question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Ani menangis apabila dikatakan tidak cantik. terjemah ke johor
Ani nangis bile orang panggel die budak kepek.
Walaupun jongang, orangnya lawa juga. terjemah ke johor
Jongos-jongos pon lawa jugak orangnye.
Mak Ngah mengadakan acara berzanji dan bacaan ayat suci pada sebelah malam sehingga cucunya selamat tanggal pusat. terjemah ke johor
Mak Ngah buat keje muyi sampai cucunye tanggal pusat.
Bagai anjing dengan kucing engkau berdua ini. terjemah ke johor
Bege anjeng dengan kuceng kau bedue ni.
Keladi kamu itu empuk, keladi saya ganyut. terjemah ke johor
Keladi awak tu liot, keladi kawan ganyot.
Apa yang kamu kunyah dalam mulut itu? terjemah ke johor
Ape awak konyel dalam mulot tu?
Susun buku-buku ini, yang sama besar setempat, jangan tidak seragam. terjemah ke johor
Susun buku ni yang same besa setempat, jangan celam-belom.
Jangan kacau-kacau lauk itu, kalau basi nanti, orang itu hendak makan apa. terjemah ke johor
Jangan diloceh laok tu, kalau basi karang, orang tu nak makan ape.
Kakak tidak putus-putus menguap sehingga terkeluar air mata. terjemah ke johor
Kakak sangap tak putus-putus sampai kelua ae mate.
Saya hendak bertanya kamu, mengapakah kamu tidak datang? terjemah ke johor
Mape nak tanye engkape, kenape engkape tak datang?
Panggil-panggil, senyap sunyi sahaja, tiada jawapan. terjemah ke johor
Panggel-panggel, sujo aje, tak bejawap.
Sudah besar pun masih hendak tidur bersama emak. terjemah ke johor
Dah besa gedebak pon miseh nak tido kat mak.
Perutnya nampak menggelambir, maklumlah anak sudah sembilan orang. terjemah ke johor
Perotnye nampak buyau, maklumlah anak dah semilan.
Kupas dan belah kelapa itu, emak hendak mengukurnya. terjemah ke johor
Boroi kelape tu, mak nak kuko.
Dia ini orang yang mudah ketawa, sebab itulah nampak riang. terjemah ke johor
Die ni memang penawe orangnye, sebab itule nampak riang.
Lantai rumah saya ini sudah bergoyang-goyang. terjemah ke johor
Lantai rumah kawan ni dah terembe-rembe.
Beri aku sepotong kuih. terjemah ke johor
Beri aku sejembe kue.
Budak yang bertelinga capang macam si Budin ni, terang hati. terjemah ke johor
Budak telinge caplang macam si Budin ni, terang ati.
Mana sahaja orang sedang membuat kerja, di situlah budak-budak berkeliaran. terjemah ke johor
Mane aje orang buwat keje, bekelampi budak-budak.
Dia memijak-mijak pelepah itu sebelum dijemur. terjemah ke johor
Die melatam pelepah tu sebelom dijemo.
Di sana banyak ikan. terjemah ke johor
Senon banyak ekan.
Kita jangan risau, makanan masih berlambak. terjemah ke johor
Kite jangan risau, makanan bejekbah lagi.
Kalau anak-anak kita ada jodoh berbesanlah kita. terjemah ke johor
Kalau anak-anak kite ade petemu, bebesanlah kite.
Letakkan celak ini di atas belebas di tepi cermin itu. terjemah ke johor
Letakkan celak ni kat pak tepi ceremen.
Menganyam tikar itu jangan tergesa-gesa, nanti renjut jadinya. terjemah ke johor
Menganyam tika tu jangan mengelapu,karang renjot jadinye.
Budak ini baru hendak baik demam sudah pergi berjalan, menjadi bertambah teruklah demamnya. terjemah ke johor
Budak ni baru nak baek demam, bejalan pulak, dahle menyeman.
Jarang terjadi pokok serai yang berbunga, kalau ada boleh buat ubat. terjemah ke johor
Terenah pokok serai bebunge, kalau dapat boleh buwat obat.
Jangan memikat anak dara orang kalau tidak ada wang. terjemah ke johor
Jangan penak anak dare orang kalau tak beduet.
Anak ayam itu banyak betul. terjemah ke johor
Anak ayam tu ngeriak betol.
Oleh sebab muka si Hassan itu comot dan selekeh, abang dan kakaknya geli menghampirinya. terjemah ke johor
Dah muke si Asan tu belumbah-lumbah, gelilah abang kakaknye nak dekat.
Saya tidak ambil peduli, biarkan, dia nak terlungkup atau nak jadi apapun jadilah! terjemah ke johor
Kawan tak prema, biya lantak, die nak telongkop ke, nak ape ke!
Malam ini tiada bulan, gelap gelita. terjemah ke johor
Malam ni tak ada bulan, gelap-geligup.
Buat apa itu, duduk bertimpuh saja? terjemah ke johor
Ape buat tu, dudok tejelepot aje?
