question
stringlengths 36
176
| answer
stringlengths 14
157
|
---|---|
Apabila diajak bermain bola sepak, tentu dia hendak menjadi penjaga gol.
terjemah ke kedah
|
Bila ajak dia maen bola, saheh dia nak jadi goli.
|
Tendangannya tidak masuk gol, kerana sepakannya melencong.
terjemah ke kedah
|
Dia tendang tak masok gol, pasai dia sepak merewang.
|
Padi yang sedang beringgi selalu kena serang bena perang.
terjemah ke kedah
|
Padi tengah beringgi selalu kena serang bena perang.
|
Selepas makan ikan air tawar dia merasa loya.
terjemah ke kedah
|
Lepaeh makan ikan darat dia rasa melugai.
|
Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu.
terjemah ke kedah
|
La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu.
|
Dia tiada kerja lain melainkan mengata orang lain sahaja.
terjemah ke kedah
|
Dia tu tak dak kreja laen dok pelece kat orang.
|
Sudah lain pula jadinya, asalnya dia yang hendak mengerjakannya, tiba-tiba aku pula yang terpaksa membuatnya.
terjemah ke kedah
|
Dah tebalek kuang pulak, mula dia buat kreja tu, aleh-aleh aku pulak yang kena buat.
|
Bangkai tikus itu berbau sangat busuk.
terjemah ke kedah
|
Bangkai tikuih tu busok mengaum bau dia.
|
Mereka makan kerang dengan cicah air asam banyak sangat pada malam itu sehingga perut memulas.
terjemah ke kedah
|
Depa makan kerang cicah ayaq asam banyak sangat malam tu sampai misin perot.
|
Budak-budak itu kurang sopan sungguh depan orang tua pun mereka bergurau berlebih-lebihan.
terjemah ke kedah
|
Budak-budak tu hoq-haq sunggoh depan orang tua pon depa melawak bukan maen.
|
Pergi bangunkan datuk engkau tu, dia berpura-pura tidur saja.
terjemah ke kedah
|
Pi gerak tok wan hang tu, dia bokbuat tidoq saja tu.
|
Tukang kayu itu menebuk lubang di papan dengan dengan menggunakan gerudi
terjemah ke kedah
|
Tukang kayu tebok lubang kat papan pakai gremit.
|
Kalau kita boleh melengkungi kumpulan ikan kembung itu dan menangkapnya dengan pukat, penuhlah bot kita.
terjemah ke kedah
|
Kalu kita buleh lengkong bodong temenung tu, penohla bot kita.
|
Buat apa terburu-buru, beransur-ansur pun selesai juga kerja tu.
terjemah ke kedah
|
Dok gelot buat apa sangat, kreja tu koi-koi habeh la.
|
Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari.
terjemah ke kedah
|
Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pun lari bercabu.
|
Kertas bergunting daun budi menutup kayu alang di atas bumbung pelamin itu.
terjemah ke kedah
|
Kretaeh begunting daon budi tutop kayu alang ataeh bumbong pelamin tu.
|
Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.
terjemah ke kedah
|
Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu.
|
Kaki budak yang gemuk itu bolos sebab lantai yang dipijak itu reput.
terjemah ke kedah
|
Kaki budak tembon tu reluih pasai lantai hak dia pijak tu reput.
|
Sudah lama dia berjinak-jinak dengan yang berhormat itu. Tentu ada sesuatu yang dihajatinya.
terjemah ke kedah
|
Dah lama dia tu dok gise yang behormat, tentu ada hak dia nak minta tulong.
|
Apabila mendapat tahu bahawa besok hari raya, budak-budak tersebut terus memukul beduk di masjid.
terjemah ke kedah
|
Bila dengaq besok hari raya, budak-budak tu teruih taboh gendang raya kat masjed.
|
Budak ini, mengecek sejak tadi, tak fahamkah kita tak ada duit?
terjemah ke kedah
|
Budak ni dok ngok-nget dari tadi, tak reti kot orang kata tak dak duet?
|
Tuan guru suruh anak buahnya memakai serual untuk memudahkan mereka belajar silat.
terjemah ke kedah
|
Tok guru suroh anak buah dia pakai seroi bagi senang belajaq silat.
|
Dia menabur dedak sebagai makanan bagi ikan dalam kolam itu.
terjemah ke kedah
|
Dia peroi dedak nak bagi makan ikan kat kolam tu.
|
Budak-budak tidak boleh mengunjurkan kaki di depan orang tua.
terjemah ke kedah
|
Budak-budak tak buleh hantau kaki depan orang tua.
|
Pemburu itu memang cekap, setiap kali menembak mesti kena sasarannya.
terjemah ke kedah
|
Pemburu tu lekaq sunggoh, tembak saja mesti kena.
