question
stringlengths
36
176
answer
stringlengths
14
157
Sudahlah kulit gelap pakai baju warna kelabu tentu tidak cantik. terjemah ke johor
Dah le kulet gelap pakai baju kepoh mane nak lawa.
Tengok sini, berbekas lengan adik yang engkau pukul. terjemah ke johor
Tengok ni, melela lengan adek, kau pukol.
Malas betul engkau ini hendak mandi, nampak muka pun comot. terjemah ke johor
Malas bena engkau ni nak mandi, mengotoi muke.
Tempat yang lecak begini, berjalanlah lambat-lambat dan berhati-hati, lambat sampai pun tidak mengapa. terjemah ke johor
Tempat lecak ni, bedembn aje jalan tu, lambat sampai pon tak ape.
Kamu takut hantu? Mana ada hantu di bandar ni. terjemah ke johor
Aji gelek antu? Mane ade antu kat banda ni.
Bawa bekas itu ke mari, aku hendak isi air. terjemah ke johor
Bawe kong ke mari, aku nak isi ae.
Kalau adik tidak tahu duduk diam, emak cubit pehanya. terjemah ke johor
Kalau adek menggelenyo mak cubet pehenye.
Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal. terjemah ke johor
Tido atas ampo tu sedap tapi gatal.
Mencebik sahaja mukanya selepas kena marah. terjemah ke johor
Gebak-genek aje mukenye selepas kene marah.
Batu bata itu disusun sederet. terjemah ke johor
Batu bate tu disuson seteta
Rambut yang menggerbang tidak terurus seperti ini, menakutkan orang sahaja. terjemah ke johor
Rambot meringge macam ni menakotkan orang saje.
Tanah itu baru dibuka, patutlah isi ubi itu panjang. terjemah ke johor
Tanah tu baru bukak, padanlah isi ubi tu gayo.
Pakailah seluar itu betul-betul, jangan nampak tidak kemas, nanti malu saya. terjemah ke johor
Pakai betol-betol seluwo tu, jangan ala ale aje, malu kawan.
Kalau bersanding di rumah, kita kena siap duit pintu, kalau bersanding di dewan, tidak payahlah. terjemah ke johor
Kalau sandeng kat rumah, kite kene siyap duet pintu, kalau kat dewan tak payah le.
Nasihatlah dia selalu supaya lebih tetap hati apabila membuat pilihan. terjemah ke johor
Nasihatlah die selalu supaye lebeh jab ati bile buat pilihan.
Sudah senja pun tempat ini masih banyak orang yang lalu lalang. terjemah ke johor
Dah seimo lemo pon tempat ni maseh sia lantau.
Lepa dengan cat sedikit-sedikit, ala kadar sahaja. terjemah ke johor
Lene dengan cat siket-siket aje, jangan tidak.
Puas aku memanggil, engkau senyap tidak menyahut panggilan aku. terjemah ke johor
Puas aku teriak, kau ejab aje.
Dia tidak pelawa kita datang, tidak perlu kita pergi. terjemah ke johor
Die tak pelawe kite datang, palang le kite pegi.
Buat kerja malas, asyek meminta-minta duit daripada orang lain. terjemah ke johor
Keje malas, asyek menene duet orang aje.
Dia bingung apabila tersesat jalan. terjemah ke johor
Pane rase bile sesat jalan.
Bukan kecil-kecil batu, sepuluh orang menolak pun masih tidak dapat digerakkan. terjemah ke johor
Bukan kecik-kecik batu, sepuloh orang nolak pon maseh menado.
Berhati-hatilah semasa duduk di bahagian tempat duduk tukang perahu itu, nanti terpelanting. terjemah ke johor
Hati-hati duduk kat siyo tu, nanti tepelanteng.
Apabila dia marah, bercakap pun mulalah kasar. terjemah ke johor
Bile die naek angen, cakap pon mule mengkes.
