil mengeluh. Selain menjadi sumber air minuman, sungai mempunyai makna yang besar untuk penduduk negeri Perak. Sumber alam semula jadi ini memainkan peranan penting dalam sejarah dan budaya di negeri itu. Di sungailah Residen British yang pertama, sebelum British menjajah negeri-negeri Melayu, menemui ajalnya. Untuk Istiadat Bersiram Tabal Sultan Perak, air diambil daripada tujuh kuala sekitar Sungai Perak. Pada masa ini, sungai-sungai di Perak adalah antara yang paling bersih di negara ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak melaporkan pada 2 April 2024, sebanyak 56 daripada 68 sungai di Perak diklasifikasikan sama ada Kelas Satu, yang bermakna sungai-sungai itu memerlukan sedikit rawatan air dan menyokong spesies hidupan marin paling sensitif seperi ikan kelah, atau Kelas Dua, yang memerlukan rawatan air konvensional, untuk menyokong kehidupan spesies marin lain dan sesuai untuk kegiatan rekreasi. Para pakar bersetuju bahawa kebanyakan sungai di Perak, yang di sebelah timurnya terdapat Banjaran Titiwangsa, secara relatifnya berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, mereka mengingatkan bahawa sesetengah tindakan melibatkan sungai-sungai di Perak, seperti kegiatan menebang hutan tanpa kawalan serta kegiatan menceroboh zon penampan sungai, mungkin menjadikan keadaan lebih buruk untuk masyarakat setempat, ekosistem, alam sekitar serta ekonomi. "Secara perlahan-lahan, tetapi kesudahannya, kualiti air akan menurun. Kedua-dua kualiti dan kuantiti," kata Prof (bersara) Maketab Mohamed, sebelum ini berkhidmat dengan Universiti Teknologi Malaysia. Pakar kualiti air itu memberitahu, ini kerana zon penampan mempunyai beberapa fungsi dalam mengekalkan kesihatan dan kebersihan sungai, seperti mengawal larian air tanah, dengan memperlahankannya, ia menyekat berlakunya hakisan tanah. Ia juga menapis pencemar daripada larian air tanah sebelum air masuk ke dalam sungai. Beliau menambah, satu lagi fungsi zon penampan sungai ialah ia menyediakan habitat mini untuk hidupan liar, "dari serangga kepada burung kepada mamalia." Di sebalik kepentingan itu, pencerobohan ke atas zon penampan sungai sering kali menjadi aspek yang 'terlepas pandang' dalam mengekalkan kebersihan sungai. Terdapat beberapa undang-undang yang menangani isu zon penampan sungai di Malaysia. Sebagai contoh, Akta Air 1920 yang digubal lebih 100 tahun lalu, ada menyebut tebing sungai tetapi bukan zon penampan, secara khusus. Hukuman untuk menceroboh tebing sungai antara RM500 hingga RM1,000, bergantung kepada bentuk kesalahan. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang terletak di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), mempunyai garis panduan berapa luas sepatutnya zon penampan. Seperti garis panduan, keluasan zon penampan seharusnya kira-kira lebar sungai di kedua-dua bahagian, kepada lebar maksimum 50 meter. Bagaimanapun, JPS mempunyai kurang kuasa penguatkuasaan, kerana tebing sungai, dianggap berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Tahun lalu, Persidangan Dewan Negeri Perak meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) 2023, yang memberikan kuasa kepada kerajaan negeri memperuntukkan tanah bagi zon penampan sungai serta mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah, sehingga kepada sebanyak RM300,000 dan / atau tidak lebih daripada lima tahun penjara. Kesalahan termasuk tidak mengambil sebarang tindakan untuk mencegah larian air tanah, endapan atau pencemar, daripada memasuki sungai. Di bahagian hilir sungai di mana Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Bandar, terdapat beberapa buah kebun kecil kelapa sawit di sepanjang sungai. Bernama menaiki bot untuk menelusuri sepanjang sungai, meninjau kegiatan pertanian, kebanyakannya di bahagian timur Sungai Kinta. Kebanyakan pekebun kecil menanam kelapa sawit, ada yang sehingga di tebing sungai. Terdapat beberapa batang pokok kelapa sawit yang tumbang ke dalam sungai, akibat hakisan sungai. Ada juga yang hampir-hampir hendak tumbang. Meskipun kedua bahagian tebing sungai dipenuhi kehijauan, anggota Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Ahmad Nizar Kamaruddin berkata, hanya satu tebing mempunyai kehijauan yang betul. "Zon penampan ni, kita dah teroka. Pokok-pokok kita tebang dan kita tanam pokok sawit ke apa ke pokok, jadi bukan pokok asal. Ni tanah dah tak selamat, kawasan tu dah tak selamat. Itu punca rebak atau runtuh tu," katanya. Beliau menambah, syarikat perladangan besar jarang menceroboh zon penampan sungai kerana mereka mempunyai sumber untuk menampung kerugian tanah seluas sekitar 50 meter sepanjang sungai. Bagaimanapun, petani dan pekebun kecil tidak mempunyai kemampuan itu, dan itu sebabnya mereka akan menggunakan setiap inci tanah yang boleh, untuk memaksimumkan keuntungan. Setakat ini, tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas petani-petani itu.Alasan utamanya kerana tidak adil untuk pekebun kecil dan petani perseorangan yang akan teruk terjejas mata pencarian mereka sekiranya kerajaan berkehendakkan mereka mencabut pokok, yang kebanyakannya masih berbuah. Mereka juga perlu membayar untuk kawasan zon penampan ditanam dengan tumbuhan yang sering terdapat di tebing sungai. Satu perkara lagi, tiada peruntukan bagi membayar pampasan kepada pekebun kecil untuk menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk mewujudkan zon penampan sungai, demikian menurut Adzmi Hassan, Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH). "Jika kerajaan hendak mengambil alih tanah itu hanya untuk mewujudkan zon penampan, sebetulnya tidak perlu membayar pampasan. Tetapi untuk pekebun kecil, apa pun yang mereka fikir tentang perkara itu, mereka perlu diberi pampasan," katanya. Menurut laporan Institut Yusof Ishak ISEAS 2020, pendapatan bulanan kebanyakan pekebun kecil adalah sebanyak kira-kira RM1,600 iaitu di bawah garisan kemiskinan Malaysia. Exco kerajaan negeri Perak Teh Kok Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau memberitahu Bernama, petani-petani perseorangan sudah sekian lama menceroboh tanah simpanan sungai. "Sebelum ini, pencerobohan mereka tidak menimbulkan isu. Tetapi kemudian ia menjadi besar. Proses penguatkuasaan mungkin mengambil sedikit masa. Kadang-kadang mereka mungkin memohon sedikit masa sehingga habis menuai hasil," katanya menerusi Zoom. "Adakalanya sebagai kerajaan, sekiranya tanah itu tidak perlu digunakan secara mendesak, kita mungkin... bukan untuk menyatakan kita akan menimbang, kerana jika kita kata begitu, orang akan teruskan kegiatan haram. Ia bergantung sama ada mendesak atau tidak, ok? Tapi kita cubalah," tambah Teh. Pokok kelapa sawit menjadi matang selepas tiga tahun ditanam dan menghasilkan buah, setiap dua minggu, sehingga 30 tahun. Sama ada mata pencarian atau tidak, pekebun kecil mungkin tidak mempunyai pilihan, tidak lama lagi. Sejak Jun 2023, Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan minyak sawit dan derivatif, sekiranya ada kaitan dengan penebangan hutan selepas tahun 2019. Adzmi dari NASH berkata, negara lain cenderung untuk mengikut langkah itu, bagi mengelakkan daripada tindakan tidak dapat memasuki pasaran EU. Pada masa ini, pensijilan minyak sawit Malaysia tidak menghukum pekebun kecil kerana tidak memenuhi peraturan zon penampan sungai. Bagaimanapun, perkara itu adalah antara keperluan alam sekitar untuk mendapat pensijilan. Wan Muqtadir Wan Abdul Fatah, Ketua Sustainability at British Standards Institution (BSI) Malaysia memberitahu, pencerobohan bukan suatu selalunya menjadi perkara utama untuk pensijilan memandangkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) bertujuan membantu pekebun kecil dalam tempoh peralihan kepada amalan mampan. "Kadang-kadang ia melibatkan pemberian masa dan sumber untuk memenuhi peraturan alam sekitar," katanya. Beliau menambah, lebih banyak latihan dan penerangan diperlukan untuk membantu pekebun-pekebun kecil memahami kepentingan amalan mampan. |
