question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Minta dijauhkan, janganlah terkena penyakit yang berbahaya itu. terjemah ke johor
Puwah pales, janganlah tekene penyaket bahaye tu.
Tidak berguna betul si Ali itu, buat penat kita sahaja menyuruhnya, satu benda pun tidak dibuatnya. terjemah ke johor
Taong betol si Ali tu, penat saje menyurohnye, satu bende tak menjadi.
Mata selumbat itu selalu diasah oleh Pak Bakar supaya senang dia mengupas sabut kelapa. terjemah ke johor
Mate cop tu selalu Pak Baka asah nak senang die kupas kelapa.
Setiap hari kita asyek berbual panjang, nanti apa pula orang kata. terjemah ke johor
Ari-ari kite betonyeh aje nanti ape orang kate.
Keratan leher baju engkau besar mana? terjemah ke johor
Besa mane bulan baju kau ni?
Makanan itu tidak banyak, sekadar menjamah sahajalah kita. terjemah ke johor
Bende tak banyak jilat palet le kite.
Punyalah becok Mak Cik Zainab, tidak sempat saya hendak mencelah. terjemah ke johor
Punyele bincau Mak Cik Jenab, tak sempat kawan nak mencelah.
Jangan membina rumah di kawasan takat kemasukan air pasang, bahaya tu. terjemah ke johor
Jangan buat rumah kat ujong ae, bahye tu.
Sampai hati nasi yang sudah tersimpan lama itu engkau suruh aku makan. terjemah ke johor
Sampai ati nasik belantok tu kau suruh aku makan.
Lucu betul cerita itu hingga penonton ketawa berdekah-dekah dan terhenti sejenak pernafasan. terjemah ke johor
Kelaka betol cerite tu, sampai penonton selak.
Berjalan laju hingga tidak nampak orang di kiri dan kanan. terjemah ke johor
Ketotol aje jalan sampai tak nampak orang kiri kanan.
Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti. terjemah ke johor
Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti.
Nampak gaya tidak menanam padilah kita pada tahun ini, sudah kemarau. terjemah ke johor
Nampak gaye tak petaon kite taon ni, dah kemarau.
Jangan makan lauk itu hingga habis, ingat orang yang belum makan terjemah ke johor
Jangan sesah laok tu sampai abes, ingat orang belakang.
Ali rasa malu apabila semua orang tahu rahsianya memonteng. terjemah ke johor
Mongeng rasa Ali bile orang semue tau rasienye monteng.
Nasib baik kayu ini sudah dikerat pendek-pendek, saya perlu belah sahaja. terjemah ke johor
Nasib baek kayu ni dah diketong-ketong, tinggal kawan belah aje.
Kamu pergi ambil kain buruk untuk mengesat air yang tumpah. terjemah ke johor
Aji pegi ambek tugong, buat kesat ae tumpah.
Amir juling air pada bahagian mata kiri. terjemah ke johor
Ame selo pade mate kiri.
Kalau long Jah hendak mengadakan kenduri, kita adik- beradik bolehlah berantam. terjemah ke johor
Kalau abang Jah nak buat kenduri, kite adek-beradek bolehlah berantam.
Perkara yang baik itu dijadikan teladan. terjemah ke johor
Pekare yang baek tu jadikan temes.
Kaki seluar engkau sudah koyak, tidak wajar engkau pakai untuk pergi ke bandar. terjemah ke johor
Seluo dah rambai jadi ni, tak patot kau pakai ke bando.
Sudah tiga hari hujan lebat, air sungai mengalir deras. terjemah ke johor
Dah tiga ari ujan lebat, ae sungai memulan.
Dia terasa pitam, hampir-hampir hendak jatuh. terjemah ke johor
Die rase nak pitam kecupes nak jatoh.
Hai, berjalan tunduk sahaja, tidak menoleh kiri dan kanan. terjemah ke johor
Hai, melojok aje, tak noleh kiri kanan.