Setiap hari bekerja lasak, keras kulit kaki dan tangan terjemah ke johor
Hari-hari keje lasak, melulang kaki tangan.
Berhati-hati supaya tidak hilang anting-anting di telinga tu. terjemah ke johor
Ati-ati nanti ilang gelenya kat telinge tu.
Musnah habis anak-anak pokok itu disebabkan banjir. terjemah ke johor
Habes tengkarap anak-anak pokok sebab banje.
Apabila terkena penyakit sawan mulalah dia tersentak-sentak kaki dan tangan. terjemah ke johor
Bile kene sawan mulelah die tekakau-kakau.
Baru pukul tiga, Mak Usu makan sekali lagi. terjemah ke johor
Baru pukol tige, Mak Usu dah mentong.
Abang bekerja sambilan malam ini kerana hendak mendapatkan wang yang lebih. terjemah ke johor
Abang buat ngotem malam ini nak carik duet
Muka budak itu selekeh dengan bedak. terjemah ke johor
Muke budak tu becemporeng bedak.
Lengannya itu sarat dengan gelang tangan. terjemah ke johor
Lengan die tu serap dengan seken.
Kelam kabut budak-budak itu hendak siapkan kerja. terjemah ke johor
Kangkang kiyap budak-budak tu nak siyapkan keje.
Marilah kita duduk-duduk di atas lantai sambil bersembang. terjemah ke johor
Marilah kita meloho-loho atas lantai, besembang.
Mengikat kain itu biar betul-betul, nanti beranak. terjemah ke johor
Mengelon kaen tu biya betol-betol karang beranak.
Nampak orang sedang bersiap, mulalah dia berkelakuan manja supaya dapat ikut. terjemah ke johor
Tengok orang besiap, mulelah die ngelese nak ikot.
Adik terkinji-kinja kerana terlalu gembira setelah mendapat mainan. terjemah ke johor
Adek terencet-rencet, suke sangat dapat mainan.
Gelas sudah pecah, hancur berkecai. terjemah ke johor
Gelas dah pecah, gedam.
Longkang besar itu penuh dengan sampah sarap, susah air hendak mengalir. terjemah ke johor
Lolok tu penoh sampah, susah ae nak lalu.
Adik kecil itu ketawa dengan mulut terbuka luas apabila kena agah. terjemah ke johor
Adek kecik tu melungap-lungap, bile kene agah.
Jikalau isteri kamu terlalu lambat dan lembap, pukul tiga pun kita tidak makan lagi. terjemah ke johor
Kalau lemban sangat orang rumah kau, pukol tige pon tak makan lagi.
Bingit telinga mendengar bunyi motosikal itu di tengah malam. terjemah ke johor
Menging denga moto tu tengah malam.
Beliau berasa malu kerana adiknya mendapat nombor satu dan dia nombor corot. terjemah ke johor
Die ketengi sebab adeknye dapat nombo satu, die nombo corot.
Api sudah marak, bomba tidak sampai-sampai. terjemah ke johor
Api dah ngundang-ngundang, bombe tak sampai-sampai.
Tidak senonoh perangai budak ini, kain batik yang sudah bercarik-carik pun masih dipakai. terjemah ke johor
Tak senonoh budak ni, kaen batek dah becemabai pon pakai.
Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju. terjemah ke johor
Awak dah nikam, kami nebok pon belum.
Mandor jalan raya itu bukan main garang lagi. terjemah ke johor
Mando jalan tu kemereng bukan maen.
Kalau berkelakuan manja begini, adalah sesuatu yang dihajati. terjemah ke johor
Kalau dah lentok kulai macam ni adele yang die nak tu.
Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini. terjemah ke johor
Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni.
Sudah hampir hendak keluar berjalan, tiba-tiba bapa mentua sampai. terjemah ke johor
Dah nakek nak jalan, ale-ale pak mentua sampai.
Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok. terjemah ke johor
Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.