Trisha Ooi terharu, bangga | 1,727,474,431 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138381/trisha-ooi-terharu-bangga | Ridzuan Abdul Rahman | 429 | 2024-09-27 22:00:31 | 2024-09-28T06:00:31 | DUA tahun bukanlah tempoh masa yang lama. Malah jika seorang kanak-kanak, ia mungkin dalam proses bertatih dan berjalan jatuh sebelum dapat berjalan sempurna. Namun, sudah tertulis rezeki Trisha Ooi atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, yang baharu dua tahun terbabit sepenuhnya dalam lakonan apabila tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36). "Ini kali pertama saya tercalon dalam anugerah dan kali pertama juga tercalon untuk ABPBH36. Menariknya saya tercalon untuk tiga kategori iaitu Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Aktres Pembantu Filem Popular. "Perasaan saya semestinya terharu bercampur bangga dan tak sangka. Masa dapat tahu, saya rasa macam tak percaya tercalon. Malah selepas beberapa hari pengumuman, barulah saya diberitahu oleh pengurus saya. "Syukur kerana saya mula masuk industri sebagai pelakon aksi lagak ngeri, agak lama juga. Namun, dalam lakonan kiranya masih hijau dan masih belajar," katanya. Trisha berkata, kebanyakan drama yang dibintanginya bergenre cinta di mana drama pertama menggandingkannya dengan Aliff Aziz. "Kami berlakon dalam Tentang Hati Dia. Drama kedua juga genre cinta berjudul Menanti Senja menggandingkan saya dengan Johan As'ari. Dalam pada itu saya bawa juga watak antagonis dalam telefilrm Syurga Yang Tersia bergandingan dengan Niezam Zaidi. "Kesemuanya ditayangkan di TV3. Mungkin rezeki untuk ketiga-tiga projek ini buat orang kenal saya sehingga diberikan peluang dicalonkan untuk ABPBH 36 ini. TV3 banyak buka ruang untuk bakat saya dilihat di luar sana. "Saya juga ada berlakon filem antaranya Coast Guard Malaysia bawa watak antagonis dan Pagari Bulan. Kedua-duanya watak pembantu, manakala dalam Janna Endoro yang bergenre aksi saya bawa watak utama," katanya. Menurut Trisha, dia sebenarnya mengimpikan watak-watak dalam filem aksi dan bersyukur diberikan watak begitu dalam Janna Endoro. "Saya amat mengharapkan penerbit dan penonton nampak kelebihan saya bawa watak aksi. Sekarang saya terbabit dengan penggambaran drama siri premium bawakan watak aksi. "Saya belum boleh beritahu lanjut sehingga ia disiarkan menerusi platform penstriman digital iQiyi Januari depan. Moga ramai lagi orang di luar sana nampak saya, percaya dengan bakat saya dan percaya dengan apa yang boleh saya tawarkan. "Tak kisahlah berlakon untuk genre filem, drama dan apa saja. Lebih-lebih lagi genre aksi. Kalau boleh saya nak kembangkan lagi berlakon siri-siri aksi atau filem-filem aksi. "Tambahan pula, saya amat mengidolakan Tan Sri Michelle Yeoh yang dikenali dunia dengan lakonan aksinya," katanya. Mengulas peluang untuk menang dalam ABPBH36, Trisha berkata, dia bersyukur kerana terpilih sebagai Top 5 pun sudah memadai. "Untuk kategori Pelakon Pembantu Filem, saya bersaing dengan pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah dan Fasha Sandha. Itu pun saya dah rasa bersyukur dan terharu sangat. Untuk letakkan harapan menang itu, saya serahkan pada rezeki," katanya. |
MRSM Terendak paling daif - Asyraf Wajdi | 1,727,438,158 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138327/mrsm-terendak-paling-daif-asyraf-wajdi | Amir Mamat | 364 | 2024-09-27 11:55:58 | 2024-09-27T19:55:58 | Ayer Keroh: Kotor dan menjijikkan itu gambaran keadaan kemudahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang di sini.Dengan banyak kemudahan sudah rosak, kotor dan tidak boleh digunakan, keadaan itu mengejutkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang membuat lawatan segera ke situ hari ini.Ia susulan laporan mengenai 48 pelajar MRSM Terendak mengalami keracunan makanan, malam semalam.Dapur di Dewan Selera MRSM terbabit juga kotor dan menjijikkan, bilik air dan tandas rosak sehingga tidak boleh digunakan, manakala beberapa ruang pejabat juga mengalami kerosakan terus sehingga mengganggu pengoperasian pengurusan dan pentadbiran.Melihat keadaan itu, Asyraf Wajdi menyifatkan MRSM Terendak adalah pusat pendidikan di bawah MARA yang paling teruk dan daif pernah dilawatinya setakat ini."Saya melihat sendiri keadaan daif di MRSM itu. Setakat 40 MRSM yang sudah di lawati, inilah yang paling teruk pernah di tengok dan penilaian saya, MRSM Terendak ini dalam keadaan yang sangat daif dan uzur terutamanya fasiliti tertentu."Dalam konteks ini, saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk MARA memberikan keutamaan menaik taraf kemudahan asas seperti tandas termasuk ada bilik guru yang tidak boleh digunakan langsung," katanya.Beliau ditemui selepas menghadiri perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.Susulan itu, beliau mengarahkan pengurusan MRSM Terendak menyenaraikan keutamaan dalam tempoh sebulan dengan menggunakan peruntukan khas yang diluluskannya berjumlah RM400,000."Paling penting sekali tandas, bilik guru dan asrama mesti pada tahap yang baik kerana saya sudah meluluskan RM400,000 untuk tujuan penyelenggaraan kemudahan itu."Pada saya, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku di MRSM berusia 41 tahun itu yang mempunyai 663 pelajar dan saya mengambil serius perkara ini," katanya.Sementara itu, beliau berkata seramai 48 pelajar Tingkatan 1 dan 2 MRSM Terendak mengalami keracunan makanan.Katanya, kejadian itu bermula dengan lapan pelajar mengalami simptom berkenaan malam tadi."Tadi saya bersama Pejabat Kesihatan mendapati dapur masak di Dewan Selera MRSM terbabit kotor dan mempunyai najis selain keadaan dapur yang tidak terurus."Namun pihak Pejabat Kesihatan masih melakukan siasatan punca sebenar keracunan makanan berkenaan sama ada dari bahan masakan di dapur Dewan Selera itu atau pun makanan yang dibawa dari luar," katanya. |
PU Azman ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman | 1,727,418,067 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138216/pu-azman-ke-penjara-kajang-mahkamah-tolak-permohonan-tangguh-hukuman | Suraya Roslan | 267 | 2024-09-27 06:21:07 | 2024-09-27T14:21:07 | Klang: Pendakwah selebriti, PU Azman dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen, di sini, bermula hari ini selepas permohonannya menangguhkan hukuman terbabit ditolak.Hakim Noridah Adam menolak permohonan tertuduh atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 43, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan itu."Permohonan peguam untuk menangguhkan hukuman ditolak kerana tiada keadaan khas yang dikemukakan kepada mahkamah," katanya.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul 'Izzati Mohamad berkata, dalam kes ini tiada satu keistimewaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan mengambil kira kesalahan jenayah yang sudah dibuktikan.Bagaimanapun, peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman selaku pemohon berkata, anak guamnya adalah pesalah pertama dan masih berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan di mahkamah lain. Difahamkan, PU Azman masih berdepan lima lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam, satu di Mahkamah Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.Sementara itu, pasukan pembelaan PU Azman akan memfailkan rayuan berkaitan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan itu. Mohamad Zahid berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, secepat mungkin."Kami semestinya akan membuat rayuan nanti (bagi menangguh dan menggantung hukuman itu)."Kesemua proses itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi Klang ini," katanya ketika ditemui selepas prosiding di luar mahkamah. Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan terhadap Azman Syah selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.Sepanjang prosiding hari ini, tertuduh yang memakai kurta biru hanya menundukkan mukanya ketika berada di kandang tertuduh. |
2 penjenayah warga Vietnam mati ditembak selepas serang polis dengan parang | 1,727,413,375 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138196/2-penjenayah-warga-vietnam-mati-ditembak-selepas-serang-polis-dengan-parang | Audrey Dermawan | 269 | 2024-09-27 05:02:55 | 2024-09-27T13:02:55 | Nibong Tebal: Dua lelaki warga Vietnam yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun kilang, ditembak mati selepas mereka menyerang anggota polis menggunakan parang pada kejadian di Bukit Panchor, di sini, jam 3.20 pagi tadi.Terdahulu, sepasukan anggota polis terserempak dengan sebuah Proton Waja di tempat kejadian yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menghampiri kereta itu."Kereta itu dinaiki dua lelaki berusia 38 dan 39 tahun. Mereka baru keluar dari kilang berhampiran."Kami mengarahkan mereka berhenti untuk pemeriksaan sebelum kedua-duanya dengan bersenjatakan parang menyerang anggota bertugas."Kami yang tiada pilihan melepaskan empat das tembakan untuk mempertahankan diri. Kedua-dua suspek disahkan mati di lokasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Selatan, di sini.Menurut beliau, susulan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan enam kes pecah kilang di Pulau Pinang dan lima kes serupa di Kedah membabitkan kerugian RM317,700.Hamzah berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemukan dua bilah parang dan pelbagai peralatan untuk pecah masuk premis."Siasatan mendapati, kedua-dua suspek terbabit dengan jenayah pecah kilang sejak 2017 selain memiliki dokumen perjalanan diri sah."Polis sedang mengenal-pasti saki-baki suspek lain yang masih bebas," katanya,Hamzah berkata, taktik penjenayah ialah memecah masuk kilang atau pejabat yang dipercayai menyimpan wang tunai dalam kuantiti besar."Penjenayah akan mengkaji premis dijadikan sasaran sebelum memecah masuk. "Kami masih menyiasat sama ada kumpulan penjenayah ini bekerja dengan 'orang dalam' premis dijadikan sasaran," katanya.Hamzah berkata, seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala seorang lagi, enam rekod lampau.Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses selanjutnya. |