|
Kebanyakan penari ghazal parti darai.
terjemah ke kedah
|
Hak dok menari ghazal pati banyak darai.
|
Telinga aku berdesing apabila dikatanya aku mencuri duitnya.
terjemah ke kedah
|
Telinga aku bedesiu bila dia kata aku curi duet dia.
|
Dengan wang sebanyak itu, aku berasa bimbang hendak mengadakan kenduri dengan menjemput tetamu yang banyak.
terjemah ke kedah
|
Dengan duet hak dok ada, aku rasa gayat nak buat kenuri pangge orang ramai.
|
Sudah lama dia bercita-cita hendak membeli kereta Proton Saga tetapi wangnya belum cukup lagi.
terjemah ke kedah
|
Lama dah dia dok tan nak beli Proton Saga, tapi duet dia tak cukop lagi.
|
Jangan biarkan kanak-kanak itu menangis sehingga hilang.nafas.
terjemah ke kedah
|
Jangan biaq budak tu keriau sampai selap.
|
Hari ini dia bernasib baik, sebab itulah dia senyum sahaja.
terjemah ke kedah
|
Ari ni dia ong pasai tu la dia senyum saja.
|
Budak ini tidak boleh tersentuh sedikit pun, dia akan terus menangis.
terjemah ke kedah
|
Budak ni tak buleh senereh siket, dia kira nak teriak.
|
Jika hendak menyuap makanan pada monyet tu, jangan menggunakan tangan, nanti ditokaknya tangan kita.
terjemah ke kedah
|
Kalu nak bagi makan kat monyet tu, jangan guna tangan, kot dia ngap tangan kita.
|
Dia demam selesema, sebab itu dia terpaksa membuang hingusnya berkali-kali sehingga merah hidungnya.
terjemah ke kedah
|
Dia demam sesema, pasai tu la dia dok nyeh hingueh sampai merah idong.
|
Selepas makan rojak perutnya sentiasa berasa senak.
terjemah ke kedah
|
Lepaeh makan rojak, perot dia merekam saja.
|
Dia sedang keletihan, berilah dia minum sedikit air.
terjemah ke kedah
|
Dia tu tengah leteh, bagi dia jerit ayaq sikit.
|
Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan.
terjemah ke kedah
|
Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan.
|
Ikan keli di dalam apabila air dalam kolam itu makin susut.
terjemah ke kedah
|
Ikan keli kat kolam tu nampak merenyut bila ayaq koi kerin.
|
Kenapa limau bali yang aku tanam menjadi masam walhal pokok asalnya manis.
terjemah ke kedah
|
Pasai apa limau bali hak aku tanam ni meliau jadi masam, pokok asai dia maneh.
|
Tidak perlu berhemat berlebihan, pakailah apa sahaja yang patut.
terjemah ke kedah
|
Tok sah dok beradon sangatla, pakaila apa hak patot saja.
|
Budak itu berbadan besar, tetapi ringan.
terjemah ke kedah
|
Budak tu betuboh sunggoh, tapi hampong.
|
Apabila pulang dari menukarkan wang bapanya, dia mengambilnya seringgit.
terjemah ke kedah
|
Bila balek dari tukaq duet pak dia, dia ayam seringget.
|
Apakah yang berbunyi kuat di luar tu?
terjemah ke kedah
|
Awat bunyi merudum kat luaq tu?
|
Sekarang mereka tidak menggunakan tapak semaian kerana mereka terus menabur benih padi di sawah.
terjemah ke kedah
|
La ni depa tak guna peredeh nak semai padi, depa taboq teruih kat bendang.
|
Masuk ke kampung orang jangan sembarangan, nanti kena pukul.
terjemah ke kedah
|
Masok kampong orang jangan buat tak ketahuan, satni kena kayu tiga tengah dua.
|
Mereka sedang menyisip pompang yang koyak semalam.
terjemah ke kedah
|
Depa dok sisip pompang hak koyak semalam.
|
Makan sirih dengan pinang ambai-ambai ini memang sedap rasanya.
terjemah ke kedah
|
Makan sireh dengan pinang ambai-ambai memang sedap.
|
Apabila kamu hendak datang, bawalah beberapa keeping martabak.
terjemah ke kedah
|
Mengkala hang nak mai, bawak la dua tiga bijik martabak no!
|
Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
terjemah ke kedah
|
Muka dia belengaeh, penoh hinguih.
|
Baru seminggu tinggal di Johor, apabila pulang ke Alor Setar dia sudah bercakap pelat.
terjemah ke kedah
|
Baru pi Johoq seminggu balek mai Aloq Staq dia cakap pellet dah.