Malas betul budak ini, entah hendak jadi apa bila sudah besar. terjemah ke johor
Limbong betol budak ni, entah nak jadi ape bile dah besa.
Seminggu bekerja tidak berhenti-henti, badan terasa teruk. terjemah ke johor
Seminggu bekeje tak henti-henti, luti badan.
Tiga hari pinggan mangkuk itu tidak berbasuh, kotor dan berbaulah. terjemah ke johor
Tiga ari pinggan mangkok tak bebasoh, bedanaulah die.
Hari ini aku lepaskan engkau, tetapi engkau diberikan amaran. Lain kali kalau berlaku perkara yang semacam ini, tiada orang lain engkaulah yang akan dituduh. terjemah ke johor
Hari ni aku lepaskan kau tapi kau kene junam. Laen kali kalau belaku pekare macam ni tak de orang laen, kau yang kene.
Pakcik saya itu tidur siang pun berdengkur. terjemah ke johor
Pakcik saye tu tido siyang pon mendoho.
Jangan leka main air di sungai itu, nanti lemas. terjemah ke johor
Jangan pelelo maen ae kat sungai tu, nanti lemas.
Kudis di badannya sudah melarat. terjemah ke johor
Kudis kat badan dah menonoi.
Jangan mengada-ngada di sini, pergi ke sana! terjemah ke johor
Jangan nak dok eteng kat sini, pegi sane!
Jangan berdiri di situ, pokok itu hampir tumbang. terjemah ke johor
Jangan diri kat situ, pokok tu dah bedoyon.
Untuk membuat daun rokok, hendaklah dikupas kulit ari pucuk nipah sebelum dikeringkan. terjemah ke johor
Nak buat daon rokok, sepat dulu kulet ari pucok nipah sebelom kite keringkan.
Bilakah kamu sampai? terjemah ke johor
Bele aji tebe?
Jangan asyik hendak makan sahaja, nanti gemuk. terjemah ke johor
Jangan asyek nak membokoh saje, nanti gemok gedempol.
Jika kita membuat sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh, tentulah hasil kerja itu tidak baik. terjemah ke johor
Kalau keje tak besunggoh tentu hasel keje tu tak siageh.
Adiknya kuat menangis, pantang silap sikit pun nak menangis. terjemah ke johor
Adeknye kememe betol, pantang silap siket pon nak nanges.
Apabila mendapat nombor satu, dia melonjak kegembiraan. terjemah ke johor
Bile dapat nombo satu beketuntang die.
Dicantas dahan itu dengan menggunakan parang, langsung putus. terjemah ke johor
Diseboinye dahan tu dengan parang, langsong putos.
Jangan hendak berbohong, abang nampak Razak yang mengambil bola abang sebentar tadi. terjemah ke johor
Jangan nak nako, abang nampak Ajak yang ambek bola abang tadi.
Budak itu memakan durian dengan lahap, macam tidak pernah makan. terjemah ke johor
Budak tu melukap buah diyan macam tak penah makan.
Orang yang gila sukar hendak ditolong. terjemah ke johor
Orang gembek susah nak tolong.
Tergesa-gesa sahaja kamu ni, sudah terlewatkah? terjemah ke johor
Golot aje awak ni, lambat ke?
Masih di bangku sekolah dah ada kekasih. terjemah ke johor
Miseh sekolah dah ade endot.
Apabila barang naik harga, teruk kita semua dibuatnya. terjemah ke johor
Bile barang-barang naek harge, pireh kite dibuatnye.
Jenuh saya mencari dia tidak jumpa terjemah ke johor
Beposah kawan carik die tak jumpe.
Saya berasa ngeri menengok luka di kepala dia. terjemah ke johor
Senyi kawan nengok luke kat kepale die.
Banyak benar barang yang dibawa hingga sukar untuk berjalan. terjemah ke johor
Banyak bena bende yang dibawak sampai gepeh bejalan.