PU Azman dipenjara 24 tahun, 2 sebatan | 1,727,408,158 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138165/pu-azman-dipenjara-24-tahun-2-sebatan | Suraya Roslan | 219 | 2024-09-27 03:35:58 | 2024-09-27T11:35:58 | Klang: Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu. Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah menjatuhkan masing-masing 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi dua pertuduhan yang berjalan berasingan. Mahkamah juga menetapkan Azman Syah, 43, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman. Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu. Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022. Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan. Azman yang turut dikenali sebagai Cik Man turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.From: SR |
2 penjenayah ditembak mati ketika cuba pecah masuk kilang | 1,727,402,573 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138135/2-penjenayah-ditembak-mati-ketika-cuba-pecah-masuk-kilang | BUTV3 | 59 | 2024-09-27 02:02:53 | 2024-09-27T10:02:53 | Nibong Tebal: Dua penjenayah lelaki dipercayai cuba pecah masuk sebuah kilang di Bukit Panchor, di sini, maut ditembak awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan bertembung dengan suspek. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dijadual mengadakan sidang media berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi ini. Berita lanjut menyusul |
2 penjenayah ditembak mati ketika cuba pecah masuk kilang | 1,727,402,573 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138135/2-penjenayah-ditembak-mati-ketika-cuba-pecah-masuk-kilang | BUTV3 | 59 | 2024-09-27 02:02:53 | 2024-09-27T10:02:53 | Nibong Tebal: Dua penjenayah lelaki dipercayai cuba pecah masuk sebuah kilang di Bukit Panchor, di sini, maut ditembak awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan bertembung dengan suspek. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dijadual mengadakan sidang media berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi ini. Berita lanjut menyusul |
'Saya sangat risau' | 1,727,391,642 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138096/saya-sangat-risau | Syafil Syazwan Jefri | 595 | 2024-09-26 23:00:42 | 2024-09-27T07:00:42 | Isu pengantunan seksual atau 'sexual grooming' bukan lagi perkara baharu. Namun, ia kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat. Dengan berkembangnya media sosial, isu ini menjadi lebih parah kerana golongan pedofilia dengan mudah mengakses gambar dan video kanak-kanak bawah umur ini. Bagi ibu bapa, isu ini menimbulkan kebimbangan dan perkara itu juga turut dikongsi penyanyi yang juga ibu, Adira Suhaimi, 33."Pertama sekali, ibu sangat memainkan peranan. Macam saya, saya terbuka dengan anak dan kongsi dengan mereka apa yang boleh, apa yang tak boleh, dengan siapa yang boleh dan tak boleh."Sebagai ibu, saya sangat risau. Saya ada dua anak perempuan dan dua anak lelaki. Benda itu boleh berlaku kepada kedua-duanya," katanya. Menurut Adira, dia sentiasa berdoa anak-anaknya dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini."Saya cuma doakan anak-anak saya supaya dilindungi. Tapi, pada masa sama saya beri kesedaran, bahagian tubuh mana yang tak boleh disentuh dan sebagainya."Walaupun sesama keluarga, mesti ada batasan. Mudahnya, anak-anak kita pun sebenarnya tahu bahagian mana yang selesa dan tak selesa untuk disentuh. Kita boleh rasa juga adakah sentuhan itu ke arah mana."Kadang-kadang, pandangan pun kita boleh agak bagaimana. Semoga dijauhkan daripada benda-benda tak sepatutnya," katanya. Berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal dan hubungan baik dengan bekas suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Abang Red, Adira berkata, dia tidak menafikan bekas suaminya itu menunjukkan perkembangan positif."Seperti yang saya cakap, saya bagi peluang dan ruang untuk kami. Tapi, jika tak ada jodoh, kami okay saja sebagai kawan. Doakan yang baik-baik."Saya tak nafikan, Abang Red ada banyak kemajuan dari banyak sudut. Alhamdulillah, setakat ini dia menunjukkan komitmen yang sangat baik."Anak-anak, Alhamdulillah. Mereka tak ada tanya sebab masih kecil. Ayah mereka pun ada lagi dan masih boleh tengok. Lainlah kalau dah tak ada," katanya. Ditanya sama ada dia dan Abang Red akan kembali bersatu sebagai suami isteri, Adira selesa untuk menyerahkan perihal jodoh kepada Allah."Doakan kalau ada jodoh. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada jodoh, jadi ibu tunggal. Doa yang baik-baik saya aminkan saja. Kita cuma merancang dan yang menentukan Allah."Macam saya, saya dah rancang tapi Allah yang tentukan. Saya dan juga Abang Red walaupun dalam fasa memberi ruang, tapi, kami tak terburu-buru. "Biarkan dia capai yang dia nak, selesaikan apa yang perlu. Kalau ada jodoh, sekiranya semua dah selesai, Insya-Allah," katanya. Adira juga menegaskan dia tidak pernah mempermainkan hal nikah dan cerai kerana itu bukanlah perkara main-main."Mulut orang, saya tak boleh nak tutup. Mana yang tahu, tahu. Kalau kata nak main-main mengenai perkahwinan dan penceraian, semua orang tahu benda itu tak boleh dibuat main-main."Apa yang berlaku, itu adalah proses yang perlu saya hadapi dan tak perlu orang tahu kenapa. Cukup saya, Abang Red dan keluarga terdekat yang tahu saja," katanya. Terbaru, Adira kini bergelar duta jenama emas Miragold dan melancarkan rangkaian koleksi terbaharu menggunakan nama penuhnya, Siti Adira."Saya berterima kasih kepada Abang Red kerana sudi membantu saya dan Miragold bagi menjayakan majlis."Kami pujuk dia pun agak lama, tapi Alhamdulillah dipermudahkan dilembutkan hatinya untuk membantu," katanya. Bergelar duta, Adira menegaskan kepentingan menjadi selektif dalam memilih kerjasama agar nama baik tidak tercemar."Saya bukan nak tolak rezeki, tapi untuk kekalkan nama baik, kita kena memilih. Macam saya, saya pilih."Kita tak boleh mudah-mudah untuk ambil sahaja produk. Ia bukan mengenai wang semata-mata, tetapi tanggungjawab kita juga untuk nama kita dan produk itu."Mestilah ada produk yang saya pernah tolak. Tapi, saya anggap itu semua bukan rezeki untuk saya."Saya rasa, saya cuma berseronok dengan apa yang saya ada. Alhamdulillah, rezeki anak-anak tak pernah putus," katanya. |
Bila-bila pun laku | 1,727,389,833 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138080/bila-bila-pun-laku | Ramlah Zainal | 473 | 2024-09-26 22:30:33 | 2024-09-27T06:30:33 | Dua bintang legenda, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Hattan bakal berkongsi pentas menjayakan Night of Love And Compassion yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember nanti. Majlis makan malam itu anjuran Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA). Jamal berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang menjayakan konsert amal itu walaupun agenda seninya padat dengan konsert demi konsert ketika ini. "Saya bukan ambil saja semua tawaran yang datang, tapi lebih memilih dari segi mesej, kesesuaian masa dan soal bayaran. "Pada masa sama, saya akan pastikan sistem bunyi yang bagus dan pentas yang besar kerana kalau ada masalah ia boleh jejaskan nama kita sebagai penyanyi," katanya ketika ditemui di sidang media Makan Malam Amal: 'Night of Love And Compassion' di Shah Alam. Hadir sama, Presiden TMESA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Hattan. Ditanya sama ada dia akan menurunkan harga untuk acara amal, Jamal berkata, rata-rata penganjur yang biasa berurusan sudah tahu harga yang diletakkannya sejak dulu. "Konsert dan persembahan amal dua acara berbeza dan majlis makan malam amal ini membabitkan jualan meja dan suasana juga lebih santai. "Saya juga pernah menolak undangan 'show' yang kecil dan mesejnya tidak sesuai sebelum ini," katanya. Mengenai gandingan dengan Hattan pula, kata Jamal, ia kali kedua kerana mereka pernah berkongsi pentas ketika acara di Seremban sebelum ini. "Pada usia emas ini, stamina paling penting dan saya juga buat senaman hampir setiap hari setiap kali ada persembahan atau konsert. "Saya akan menyampaikan rangkaian lima lagu popular seperti Azura dan Akulah Penghiburmu. Selain itu, lagu duet dengan Hattan seperti Kepadamu Kekasih dan Terharu," katanya. Sementara itu, Hattan berkata, jika ada kelapangan, dia memang tidak menolak acara amal membabitkan pihak sekolah. "Saya berasal dari orang susah dulu dan tahu mengenai keperluan untuk sekolah, tapi acara amal dianjurkan kena ada tujuan yang betul. "Kalau nak bantu sebagai orang perseorangan mungkin susah sikit sebab itu saya beri sokongan pada program anjuran persatuan seperti TMESA ini," katanya yang akan menyampaikan rangkaian lapan lagu popularnya termasuk tiga lagu duet dengan Jamal. Sementara itu, mengenai pemilihan Jamal dan Hattan, kata Muhammad Nasir, dia yakin gandingan dua penyanyi legenda itu mampu untuk menarik pengunjung pada acara amal itu nanti. "Kalau hendak berniaga sekalipun kita pasti pilih produk boleh dijual di pasaran. Contohnya, Hattan dan Jamal, bila-bila masa pun laku. "Saya yakin mereka mampu menarik penonton dan tetamu juga juga tidak akan berasa rugi menonton persembahan mereka nanti," katanya. Muhammad Nasir yang juga Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf berkata, pihaknya menyasarkan kutipan RM1 juta bagi program berkenaan. "Hasil kutipan digunakan untuk pelaksanaan kegiatan kebajikan dan tajaan kepada pelajar memerlukan. "Selain memberi bantuan kepada pelajar, pihaknya juga menyalurkan sumbangan tajaan untuk pembangunan sekolah. "Kita pernah bekalkan lebih kurang 40 penyaman udara di sekolah tahun lalu. Selain itu, kita bekalkan komputer dan mengubah suai dewan sekolah untuk keselesaan pelajar," katanya. |
