question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Saya haus benar ni, kamu ada bawa air masak yang disejukkan ke? terjemah ke johor
Man haus beno ni, aji bawak hampak ke?
Buang sahaja barang-barang yang tidak berguna itu, bukan boleh dipakai lagi. terjemah ke johor
Buang saje perabah tu, bukan boleh pakai lagi.
Senyumnya manis, tetapi sayang juling pula terjemah ke johor
Senyumnye manes, tapi sayang silio pulak.
Selepas hujan lebat, banyak pokok tumbang. terjemah ke johor
Lepas ujan lebat, banyak pokok bongkes.
Hendak ke mana emak saudara engkau itu? terjemah ke johor
Nak ke mane makwe engkau tu?
Jahitkan sedikit kain saya ni, kena paku agaknya. terjemah ke johor
Gejotkan sikit kaen kawan ni, kene paku agaknye.
Tidak kekok langsung budak ini, bercakap di atas pentas pun dia boleh. terjemah ke johor
Candinye budak ni, becakap kat pentas pon boleh.
Budak itu suka leka dan berkhayal apabila membuat kerja, manalah nak siap. terjemah ke johor
Budak tu buwat keje mak angai, mane nak siyap.
Sudah tidak ada kerja lain agaknya, suka menyampai-nyampaikan cerita tentang orang lain. terjemah ke johor
Dah tak ade keje gaknye, asyek menjejeh aje.
Janganlah dibiarkan periuk itu tertonggeng begitu sahaja. terjemah ke johor
Janganle biyakan periok tu terpongkeng begitu saje.
Budak yang kena tangkap itu masih terlalu muda. terjemah ke johor
Budak yang kene tangkap itu maseh mude lente.
Emak mencantumkan perca kain yang kecil-kecil untuk dibuat kain pengesat kaki. terjemah ke johor
Mak sambung cerem yang ade buat kaen kesat kaki.
Tidak habis-habis dia membantah apabila emaknya suruh buat kerja. terjemah ke johor
Tak abes-abes die merohan bile maknye suroh buat keje.
Berat benar muatan dalam perahu itu, berhati- hatilah kerana di hadapan sana ada jeram. terjemah ke johor
Meranai nampak perahu tu, baek-baek siket, depan sane ade jeram.
Saya tidak mahu kuih itu, sudah terlalu lembik. terjemah ke johor
Tak endak kami kue tu dah lembek-loyak.
Duit tidak ada, tidak tentu hendak dituju. terjemah ke johor
Duet tak de, tak tentu nak dighempe.
Kuku kaki Munah berdarah akibat terseradung bendul. terjemah ke johor
Kuku kaki Munah bedarah, tesantol bendol.
Saya tidak tahan kerana bau peluh badannya yang busuk akibat berjemur. terjemah ke johor
Tak tahan kawan, lengit na bau badan die.
Budak itu sangat kurus. Macam tidak cukup makan. terjemah ke johor
Kudut saje budak tu. Macam tak cukop makan.
Kalau dapat duit raya, janganlah dihabiskan untuk membeli makanan ringan sahaja, simpan-simpanlah sedikit. terjemah ke johor
Dapat duet raye jangan abes buat beli jajan aje,simpan-simpan siket.
Rumah itu tidak ada ruang yang kosong. terjemah ke johor
Rumah tu tak de lawang kosong.
Pelita minyak tanah itu terpadam ditiup angin walaupun minyaknya masih banyak. terjemah ke johor
Taye padam teyop angen, pade hal minyak banyak.
Hiriskan sedikit daging lembu itu supaya boleh kita bakar. terjemah ke johor
Layat siket dageng lembu tu, boleh kite baka.
Jangan bermain di lopak, nanti basah. terjemah ke johor
Jangan belocah, nanti basah.
Cakapnya yang lambat menyebabkan orang malas hendak mendengarnya. terjemah ke johor
Cakapnye leweh buwat orang malas nak denga.
