question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Kalu guli hang keluar orat, hang kalah la. terjemah ke melayu baku
Kalau guli awak keluar garisan, awak kalah.
Pi salen baju dulu kalu cek nak ikot pi makan kenuri. terjemah ke standard malay
Pergi salin baju dulu kalau cek hendak ikut pergi makan kenduri.
La ni boq tak pakai buloh lagi, dah pakai kayu pelastik. terjemah ke melayu baku
Sekarang batang pancing tidak daripada buluh lagi, sudah menggunakan kayu plastik.
Anak aku bebai, dia begulin depan kedai pasai aku tak beli pemenan. terjemah ke melayu baku
Anak saya bebai, dia berguling di hadapan kedai sebab saya tidak membeli permainan.
Aku seriau bila doktor cuci gigi aku. terjemah ke standard malay
Saya berasa tidak enak bila doktor mencuci gigi saya.
Dia periat kat kami yang dia nak kawen dengan kerabat raja. terjemah ke standard malay
Dia mengada-adakan cerita pada kami yang dia akan berkahwin dengan kerabat diraja.
Mujoq tak becalaq reta aku masa serendeh dengan reta dia. terjemah ke standard malay
Nasib tidak bercalar kereta saya semasa bergesel dengan keretanya.
Masa dia habaq tadi aku ingat dia mamun lagi la. terjemah ke standard malay
Semasa dia beritahu tadi saya ingat dia masih belum sedar sepenuhnya daripada tidur.
Dah tua merega pon tak posa. terjemah ke standard malay
Sudah tua merega pun tidak berpuasa.
Jangan dok juah sangat, mentang-mentang makanan banyak hang dok buang, nanti tuhan serot rezeki baru hang tau. terjemah ke standard melayu
Jangan menunjuk-nunjuk sangat, mentang- mentang makanan banyak kamu buang, nanti tuhan tarik rezeki baru kamu tahu.
Aku tebotoi pasai pi reja pakai simis saja lupa nak pakai kaen. terjemah ke melayu baku
Saya termalu sebab pergi kerja hanya memakai kain dalam terlupa hendak memakai kain.
Orang hat dok maen judi tu pon lari bercempera bila nampak mata-mata mai. terjemah ke standard melayu
Orang yang sedang bermain judi itu pun lari bertempiaran apabila melihat polis datang.
Kena demah sebijik baru dia serek, tak berani nak cakap lagi. terjemah ke standard malay
Kena tumbuk sekali baru dia serik, tidak berani hendak bersuara lagi.
Dua tiga hari ni tak ujan, badan naek panaih meruap. terjemah ke melayu baku
Dua tiga hari ini tidak hujan, badan terasa panas.
Dia tepeleot dalam baih bila baih brek mengejut. terjemah ke standard melayu
Dia jatuh terduduk dalam bas apabila bas brek mengejut.
Pasai apa aku rasa mengkam, salah makan kot. terjemah ke standard malay
Sebab apa saya rasa senak perut, salah makan agaknya.
Awat nampak koro, baru baek demam ka? terjemah ke melayu baku
Mengapa nampak tidak cergas, baru baik dari demamkah?
Penganten takat Aloq Setaq dengan Pineng tu kita buat sambot mentah. terjemah ke standard melayu
Pengantin sekadar Alor Setar dan Pulau Pinang kita buat kenduri sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuan.
Dia gencang sunggoh, dia buleh buat juai bejeneh-jeneh kue. terjemah ke melayu baku
Dia sangat cekap dan pantas, dia boleh buat jual berbagai jenis kuih.
Jangan dok acan anjin tu, sat ni dia tokak. terjemah ke melayu baku
Jangan mengusik anjing itu, nanti anjing gigit.
Cakap bok baek sikit, aku kerabu mulot hang. terjemah ke standard malay
Cakap elok-elok, saya ganyang mulut awak.
Kalu itek matah bagi makan ayaq belacan atau ayaq selot. terjemah ke melayu baku
Kalau itik tidak berupaya untuk berjalan berilah minum air belacan atau air selut.
Keloloh sunggoh dia tu mai kentot depan kami. terjemah ke melayu baku
Kurang sopan sungguh dia itu datang kentut depan kami.
Orang pakai baju melayu kena serelom pasai dia tak dak butang. terjemah ke standard melayu
Orang memakai baju Melayu perlu menyarungnya daripada atas kepala sebab tidak berbutang.