Abdullah Sani, Syed Yazid bersaing jawatan Presiden KLFA | 1,727,361,682 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138060/abdullah-sani-syed-yazid-bersaing-jawatan-presiden-klfa | Firdaus Hashim | 281 | 2024-09-26 14:41:22 | 2024-09-26T22:41:22 | Kuala Lumpur: Pertandingan satu lawan satu bagi merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menyaksikan calon hangat Syed Yazid Syed Omar akan ditentang Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menjelang kongres pemilihan KLFA, 12 Oktober depan.Pertembungan itu disahkan selepas tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup, petang tadi dengan semua jawatan bakal dipertandingkan apabila tiada seorang pun menang tanpa bertanding.Menurut sumber, Syed Yazid yang juga Naib Presiden KLFA sebelum ini meraih pencalonan tertinggi membabitkan 15 sokongan daripada 27 ahli gabungan persatuan itu.Manakala Abdullah Sani yang menjadi pemangku Presiden mendapat 12 sokongan, sekali gus melepasi 40 peratus syarat pencalonan bagi merebut kerusi Presiden KLFA."Untuk jawatan Presiden akan ada pertandingan selepas masing-masing berjaya mendapatkan 40 peratus sokongan, dengan Syed Yazid mendapat sokongan paling tinggi."Bagi jawatan lain akan ada pertandingan. Esok pihak sekretariat KLFA akan mengeluarkan senarai penuh calon dan pengesahan setiap pihak yang bertanding," kata sumber.Untuk jawatan Timbalan Presiden, difahamkan akan berlakunya pertembungan empat penjuru membabitkan dua calon dari kem Syed Yazid dan dua lagi mewakili kem Abdullah Sani.Tokoh korporat berjaya, Datuk Sri Wong Yeon Chai dan orang lama bola sepak tanah air, Datuk Kamarudin Hassan akan dicabar oleh pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki yang bergandingan bersama Datuk Azril Mat Drus untuk merebut dua kerusi bagi jawatan Timbalan Presiden itu.Manakala lapan calon akan bersaing untuk jawatan Naib Presiden membabitkan bekas legenda KL, Datuk Ramlan Askolani, Datuk Sham Shamrat, Mohd Iqmal Haqimie dan Nor Asyikin Jaafar yang berada di kem Syed Yazid.Sementara empat lagi nama membabitkan gabungan Senator Datuk Hishamuddin Yahya, Ibrahim Sani Asnan Mohamad, Mohd Hamidi Abu Bakar dan Azli Yusof melengkapkan 'pasukan' Abdullah Sani.Bagi jawatan anggota Exco KLFA pula, seramai 19 calon berentap bagi mengisi 10 tempat. |
'Saya terkilan, memang betul itu anak saya' | 1,727,351,459 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1138032/saya-terkilan-memang-betul-itu-anak-saya | Mary Victoria Dass | 329 | 2024-09-26 11:50:59 | 2024-09-26T19:50:59 | Mersing: "Kira-kira 11 pagi, ada orang datang ke rumah memberitahu anak saya dipijak gajah, saya terus ke lokasi (kejadian). "Sebaik tiba di sana, saya terkilan... memang betul itu anak saya," kata Yakob Md Yusof, 65, bapa kepada Mohamad Syafik, 31, yang meninggal dunia akibat dipijak gajah di Felda Tenggaroh 5 di sini, hari ini. Dia berkata, ketika itu, anaknya yang juga tukang kebun di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 5 itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat serangan gajah liar terbabit. "Ketika menemuinya, arwah sempat membuka mata seketika sebelum memejamkan mata semula," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menceritakan kejadian itu, Yakob berkata, anaknya sedang bekerja dan diserang gajah itu ketika cuba menghalau haiwan terbabit di belakang sekolah. "Ketika kejadian, anak saya dikejar gajah berkenaan sebelum dilambung ketika diserang. "Sebenarnya mereka bertiga, seorang sempat lari menyelamatkan diri manakala seorang lagi parah akibat diserang gajah itu," katanya. Yakob berkata, kehadiran gajah liar di kampung itu bukan sesuatu yang baru malah pernah berlaku sebelum ini, namun haiwan itu tidak pernah mengganggu penduduk meskipun lalu di tepi rumah mereka. "Saya reda dengan apa yang berlaku terhadap anak bongsu kami itu. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Islam Felda Tenggaroh Timur 1," katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Felda Tenggaroh Timur 1 Alias Atan berkata, isu gajah liar memasuki kampung itu memang diakui sudah lama berlaku, namun tidak disangka kali ini meragut nyawa penduduk. "Boleh dikatakan gajah liar memang selalu main di sini (kawasan kampung) dan ini baru seekor, ada banyak lagi tetapi tidak mengganggu penduduk, biasanya yang menjadi mangsa pokok sawit dan tanaman. "Kita memang pesan penduduk supaya jangan usik haiwan itu, bila berlaku kejadian seperti ini kita memang bimbang, lebih-lebih lagi berhampiran kawasan sekolah," katanya yang turut berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya. Akibat serangan gajah itu, Mohamad Syafik yang parah di leher dan dada meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2. Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, pendarahan dalam perut dan patah tulang pinggul kini dirawat di Hospital Sultan Ismail. |
1 maut, 1 cedera diserang gajah | 1,727,339,150 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137951/1-maut-1-cedera-diserang-gajah | Mary Victoria Dass | 204 | 2024-09-26 08:25:50 | 2024-09-26T16:25:50 | Johor Bahru: Seorang individu maut manakala seorang cedera akibat diserang gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Felda Tenggaroh 5, Mersing di sini, hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, K Raven Kumar berkata, pada 8.30 pagi tadi, pengurus Felda menerima maklumat terdapat gajah di kawasan belakang sekolah.Beliau berkata, pengurus berkenaan turut menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut serta memaklumkan penduduk sekitar agar tidak mengganggu atau mendekati kawasan terbabit.Katanya, bagaimanapun pada 11.30 pagi, pengurus terima panggilan mengatakan terdapat dua individu diserang dan dipijak gajah."Difahamkan seorang mangsa maut manakala seorang lagi cedera dan masih menerima rawatan di hospital akibat kejadian itu."Mereka dipercayai mendekati gajah bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu."Kami berdukacita dengan kejadian itu dan menggesa Perhilitan mengambil tindakan sesuai dengan segera bagi menangani isu gajah berkeliaran di kawasan perumahan," katanya.Beliau berkata, sebelum ini gajah juga pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh daripada lokasi kejadian.Raven berkata, menerusi pemantauan dron, gajah berkenaan didapati bergerak ke kawasan lain.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkaitan kejadian itu."Perhilitan akan mendapatkan maklumat," katanya ketika dihubungi. |
Penjenayah mati ditembak: 2 rakan diburu polis | 1,727,334,599 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137928/penjenayah-mati-ditembak-2-rakan-diburu-polis | Raja Noraina Raja Rahim | 269 | 2024-09-26 07:09:59 | 2024-09-26T15:09:59 | Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat memburu rakan kepada suspek yang mati ditembak polis di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat dua lagi suspek disyaki turut terbabit dalam kes jenayah pecah kedai di Damansara, Petaling Jaya."Kedua-dua suspek itu dalam buruan polis bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.Harian Metro terdahulu melaporkan, seorang lelaki yang juga penjenayah dikehendaki dan mempunyai 26 rekod jenayah lampau maut ditembak selepas merempuh kenderaan polis dan orang awam di Kampung Baru Kundang, Rawang.Lelaki berusia 30-an yang pernah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) itu disyaki terbabit dalam kes pecah kedai di Damansara.Dalam kejadian 1.15 pagi itu, suspek enggan memberhentikan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya lalu bertindak mengundurkan kenderaan secara laju dan merbahaya sebelum merempuh kenderaan polis serta orang awam yang berada di lokasi.Polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kenderaan suspek sehingga mengakibatkan kenderaannya terbabas.Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Susulan kejadian itu, Hussein dilaporkan berkata, polis menyelamatkan lelaki warga Indonesia yang menjadi mangsa culik suspek.Katanya, mangsa dipercayai diculik di kawasan Salak South, Cheras dan ditemui selamat ketika operasi di Kundang.Mengulas lanjut, Hussein berkata, lelaki terbabit sudah membuat laporan mengenai diculik suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, selepas diselamatkan, semalam.Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan Kontinjen Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.Polis selamatkan lelaki warga asing disyaki diculik suspek ditembak matiSangka kemalangan, rupanya penjenayah ditembakLelaki ditembak mati miliki 26 rekod lampau, pernah ditahan PocaLelaki disyaki penjenayah maut ditembak polis di Kampung Baru Kundang |