Memakai baju Melayu cara bersamping di luar nampak kemas juga. terjemah ke johor
Bebaju Melayu care dagang lua kemas jugak.
Hashim cemas apabila kereta yang dipandunya terlanggar anak kucing. terjemah ke johor
Asyem sayot sengete bile keretenye langga anak kuceng.
Bukankah orang akan datang ke rumah kita, jangan buat barang-barang berselerak. terjemah ke johor
Kan orang nak datang rumah kite, jangan buat barang-barang selepah.
Engkau ini lalai betul, lain yang disuruh lain yang dibuat! terjemah ke johor
Engkau ni menyanyah betol, laen disuroh laen dibuwat!
Orang tua duduk di belakang, kamu semua berdiri di hadapan. Tidak tahu dudukkah? terjemah ke johor
Orang tue-tue dok kat belakang, awak dok betatang kat depan. Tak reti dudok ke?
Bola sebiji bolehlah engkau main angkat letak, kalau gelas sedulang, jangan. terjemah ke johor
Bola sebiji bolehlah kau angkat gelo, kalau gelas sedulang, jangan.
Jangan kamu hendak bercakap bohong, saya tahu perkara itu tidak benar. terjemah ke johor
Jangan awak nak gelembong kawan, kawan tau benda tu tak betol.
Si Atan jatuh tergolek apabila ia berlari di atas tanah yang cerun. terjemah ke johor
Si Atan tesoleng bile belari atas ceron.
Minggu hadapan kita bergotong-royong di rumah Pak Abu. Dia mengadakan majlis kenduri kahwin. terjemah ke johor
Minggu depan bedazi kite kat rumah Pak Abu. Die buwat keje kawen.
Makan bukan main gelojoh, seperti tidak makan tiga hari. terjemah ke johor
Makan bukan maen kap lagi macam dah tak makan tige ari.
Bodoh benar budak ini, mengira pun tidak pandai. terjemah ke johor
Tengol sangat budak ni, mengere pon tak boleh.
Mak Cik terperanjat mendengar berita Pak Long kau dibelit ular. terjemah ke johor
Mak Cik tesembat dengo Pak Long kau kene belet ula.
Harap-harap telur ayam itu menetas semua, tetapi sayang kurang sedikit. terjemah ke johor
Harap-harap telo ayam tu netas semue, tapi sayang, sangkel siket.
Tidak ada kerja lain, tidur siang malam buat tahi mata. terjemah ke johor
Tak ade keje laen, melenset siyang malam buwat taik mate.
Sejak kelmarin kaki dan tangan aku berasa kebas. terjemah ke johor
Gabas kaki tangan aku dari semalam.
Dia makan berterusan hingga mentua lalu pun tidak sedar. terjemah ke johor
Die cekap-cekup sampai mentue lalu pon tak seda.
Lenyek dengan jari cili api dalam kicap supaya sedap apabila kita cecah dengan tauhu goreng. terjemah ke johor
Pirik lade kecik kat kicap ni, biyo sedap kite nak cecah dengan tau goreng.
Beg duitnya jatuh terletak di atas padang. terjemah ke johor
Beg duetnye telepek atas padang.
Pekat betul santan kelapa itu. terjemah ke johor
Ledot betol santan kelape tu.
Penat sahaja mengangkat kain baju yang tersidai di ampaian, disangkakan hujan, rupa-rupanya hujan lalu sahaja. terjemah ke johor
Penat aje ngangkat beridai, ingatkan ujan, rupenye gibas.
Maklumlah manja sangat, hingga tidak boleh berenggang langsung dengan emak. terjemah ke johor
Maklomle lewat sangat, sampai tak boleh berenggang langsong dengan mak.
Kalau kuat tidur, badan mudah gemuk. terjemah ke johor
Kalau kuwat membadak, badan mudah gemok.
Api dapur minyak tanah itu dari tadi perlahan macam nak padam. Bila hendak masak? terjemah ke johor
Api dapo minyak tanah tu nampak membebek dari tadi. Bile nak masak?