Hai, bergulung-gulung nampak benang ini, siapalah yang membuatnya. terjemah ke johor
Hai, bejelonton nampak benang ni, sape punye keje
Sememangnya dia itu kuat tidur hinggakan dapur rumahnya terbakar pun tidak sedar. terjemah ke johor
Sememangnye die tu macol kenarah, sampai dapo tebaka pon tak seda.
Saya lebih suka hantaran lima ribu cuci daripada tiga ribu serba satu. terjemah ke johor
Kami lebeh suke hantaran lime ribu cuci daripade tige ribu serbe satu.
Ahmad tidur seorang diri di rumahnya. terjemah ke johor
Ahmad siakon dalam romahnye.
Air longkang di situ sudah melimpah merata-rata. terjemah ke johor
Ae longkang kat situ dah melondang.
Semua orang memandang kepadanya, orang lain sudah berhenti, dia masih memukul kompang. terjemah ke johor
Semua pandang muke die, orang dah berenti die maseh melentong.
Hancur mukanya akibat kemalangan. terjemah ke johor
Cemamai sekali muke die kene langga.
Kalau tidak tahu hal sebenarnya, jangan cuba hendak memandai-mandai. terjemah ke johor
Kalau tak tau menau jangan nak bokbang sane sini.
Kalau dia tidak memberi peluang, bagaimana kita berani masuk meminang. terjemah ke johor
Kalau die tak bukak lawang, mane kite berani masok minang.
Engkau ini tidak ada kerja lain ke, menuduh sana sini, tidak pasal-pasal buat dosa kering. terjemah ke johor
Engkau ni takde keje lain, ujat-ujat sane, ujat-ujat sini, buat dose kereng tak masal.
Perut tengah lapar, tiba sahaja di bandar, teruslah ke warung. terjemah ke johor
Perot tengah lapo, sampai aje bando, teros masok pencawos.
Sesak padang sekolah itu dengan budak-budak. terjemah ke johor
Tayap padang sekolah tu, penoh bebudak.
Apabila sudah besar panjang, dia semakin berhati-hati apabila membuat kerja. terjemah ke johor
Bile dah besa panjang maken die celeh bile buat keje.
Kapal terbang itu entah berapa kali berlegar sebelum jatuh. terjemah ke johor
Kapal terebang tu entah berape kali bebento sebelum jatoh.
Kamu tidak ada dulang untuk mengangkat hidangan? terjemah ke johor
Aji tak de bukol nak angkat idang?
Anak engkau itu tinggi lampai orangnya terjemah ke johor
Anak kau tu gontai orangnye.
Bajunya terlalu longgar hingga kelihatan seperti baju yang terjemah ke johor
Baju leweh sangat, nampak macam baju pinjam.
Perkara itu mesti diberitahu kepada kak long Jah, kalau tidak, tentu dia berkecil hati. terjemah ke johor
Pekare tu mesti beritau abang Jah, kalau tak, tentu die kecik ati.
Bila kamu sampai? terjemah ke johor
Bile aji tebe?
Rambut budak itu tidak lebat, cuba sapu minyak kelapa. terjemah ke johor
Rambot budak tu mereboi aje, cube sapu minyak kelape.
Kalau engkau tidak berhenti menaiki basikal ini seminggu lagi habislah lusuh. terjemah ke johor
Kalau kau tak berenti naek basikal ni, seminggu lagi lenjanle die.
Kalau sudah mengada-ngada semua orang menyampah. terjemah ke johor
Kalau dah rencek semue orang menyampah.
Orangnya bulat pendek sahaja, tidak seperti kakaknya yang berbadan langsing. terjemah ke johor
Orangnye bontak saje, tak macam kakaknye, langsing.
Misai yang tidak kemas ini disebabkan tiada pisau cukur ke? terjemah ke johor
Misai bejerabos ni, dah tak de pisau cuko ke?
Hujan lebat pun kau hendak keluar juga. terjemah ke johor
Ujan petos pon, kau nak kelua jugak.
Nyenyak anaknya tidur setelah penat bermain. terjemah ke johor
Letak anaknye tido lepas penat bemaen.
Sudah besar panjang, tidak berusaha untuk mencari kerja. terjemah ke johor
Dah besa panjang tak keledo nak carik keje.
Apabila memakan sagun, hendak tercekek batang leher kerana susah hendak menelan. terjemah ke johor
Nak makan sagon, beliang-beliot batang lehe.
Buruk-buruk pun kereta ini, sekali mula terus hidup terjemah ke johor
Burok-burok pon kereta ni, sekali setat lenyu.
Wang pendahuluan barangan itu berjumlah lima puluh ringgit. terjemah ke johor
Duet tagan barang tu lime puloh aje.
Budak itu sangat nakal, mana tidak terjatuh parit. terjemah ke johor
Terejal sangat, mane tak jatoh paret.
Terkena air batu, amat ngilu rasa gigi aku. terjemah ke johor
Kene ae batu, besiut rase gigi aku.
Pada musim hujan begini, busuk bau tahi ayam. terjemah ke johor
Musem ujan-ujan begini, pengo bau taek ayam.
Jangan ngelenot apabila berjalan, nanti orang pandang. terjemah ke johor
Jangan ngelenot bile jalan, nanti orang pandang.