Dia itu seorang pembohong, tidak boleh dipercayai. terjemah ke johor
Die tu banyak taek minyak aje, tak boleh pecaye.
Ikan itu keras kena air batu. terjemah ke johor
Ikan tu kejong kene ae batu.
Kalau hendak berkenal-kenalan dengan saudara-mara baru, datanglah pada masa makan malam berdamai pengantin. terjemah ke johor
Nak kenal sedare baru datangle malam betepok
Apabila kereta api lalu, rumah kita terasa bergegar. terjemah ke johor
Bile ketapi lalu, rumah kite pon merembat.
Ketuk sahaja hampas kelapa yang terdapat pada besen itu ke dalam tong sampah. terjemah ke johor
Tengkoh saje ampas kelape dari besen tu ke tong sampah.
Longgar benar seluarnya hingga kelihatan tidak kemas. terjemah ke johor
Lohe bena suwanye sampai nampak tak kemas.
Ulat jentik itu bergerak-gerak, geli saya melihatnya. terjemah ke johor
Ulat jentek tu bertarak-tarak, geli kawan nengoknye.
Susunlah bantal itu elok-elok, jangan nampak berselerak dan bersepah-sepah. terjemah ke johor
Susonle bantal tu elok-elok, jangan libang-libu aje.
Kalau nampak mengayak itu Tijahlah, tidak ada orang lain. terjemah ke johor
Kalau nampak mengayak tu Tijah le, takde orang laen.
Hari ini air laut tenang, banyak saya dapat ikan. terjemah ke johor
Ari ni ae tenang, jihem man dapat ekan.
Daun pokok itu semakin berkurangan kerana dimakan ulat. terjemah ke johor
Daon pokok itu rengges kene makan ulat.
Habis berjerabai kaki seluar itu digigit tikus. terjemah ke johor
Abes besemuyas kaki seluar tu kene giget mak menti.
Muka engkau hitam benar, bekerja di tengah panaskah? terjemah ke johor
Nampak muke kau itam belekot, keje kat tengah panas ke?
Sejak datang mandur baru, semua orang tidak ada masa untuk berehat. terjemah ke johor
Sejak datang mando baru, nak ambek ngap pon tak sempat.
Kalau suka temberang, apabila bercakap benar pun orang susah hendak percaya. terjemah ke johor
Kalau dah kaki bobak, cakap betol pon susah orang nak pecaye.
Apabila ayah sedang marah-marah takut kita dibuatnya. terjemah ke johor
Bile ayah memeto kecot perot dibuwatnye.
Badan saya merasa lenguh dan sakit-sakit setelah menebas di keliling rumah. terjemah ke johor
Badan kawan rase kepai lepas nebas kelileng
Lantai rumah kamu rata, selesa duduk. terjemah ke johor
Coreng romah aji rate, sedap dudok.
Air minuman itu ada habuk yang mendak. terjemah ke johor
Ae minom tu ade tendak.
Tengah sedap-sedap mengata Pak Ali, tiba-tiba dia muncul di belakang, termalu-malu muka masing-masing. terjemah ke johor
Tengah sedap-sedap ngate Pak Ali, aleh-aleh die tejongol kat belakang, ape tak tesempo muke.
Banyak sangat makan nangka, terasa pedih di bahagian hulu hati. terjemah ke johor
Banyak makan nangke pedeh ati bagi dilayat.
Kudis kalau sudah menenes, susah hendak diubati. terjemah ke johor
Kudes kalau dah menais, susah nak obat.
Budak kecil itu menangis sepanjang malam, kembung agaknya. terjemah ke johor
Budak kecik tu menenggau sepanjang
Lalu benar budak itu, putik jambu pun dimakannya terjemah ke johor
Jelat bena budak tu, putik jambu pon lot.
Busuk berbau peluh jikalau tidak mandi selepas menebas. terjemah ke johor
Benget bau badan kalau tak mandi lepas nebas.
Tolong angkat sama barang-barang saya ini, terlalu berat. terjemah ke johor
Tolong angkat same pahape kawan ni, berat sangat.