Karkas babi campur ayam | 1,727,326,522 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137863/karkas-babi-campur-ayam | Skuad Khas Harian Metro | 373 | 2024-09-26 04:55:22 | 2024-09-26T12:55:22 | Tumpat: Pindah karkas (bahagian badan) babi menggunakan perahu melintasi Sungai Golok ketika pihak berkuasa bertukar syif kawalan.Itu modus operandi sindiket yang aktif melakukan kegiatan penyeludupan karkas babi ke negara ini melalui Tak Bai, Sungai Golok dan Bukit Bunga, Thailand.Tinjauan wartawan selama dua hari di kawasan terbabit bermula dari Bukit Bunga sehingga ke Kampung Pulau Ular, di sini, mendapati kegiatan penyeludupan itu bermula dari jam 7.30 malam hingga 10 malam.Berdasarkan maklumat, waktu berkenaan didakwa adalah tempoh terbaik kerana pasukan keselamatan sempadan sedang bertukar syif.Mengambil kesempatan itu, sindiket memulakan operasi mereka dengan membawa masuk karkas babi dari pengkalan haram di kawasan Tak Bai.Karkas babi yang diseludup itu 'mendarat' di beberapa pengkalan haram antaranya di Kampung Pulau Ular, Kampung Mentua, Kasban, Gergaji, Tanjung, Jeram Perdah, Bukit Bunga, Lubuk Gong dan Tok Awang Belulang.Ia kemudian dipindahkan ke dalam lori bonded sebelum dihantar ke beberapa negeri seperti Perak, Kuala Lumpur dan Johor untuk dipasarkan.Namun wartawan difahamkan karkas babi berkenaan adakalanya dicampur dengan daging ayam bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.Ia diakui sendiri penduduk tempatan yang mendakwa tindakan sindiket penyeludupan itu tidak menjaga sensitiviti umat Islam. "Biasanya yang buat kerja (pindah barang) ini orang sini (penduduk kampung) juga, bila kita tanya dia kata bawa ayam, sedangkan kita nampak dia punggah karkas babi dari perahu."Mereka (penyeludup) ini pandai, bukan setiap hari bawa masuk (karkas babi), ada hari-hari tertentu."Kalau kawasan Bukit Bunga 'panas', mereka (sindiket penyeludupan) lari ke 'kale kubor' (Pengkalan Kubor), kalau di situ 'panas' juga mereka lari ke kawasan lain pula," katanya.Dia yang enggan mendedahkan namanya mengakui turut terbabit dengan aktiviti penyeludupan."Saya sendiri bawa masuk barang (seludup) tapi bukan bawa masuk karkas babi, ini kerja kita yang tinggal di sempadan."Tidak sanggup untuk saya bersekongkol, semata-mata untuk membawa masuk barangan (karkas babi) berkenaan," katanya.Katanya, terdapat orang tengah di kawasan Tak Bai, Bukit Bunga dan Munduk yang akan membekalkan barangan berkenaan."Jika dahulu, karkas babi ini tidak boleh dibawa masuk melalui Munduk, namun kini saya dapati terdapat aktiviti itu dilakukan melalui Munduk dan melintasi Sungai Golok ke negara ini."Kegiatan ini bukan baru, sudah lama berlaku, sudah banyak rampasan dilakukan pihak berkuasa, namun mereka ini seolah-olah dilihat kebal," katanya.Datuk Seri dalang aktiviti penyeludupan |
Ustaz Ahmad Husam didakwa guna gelaran tidak diiktiraf | 1,727,324,862 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137854/ustaz-ahmad-husam-didakwa-guna-gelaran-tidak-diiktiraf | Aizat Sharif | 320 | 2024-09-26 04:27:42 | 2024-09-26T12:27:42 | Kangar: Pendakwah selebriti, Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan menggunakan gelaran dan kehormatan yang tidak diiktiraf.Tertuduh yang berusia 34 tahun itu dan berasal dari Kodiang, Kedah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Husam didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka pada 4 Mei tahun lalu sekitar jam 11.30 pagi di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Jalan Kangar-Alor Setar di Kangar.Oleh hal demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4A (3) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21) yang dibaca bersama Seksyen 17 Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787).Kesalahan berkenaan juga boleh dihukum mengikut Seksyen 4A(6) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaam) 2016 (Enakmen A21).Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.Pendakwaan dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Perlis, Muhamad Asyraf Md Kamal dan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Jodia Poh Yi Tying manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Iman Nor Azmi dan Nur Amin Nor Azmi. Muhamad Asyraf dalam hujahannya memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM50,000 kepada tertuduh.Manakala, Nur Iman mewakili anak guamnya membantah perkara itu dan memohon jaminan minimum berikutan tertuduh hanya pengetua Maahad Tahfiz di Kedah, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta menderita sakit gout dan asma.Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin.Sebutan semula kes pula ditetapkan pada 28 Oktober hadapan dan tertuduh dikehendaki melapor diri pada balai polis yang terdekat.Tertuduh kemudian membayar jaminan yang dikenakan.Terdahulu, Ahmad Husam tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.45 pagi diiringi hampir 10 orang ahli keluarga dan penyokong.Dalam masa yang sama, tertuduh juga dilihat cuba mengelakkan diri daripada media yang menanti di perkarangan mahkamah sejak awal pagi. |
3 budak dirotan: Guru sekolah milik GISBH dipenjara 10 tahun | 1,727,324,189 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137849/3-budak-dirotan-guru-sekolah-milik-gisbh-dipenjara-10-tahun | Suraya Roslan | 357 | 2024-09-26 04:16:29 | 2024-09-26T12:16:29 | Klang: Tindakan guru sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang videonya tular merotan tiga kanak-kanak dan menekan dada salah seorangnya mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atasnya. Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik empat pertuduhan dibacakan terhadapnya.Selain itu, Muhammad Barur Rahim turut dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dan cagaran berjumlah RM10,000.Sepanjang prosiding berlangsung, lelaki itu yang memakai kemeja T merah kelihatan sugul dan menundukkan kepala dan mengakui semua fakta kes dikemukakan pendakwaan.Noridah dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan pengakuan tertuduh yang disabitkan bersalah atas semua pertuduhan itu. "Justeru, kamu (tertuduh) dijatuhi hukuman penjara masing-masing dua tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala masing-masing tiga tahun bagi pertuduhan ketiga dan keempat. "Empat hukuman itu perlu dijalankan berasingan bermula tarikh tangkapan pada 11 September lalu. "Selain itu, kamu diperintah menyempurnakan bon berkelakuan baik selama lima tahun. Jika gagal, hukuman penjara enam bulan dikenakan bagi setiap kes pertuduhan," katanya. Berdasarkan empat pertuduhan, Muhammad Barur sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun didakwa menganiaya mereka dengan merotan yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Selain itu, dia didakwa menekan dada menggunakan lutut ke atas kanak-kanak sama berusia 10 tahun. Perbuatan itu dilakukan di dua premis termasuk sebuah sekolah agama di sekitar Bukit Raja, Klang Utara di sini, antara Jun, Julai dan September 2024. Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Sebagai tambahan hukuman, tertuduh perlu menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik dalam mana-mana tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah. Dalam rayuannya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, lelaki itu memohon maaf atas tindakannya."Untuk kes ini saya benar-benar insaf dan tekad serta berazam tidak akan mengulangi kesalahan ini," katanya. Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera. Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa. |
Kerinduan 'terubat' | 1,727,308,871 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137784/kerinduan-terubat | Redzuan Muharam | 356 | 2024-09-26 00:01:11 | 2024-09-26T08:01:11 | Port Dickson: Sukar untuk Nurhidayah M.Arafa memadam kenangan dengan bapanya, M Arafa Saruddin yang sudah dijemput Ilahi, namun kerinduannya 'terubat' apabila bertemu lelaki persis bapanya, baru-baru ini.Kisah itu mendapat perhatian selepas Nurhidayah, 23, berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di TikTok menunjukkan detik pertemuan tidak sengaja dengan lelaki berkenaan.Berkongsi kisah sebenar, Nurhidayah yang bekerja sebagai koordinator acara di sebuah resort berkata, video itu dirakam ketika ditugaskan untuk menguruskan makan minum untuk acara sebuah keluarga pada Sabtu lalu."Pak cik itu adalah seorang daripada ahli keluarga berkenaan dan terserempak dengannya ketika dia lalu di depan saya untuk ambil minuman."Terkejut juga waktu itu kerana cara dia berjalan, berpakaian dan pakai jam 90 peratus sama macam abah, malah wajahnya pun ada iras abah."Saya tak sembang pun atau bertanya lebih, setakat jawab pertanyaannya mengenai kopi. Tapi jujurnya, diri memang sebak dan tahan daripada menangis kerana sedang bekerja," katanya ketika dihubungi, semalam.Menurut Nurhidayah, ia adalah kali pertama dia berjumpa dengan individu persis bapanya dan menganggap pertemuan berkenaan satu rezeki untuk mengubati kerinduannya."Abah meninggal dunia akibat sakit tua dan darah tinggi pada 16 Disember tahun lalu. Arwah abah pernah datang dalam mimpi dan kebetulan dua ke tiga hari sebelum jumpa pak cik itu pun saya mimpikan abah."Jadi, mungkin Allah SWT izinkan bertemu dengan pak cik itu kerana tahu saya sangat merindui abah dan perkongsian di TikTok pun sekadar nak luahkan perasaan, tapi tak sangka raih banyak tontonan."Tapi saya ada berhubung dengan anak pak cik berkenaan untuk minta maaf kerana kongsi video bapanya di TikTok, tapi dia okey kerana faham perasaan saya," katanya yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik.Di sebalik apa yang terjadi, Nurhidayah bersyukur kerana ramai mendoakan kesejahteraan bapanya di ruangan komen."Bila baca komen, baru saya tahu ramai senasib dan ada yang lagi sedih kisahnya kerana sudah lama tiada ayah."Jadi, saya harap perkongsian video itu dapat buka mata orang di luar sana untuk hargai, luangkan masa dengan ibu bapa selagi masih ada dan berbaik jika ada perselisihan faham supaya tak menyesal kemudian hari."Saya pun tak terlalu rapat dengan abah, tapi bersyukur kerana sempat luang masa denganny," katanya. |