Cek tu kanyaq lagi tok sah dok campoq hai orang tua. terjemah ke melayu baku
Awak umur masih muda lagi jangan campor hal orang tua.
Dia rongkoi laki dia bila lalu depan kuboq. terjemah ke standard malay
Dia memegang kuat lengan suaminya apabila melalui kubur.
Hampa menyorok apa tadi? terjemah ke melayu baku
Kamu semua bersarapan apa tadi?
Adek aku sentot pasai mak aku marah dia tak pi mengaji kuran. terjemah ke standard malay
Adik saya sentot sebab mak memarahinya kerana tidak pergi belajar al-Quran.
Besanya orang boh selibaq pasai tak mau bau dia becalaq masa pikoi barang berat. terjemah ke melayu baku
Biasanya orang letak kain di atas bahu sebab tidak mahu bahunya bercalar semasa memikul barang berat.
Takat reja lagu tu mami tak pandang. terjemah ke melayu baku
Jawatan seperti itu mami tidak hairan.
Kalu ikan banyak lebeh baek kita buat tuaih. terjemah ke melayu baku
Kalau ikan banyak lebih baik kita membuat tuaih.
La ni sekupang tak buleh beli apa. terjemah ke standard malay
Sekarang sepuluh sen tidak boleh beli apa.
Kunci pintu dengan tingkap, mana tau sat ni kawaq masok. terjemah ke melayu baku
Kunci pintu dan tingkap, mana tahu nanti pencuri masuk.
Aku nampak hang seroh lepaih demam. terjemah ke standard melayu
Saya nampak awak kurus selepas demam.
Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi. terjemah ke melayu baku
Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.
Kena dua tiga sit baru penageh tu sur. terjemah ke melayu baku
Selepas dua tiga sedut baru penagih itu tidak hirau sekelilingnya.
Lepaih berenang dia mengapai nak ambek napaih. terjemah ke standard malay
Selepas berenang dia berenang telentang untuk mengambil nafas.
Asai-asai taya reta gadi lapeh luaq besi, lapeh dalam kayu. terjemah ke melayu baku
Asal-asal tayar kereta gadi lapisan luarnya besi, lapisan dalamnya kayu.
Dia latu tukang masak dia tak padan dengan gaji. terjemah ke standard melayu
Dia menggunakan tenaga orang gajinya tidak sepadan dengan gaji.
Pisau ni melebek pasai budak-budak dok pi takek batu. terjemah ke melayu baku
Mata pisau ini herot sebab budak-budak guna untuk menakik batu.
Tulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau. terjemah ke standard melayu
Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat.
Hang kena pedo sikit masa dok pasang waya takot dia syot. terjemah ke standard melayu
Awak perlu berhati-hati sedikit semasa memasang wayar bimbang berlaku litar pintas.
Apa sakit hang, nampak melanuih. terjemah ke melayu baku
Apa sakit awak, nampak lemah.
Yang hampa yoya sampai tengah malam buat apa? Baek pi tidoq. terjemah ke melayu baku
Yang kamu semua yoya sampai tengah malam buat apa? Baik pergi tidur.
Awat yang jelangaq sangat ni, sampai tesepak bendoi. terjemah ke standard melayu
Awak tidak memberi tumpuan, sehingga tersepak bendul.
Dia beban sunggoh, bebuih mulot-mulot aku suroh balek awai. terjemah ke melayu baku
Dia beban sangat, berulang kali saya memberi nasihat suruh balik awal.
La ni jarang orang peduli telaga bendang pasai ikan tak berapa ada. terjemah ke standard melayu
Sekarang jarang orang peduli telaga bendang sebab ikan tidak berapa banyak.
Aku tengah tak dak duet, mana nak pi cari duet la la ni. terjemah ke standard malay
Saya tidak mempunyai wang, mana hendak mendapatkannya pada masa ini juga.
Sereyat pulut dulu lepaih tu baru kukuih. terjemah ke melayu baku
Tos pulut dahulu selepas itu baru dikukus.
Hang kata la apa pon, dia dok renyeh situ lA. terjemah ke melayu baku
Awak katalah apa pun, dia senyum sahaja.
Mak dia rembaih dengan pelepah nyoq pasai dia tak pi mengaji. terjemah ke standard malay
Emak memukul badannya dengan menggunakan daun kelapa sebab dia tidak pergi belajar al-Quran.