Sudah tua muka berkerut pula, ada hati hendak mengorat anak dara orang. terjemah ke johor
Dahle tue, kernyum pulak, ade ati nak ngorat anak dare orang.
Saya tidak gemar awak mencaci orang. terjemah ke johor
Kami tak suke awak mencaci orang.
Sudah mengantuk, mari kita menyapu air pada muka. terjemah ke johor
Dah ngantok, mari kite raop muke.
Sampai dah kenyang makan dan minum baharu teringat hendak berhenti. terjemah ke johor
Sampai dah bentos baru teringat nak berenti.
Abu kena pukul di bahagian badan semalam sehingga lebam-lebam. terjemah ke johor
Abu kenak tibok semalam, abes lebam badan.
Ambilkan ceting, emak hendak basuh beras ini. terjemah ke johor
Ambek ceting, mak nak basoh beras ni.
Dari jauh sudah nampak mereka berjalan laju tidak menoleh kiri kanan menuju ke stesen bas. terjemah ke johor
Dari jaoh dah nampak mereke ketetel aje bejalan nuju stesen bas.
Nakal benar engkau ini, asyik mencucuk mata orang sahaja. terjemah ke johor
Nakal bena kau ni, asyek melincu orang aje.
Habis koyak baju saya digigit tikus. terjemah ke johor
Abes koyak baju kami kene ketu-getu tikos.
Berat benar barang yang dibawa hingga berjalan pun tidak sempurna. terjemah ke johor
Berat sangat barang sampai hempah-hempeh bejalan.
Emak menjahit tulang belut pada leher baju kurung Johor hingga tengah malam. terjemah ke johor
Mak tikam leher baju sampai tengah malam.
Disangkakan perempuan, rupa-rupanya lelaki yang berkelakuan dan berpakaian seperti perempuan. terjemah ke johor
Ingatkan pempuan rupenye bapok.
Hendak menunjukkan dia itu tidak mencuri, dia bertahan bermati-matian dan tidak mahu mengaku kalah. terjemah ke johor
Nak tunjok die tu tak curik die bejenang tak ngaku kalah.
Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju. terjemah ke johor
Awak dah nikam, kami nebok pon belom.
Itu sudah menjadi kebiasaannya, suka mengambil barang orang lain. terjemah ke johor
Itu dah peel die suke kebak barang orang.
Lihat itu, butang bajunya terbuka. terjemah ke johor
Tengok tu, butang baju die tebekeh.
Kulit tangannya keras akibat bekerja kuat. terjemah ke johor
Tangannye kebabal kerane kuat bekeje.
Degil dan nakal benar budak ini, di dalam kelas pun bergaduh. terjemah ke johor
Jelinge sangat budak ni, dalam kelas pon gadoh.
Mana nak cari periuk besar daripada tembaga sekarang ini, kalau ada pun terlalu mahal. terjemah ke johor
Mane nak cari grenseng sekarang, kalau ade pon mahal beno.
Apa tambol awak bawa petang ini? terjemah ke johor
Ape tambol awak bawak petang ni.
Umur baru dua tahun sudah kena tinggal, mana tidak terencat kesuburan. terjemah ke johor
Umo baru due taon dah kene tinggal, ape tak patah rome.
Malam tadi cahaya bulan kelihatan berbalam-balam, hingga abah menggunakan lampu picit untuk pergi ke surau. terjemah ke johor
Malam tadi bulan gobo aje sampai abah gune lampu picit ke surau.
Selepas hujan, air perigi itu keruh. terjemah ke johor
Lepas ujan, ae perigi tu bondak.
Amin semakin mewah berbelanja, semenjak mendapat wang pampasan. terjemah ke johor
Amen semaken lobe bebelanje sejak dapat duet pampasan.
Anak Tijah itu baru empat bulan, tetapi badannya sihat dan berisi. terjemah ke johor
Anak Tijah tu baru pat bulan, tapi badan semangat.