Meluat aku melihat perangai engkau ini, manja berlebih-lebihan. terjemah ke johor
Meluat aku tengok perangai kau menuwah-nuwah amat.
Kaum lelaki memang suka berkain tanpa berseluar panjang apabila pergi ke surau. terjemah ke johor
Orang lelaki memang suke bekaen gombang saje bile ke surau.
Suka dan kerap benar engkau ini memakan makanan sedikit-sedikit, apa yang ada di dapur. terjemah ke johor
Suke beno kau ni merotes ape yang ade kat dapo.
Jemputlah bapa saudara kamu makan. terjemah ke johor
Ajak le pakwe makan.
Selepas kematian isteri, berminggu-minggu dia bingung seolah-olah mati akal. terjemah ke johor
Lepas orang rumah meninggal, beminggu-minggu die miong.
Cantik sapu tangan kamu, mana dapat? terjemah ke johor
Cantek gamal aji, mane dapat?
Banyak sangat nyamuk, puas kita bergerak berterusan barulah dapat tidur. terjemah ke johor
Punye banyaknye nyamok, puas kite ngerosek baru dapat tido.
Orang lain asyik bekerja, saya seorang yang duduk tidak membuat apa-apa. terjemah ke johor
Orang laen dok keje, kami sorang dok melahu
Emak gemar memasak dengan menggunakan terjemah ke johor
Mak suke masak gune tenggarong.
Balik sahaja dari kebun, abang terus berbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya kerana terlalu penat. terjemah ke johor
Balek aje dari kebon, abang teros jelapak kat lantai.
Dia menjadi liar setelah ibu dan bapanya bercerai. terjemah ke johor
Die jadi laghe lepas mak bapaknye becerai.
Asal berkumpul adik-beradik, asyeklah bergurau senda. terjemah ke johor
Asal dekat adek-beradek, asyeklah begonyeh.
Orang sedang bersedih pun dia masih terjemah ke johor
Orang tengah besedeh pon die nak semela.
Jangan percaya sangat budak Ali itu, dia ini kurang waras. terjemah ke johor
Jangan pecaye sangat budak ali tu, die ni pua sikit.
Habis basah kuyup budak itu, disembur air. terjemah ke johor
Abes moyos budak tu, kene sembo ae.
Gelang tangan itu berkilau sahaja. terjemah ke johor
Seken kat tangan tu ngelenyu aje.
Tak ada buat apa-apa kerja sebelah petang, bersenang-senang sajalah dia. terjemah ke johor
Tak de keje petang-petang ni, meledang-ledang die.
Budak-budak ini suka membuang angin di depan orang. terjemah ke johor
Bebudak ni suke memekong depan orang.
Geramnya aku dengan budak ini, tidak habis-habis membuang air besar. terjemah ke johor
Geramnye aku dengan budak ni, tak abes-abes memerot.
Budak-budak itu berjalan beramai-ramai ke hulu dan ke hilir, entah apa yang hendak dicari. terjemah ke johor
Bebudak tu berondok kulu, berondok kile, entah ape nak dicarik.
Tolong keluarkan isi kelapa muda ini, datok hendak rasa. terjemah ke johor
Tolong kokot kelape mude ni, tok nak rase.
Jikalau makan berterusan dari siang hingga ke malam badan pun akan menjadi lemah. terjemah ke johor
Kalau kenyap-kenyep siang malam badan pon lemah.
Seluruh kawasan kubur itu semak-samun. terjemah ke johor
Sekotah-kotah kubo tu semak samon.
Ternganga kepedasan ni, tergigit lada. terjemah ke johor
Dah tekelaang ni, tegiget lade.
Budak ini pakai baju mana pun nampak tidak sajak. terjemah ke johor
Budak ni pakai baju mane pon nampak loko.
Entah apakah benda yang dikulumnya, tidak lain daripada gula-gula. terjemah ke johor
Entah ape yang dingongolnye, tak laen gule-gule le tu.
Berapa hari engkau tidak mandi, sudah berbau badan. terjemah ke johor
Berape ari kau tak mandi, peset baunye.
Jikalau bermain guli melepas sahaja, susahlah hendak menang. terjemah ke johor
Kalau maen guli melope aje, payahle nak menang.
Ayah menampal perahunya yang bocor dengan menggunakan mangkung. terjemah ke johor
Ayah tampal perahu boco dengan mangkong.
Baru minum sekoleh tuak, jalannya pun terhuyung-hayang. terjemah ke kedah
Baru kena sekoleh, jalan pon celepete.
Sedang kami leka mengata-ngatakan tentang dirinya tiba-tiba dia muncul. terjemah ke kedah
Tengah kami dok ralet kata kat dia, gam dia mai.
Panggilan emaknya tidak dipeduli, dia terus pergi juga. terjemah ke kedah
Mak dia pangge pon dia tak peduli, dia pi nyong jugak.
Semua orang melihat dia yang mengambil buah itu tetapi apabila dituduh, dia berlagak seolah-olah tidak melakukannya. terjemah ke kedah
Semua orang nampak dia ambek buah tu tapi bila orang tudoh dia, dia buat kerin saja.