Kumpul produk bakal jadi rare | 1,727,305,332 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137777/kumpul-produk-bakal-jadi-rare | Redzuan Muharam | 508 | 2024-09-25 23:02:12 | 2024-09-26T07:02:12 | Kuala Lumpur: Pencinta bekas plastik jenama Tupperware sanggup berhabis demi mendapatkan produk berkenaan, malah ada yang menyisihkan sehingga RM500 sebulan bagi membelinya. Wan Norhayati Wan Mustaffa, 38, mengaku membesar dengan Tupperware memandangkan ibunya, Siah @ Wook Ismail, juga adalah pengumpul bekas plastik berkenaan. Kata Wan Norhayati, dia mengikut jejak langkah ibunya sebagai pengumpul Tupperware sejak 12 tahun lalu. Lantaran itu, dia yang bekerja sebagai pengurus pembangunan perniagaan di sebuah syarikat dan menetap dekat Shah Alam, Selangor sanggup membelanjakan purata RM500 sebulan bagi membeli bekas plastik baharu demi menambah koleksi. "Sebut saja Tupperware, ada kalanya saya sebak kerana terkenangkan arwah emak. Boleh dikatakan, Tupperware ini ada nilai sentimental serta dekat dengan saya. "Tambahan, saya memang pengumpul tegar Tupperware hinggakan anak pun tahu yang saya dan Tupperware 'berpisah tiada'. "Malah, saya selalu pesan kepada anak supaya menjaga serta tidak menghilangkan Tupperware yang ada," katanya kepada Harian Metro. Menurut Wan Norhayati, dia bukan saja membeli malah turut menjual Tupperware. "Memang banyak koleksi di rumah cuma saya lebih gemar kumpul bekas plastik ungu dan merah jambu serta lebih tertarik hendak membeli jika ada keluaran jarang jumpa di pasaran. "Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, sudah mula menjual Tupperware kerana ada permintaan. "Bagaimanapun, bekas plastik yang saya rasakan amat bernilai, saya simpan sebagai koleksi peribadi," katanya. Seorang lagi pengumpul, Mohd Rashid Napis, 35, dari Kuala Nerus, Terengganu berkata, bukan hanya wanita malah lelaki juga mencintai bekas plastik jenama berkenaan. "Saya bukan saja gemarkan bekas plastik jenama ini malah kehidupan saya juga banyak berubah daripada pengumpul kepada menjadi penjual. "Saya bukan saja dapat memiliki koleksi diingini malah mampu menambah pendapatan," katanya yang bekerja tetap sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Menurutnya, arwah ibunya juga gemar mengumpul bekas plastik berkenaan manakala dia mula aktif mengumpul sejak lima tahun lalu sebelum turut menjualnya bermula pada 2021. "Ada yang saya beli malah ada juga yang saya dapat secara percuma. "Paling mahal yang saya beli bukan bekas plastik, tetapi penapis air yang berharga RM3,850. Ia bagi mendapat sumber air bersih berpanjangan serta kesihatan sepanjang hayat. "Untuk bekas plastik, saya suka kumpul warna hijau mint dan sejak jadi pengumpul dan penjual, baru saya faham kenapa ramai dalam kalangan suri rumah suka kerana bekasnya pelbagai jenis serta boleh bantu selesaikan masalah mereka," katanya. Seorang lagi penggemar Tupperware, Safiah Aderis, 54, yang menetap di Puncak Alam, Selangor berkata, jenama itu sudah sebati dengannya sejak hampir tiga dekad lalu kerana dia bukan sekadar pengumpul, malah sebagai punca rezeki selepas turut menjualnya sepanjang tempoh itu. Terdahulu, Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal dilaporkan memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa dan syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS. Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif. Bagaimanapun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya. |
Rock tak kenal usia | 1,727,305,299 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137775/rock-tak-kenal-usia | Syafil Syazwan Jefri | 713 | 2024-09-25 23:01:39 | 2024-09-26T07:01:39 | Usia bukanlah penghalang bagi Search untuk terus mewarnai industri muzik dengan persembahan bertenaga di pentas berskala besar. Terbukti, Search yang dianggotai Datuk Amy sebagai penyanyi, Nasir (bass), Hillary Ang dengan petikan gitar memukau dan Man Kidal yang memukau dengan gitar elektrik, berjaya menampilkan persembahan luar biasa di Konsert Search Symphonic Live in Kuala Lumpur, Sabtu lalu.Berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur, konsert ini menyaksikan Search mempersembahkan lebih 20 lagu ikonik mereka yang pernah menemani peminat setia sepanjang zaman. Apa yang menjadikan persembahan ini lebih istimewa adalah gubahan muzik yang diberi sentuhan baharu oleh penggubah muzik antarabangsa, Rie Tsuji dan disertai oleh iringan orkestra yang menghidupkan semula lagu-lagu malar segar mereka.Konsert dimulakan dengan persembahan 'overture' yang dikendalikan Datuk Mokhzani Ismail selaku konduktor bagi 27 pemuzik orkestra. Suasana seakan-akan menyaksikan skor filem Hollywood dengan susunan muzik yang memukau serta memperlihatkan kehebatan melodi yang mampu menyentuh perasaan setiap penonton. Sejurus selesai 'overture', Search menggegarkan pentas dengan lagu pembuka, Gelora Cintaku, diikuti dengan Langit & Bumi serta Nigina yang mendapat sorakan gemuruh daripada lebih 3,000 penonton yang hadir. Alunan lagu-lagu ini menghidupkan nostalgia dalam kalangan peminat, seolah-olah membawa mereka mengimbau kembali detik-detik kegemilangan Search dalam industri muzik.Amy turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya peminat yang datang dari pelbagai generasi untuk memberi sokongan kepada konsert bersejarah ini. "Banyak-banyak terima kasih kepada anda semua yang datang untuk sama-sama melayari pelayaran epik ini. Sama-sama kita berlayar. Kita akan teruskan berlayar di masa akan datang. "Terima kasih juga kepada penganjur yang memberi kepercayaan dan menjadikan ini satu perlayaran terbaharu buat kami," katanya. Selepas ucapan Amy, Search meneruskan persembahan dengan rentetan lagu hit seperti Kau Pergi, Rozana, Diari Habil Qabil, Fenomena, Isi Atau Kulit, Setelah Hujan, Meniti Titian Usang dan Gadisku. Setiap lagu yang didendangkan tidak hanya memeriahkan suasana, tetapi juga membawa setiap penonton menyusuri zaman keemasan Search. Kehadiran orkestra yang mengiringi persembahan ini menambah dimensi baharu terhadap setiap lagu, menjadikan pengalaman menonton lebih unik dan mendalam.Meskipun usia Amy kini mencecah 66 tahun, dia membuktikan bahawa semangat rock tidak mengenal usia. Kehebatannya di pentas bagaikan 'menipu' realiti, apabila tenaga yang ditampilkan sama sekali tidak pudar, malah terus membara. Peminat juga seakan-akan terbuai dengan persembahan energetik Amy, seolah-olah dia masih berada di puncak karier muziknya.Antara detik paling menggamit jiwa adalah apabila Amy melantunkan lagu-lagu penuh emosi seperti Kejora, Ying & Yang dan Pelesit Kota yang diiringi dengan sorakan dan tepukan tidak henti daripada penonton. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kemuncak konsert ini adalah apabila lagu-lagu ikonik Isabella dan Fantasia Bulan Madu didendangkan, mencetuskan sorakan penuh histeria daripada ribuan peminat yang tidak pernah melupakan dua lagu berhantu ini.Sebelum konsert berakhir, Search menghadiahkan peminat dengan persembahan lagu Mentari Merah di Ufuk Timur yang diikuti dengan Bencana. Lagu-lagu ini membawa penonton ke satu dimensi lain, di mana melodi yang mendalam dan lirik yang penuh makna bergema di seluruh dewan. Namun, suasana terus meriah apabila Gothik Malam Edan dan Pawana dimainkan. Setiap notasi gitar dan rentak dram menambah keghairahan penonton, seolah-olah Search berjaya membangkitkan api semangat yang tidak pernah padam dalam kalangan mereka. Walaupun konsert hampir berakhir, peminat tidak puas dan terus bersorak mahukan lebih. Tidak mahu menghampakan jiwa-jiwa yang dahagakan persembahan mereka, Search akhirnya menutup malam yang penuh magis ini dengan persembahan luar biasa lagu Tiada Lagi, yang diberi susunan muzik baharu, sekali gus menyuntik nafas segar kepada lagu malar segar ini.Konsert Search Symphonic Live in Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah persembahan biasa. Ia satu penanda aras yang mengingatkan kita bahawa kumpulan generasi otai masih mampu memberikan yang terbaik, asalkan persiapan dan dedikasi mereka setanding dengan semangat yang mereka semai selama ini. Search membuktikan bahawa usia bukanlah batasan, dan dengan perancangan yang rapi, mereka mampu mengekalkan standard yang tinggi dalam setiap persembahan mereka.Rata-rata, penonton yang melangkah keluar dari dewan konsert membawa bersama mereka senyuman puas dan rasa bangga kerana dapat menyaksikan satu lagi persembahan bersejarah daripada kumpulan legenda ini. Malah, ramai yang berharap bahawa ini bukanlah konsert terakhir Search, dan mereka akan terus 'berlayar' di pentas seni muzik untuk masa yang akan datang.Konsert ini bukan hanya sekadar hiburan, tetapi satu pelayaran nostalgia dan bukti keutuhan Search dalam landskap muzik tanah air, sekali gus memperkukuhkan lagi status mereka sebagai kumpulan rock legenda yang tidak akan dilupakan dalam sejarah muzik Malaysia. |