Jikalau lambat buat kerja, bila hendak siap. terjemah ke johor
Kalau engut-engut buat keje, bile nak siap.
Apabila kapal dipukul gelombang, penumpang mula berasa cemas. terjemah ke johor
Bile kapal kene gelombang, penumpang mule jawat.
Gula yang terlalu sedikit itu mana cukup untuk membuat seteko air kopi. terjemah ke johor
Gule secoet mane nak cukop buat kopi seteko.
Entah apa yang sudah berlaku dalam rumah itu, bising bunyinya. terjemah ke johor
Entah ape yang dah jadi dalam rumah tu, bene-bukat bunyinye.
Kalau kita malas sangat, memang sukar mendapat rezeki. terjemah ke johor
Orang kalau kelebang sangat, memang payah
Sehari semalam rombongan pengantin lelaki menyinggah sementara di rumah Mak Kiah sebelum menuju ke rumah pengantin perempuan. terjemah ke johor
Sari semalam angkatan pengantin lelaki besanggo di rumah Mak Kiah sebelom ke rumah pengantin pempuan.
Janganlah main rempuh sahaja tanpa menghiraukan siapa yang ada. terjemah ke johor
Jangan maen larong aje tak hirau sape yang ade.
Habis pokok jambu itu dia cantas dengan parang. terjemah ke johor
Abes pokok jambu tu die takas.
Sudah besar pun, asyik hendak berdamping dekat emak sahaja. terjemah ke johor
Dah besa panjang pon asyek nak melendet kat mak aje.
Bahagian bawah gasing kami kelihatan leper semasa ligat berpusing. terjemah ke johor
Bontot gaseng kami melano.
Bila hendak angkat kain baju engkau yang tersidai itu, bukankah hari sudah hendak hujan? terjemah ke johor
Bile nak angkat beridai engkau tu, kan ari nak ujan.
Belum masak lagi? Perut sudah terasa terlalu lapar. terjemah ke johor
Belom masak lagi? Perot dah melentoi ni.
Petang-petang mulalah anak dara itu merayau ke sana ke mari dengan tidak tentu tujuan. terjemah ke johor
Petang-petang mulelah anak dare tu menggelitis ke sane ke mari.
Kaki dia penuh dengan kekotoran tanah lumpur. terjemah ke johor
Kaki die besempudal dengan lumpo.
Kena beli beras lagi nampaknya, beras dalam itu sudah habis. terjemah ke johor
Kene beli beras lagi nampaknye, beras dalam
Apabila nampak tanah tinggi itu kita belok ke kanan sedikit. terjemah ke johor
Bile nampak darat yan tu kite belok ke kanan sikit.
Lurut daun turi itu, kita masak lemak. terjemah ke johor
Sarot daon turi tu, kite masak lemak.
Engkau ini nampak bermasalah sahaja! terjemah ke johor
Engkau ni nampak cendeng aje!
Penyakit si Ali itu sedikit tetapi berpanjangan, sebab itulah dia kelihatan lesu. terjemah ke johor
Saket si Ali tu berenyeh, sebab tu lah nampak lesu.
Pendek nampak rambut itu, baru lepas berguntingkah? terjemah ke johor
Pendek rambot tu, baru belandan ke?
Mengapa takut, bukankah di sini banyak orang yang sedang lalu-lalang. terjemah ke johor
Ape takot, kan salo alai kat sini.
Tergoyang-goyang lagi saya berjalan, maklumlah masih dalam pantang. terjemah ke johor
Teambau-ambau lagi kami jalan, maklom maseh dalam ari.
Engkau ini makan terubuk bakar terlalu gelojoh, macam mana tidak tercekik tulang. terjemah ke johor
Kau ni makan terubok baka gelojoh sangat, macam mane tak gempok.
Hendak cepat sangat hingga makan pun tercekek. terjemah ke johor
Nak cepat sangat sampai makan pon tebelekek.
Geli saya hendak memijak tempat itu kerana sangat kotor. terjemah ke johor
Getek saya nak pijak tempat tu, koto bena.