|
Pasal melakukan sesuatu kerja serahkan kepadanya, dia itu cekap orangnya.
terjemah ke kedah
|
Pasai buat kreja serah kat dia, dia tu rap.
|
Dia menyiku muka budak tu sampai merah.
terjemah ke kedah
|
Dia pi tembi muka budak tu sampai merah.
|
Budak yang mata keranjang itu dibelasah dengan teruknya kerana menganggu isteri orang.
terjemah ke kedah
|
Budak hak pedukang tu kena pukoi terok pasai dia dok ganggu bini orang.
|
Kita mesti membajak kali pertama dulu sebelum boleh melakukan proses menyisir sawah.
terjemah ke kedah
|
Kita kena meluh bendang kita dulu baru kita sisiaq.
|
Sekarang di kawasan pedalaman pun terdapat air paip dan elektrik.
terjemah ke kedah
|
La ni dekat banat pon ada pili dengan karan.
|
Kakak sedang menggentel tepung pulut untuk dibuat buah melaka.
terjemah ke kedah
|
Kak dok gelinte tepong pulot nak buat buah melaka.
|
Ke mana sahaja pergi, mereka tetap berjalan bersama-sama.
terjemah ke kedah
|
Tang mana pon depa ni pi, depa dok beremba-remba saja.
|
Mengapa kamu tidak menghormati bapa kamu langsung, dia sedang tidur, kamu memasang radio begitu kuat.
terjemah ke kedah
|
Awat hang tak entang kat pak hang langsong, dia dok tidoq hang buka radio kuat-kuat.
|
Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri.
terjemah ke kedah
|
Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri.
|
Perkara yang diceritakan oleh Mat Deris itu tidak ada kena mengena dengan kampung kita.
terjemah ke kedah
|
Benda hak Mat Dereh cakap tu tak betadong dengan kampong kita.
|
Bapanya telah mengajarnya berkali-kali namun dia tidak mengerti, memang betullah dia amat bodoh.
terjemah ke kedah
|
Pak dia dah tunjok banyak kali tapi dia tak ikot jugak, betoi la dia tu pekak wailon.
|
Nyamuk banyak berterbangan di bawah dapur.
terjemah ke kedah
|
Nyamok bedehau bawah dapoq.
|
Dalam pejabat itu surat khabar berselerakan di atas lantai.
terjemah ke kedah
|
Dalam opeh tu surat habaq beselerak bak ataeh lantai.
|
Mereka menggunakan pasir yang halus untuk dicampur dengan simen, supaya cantik.
terjemah ke kedah
|
Depa guna pasiaq hak seroi buat campoq simen biaq cantek.
|
Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
terjemah ke kedah
|
Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.
|
Dia tersangat lapar, menambah empat pinggan nasi masih belum cukup.
terjemah ke kedah
|
Dia melahaq betoi, pat kali tambah nasik pon tak cukop lagi.
|
Oleh sebab kesejukan, dia merapatkan badannya ke badan emaknya.
terjemah ke kedah
|
Pasai sejok sangat, dia tembap badan dia kat badan mak dia.
|
Budak-budak itu suka berlari-lari di atas rumah, sehingga datuk mereka tidak boleh tidur.
terjemah ke kedah
|
Budak-budak tu suka merudom ataeh rumah, tok wan nak tidoq pon tak buleh.
|
Aku lihat engkau ini mengantuk sahaja, engkau tidak cukup tidurkah.
terjemah ke kedah
|
Aku tengok hang ni rudui saja, hang tak cukop tidoq ka.
|
Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.
terjemah ke kedah
|
Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.
|
Budak itu terpaksa berjinjit kerana benda yang hendak diambilnya tinggi.
terjemah ke kedah
|
Budak tu kena jinjat pasai benda hak dia nak ambek tu tinggi.
|
Apabila ternampak orang mengutip hutang datang, dia pun segera melarikan diri melalui pintu belakang.
terjemah ke kedah
|
Bila nampak orang mai kutep utang, dia pon cungget ikot pintu belakang.
|
Hari itu, mereka ketawa besar kerana melihat pesilat itu tertanggal seluarnya.
terjemah ke kedah
|
Ari itu depa gelak renggah tengok orang bersilat telondeh seluaq.
|
Lembap benar budak itu, disuruh mengupas kelapa sebiji pun hampir setengah jam baru siap?
terjemah ke kedah
|
Makngot betoi budak tu, suroh kupeh nyoq sebijik pon dekat setengah jam baru sudah?
|
Mereka mendapat harta pesaka sebanyak satu relung lima puluh jemba setiap orang.
terjemah ke kedah
|
Depa dapat hareta pesaka sorang serelong lima puloh dapoq.