Isu GISBH: Pengikut terlalu taksub, mendewakan pemimpin | 1,727,264,210 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137683/isu-gisbh-pengikut-terlalu-taksub-mendewakan-pemimpin | Skuad Khas Harian Metro | 359 | 2024-09-25 11:36:50 | 2024-09-25T19:36:50 | Kuala Lumpur : Pegangan yang dibawa pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah terlalu taksub dan mendewakan pemimpin mereka sehingga memutarkan ajaran Islam yang sebenar.Ini dapatan yang diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap siasatan GISBH yang mendapati kaedah perniagaan mereka telah dimudahcara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi mereka.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses ini mirip seperti indoktrinasi yang dipercayai menjadi nilai kehidupan yang dipercayai dianuti sepenuh hati pengikut-pengikutnya.Menurutnya, doktrin ini sangat berbahaya kepada keselamatan negara khususnya ajaran agama Islam di negara ini. "Ini kerana kebajikan serta masa depan pengikut-pengikutnya yang bergantung sepenuhnya kepada pemimpin mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, PDRM sudah memperoleh lanjutan reman bagi siasatan terhadap ahli GISBH berkait Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September ini.Beliau berkata, ia membabitkan 24 ahli termasuk individu yang memegang jawatan tertinggi GISBH. "Dalam pada itu, berdasarkan kepada keterangan diperoleh, sebanyak 34 tahanan sudah selesai menjalani tempoh reman dan akan ditangkap semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)."Seramai 126 orang tahanan dibebaskan dengan jaminan setelah selesai tempoh reman," katanya.Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata, hasil kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan ini selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967."Selain itu, PDRM turut mengesan hantaran yang dimuat baik oleh pemilik akaun Facebook Dzulkifli Salleh dengan pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=61566503936325 di dalam page Meru dan Bukit Kapar di dalam ruangan komuniti dengan pautan https://www.facebook.com/groups/519014828796481 bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak ahli GISBH yang terkesan akibat isu ini."Masyarakat dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan usaha itu yang dipercayai cubaan untuk mengambil kesempatan atas isu ini."PDRM menyeru kepada masyarakat menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan bagi kes ini kepada pihak polis," katanya.Beliau juga menasihati kepada tahanan yang dibebaskan dengan jaminan agar tampil kepada pihak polis sekiranya memerlukan sokongan kebajikan."PDRM komited untuk membawa individu yang bertanggung jawab ke muka pengadilan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan keamanan dan ketenteraman masyarakat terus terpelihara," katanya. |
8 sekolah Islam persendirian kendalian GISBH di Selangor sudah diarah tutup | 1,727,257,950 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137656/8-sekolah-islam-persendirian-kendalian-gisbh-di-selangor-sudah-diarah-tutup | Skuad Khas Harian Metro | 351 | 2024-09-25 09:52:30 | 2024-09-25T17:52:30 | Kuala Lumpur: Lapan sekolah Islam persendirian kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) diarah tutup bermula kelmarin selepas siasatan mendapati ia menyalahi peruntukan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 (EPSAI 1988). Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, hanya lapan premis yang digunakan oleh GISBH atau rangkaiannya didaftarkan sebagai sekolah Islam persendirian mengikut EPSAI 1988 di Selangor. "Jais sudah melaksanakan pemeriksaan dan siasatan ke atas semua sekolah Islam persendirian yang terbabit dan didapati sekolah itu bertindak menyalahi peruntukan EPSAI 1988. "Justeru, arahan penutupan semua sekolah Islam terbabit dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menurut Seksyen 25 EPSAI 1988 kelmarin. Tindakan pembatalan pendaftaran sekolah Islam yang masih lagi berkuat kuasa juga akan dilaksanakan tertakluk kepada EPSAI 1988," katanya dalam kenyataan hari ini. Lapan sekolah kendalian GISBH yang diarah tutup itu ialah Maahad Tahfiz Wal Ulum Al Ghazaly, Sepang; Sekolah Rendah Islam Miftahul Hikmah, Klang; Sekolah Menengah Islam Global Ikhwan (Banat), Rawang; Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 2, Puchong; Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa 1, Shah Alam; Sekolah Rendah Islam Yaqutul Fuad, Rawang; Sekolah Rendah Islam Integrasi Bustanul Ikhwani, Rawang dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Qurratul Ain, Sepang. Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan, pihaknya sudah membincangkan mengenai tindakan yang diambil dan akan dilaksanakan oleh Mais dan agensi hal ehwal Islam di Selangor berhubung perkara ini dalam mesyuarat semalam. Beliau berkata, pegawai penguat kuasa agama juga sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap individu yang dikenal pasti terbabit dengan GISBH dan rangkaiannya mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum diserahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie. "Mais akan turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang kini ditempatkan di rumah kawalan JKM. "Mais juga membuat keputusan mengambil alih pengurusan Masjid Cahaya Iman dan menutup Musolla Ikhwan di Kompleks GISBH yang kedua-duanya terletak di Bandar Country Homes, Rawang sementara siasatan berhubung dengan kesalahan jenayah termasuk jenayah syariah terhadap GISBH dan rangkaiannya selesai dilaksanakan," katanya. Katanya, satu jawatankuasa khas juga ditubuhkan Mais bersama Jais, Jabatan Mufti Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), JKM dan agensi yang berkaitan bagi menyelaras tindakan terhadap GISBH dan rangkaiannya. |
Selepas 7 tahun, isteri temui jawapan suami autistik | 1,727,247,839 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137583/selepas-7-tahun-isteri-temui-jawapan-suami-autistik | Redzuan Muharam | 613 | 2024-09-25 07:03:59 | 2024-09-25T15:03:59 | Putrajaya: Selama tujuh tahun, Noor Hasnita Rosli melayari bahtera rumah tangga dan melakukan tugas sebagai isteri tanpa tahu suami dikenali Mohamad Azhar rupanya seorang autisme. Masa lama diambil untuk Noor Hasnita, 32, mengetahui hal sebenar bukan kerana Mohamad Azhar, 33, merahsiakan hal itu tapi suaminya sendiri tidak tahu keadaan dirinya sehingga menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan dapat pengesahan doktor tahun lalu.Berkongsi kisah itu, Noor Hasnita mengakui tidak sedih mendengar berita disampaikan doktor kepadanya tetapi lega kerana akhirnya mendapat jawapan bagi persoalan yang sudah lama bermain di fikirannya."Bila dapat tahu, saya tenang cuma ambil masa berbulan juga nak terima bukan kerana keadaan suami autisme tapi sebab teringat apa dia pernah buat kepada saya dan yang saya lakukan kepadanya sebelum ini."Rasa bersalah juga kerana dulu selalu minta dia buat itu ini dan bercakap hakikatnya dia tak mampu."Waktu beritahu keadaan suami, doktor kata tak ada apa boleh dilakukan dengan autisme dewasa macam suami tapi beri dua pilihan kepada saya iaitu berpisah atau jangan merungut jika mahu terus bersama. "Tersentak juga bila doktor kata begitu sampai terfikir adakah itu yang saya minta selama ini tapi sudah tujuh tahun saya jaga dia (ketika itu) jadi mana mampu nak berpisah," katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini.Menceritakan kisahnya, Noor Hasnita berkata, dia dan suaminya berkenalan menerusi laman sosial pada 2014 sebelum bertunang tahun berikutnya dan berkahwin tanggal 27 Februari 2016.Sejak awal perkenalan lagi, Noor Hasnita sudah menyedari yang Mohamad Azhar bukan jenis banyak bercakap namun tidak fikir sampai tahap suaminya autisme. "Selepas berkenalan, saya nampak suami baik, pendiam dan ikut kata jadi sebagai perempuan saya tentunya suka. "Suami pun tak pernah cerita mengenai masalah kesihatannya dan saya tak fikir apa kerana nampak dia normal cuma pemalu serta macam introvert."Tapi selepas kahwin dan tinggal serumah, saya jadi pelik kerana suami macam tak tahu nak buat apa bila diminta dan nampak saya lebih dominan."Dalam enam tahun (perkahwinan) saya boleh bertahan lagi tapi masuk tahun ketujuh, saya dapat rasakan ada sesuatu tak kena selepas tahu dia ada blog dan setiap hari menulis tetapi bukan macam orang normal. "Selepas bincang dengan suami, dia setuju untuk ke hospital dan di situ doktor sahkan suami autisme," katanya. Menyedari keadaan suaminya yang memerlukan sokongan, Noor Hasnita cuba melatih suaminya salah satunya dengan bertutur di depan kamera. "Itu permulaan di TikTok dan lama kelamaan, timbul keinginan