Ayaq kopi kat kantin ceroi sangat. terjemah ke standard malay
Air kopi di kantin sangat cair.
Tok tak bagi maen aci lut malam-malam pasai takut hantu sorok. terjemah ke melayu baku
Nenek tidak beri main sembunyi-sembunyi waktu malam sebab takut hantu sembunyi.
Reja hang dah habeh, hang buleh la gabuih ponggong, tinggai aku sorang tak siap lagi. terjemah ke melayu baku
Kerja awak sudah habis, awak bolehlah beredar, tinggal saya seorang yang belum siap lagi.
Dalam banyak-banyak anak yang sorang ni rap dengan tukang masak. terjemah ke standard melayu
Ramai-ramai anak yang seorang ini rapat dengan pembantu rumah.
Tok wan dok rogeh paku kat dindin takot kena cucu dia. terjemah ke standard malay
Datuk menggoyang-goyangkan paku di dinding bimbang terkena cucunya.
Makan nasik perabeh, jangan buat tahana. terjemah ke standard malay
Makan nasi hingga habis, jangan membazir.
Pak Mat tak buleh pi mana pasai bini dia dok becendoi. terjemah ke standard malay
Pak Mat tidak boleh pergi ke mana-mana kerana isterinya senantiasa mengawasinya.
Ayam dogeang selalu kena patok dengan ayam laen. terjemah ke melayu baku
Ayam dogeang selalu dipatuk oleh ayam lain.
Masa buah kayu tengah jujoh ni la hampa anak beranak patut balek. terjemah ke standard malay
Masa segala jenis buah-buahan sedang banyak inilah kamu anak-beranak sepatutnya balik.
Dah dekat nak siap projek ni dia pon lorat nak ambek. terjemah ke melayu baku
Sudah hampir siap projek ini dia pun mengacau hendak ambil.
Dia tu laeh sunggoh, nak beli beraih pon tak dak duet. terjemah ke standard melayu
Dia itu sangat miskin, hendak membeli beras pun tidak berwang.
Bini dia nampak com tapi ramah. terjemah ke melayu baku
Isterinya nampak sombong tetapi peramah.
Dulu dia reja kolet baih, la ni dia bukak kedai makan. terjemah ke standard malay
Dulu dia bekerja sebagai konduktor bas, sekarang dia buka kedai makan.
Besanya mbat-mbat ni orang boh ayaq mawaq. terjemah ke standard malay
Biasanya bekas air wangi daripada tembaga diisi dengan air mawar.
Dekat nak raya baru orang pasang lampu lit lap. terjemah ke melayu baku
Menjelang hari raya barulah orang memasang lampu kelip-kelip.
Aku tengok pinggan bededam, penyegan sunggoh budak-budak ni nak basoh. terjemah ke standard melayu
Saya tengok pinggan bededam, malas sungguh budak-budak ini hendak membasuhnya.
Tak dak apa aku nak jamu hang, roti ni saja yang ada. terjemah ke standard melayu
Tidak ada apa saya hendak menjamu awak, biskut ini saja yang ada.
Dekat nak merelop, lekaih siap sat ni tak dan pi semayang maghrib kat menaksah. terjemah ke melayu baku
Sudah hampir senja, cepat siap nanti tidak sempat pergi sembahyang maghrib di surau.
Aku jerembab Bang Ali tengah dok kiliaq pompuan di Pineng Road. terjemah ke melayu baku
Saya tersempak Abang Ali sedang bawa perempuan di Jalan Penang.
Kotoq kedai tu, bekeritam. terjemah ke standard melayu
Kotor kedai itu, penuh dengan lalat.
Moto merapak pasai ejos dia pecah. terjemah ke melayu baku
Motosikal bunyi bising sebab ekzosnya pecah.
Kolah tu kena periat dulu baru takong ayaq. terjemah ke standard malay
Kolah itu perlu dikeringkan dulu baharu takung air.
Kecik-kecik dulu selalu kena getu dengan mak bila kami buat salah. terjemah ke melayu baku
Kecil-kecil dahulu selalu kena cubit dengan mak apabila kami membuat kesalahan.
Sat lagi depa sampai kot no. Bukan jaoh sangat rumah depa tu. terjemah ke standard malay
Sekejap lagi mereka sampai noh. Bukan jauh sangat rumah mereka itu.