|
Kalau layang-layang itu hendak diterbangkan tinggi, gunakanlah empat kampoi benang.
terjemah ke kedah
|
Kalu nak bagi naek wau tinggi, kena guna empat kampoi benang.
|
Mengapa lama sangat anak engkau ini baru belajar berjalan, sedangkan kanak-kanak yang sebaya dengannya sudah pandai berlari.
terjemah ke kedah
|
Awat lama sangat anak hang ni baru takteh, baya dia buleh belari dah.
|
Bila dia mendengar anaknya kena tumbuk, dia datang dengan serta-merta untuk mencari orang yang melakukannya.
terjemah ke kedah
|
Bila dia dengaq anak dia kena tumbok, dia mai menanak cari sapa dia buat.
|
Samad memancing hari ini tidak dapat banyak ikan cuma dapat tiga ekor puyu kecil.
terjemah ke kedah
|
Samad mengae ari ni tak buleh banyak ikan, cuma dapat tiga ekoq puyu ruman.
|
Mengapa engkau tidak datang semalam?
terjemah ke kedah
|
Awat hang tak mai semalam?
|
Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.
terjemah ke kedah
|
Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama.
|
Seluar yang dipakainya longgar, jadi bila berjalan asyik nak turun saja ke bawah.
terjemah ke kedah
|
Seluaq hak dia pakai tu longgak, jadi bila bejalan gadoh nak meloroeh saja.
|
Kucing itu selalu tidur merengkuk di atas kusyen.
terjemah ke kedah
|
Kucin tu selalu tidoq merekok ataeh kusyen.
|
Dia menyambung tali anak lembu tu supaya panjang dengan menggunakan ikatan buku bemban.
terjemah ke kedah
|
Dia sambong tali anak lembu tu nak bagi panjang pakai ikat buku bemban.
|
Jika kamu ulangi lagi nanti aku tumbuk muka kamu!
terjemah ke kedah
|
Mokalu hang buat sekali lagi, aku rebiah muka hang!
|
Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat.
terjemah ke kedah
|
Kude hang tu dok bedene, hang tak buboh ubatka?
|
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, keretanya terlajak dan terpaksa berundur untuk memasuki jalan ke rumahnya.
terjemah ke kedah
|
Pasai deraeh sangat, dia bawak kereta telajak. Lepaeh tu dia kena serot balek pasai nak masok rumah dia.
|
Dahulu ibu bapa menggunakan rusam untuk melatih anak-anak mereka berjalan.
terjemah ke kedah
|
Dulu depa pakai rusam nak ajaq anak depa bejalan.
|
Duduklah di situ, sebentar lagi dia datang.
terjemah ke kedah
|
Dok la tang tu, sat ni dia mai.
|
Di manakah batu sempadan antara bendang awak dengan bendang saya, saya sudah lupa.
terjemah ke kedah
|
Tang mana batu terat bendang hang dengan bendang aku, aku lupa dah.
|
Cucunya selalu mengekorinya ke mana-mana sahaja dia pergi.
terjemah ke kedah
|
Cucu dia dok cendoi kat mana dia pi.
|
Sekarang ini mereka menggunakan tali jepun untuk dijadikan tali renut.
terjemah ke kedah
|
La ni depa guna tali jepun buat tali renut.
|
Dia kelihatan pucat sahaja selepas demam.
terjemah ke kedah
|
Dia nampak basai saja lepaeh demam.
|
Apa yang dia mahu lagi, suami lawa, harta banyak, rumah pun tersergam.
terjemah ke kedah
|
Apa yang dia mau lagi, laki lawa, arta banyak, rumah tebeledoh.
|
Oleh sebab tidak ada benda lain, dia menudung makanan itu dengan periuk.
terjemah ke kedah
|
Pasai dah tak dak benda laen, dia pekop makanan tu dengan periok.
|
Mengapa anak bongsu awak ini besar sangat, abang-abangnya kecil belaka.
terjemah ke kedah
|
Awat anak bongsu hang ni belong sangat, abang-abang dia semua kecik-kecik belaka?
|
“Awak makanlah dahulu, saya makan kemudian,” kata isterinya.
terjemah ke kedah
|
“Dia makan la dulu, saya makan kemdian,” bini dia kata.
|
Suruhlah pembaca Quran itu duduk di atas cangkat sila.
terjemah ke kedah
|
Suroh orang hak nak baca Kuran tu dok ataeh cangkat sila.
|
Nasi goreng itu hangit dan menjadi keras. Bila dikunyah terasa berbiji kasar di dalam mulut.
terjemah ke kedah
|
Nasik goreng tu dah hanget jadi keraeh, bila pepak rasa seregai dalam mulot.
|
Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu.
terjemah ke kedah
|
Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu.
|
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.