kongsi mengenai keadaan suami kerana nak tahu adakah saya seorang berdepan ujian itu dan daripada situ, baru saya tahu ramai di luar sana macam saya. "Alhamdulillah, ramai doakan… kecaman pun ada tapi tak banyak dan kini saya nampak perubahan suami apabila keadaannya sudah bertambah baik. "Sebagai isteri, saya tak berani nak janji tapi minta suami jangan sia-siakan apa saya usahakan untuknya," katanya. Sementara itu, Mohamad Azhar sedar dirinya berbeza berbanding orang lain sejak di bangku sekolah lagi cuma tidak tahu autisme adalah punca yang turut membuatkannya janggal berkawan, pendiam dan lebih cenderung menulis. "Selepas berkahwin pun jadi janggal sampai bercakap dengan mentua pun tak pandang muka dan tak suka ada di tempat orang ramai. "Bila kawan tegur dan cari sendiri maklumat di Internet, saya dapati 99 peratus ciri autisme ada pada saya jadi berasa lebih tenang bila doktor sahkan. "Bila isteri nak kongsi di TikTok pun saya okay malah kalau satu dunia nak tahu pun tak mengapa. "Buat yang lalui situasi sama , ia bukan benda yang menakutkan tapi baik untuk perbaiki hubungan. Jangan takut kena label kerana bukan cacat cuma satu kelainan," katanya. Di sebalik apa yang berlaku, Mohamad Azhar berharap isterinya akan terus setia sehingga ke akhirnya."Saya harap kami dapat lalui ujian ini bersama dan dia (isteri) terus bersama saya," katanya yang kini mengusahakan perniagaan dan perkhidmatan pemasangan penghawa dingin. |
Lelaki dibunuh sebelum dibakar | 1,727,246,282 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137566/lelaki-dibunuh-sebelum-dibakar | Muhamad Lokman | 204 | 2024-09-25 06:38:02 | 2024-09-25T14:38:02 | Manjung: Lelaki yang ditemukan rentung dalam kebakaran rumah teres di Taman Muhibbah 2, Sitiawan, di sini, hari ini disyaki dibunuh sebelum rumahnya dibakar.Mangsa, Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 2.39 pagi.Menurutnya, hasil siasatan mendapati, seorang saksi melihat suspek lelaki yang dikenalinya masuk ke dalam rumah itu sebelum terdengar bunyi hentakan di ruang tamu."Suspek kemudiannya dilihat keluar dari rumah dan kembali semula dengan membawa dua bekas mengandungi cecair disyaki petrol dan meninggalkan rumah sebelum saksi menyedari kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.Menurutnya, suspek berusia 39 tahun ditahan berhampiran tempat kejadian dan direman selama tujuh hari hingga 1 Oktober depan untuk membantu siasatan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Bedah siasat ke atas mayat si mati akan dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh," katanya.Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Azalan Ab Karim di talian 019-392 7837 atau menerusi bilik gerakan IPD Manjung di talian 05- 688 6222 untuk membantu siasatan.Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditemukan rentung di ruang tamu sebuah rumah, manakala tujuh ahli keluarga mangsa selamat. |
Bisnes GISBH 'melingkup' | 1,727,236,893 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137496/bisnes-gisbh-melingkup | Skuad Khas Harian Metro | 363 | 2024-09-25 04:01:33 | 2024-09-25T12:01:33 | Kuala Lumpur: Aktiviti perniagaan dan rumah amal kendalian syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) hampir lumpuh sepenuhnya selepas polis menyita dan membekukan pelbagai akaun milik syarikat itu bagi membantu siasatan. Pusat perniagaan yang turut menempatkan ibu pejabat syarikat berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, kini ibarat 'pekan hantu' susulan serbuan dan sitaan pihak berkuasa dalam Op Global Fasa 4, pada Sabtu lalu. Malah, puluhan restoran, pasar raya dan premis perniagaan lain di seluruh negara turut menghentikan operasi. Kebanyakan pengikut dan pekerja juga dipercayai sudah melarikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Ini berikutan pemimpin termasuk ketua jemaah itu ditahan polis dalam siri serbuan di seluruh negara yang bermula pada 18 September lalu. Untuk rekod, jumlah ahli GISBH dianggarkan mencecah 10,000 orang meliputi individu di dalam dan luar negara, ia berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat ini. Difahamkan, PDRM ketika ini menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut bukan saja atas dakwaan pengabaian, penderaan, salah laku seksual dan mengeksploitasi kanak-kanak malah turut menjurus kepada pengubahan wang haram. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis masih meneruskan siasatan terhadap GISBH secara berfasa dan berhati-hati mengikut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma. Beliau berkata, pihaknya kini giat mengumpul bukti dan segala keterangan bagi membantu siasatan. "Siasatan masih lagi berjalan. Kita (polis) kumpulkan segala keterangan yang menjurus kepada kesalahan dalam sesuatu undang-undang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.Harian Metro kelmarin, melaporkan, 280 premis yang ada kaitan dengan GISBH diserbu PDRM menerusi Fasa 4 Op Global yang bermula pada 21 September lalu. Razarudin dilaporkan berkata, pada serbuan dijalankan di 59 premis, pihaknya turut melakukan tangkapan serta rampasan. Manakala 221 premis pula didapati kosong, dipercayai ahli GISBH sudah melarikan diri. Selain itu, katanya, PDRM sudah membekukan 153 akaun bank dengan 138 daripadanya membabitkan jumlah RM882,795.94 manakala 15 lagi ditutup. Beliau dipetik berkata, tindakan pembekuan dilakukan mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dan penyitaan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman. Tambah beliau, tindakan penyitaan juga turut dijalankan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dengan jumlah terkini keseluruhan seperti 16 kereta pelbagai jenis bernilai RM2,078,000, 26 haiwan terdiri daripada sembilan kuda, 14 arnab dan tiga burung merak selain wang RM18,650. |
Fattah tak mahu lepaskan Fazura | 1,727,235,834 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137492/fattah-tak-mahu-lepaskan-fazura | Najiy Jefri | 247 | 2024-09-25 03:43:54 | 2024-09-25T11:43:54 | Shah Alam: Pelakon, Fattah Amin tidak bersetuju untuk melepaskan isterinya, Nur Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.Ia dimaklumkan peguam syarie mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong kepada media di perkarangan mahkamah.Zulkifli berkata, anak guamnya juga dinasihatkan untuk tidak menyatakan sebarang fakta kes kerana bimbang akan memprejudiskan kes yang sedang berlangsung ketika ini."Ini adalah prosiding di mahkamah, jadi tidak wajar anak guam saya khususnya menyatakan apa fakta di sebaliknya kerana ini akan memprejudiskan kes. "Cuma setakat ini pihak defendan, iaitu Fattah belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya. Ini kerana, pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan isu. "Adalah perlu untuk pihak-pihak menyelesaikan terma-terma berkenaan sekiranya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik agar tidak dipanjangkan lagi apa-apa perkara yang belum selesai," katanya. Menurut Zulkifli, dia berharap perbicaraan yang ditangguhkan ke 7 Oktober ini dapat menemui penyelesaian terbaik ."Saya berdoa agar kedua belah pihak dapat menyelesaikan secara baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan. "Sekiranya mencapai persetujuan, pihak defendan (Fattah) akan menyatakan pendirian pada tarikh akan datang iaitu 7 Oktober ini," katanya.Sementara itu, Fattah menegaskan, dia masih berpegang dengan kenyataan dikeluarkan sebelum ini bahawa dia masih menyayangi Fazura.'Saya ada perasaan, bukan robot' - FattahMasih sayang Fattah? Fazura enggan komenFattah tetap sayangkan FazuraCurang bukan punca rumah tangga Fazura, Fattah Amin retakKes cerai Fattah, Fazura tangguh ke 7 OktoberLima pengawal peribadi iringi Fazura |
Curang bukan punca rumah tangga Fazura, Fattah Amin retak | 1,727,235,336 | https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1137486/curang-bukan-punca-rumah-tangga-fazura-fattah-amin-retak | Najiy Jefri | 219 | 2024-09-25 03:35:36 | 2024-09-25T11:35:36 | Kuala Lumpur: Peguam syarie yang mewakili Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.Memperincikan perkara itu, Fakhrul memberitahu, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka."Selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan."Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman," katanya.Fakhrul berkata, isu curang yang disensasikan hingga tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini. "Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap."Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Fazura yang berdiam diri sejak permohonan cerai dibuat, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, tindakannya yang dibuat adalah yang terbaik buat masa ini."Alhamdulillah itu lebih baik untuk saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah," katanya.Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke 7 Oktober ini.'Saya ada perasaan, bukan robot' - FattahMasih sayang Fattah? Fazura enggan komenFattah tetap sayangkan FazuraFattah tak mahu lepaskan FazuraKes cerai Fattah, Fazura tangguh ke 7 OktoberLima pengawal peribadi iringi Fazura |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.