Asyek merayau sahaja tidak tahu duduk diam di rumah. terjemah ke johor
Asyek melenjan aje, tak tau dok kat rumah.
Tidak ada kerja lain ke, sekejap-sekejap makan, sekejap-sekejap makan. terjemah ke johor
Tak ade keje laen ke, mento-mento makan, mento-mento makan.
Budak-budak dalam kumpulan itu suka berjalan tanpa tujuan sahaja. terjemah ke johor
Budak-budak kumpulan tu suke menjarah saje.
Mentang-mentanglah tidak ada adik, perangai engkau ini suka bermanja sahaja. terjemah ke johor
Mentang-mentang tak de adek, perangai kau ni keleco-keleco aje.
Puas kita mengajar dia mengaji, tidak ingat-ingat, terlalu lemah ingatan budak ni. terjemah ke johor
Puas kite aja die ngaji, tak ingat-ingat, lemah cangok budak ni.
Berbaju Melayu cara bersamping di dalam memang terkenal di Johor. terjemah ke johor
Bebaju Melayu care dagang dalam memang terkenal di Johor.
Bila nampak sahaja polis, budak-budak jahat itu kelam kabut berlari kerana ketakutan. terjemah ke johor
Nampak kelibat pulis aje, bebo budak-budak jahat tu.
Lihat adik engkau itu, comot sekali, sudah tentu bermain lecak terjemah ke johor
Tengok adek kau tu, keloleng sekali, tentu maen lecak.
Patutlah kawan-kawan semua lari, engkau ini terjemah ke johor
Padanle kawan-kawan lari, kau ni kuat merentong.
Anak engkau ini menangis sahaja, agaknya menangis nak beradik. terjemah ke johor
Anak engkau ni nangis, melanos agaknye.
Ayuh, kita pergi. terjemah ke johor
Yok! Kite pegi.
Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula. terjemah ke johor
Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak.
Kalaulah dia ada di kedai kopi, riuh-rendah orang ketawa dibuatnya. terjemah ke johor
Kalau die dudok kat kedai, porakle orang ketawe.
Jangan engkau pakai baju itu, nanti nampak tidak kemas kerana longgar. terjemah ke johor
Jangan pakai baju tu, nanti nampak ngelebeh aje.
Tidak ada gunanya si Lan pergi ke rumah Mamat, tidak akan dapat menyelesaikan masalah. terjemah ke johor
Tak de mencedalnye si Lan ke rumah Mamat, tak sesai pon masalah.
Gulai ini sangat tawar. terjemah ke johor
Gulai ni tawa melese!
Puas sudah saya mencari limau nipis tujuh serangkai, ke hulu dan ke hilir, masih belum berjumpa. terjemah ke johor
Berigap kawan carik limau nipes tujoh serangkai, kulu kile, belom jumpe.
Memang sudah perangainya suka meminta apabila orang sedang makan. terjemah ke johor
Dah memang peel die suke mengendeng bile orang tengah makan.
Kalau sudah berjumpa kelihatan bukan main manis. terjemah ke johor
Kalau dah bejumpe bukan maen gemeh.
Biasanya kumpulan tukang masak dan petugas majlis kenduri kahwin diberi makan dahulu sebelum ketibaan orang jemputan. terjemah ke johor
Biasenye kite beri makan penanggah sebelum orang jemputan datang.
Budak ini bila makan, kalau tidak penuh mulutnya itu, tidak sah. terjemah ke johor
Budak ni asal makan, kalau tak semonyeh mulut tu, tak sah.
Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah. terjemah ke johor
Ae jampi tu tok ambek kat gelok.
Bahagian dalam batang pokok itu terserlah keluar dilanggar lori. terjemah ke johor
Batang pokok tu tesesel langga dik lori.
Saya harap bila saya pindah rumah nanti awak boleh datang. terjemah ke johor
Kawan arap bile kawan pindah rumah nanti awak bole datang.