Pensil kamu itu pendek sangat matanya. terjemah ke johor
Pensel awak tu dumpot aje matenye.
Tadi saya terlihat kelibat dia mengimbas di tangga. terjemah ke johor
Tadi kawan nampak kelibat die ngelimbang kat tangge tu.
Bergerak-gerak janin dalam perut Halimah. terjemah ke johor
Ngelambo budak itu dalam perut Limah.
Semua makanan di atas meja habis dimakannya. terjemah ke johor
Seligan-ligan makanan atas meja abes dimakan.
Budak itu membaling batu. terjemah ke johor
Budak itu bedal batuk.
Apabila kita hendak pergi berjalan, berderet-deretlah engkau semua mengikut. terjemah ke johor
Asal orang nak jalan, beronailah engkau semue ngikot.
Sebelum membuat batas, kenalah mencangkul tanah di kebun itu terjemah ke johor
Belom buat batas, kene kebak dulu tanah kat kebon tu.
Semenjak dapat kerja itu, rezeki pun agak mewah sedikit. terjemah ke johor
Sejak dapat keje tu, rezeki meme siket.
Mata parang ini sangat tumpul. terjemah ke johor
Mate parang ni dubol sangat.
Semasa dibawa ke hospital pisau itu masih tercacak pada terjemah ke johor
Masa dibawak ke spital pisau tu miseh tepokeng kat belakang.
Tidak pasti, suara si Atan atau suara si Komeng. terjemah ke johor
Tak molak, suare si Atan ke, suare si Komeng ke.
Adakah patut menyuruh anak kecil mengangkat setimbun tempurung. terjemah ke johor
Ade ke patut suruh anak kecik ngangkat tempurong sebabon.
Periok aku itu sudah hitam, lama tidak bergosok. terjemah ke johor
Periok aku tu dah centong, lame tak begosok.
Mentang-mentang anaknya yang merantau itu nak pulang, banyaknya juadah yang telah disediakan. terjemah ke johor
Banyaknye juwadah. Mentang-mentang anak semotnye nak balek dari rantau.
Jangan diangkat budak itu tinggi-tinggi nanti dia menangis. terjemah ke johor
Jangan digenggeng budak tu, nanti die nanges.
Rosak basikal Ali, apabila orang tua yang naik. terjemah ke johor
Telonop basikal budak Ali, bile ade orang tue yang naek.
Budak penakut itu harus dipegang hingga tidak boleh bergerak, barulah boleh disunat. terjemah ke johor
Budak penakut tu kena jagal dulu baru bole sunat.
Pada musim angin bertiup sehala ini, baiklah kita turun ke laut menangkap ikan. terjemah ke johor
Musim barat suso ni baek kite ke laot.
Rumah usang itu sudah roboh kerana dimakan anai-anai. terjemah ke johor
Rumah lame tu rohoi makan dik anai-anai.
Depan rumahnya lecah setelah hujan turun tidak berhenti-henti. terjemah ke johor
Depan rumahnye belondong, lepas ujan turon tak renti-renti.
Apabila petir, saya berlindung di belakang rumah kosong itu. terjemah ke johor
Bile pete, kawan bekilet kat belakang rumah kosong tu.
Persengketaan yang berlarutan antara abang dan kakak telah selesai. terjemah ke johor
Kalah-batah abang dan akak dah sesai.
Terlalu banyak asap di sebalik bukit sana. terjemah ke johor
Pondak asap balek buket sane tu.
Dompet duitnya yang mengandungi kad pengenalan dan wang tertinggal dalam bas. terjemah ke johor
Kepiknye yang ade kad pengenalan dan duet tetinggal dalam bas.
Tempat salai kelapa atok Amin berhampiran dengan kebunnya. terjemah ke johor
Langkong atok Amen dekat dengan kebon die.
Patutlah dia disisihkan orang, dia tidak mengambil berat pada keluarganya. terjemah ke johor
Padanlah orang nyisehkan die, dah die tak hemah kat kewage.