Spring ndoi dah genjoq. terjemah ke standard melayu
Spring buai sudah memeri
Dulu-dulu teraweh orang baca juih hama. terjemah ke melayu baku
Dahulu sembahyang tarawih orang baca juz amma.
Mak Teh nak pegu anak penakan dia dengan anak dara tok imam. terjemah ke melayu baku
Mak Teh hendak menjodohkan anak saudaranya dengan anak dara tok imam.
Kamcat, bukan nak bayaq duet balek, kutok kita ada. terjemah ke standard malay
Kamcat, bukannya hendak bayar duit, mengutuk kita lagi.
Depa maen sunggoh-sunggoh tapi kalah pasai penjaga gol depa lece. terjemah ke standard malay
Mereka main sungguh-sungguh tapi kalah sebab penjaga gol mereka tidak bersungguh-sungguh.
Kora-kora kalu tekejut cepat-cepat dia sentot. terjemah ke standard melayu
Kura-kura kalau terkejut cepat-cepat kura-kura memasukkan kepala ke dalam cangkerang.
Dekat nak pereksa baru nak kampoi belajaq. terjemah ke melayu baku
Dekat nak periksa baru belajar bersungguh-sungguh.
Jangan suka dok pelece orang, hang pon tak tera mana sangat. terjemah ke standard malay
Jangan suka memperkecilkan orang, awak pun bukannya handal.
Taik ayam candu beselepat ataih tangga. terjemah ke standard melayu
Tahi ayam candu melekat atas tangga.
Dia pakai baju beberan-beran nak bagi cepat kebah. terjemah ke melayu baku
Dia memakai baju berlapis-lapis supaya cepat kebah.
Dia redaih lopak ikut dan pasai tu taya gelong. terjemah ke standard melayu
Dia meredah lopak ikut sesuka hatinya sebab itu tayar gelong.
Sapa pakai minyak esen ni, mengembak sunggoh. terjemah ke melayu baku
Siapa yang memakai minyak wangi, bau sungguh wangi.
Jangan tutoh buah tu kat hang sorang, bedak-bedak kat orang laen sama. terjemah ke standard melayu
Jangan mengambil buah seorang diri, bahagi-bahagikan kepada orang lain juga.
Kami mintak kampoi waya lektrik pasai nak hias sekolah. terjemah ke standard melayu
Kami minta gelendong wayar elektrik sebab hendak menghias sekolah.
Tera tu punya dalam, kurang-kurang lima koq baru cukop. terjemah ke standard melayu
Kedalaman seperti itu, sekurang-kurangnya lima gelung simen baru cukup.
Rambot hang keresoi lagu mangket tidok. terjemah ke standard malay
Rambut awak tidak terurus seperti bangun tidur.
Co hang gerodok bawah kate dengan penyapu nak bagi kucin tu keluaq. terjemah ke standard malay
Cuba awak gerodok dengan penyapu di bawah katil supaya kucing itu keluar.
Pakai merton kalu nak pecah aih ketoi. terjemah ke standard melayu
Guna tukul kalau hendak memecahkan ketulan ais.
Aku dok tengah hap-hap hang mintak duet, mana aku nak robk. terjemah ke melayu baku
Saya sedang kesempitan wang awak minta wang lagi, mana saya hendak cari.
Baru kena setengah kole tuak dah beng. terjemah ke standard melayu
Baru minum setengah kole tuak sudah mabuk.
Di rumah kak aku pehiasan kaca beceratoq dalam lemari. terjemah ke standard malay
Di rumah kakak saya perhiasan kaca tersusun di dalam almari.
Nampak saja moto aih sekerem lalu, budak-budak merapak. terjemah ke standard malay
Nampak saja motosikal ais krim lalu, budak-budak berlari.
Dah tiga empat kali urot, tangan dia dok cengkoi situ. terjemah ke standard melayu
Sudah tiga empat kali urut, tangannya tetap bengkok.
Diam la sikit, awat besiaq sangat hampa ni, orang nak dengaq dia becakap pulak. terjemah ke standard malay
Diamlah, mengapa besiaq sangat kamu ini, kami hendak mendengar ucapannya pula.
Tengah dok sembang elok-elok dia ghaib. terjemah ke standard melayu
Sedang berbual-bual dia tertidur.