Ahmad berbelanja sepuas-puasnya dengan harta bapanya. terjemah ke johor
Bangsai si Mat ngabeskan arte bapaknye.
Jangan berperangai tidak senonoh dalam majlis. terjemah ke johor
Jangan seloloi dalam tengah-tengah majeles.
Daun tingkap tidak tepat mengikut ukuran, sebab itulah tidak boleh ditutup rapat. terjemah ke johor
Daon tingkap dah penjong sebab tu tak rapat.
Bila lampu padam, gelap-gelitalah dalam rumah. terjemah ke johor
Padam aje lampu, pangkong le rumah.
Engkau ini menyelongkar barang orang sahaja. terjemah ke johor
Engkau ni merakas barang orang saje.
Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis. terjemah ke johor
Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh
Jangan memanjat, pokok itu tinggi, nanti jatuh. terjemah ke johor
Jangan nyerigai, pokok tu tinggi, jatoh karang.
Saya hendak pergi ke pulau itu. terjemah ke johor
Man nak belaya ke juwata ituk.
Bukan main laju budak itu berlari, tidak sampai seminit sudah hilang daripada pandangan. terjemah ke johor
Punye laju budak tu lari, tak sampai semenet dah putol.
Muka masih tidak terurus lagi sudah hendak pergi ke kedai? terjemah ke johor
Muke serabai lagi dah nak pegi kedai?
Macam mana nak sampai cepat, atuk ini bergerak lambat. terjemah ke johor
Macam mane nak sampai cepat, atuk ni cume bedemot aje.
Biasanya terdapat musim tengkujuh pada hujung tahun. terjemah ke johor
Biyasenye ujong taon ujan pejoh.
Atok gemar menyimpan wang di dalam ponjot. terjemah ke johor
Atok suke simpan duet dalam umpau.
Kalau pergi ke bandar, singgahlah di pejabat pos itu kalau-kalau ada surat. terjemah ke johor
Kalau ke bando, lejang pos opes tu kalau-kalau ade surat.
Kelam kabut saya hendak menyiapkan kerja rumah. terjemah ke johor
Beketuntang kawan nak siapkan keje rumah.
Habis berjerabai kaki seluar itu digigit tikus. terjemah ke johor
Abes besemunyas kaki seluar tu kene giget mak menti.
Mereka bekerja sehabis daya tetapi upah yang diterima terlalu sedikit. terjemah ke johor
Mereke keje bagi nak rak, tapi upahnye siket.
Kerap sangat pergi ke tandas, mungkin budak ini cirit-birit, eloklah dibawa ke klinik. terjemah ke johor
Ke jamban aje, coroi agaknye budak ni, elok pegi kelenet.
Kacang tanah itu digoreng tanpa minyak sahaja kerana masakan itu adalah jenis yang tanpa berminyak. terjemah ke johor
Kacang tanah disahang saje sebab masakan tu tak boleh ade minyak
Bunyi air terjun kuat, seperti bunyi hujan. terjemah ke johor
Bunyi ae tejon, menteban.
Engkau hendak ke mana? terjemah ke johor
Engkape nak ke mane ok?
Letaklah buah-buah itu di penjuru sana. terjemah ke johor
Letaklah buah-buah tu kat pinjong sane.
Tercekik aku apabila mengenangkan Mat di sempadan, entah makan entah tidak. terjemah ke johor
Begek aku mengenangkan Mad kat sempadan entah makan entahkan tidak.
Suruh budak yang berperangai gila-gila membeli ikan, tidak masaklah kita hari ini. terjemah ke johor
Suruh budak gonjol beli ikan, tak masak kite ari ni.
Tidak ada kerja lain asyek mencaci orang. terjemah ke johor
Tak de keje laen asyek kitai orang.
Jangan diulang lagi perbuatan yang keji itu. terjemah ke johor
Nya alah lagi, keje yang keji tu.